Friday, May 17, 2013

AGENDA UTAMA LAWATAN OBAMA & HUBUNGKAIT DENGAN TPPA

9:11 AM


TPPA & AGENDA SEBALIK LAWATAN OBAMA KE BALI-KL OKT 2013

Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama dijangka menghadiri Sidang Kemuncak Keusahawanan Global Ke-4 (GES) 2013 di Kuala Lumpur pada 11 Oktober yang akan menandakan lawatan pertama beliau ke Malaysia. Terdahulu dari itu, para pemimpin dunia akan berhimpun di Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2013 di Bali, Indonesia, dari 5-7 Oktober.

Apakah sebenarnya agenda lawatan Presiden Obama ke rantau ini yang rata-rata tidak disedari oleh rakyat marhaen?

Amerika Syarikat adalah merupakan pelobi tegar Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA). 
Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik itu dijangka akan dimeterai pada bulan Oktober ini di antara kerajaan Malaysia dan sekumpulan sebelas negara-negara lain iaitu Amerika Syarikat, Kanada, Australia, New Zealand, Brunei, Chile, Peru, Mexico, Singapore, Vietnam dan Jepun.



Tun M gesa Kerajaan Malaysia supaya tolak TPPA

Terlebih dahulu, Tun Mahathir dengan lantang telah menggesa pihak Kerajaan Malaysia supaya menolak TPPA pada Forum Negara bertajuk 'Membina Peradaban Bangsa Melayu Berteraskan Tamadun Islam' yang dianjurkan oleh Majlis Perundingan Melayu (MPM) bersama Yang di-Pertua Dewan Negara yang telah berlangsung di Parlimen Malaysia pada 25 Mac 2013 lepas.

Tun Mahathir telah diajukan dengan soalan apakah kesan TPPA terhadap ekonomi bumiputera, dimana beliau telah membidas dengan keras serta menolak TPPA kerana terdapat unsur-unsur besar yang berupaya untuk menjahanamkan ekonomi Melayu dan Bumiputera.

Malah pada 14 Mei 2013,
Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) memberi amaran bahawa satu 'tsunami' baru akan melanda Malaysia dan menjejaskan perniagaan tempatan, susulan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang akan dimeterai menjelang Oktober, sempena lawatan Obama ke persidangan di Bali, Indonesia.


Apa saja cadangan dari AS akan menguntungkannya dan merugikan kita

Apa saja cadangan dari Amerika Syarikat akan menguntungkan Amerika Syarikat, dan akan merugikan kita. Apa yang dikehendaki dari persefahaman ini adalah supaya mereka dapat akses pada sistem perolehan kerajaan. Apa saja projek dan tender dari pihak Kerajaan Malaysia mestilah terbuka kepada mereka.

Bukan sahaja terbuka kepada mereka, malah sekiranya kita membuat sesuatu keputusan atau tindakan yang tidak memihak kepada mereka, mereka boleh menggunakan suatu badan kehakiman khas iaitu Mahkamah Tribunal Antarabangsa, yang boleh memutuskan dan mengadili samada Kerajaan kita telah menepati atau tidak TPPA yang dimeterai dengan mereka, dimana hukuman dan denda pampasan yang bernilai ratusan juta USD boleh dikenakan sekiranya merekamendapati kita melanggar syarat TPPA.

Ini boleh dibuat oleh syarikat-syarikat transnasional mereka sendiri bukan kerajaan Amerika Syarikat. Kalau syarikat mereka masuk sesuatu tender, dan mungkin kita tolak tender itu atas sesuatu sebab kepentingan negara atau kepentingan bumiputera, mereka boleh mendakwa ini tidak menepati TPPA dan mengambil tindakan untuk mendapat pampasan pada amaun yang sangat tinggi.

Semua pelabur asing boleh menyaman KERAJAAN di Mahkamah Tribunal Antarabangsa untuk gantirugi jika KERAJAAN mengambil tindakan mengazetkan undang-undang yang dilihat mengancam keuntungan mereka. Pelabur Asing juga bebas dan menerima imuniti daripada semua bentuk PERUNDANGAN PERSEKUTUAN dan NEGERI.

Ini termasuklah tindakan-tindakan KERAJAAN untuk melindungi kesihatan pengguna, tindakan yang meningkatkan kesedaran rakyat terhadap apa-apa jua dan tindakan melindungi alam sekitar.

Perlu diketahui bahawa panel HAKIM dan PETUGAS Mahkamah Tribunal Antarabangsa TPPA adalah perogatif pilihan pelabur asing dari kalangan peguam SEKTOR SWASTA yang pro-pelabur TPPA.


Apakah pendirian sebenar Kerajaan pimpinan DS Najib Tun Razak terhadap TPPA?

Malangnya, kita antara 12 negara yang dengan sewenang-wenangnya bersetuju untuk menerima dasar-dasar TPPA ini. 12 negara tersebut adalah Australia, Brunei, Chile, Kanada, Mexico, New Zealand, Peru, Singapore, Amerika Syarikat, Vietnam, Jepun dan Malaysia.

Ada 26 bab yang berasingan, yang digubal secara penuh kerahsiaan, tidak telus, dan tidak dibuka kepada pengetahuan orang awam.Ia akan terus menjadi rahsia selama 4 tahun selepas perjanjian dimeterai. Kita hanya akan tahu rupabentuk sebenar perjanjian itu hanya selepas 4 tahun, iaitu dalam tahun 2017, WALAUPUN TELAH DIMETERAI pada tahun 2013!

Sekiranya kerajaan Thailand boleh menolak perjanjian yang berupa penindasan ini, mengapa tidak Malaysia? Setakat ini dikatakan
Kerajaan Malaysia telah bersetuju dengan 11 fasal dari bahagian "Investment Chapter", Section B", yang kelihatan sebagai memberi Kedaulatan kepasa mana-mana pelabur dan syarikat asing untuk berbuat sesuka hati dan bebas daripada sebarang perundangan domestik negara yang dilaburnya. Ini amat membimbang.Kalau Australia boleh menolak, kenapa kita tak boleh tolak? Baca lebih lanjut di sini: http://ftamalaysia.org/article.php?aid=292

Seruan kepada rakyat Malaysia yang setia kepada Kerajaan supaya bertindak segera

Jelasnya Amerika Syarikat telah gagal melaksanakan doktrin "perubahan rejim" melalui proksi mereka keatas Kerajaan Malaysia pada PRU13 yang baru sahaja berlalu. Jelasnya rakyat Malaysia yang setia kepada Kerajaan Malaysia tidak boleh melepaskan agenda TPPA dari radar pemantauan serta pandangan mereka dengan begitu sahaja.

Memandangkan iklim politik negara kita yang sedang dan sentiasa diancam oleh pihak pembangkang yang tidak bertanggungjawab, apakah kita akan membiarkan mereka memerangkap negara dengan suatu perjanjian yang bakal membawa padah menjelang PRU14 yang akan datang pula? Pada masakini, belum pun reda suasana pasca keputusan PRU13, telah pun ada suara-suara yang membangkitkan isu kenaikan kos barangan dan sarahidup. Seperti yang telah disarankan oleh mantan Perdana Menteri kita, Tun Mahathir dengan sokongan MTEM serta DPMM, apakah kita bersedia untuk menjerat diri kita sendiri dengan suatu perjanjian yang bakal memusnahkan ekonomi negara menjelang PRU14?

Sebagai jalur ketiga yang bertanggungjawab keatas kesejahteraan agama, bangsa dan negara, sewajarnyalah kita menyahut seruan Tun M, MTEM dan DPMM untuk membangkitkan kesedaran
semua pihak yang berkepentingan supaya menolak TPPA serta mendapatkan penjelasan dari pihak Kerajaan yang telah kita pilih pada PRU13 dan tidak memberikan sebarang ruang pada pihak pembangkang yang tidak bertanggungjawab untuk mengeruhkan lagi keadaan yang telah keruh.

TUN M: TOLAK TPPA (TRANS-PACIFIC PARTNERSHIP AGREEMENT)
 

Maklumat asas berkenaan TPPA dan implikasinya adalah seperti berikut:

Ciri-ciri  TPPA

1. Semua perbincangan dibuat secara RAHSIA dan semua TEKS perbincangan adalah
RAHSIA.

2. Ia akan TERUS MENJADI RAHSIA selama 4 tahun selepas perjanjian dimeterai. Kita hanya akan tahu RUPA & BENTUK perjanjian ini hanya selepas 4 tahun, iaitu dalam tahun 2017, WALAUPUN TELAH DIMETERAI pada tahun 2013.

Sesuatu perjanjian yang yang bakal mempunyai impak yang tersangat besar kepada rakyat dan Negara, tanpa mengambil pandangan daripada rakyat.

3 kesan besar TTPA kepada kita semua, jika dimeterai:

1. Hampir 80% jenis ubat di klinik, farmasi dan hospital akan menjadi mahal, sehingga mencecah 1,000% kali ganda harga sekarang . Ini kerana Malaysia tidak lagi boleh menggunakan ubat generik. Wajib menggunakan ubat "patented" (asli/"orginal"). Rentetannya kos perubatan untuk semua pesakit meningkat dan perlu ditanggung oleh pesakit atau subsidi ditanggung kerajaan. Pada masa yang sama, bayaran polisi insuran premium akan juga meningkat.

2.Peruntukan Hakcipta (Copyright) kepada bahan-bahan rujukan akan dilanjutkan dari 50 tahun selepas kematian penerbit kepada 120 tahun. Ini bermakna segala bahan-bahan rujukan yang kini percuma dan telah di-digital-kan, yakni yang berada sekolah, universiti, kolej, pusat penyelidikan, Internet dan perpustakaan, akan menjadi terhad kepada pengguna. Ini bermakna semua bahan rujukan wajib dibeli atau wajib dibayar sewa. Penguatkuasaan dan saman akan diperkuatkan. Ini akan menghadkan kemudahan ilmu kepada pengguna yang kurang kemampuan.

3. Semua pelabur asing boleh menyaman KERAJAAN di Mahkamah Tribunal Antarabangsa untuk gantirugi jika KERAJAAN mengambil tindakan mengazetkan undang-undang yang dilihat mengancam keuntungan mereka. Pelabur Asing juga bebas dan menerima imuniti daripada semua bentuk PERUNDANGAN PERSEKUTUAN dan NEGERI. Ini termasuklah tindakan-tindakan KERAJAAN untuk melindungi kesihatan pengguna, tindakan yang meningkatkan kesedaran rakyat terhadap apa-apa jua dan tindakan melindungi alam sekitar.

Perlu tahu bahawa panel HAKIM dan PETUGAS Mahkamah Tribunal Antarabangsa TPPA adalah perogatif pilihan pelabur asing dari kalangan peguam SEKTOR SWASTA yang pro-pelabur TPPA.



Contoh saman yang telah berlaku dan dimenangi oleh PELABUR ASING akibat perjanjian:

1. Kerajaan Kanada telah mengharamkan penggunaan MMT di dalam semua jenis minyak untuk kenderaan kerana bahan yang keluar dari eksos ini akan beredar dalam udara ini ditakuti memberi kesan kepada sistem saraf manusia. Syarikat Multinasional Amerika ETHYL CORP, selaku pengeluar eksklusif MMT, telah menyaman kerajaan Kanada sebanyak C$350juta untuk bakal kerugian. Syarikat ini telah menggunakan KLAUSA  ARTIKEL 1110 dalam perjanjian NAFTA di dalam tribunal. Akibatnya kerajaan Kanada telah kalah dan membayar out-of-court sebanyak C$19.5juta kepada Ethyl Corp dan kerajaan Kanada wajib mengistiharkan bahawa MMT selamat untuk alam sekitar dan selamat untuk manusia.

Rujukan pautan artikel penuh: http://www.cela.ca/article/international-trade-agreements-commentary/how-canada-became-shill-ethyl-corp

NOTA: MMT ialah octane enhancer untuk minyak kenderaan. MMT telah diharamkan di California dan hampir semua wilayah di Pantai Timur Amerika. Hampir 85% pengeluar minyak di Amerika enggan menggunakan MMT kerana ada alterntif lebih selamat. Namun akibat PERJANJIAN, kerajaan KANADA terpaksa menghalalkannya seumur hidup.

2. Kerajaan Ecuador telah disaman sebanyak $US2.4 billion oleh Occidental Petroleum (Oxy - syarikat minyak Amerika) kerana telah terminate perjanjian pengeluaran minyak di kawasan Amazon Ecuador. Dalam kes ini, Oxy telah jelas memungkiri perjanjian dengan Kerajaan Ecuador kerana telah menjual sebahagian besar sahamnya kepada syarikat Kanada secara diam-diam. Kemungkiran ini menjadi jelas setelah diaudit pada tahun 2004, lalu kerajaan Ecuador mengambil tindakan untuk membubarkan perjanjian kerana menjejaskan hasil-mahsul kerajaan. Namun begitu, Oxy telah menggunakan perjanjian dua-hala BIT (US-Ecuador Bilateral Investment Treaty) dan membawa hal ini ke Tribunal Antarabangsa yang jelas pro-kepentingan pelabur.

NOTA : Syarikat Memungkiri Janji + Kerajaan Mengenakan Peruntukan Perjanjian = Kerajaan Terpaksa Membayar US$2.4billion kerana tidak adil. Bagi saya, formula ini cukup merepek kerana seolah-olah SYARIKAT PELABUR ASING lebih berkuasa dan meletak kedaulatan sesebuah kerajaan ditahap sangat rendah dan hina.


Bahagian  PERJANJIAN TPPA yang paling berbahaya untuk rakyat Malaysia

Bahagian yang paling berbahaya ialah "Investment Chapter", Section B". Semua negara terlibat telah bersetuju dengannya tetapi Australia telah menolaknya bulat-bulat. Peruntukan ini seolah-olah memberi Kedaulatan kepada mana-mana pelabur dan syarikat asing untuk berbuat sesuka hati dan bebas daripada sebarang perundangan domestik negara yang dilaburnya.

Dua contoh telah diberikan di atas di mana pelabur asing tetap menang jika mana-mana negara bertindak dalam perundangan domestik untuk menjaga keselamatan pengguna dan keselamatan pelaburan kerajaan.

* Lihat kebimbangan Australia di sini yang dikeluhkan oleh Fair Trade Network di sana pada pautan berikut: http://www.citizen.org/documents/AFTINET-TPP-letter.pdf

Kerajaan Malaysia telah bersetuju dengan 11 fasal dari bahagian tersebut. Ini amat membimbang. Kalau Australia boleh menolak, kenapa kita tak boleh tolak? Baca lebih lanjut di sini: http://ftamalaysia.org/article.php?aid=292

Lihat sendiri kebimbangan rakyat New Zealand dengan TTPA di pautan berikut: http://www.scoop.co.nz/stories/PO1212/S00273/tppa-will-remove-consumer-rights.htm

dan mereka sedang menekan kerajaan untuk lebih telus di pautan berikut: http://www.itsourfuture.org.nz/what-is-the-tppa/

Jerangkap paling besar dalam perjanjian TPPA ialah syarikat Farmasi Antarabangsa

Lihat bagaimana Vietnam terpaksa tukar perundangan mereka kesan daripada TPPA;

http://www.citizen.org/tppa-vietnam-summary

dan akibatnya akan meningkatkan kos perubatan untuk rakyat.

Dan ini ialah kenyataan akhbar oleh Persatuan-Persatuan Perubatan  dan Kesihatan Malaysia mengenai kebimbangan mereka terhadap TPPA:

http://www.citizen.org/documents/Joint-Statement-Against-TPPA-Access-to-Medicines.pdf

Peringatan
  1. TPPA berisiko tinggi terhadap kedaulatan negara dan bakal menjejaskan kehidupan rakyat Malaysia. Kita harus mengesa kerajaan supaya menolak perjanjian Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik TPPA) sepertimana yang telah dilakukan oleh Kerajaan Thailand dan Kanada, kerana ia adalah suatu perjanjian yang berat sebelah dan hanya akan memberikan syarikat asing lebih kelebihan.
  2. Keadaan ini sekali gus akan hanya merencatkan pertumbuhan ekonomi dalam kalangan usahawan di negara ini, terutamanya, bumiputera dalam sektor ekonomi negara dan turut menjejaskan dengan teruk sektor pengguna, dan akan hanya menghasilkan kesusahan sepertimana yang diharungi oleh rakyat negara-negara lain yang telah terjebak dalam perangkap TPPA.
 

Posted by

AL'ALAMATUS SA'AH Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda (mafhumnya): "Sungguh aku melihat fitnah telah terjadi ditengah-tengah rumah kalian sebagaimana hujan turun." [Sahih al-Bukhari #7060]

KHAIRAL QURUN

لأن يصليها أخري هذه أمه إلا ما أصلها أولها
Lan yusliha akhiri hazihi ummah illa ma aslaha awwaluha

Telah berkata Imam Malik bin Anas (RA): "Tidak akan sekali-kali dipulihkan akan ummat yang akhir ini melainkan kembali kepada cara pemulihan ummat yang terdahulu. [Ash-Shifaa of Qaadee ‘Iyyaadh (2/676)]

Imam Malik rahmatullahu 'alaihi said: "This latter ummah cannot be reformed except by that way which has reformed the earlier one (The Companions of RasuluLlah SAW).”

║▌║▌║█│▌alfaedah║▌║▌║█│▌

Ada orang yang bodoh, dan tidak tahu dirinya bodoh. Inilah orang yang jahil. Ada orang yang bodoh, tapi merasakan dirinya pandai. Inilah orang yang perasan. Ada orang yang pandai, tapi merasakan dirinya bodoh. Inilah orang yang 'alim.

Orang yang pertama memiliki sifat jin dan setan. Yang kedua mewakili sifat iblis. Yang ketiga mewarisi sifat malaikat.

Hendaklah kita belajar untuk jadi bodoh, bukan belajar untuk jadi pandai. - Al Faedah

 

© 2014 AL FAEDAH. All rights reserved. Designed by Templateism

Back To Top