Wednesday, April 23, 2014

MENILAI OBAMA DALAM KERANGKA HADITS "DZU AS-SUWAYQATAYN"

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم  MENILAI OBAMA DALAM KERANGKA HADITS "DZU AS-SUWAYQATAYN" - AL FAEDAH... thumbnail 1 summary
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 


MENILAI OBAMA DALAM KERANGKA HADITS "DZU AS-SUWAYQATAYN"
- AL FAEDAH -

Saya membahagikan infografik ringkas ini kepada 3 bahagian:
I. Nama Obama
II. Hadits Dzu as-Suwayqatayn
III. Hubungkait Obama dengan Syiah Iran dalam kerangka percaturan geopolitik global masakini

Entri asal: Al Faedah Facebook


I. Nama Obama

1. Obama merupakan nama untuk kumpulan etnik Luo (antara 3 suku-kaum terbesar), di barat daya Kenya, tempat kelahiran bapanya, Barack Hussein Obama Senior. Nama tersebut diberi oleh moyang Barack Obama. Mengikut bahasa Dholuo (bahasa puak Luo) nama gelaran 'Bam' atau 'Bama' itu membawa maksud "melengkong, atau nampak seperti bengkok."

2. Suku-kata awal "O" - bermakna "Dia" (merujuk pada jantina lelaki) di mana ramai nama anak-anak lelaki Luo secara tradisinya diberi adalah berkaitan dengan ciri-ciri kelahiran seseorang bayi.

3. Obama dinamakan sempena nama bapanya Barack Hussein Obama, Sr. Barack adalah nama yang lazim keturunan Swahili yang mempunyai hubungkait dengan kedua-dua nama keturunan Yahudi dan Arab. Nama Hussein adalah sempena nama datuknya.

4. Ibu Obama adalah seorang Yahudi Khazar Komunis, dan bapanya, Stanley Dunham (datuk Obama sebelah ibunya) merupakan seorang Yahudi Zionis.

5. Stanley Dunham mempunyai pertalian darah dengan sekurang-kurangnya enam presiden Yahudi Zionis Amerika Syarikat. Khususnya 1. James Madison, 2. Harry Truman, 3. Lyndon Johnson, 4. Jimmy Carter, 5. George H. W. Bush and 6. George W. Bush

II. Hadits Dzu as-Suwayqatayn

1. Antara tanda kiamat yang besar adalah adalah dihancurkannya Ka'bah yang mulia, perhiasan dan kiswahnya dirampas oleh seorang laki-laki dari Habasyah yang diberi nama oleh Rasulullah saw dengan cirinya sebagai Dzu as-Suwayqatayn.

2. Nama dan Sifatnya

Dzus Suwaiqatain begitu dia dinamakan dengan wazan (bentuk kata) yang menunjukkan kecil karena kedua kakinya bengkok, kurus dan lemah. Rasulullah SAW telah menjelaskan sifatnya secara cermat, beliau meyebutkan bahwa dia berkulit hitam, kedua kakinya renggang dan ini termasuk ciri orang-orang Habasyah, beliau juga menyatakan bahwa dia botak, ubun-ubunnya licin, persendian tulangnya bengkok sebagian keluar dari tempatnya.

Dalam Shahih Muslim diriwayatkan dari Abu Hurairah bahwa Rasulallah bersabda, "Dzu as-Suwayqatayn ( ذوالسويقتين ) dari Habasyah akan menghancurkan Ka'bah."
Shahih Muslim, IV, h. 2232, no. 2909. Lihat Syarah an-Nawawi 'ala Muslim, XVIII, h.35.

Dalam Musnad-nya Imam Ahmad RH meriwayatkan dari Abdullah bin Umar RA bahwa dia mendengar Rasulallah SAW bersabda,

"Dzu as-Suwayqatayn dari Habasyah akan menghancurkan Ka'bah, pengikutnya akan merampasnya dan menanggalkan kain kiswahnya. Seakan-akan saya melihatnya botak dan ditinggalkan." [Silsilah al-Ahadits ash-Shahihah, II h.119, no. 579.]

Dalam Shahin al-Bukhari dan Musnad Imam Ahmad diriwayatkan dari Ibnu Abbas bahwa Rasulallah bersabda, "Seakan-akan saya melihat Ka'bah sedang diruntuhkan batu demi batu." [An-Nihayah I, h.187, Ibnu Katsir berkata, "Sanadnya kuat."]

Dari Abdullah bin Amru bin al-Ash berkata, saya telah mendengar Rasulullah bersabda, "Ka'bah akan dirusak oleh Dzu as-Suwayqatayn dari Habasyah (Ethiopia), dicopotinya perhiasan Ka'bah dan dilepas kiswah (penutup) nya. Seolah-olah aku menyaksikan Dzu as-Suwayqatayn itu seorang berbadan kecil, botak, lagi berkaki pengkar (bengkok). Ia menghantam Ka'bah dengan cangkul dan kapaknya." [Hadits riwayat Imam Ahmad dan at-Thabrani.]

III. Hubungkait Obama dengan Syiah Iran dalam kerangka percaturan geopolitik global masakini

Umum mengetahui bahawa blok pemerintah yang berkuasa di Israel dan puak Neo Konservatif sayap kanan Amerika Syarikat hari ini tidak menyenangi kecenderungan Obama dan puak haluan kiri untuk memperbaiki hubungan dua hala dengan Iran. Pada masa yang sama kita lihat kuasa-kuasa 'Hidden Hands' Globalis mencatur polisi blok Wahabi Najd kerajaan Arab Saudi untuk cenderung pada pro-Israel.

Apakah Obama merupakan "sang wira yang dijanjikan" untuk membantu "Imam Mahdi" (Imam ke 12) Syiah yang "tersembunyi"?

Andaian ini semakin kuat memandangkan perkembangan semasa di Iran menggali kembali "Hadits" dari teks rujukan Syiah kurun ke 17. "Hadits" yang sedang hebat diwar-warkan adaah bersumberkan kitab besar mereka, "Bahar al-Anwar" (Lautan Nur) karangan Mullah Majilisi, setebal 132 jilid yang merupakan antara rujukan utama asas-asas Syiah moden.

Hubungkait Syi'ah Imamiah-Rafidhah (dan yang sewaktu dengannya) dengan kabal-kabal rahsia (seperti Sabbatean-Frankist) gerakan Yahudi Donmeh yang berteraskan ideologi Abdullah bin Saba' ini sudah berkurun lamanya menembusi infrastruktur pemerintahan/kerajaan Iran dan tidak akan dirungkai di sini.

Menurut tradisi "hadits" yang tersebut, Imam Ali Ibn Abi Thaib telah meramalkan bahawa di akhir zaman, sejurus sebelum kemunculan "Imam Mahdi", seorang wira penyelamat yang disifatkan sebagai seseorang "lelaki tinggi, berkulit hitam akan mengepalai kerajaan Barat." Dengan "memimpin tentera terkuat di dunia," pemimpin baru dunia Barat itu akan membawa dengannya "suatu isyarat" dari Imam yang ketiga, yaqni Hussein bin Ali, dengan rumusan "bahawa tiada keraguan bahawa bagi Syiah bahawa ia bersama kita."

Bukanlah menjadi suatu perkara yang memeranjatkan bagi para pemantau konspirasi akhir zaman seperti kami di sini melihat insiden nama Barak Hussein itu sendiri boleh diterjemahkan kepada Keberkatan Hussein dalam konteks bahasa Arab dan Parsi. Kedua-dua ibubapa Obama itu sendiri sudah lama diketahui sebagai aset CIA kerajaan Amerika Syarikat dan butir-butir sijil kelahiran beliau sendiri dipenuhi dengan pelbagai misteri yang penuh rahsia hingga kini.

Perencanaan dan perancangan kabal-kabal rahsia perisikan satanik "Sabbatean-Frankist" yang bergerak dibelakang tabir adalah sinonim dengan ritual-ritual penyembahan Iblis dan Dajjal. Mereka merancang dan menyesuaikan "fakta" melalui pelbagai kaedah perisikan berteraskan prinsip Al Jasasah (Pembantu Dajjal) dan sihir-sihir Kabalah.

"O-Ba-Ma" apabila ditulis dalam abjad Parsi dibaca sebagai "Dia-bersama-kita," yang merupakan formula majik di dalam tradisi Mullah Majilisi.

Bukankah pergerakan semasa Amerika Syarikat di bawah kepimpinan Obama hari ini sudah jelas menunjukkan usaha-usaha bagi merapatkan hubungan geostrategik dua hala antara Amerika Syarikat dengan Iran manakala Arab Saudi terus dicatur untuk kepentingan Israel?

Saya menyampaikan amaran ini kepada kelompok-kelompok yang berkepentingan pro-Syiah dan pro-Wahabi supaya keluar tanpa kecuali dari percaturan satanik ini pada kadar segera dan berdamai demi kebaikan agama, bangsa dan negara.

Semoga ALLAH SWT memelihara ummah akhir zaman RasulUllah SAW dari menumpahkan darah sesama mereka dan bersatu kembali sebagai suatu badan ummah yang memiliki ruh perjuangan dan kecintaan pada ALLAH SWT sepertimana yang dicontohkan oleh RasulUllah SAW dan para Sohabah RA;

ALLAH SWT berfirman dalam al-Quran:

وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ
“Dan Mereka Merancang (tipu daya), Allah juga merancang (membalas tipu daya), Dan ALLAH sebaik-baik Perancang (membalas tipu daya)”. (Surah al-Imran ayat 54)

والله أعلمُ بالـصـواب

║▌║▌║█│▌ ║▌║▌║█│▌ ║▌║▌║█│▌ ║▌║▌║█│▌

Siti Mahsuri: Rasulallah bersabda, "Seakan-akan saya melihat Ka'bah sedang diruntuhkan batu
demi batu." tuan, maksud disini kaabah musnah secara fizikal atau ia seperti kiasan ya?

Al Faedah: Ada yang mengunjurkan pada selepas keluarnya Yakjuj Makjuj semasa Nabi Isa as dan ada yg kata selepas wafatnya Nabi Isa as. Tetapi perhatikan dgn teliti pada andaian kami yang meletakkan aspek "perencanaan" konspirasi Mufsidun di sana. Bermakna mereka juga arif mengenai hadits dan tidak ada halangan bg mereka utk mengambil kesempatan dari perkara ini dgn susunan yg telah kami nyatakan untuk mencetus peperangan yg membabitkan AS, Iran, Saudi dan Israel.


Al Faedah: Yaqni dalam naratif kami ialah "Imam Mahdi" palsu perlu "dikeluarkan" terlebih dahulu untuk trigger point peperangan di jazirah Arab sebelum kemunculan IM yang benar. Apa logiknya untuk keluarkan IM palsu selepas IM yang benar, sudah tentu tak masuk akal. Atas maksud ini kita sudah pun melihat propaganda gerakerja saraf diaksanakan secara sistematik di mana sudah pun ada sumber2 syiah yg menyatakan IM akan keluar pd 2015 berserta perincian yang "luarbiasa".

Siti Mahsuri: beserta perincian yg "luar biasa"? maksudnya apa ye tuan?


Al Faedah: Saya merujuk kepada buku karangan Jaber Bolushi yg sedang tersebar luas di negara yg mana beliau menyenaraikan begitu byk tarikh-tarikh ramalan beliau mengenai kronologi akhir zaman.

Jaber Bolushi adalah seorang penulis syiah menulis buku yang berjudul “Oktober 2015 Imam Mahdi AS Akan Datang”. Ramalan Bolushi merujuk pada rahsia bilangan kod 19, seperti yang ditemukan Sayyid Bassa Jarrar dan menggunakan perhitungan angka dengan metode al jumal al taqlidi dan al jumlah al shaqir. Kod 19 adalah kononnya disandarkan pd jumlah huruf yang terdapat pada kata “basmallah”. Ia sebenarnya mempunyai hubungkait rapat dengan ilmu numerologi sihir Kabalah Yahudi. Teori lapok kod 19 ini seperti yang pernah dipelopori oleh Rashad Khalafa pada awal 80an yg kemudiannya diimani oleh antara lain Kasim Ahmad. Oleh itu sila awasi pergerakan ini.


Rumusan ramalan2 beliau sy senaraikan di sini. Jelasnya "ILMU" beliau sangat "HEBAT":

2008 => Israel akan memperluas daerahnya. Terjadi pengusiran besar-besaran rakyat Palestina oleh kaum Yahudi tersebut. Mereka akan menentukan garis batas akhir negara Israel dan membangun pemukiman besar di Palestina bagi kaum Yahudi.

2010 => Atas kebijakan presiden baru AS, ia akan menarik pasukannya yang berada di Iraq. Karena AS akan mencoba menaklukkan negara-negara lain, seperti Sudan, Mesir dan Syria.

2014 => Dimulainya Perang Dunia ke 3

21 Maret – 9 Mei 2014 => Terjadi perubahan cuaca yang amat radikal akibat asteroid yang mendekat (atau mungkin menabrak) Bumi. Terjadi hujan yang sangat lebat selama 50 hari tersebut, menyebabkan rusaknya hampir seluruh lahan pertanian di Bumi. Bencana tersebut adalah bencana
terbesar yang pernah terjadi semenjak Adam as turun ke Bumi.

Bulan-bulan awal 2015 => AS menguasai Sudan, lalu memasuki Mesir namun gagal menaklukannya.

April 2015 => Munculnya Sufyani sebagai pemimpin kejam di Damaskus, Syria.

23 Ramadhan tahun itu => Seruan yang datang dari langit yang menandakan Imam Mahdi akan datang dan menyuruh manusia untuk mengikuti ajaran Islam. Seruan itu datang ke seluruh tempat di dunia dalam bahasa masing-masing dan dapat dimengerti oleh seluruh manusia.


Oktober 2015 => Asteroid kecil yang menubruk Missisipi di AS,
menyebabkan kekacauan besar di AS.

23 Oktober 2015 => Imam Mahdi muncul di Mekkah.


24 Oktober 2015 => Imam Mahdi dibai’at di Ka’bah. Kemudian => Pasukan Sufyani bergerak menuju Kuffah dan menimbulkan kekacauan besar disana, namun kemudian dapat ditumpas. Sedangkan itu pasukan yang lain bergerak menuju Madinah dan menghancurkan kota tersebut termasuk Masjid Nabawi. Pasukan tersebut ingin membunuh Imam Mahdi di Mekkah, namun ditumpas oleh pasukan malaikat. Kemudian => Pasukan Imam Mahdi bergerak menuju Kuffah dan mendirikan pusat pemerintahan disana.

Februari 2016 => Asteroid kedua yang menubruk pantai barat AS, AS semakin menuju jurang kehancuran.

11 September 2018 => Nabi Isa as datang dari langit untuk membantu Imam Mahdi dalam misi Islam.

1 Februari 2019 => AS hancur.

Februari 2019 => Israel menghancurkan Masjidil Aqsha.

2019 – 2021 => Kaum Yahudi dari seluruh dunia berbondong-bondong ke Israel. Terjadi eksodus besar-besaran pada masa ini.

7 Agustus 2022 => Imam Mahdi merebut Jerusalem, Israel pun hancur. Tanggal ini berpapasan dengan Tish B’Av, hari besar dalam Yahudi yang merupakan hari kehancuran I Haikal Solomon oleh Raja Nebuchadnezzar dan kehancuran II Haikal Solomon oleh Raja Titus.



Senarai daftar isinya :
• Ramalan Nabi Daniel
• Kelahiran Nabi (SAW) dlm ramalan Yahudi
• Kehancuran Israel Pertama
• Masa depan Iraq
• Ancaman Asteroid
• Pengusiran Rakyat Palestina
• Perubahan iklim secara radikal
• Imam Mahdi muncul di Makkah (hari dan tanggal)
• Bencana di Jazirah Arab
• Hari dan tanggal direbutnya Al-Quds
• Raj'ah (bangkitnya orang yg telah mati)
• Perang dunia III tahun 2014
• Akhir Zionisme

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”