Wednesday, July 27, 2016

PERGOLAKAN POLITIK MALAYSIA YANG SEMAKIN MENGUNDANG BENCANA

Nampaknya tiada petanda bahawa pertarungan merebut kuasa pemerintahan antara dua pemain utama "kuasa" putih dan "kuasa&quo... thumbnail 1 summary

Nampaknya tiada petanda bahawa pertarungan merebut kuasa pemerintahan antara dua pemain utama "kuasa" putih dan "kuasa" hitam bagi membuktikan siapa "the baddest of them all" akan surut, malah semakin sengit. Soalnya apakah Najib akan dapat mengawal keadaan tanpa bertindak ala Erdogan atau apakah senario ini akan berlarutan sehingga mengakibatkan campurtangan Amerika Syarikat ke dalam urusan dalam negara hingga tercetusnya huru-hara?

Mungkin memang inilah yang begitu ramai di kalangan kita “minta-minta” selama ini. Hanya dengan peredaran masa, akan terungkailah keputusan dan impak sebenarnya dari perebutan kuasa yang membingungkan ini.

Menurut sumber² "perisikan", Mahathir mahu Najib ditumbangkan sebelum bulan April tahun depan dalam apa yang dilihat sebagai tarikh sasaran yang terkini. Dalam mesyuarat "rahsia", beberapa orang dari kroni Mahathir dikatakan telah berjanji untuk menaja sebanyak RM3 billion kepada parti baru Mahathir menjelang bulan September ini.

MAHATHIR WANTS NAJIB BROUGHT DOWN BEFORE APRIL NEXT YEAR

Kemudian selepas kerajaan membekukan dan keatas Yayasan Kepimpinan Perdana, Mahathir telah berunding untuk mendapatkan tambahan dana sebanyak RM1 billion lagi dalam sebuah pertemuan meja bulat untuk membincangkan pemecatan Mukhriz dari UMNO.


Angka tersebut kemudiannya dilaporkan telah ditambah lagi sebanyak RM1 billion. Ini bermakna dana berjumlah RM5 billion telah dikhaskan dalam projek untuk menumbangkan kerajaan BN, yang mana dianggarkan sejumlah RM1 billion telah digunakan awal tahun ini dalam kempen media besar-besaran untuk mencemarkan nama PM dengan berpaksikan serangan dari Amerika Syarikat yang sedang kita saksikan sekarang ini.

Ini bermakna dana berjumlah RM5 billion telah dikhaskan dalam projek untuk menumbangkan kerajaan BN, yang mana dianggarkan sejumlah RM1 billion telah digunakan awal tahun ini dalam kempen media besar-besaran untuk mencemarkan nama PM dengan berpaksikan serangan dari Amerika Syarikat yang sedang kita saksikan sekarang ini. 


Pautan entri asal di Facebook:
PERGOLAKAN POLITIK MALAYSIA YANG SEMAKIN MENGUNDANG BENCANA
https://www.facebook.com/notes/muhammad-bin-ismail/pergolakan-politik-malaysia-yang-semakin-mengundang-bencana/939981369457190

#Politik #Malaysia yang terus bergolak #COUNTERCOUP 1.0
https://www.facebook.com/alfaedah1440/media_set?set=a.743877039067625.1073741920.100003360085416&type=1&l=52b32e8549

“Hari ini, satu laporan polis telah dibuat ke atas Abu Kassim, bekas Gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz dan bekas Peguam Negara Abdul Gani Patail. Mereka ini dikatakan telah secara rahsia bekerjasama dengan pihak berkuasa AS untuk menjatuhkan Najib.”

“Ia akan menjadi lebih menarik untuk mengetahui apakah yang bakal berlaku bermula dari saat ini? Adakah AS akan menghantar tenteranya ke Malaysia untuk menahan Najib atau ketiga-tiga individu itu pula yang akan berakhir di penjara?”

“Jika Najib mahu memastikan pentadbirannya ke atas UMNO terus kukuh dan kekal sebagai Perdana Menteri, beliau mesti mula bertindak tegas.”

“Untuk Dr Mahathir pula, beliau akan terus merungut bahawa dirinya, keluarganya, rakannya dan penyokongnya terus ditekan oleh kerajaan Malaysia.”



Abu Kassim caught in his own web of deceit

ABU KASSIM TERJEBAK DI DALAM PERANGKAP PENIPUANNYA SENDIRI

Minggu lepas, Jabatan Kehakiman AS mengumumkan mengambil tindakan sivil untuk merampas semula aset bernilai kira-kira AS$1 bilion yang dikatakan disonglap dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Perkara yang mencurigakan ialah, syarikat 1MDB sendiri tidak pun melaporkan bahawa mereka sudah kehilangan AS$ 1 bilion.

Jadi, apakah asas tindakan yang diambil oleh Peguam Negara AS, Loretta Lynch?


Perkara pertama yang kita mungkin terfikir ialah AS bertindak atas aduan yang dilakukan oleh mereka yang berpengaruh dan ada kaitan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang.

Lebih-lebih lagi, mereka ada pergi ke AS untuk membuat aduan berkaitan 1MDB kehilangan RM42 bilion. Itu bukan lagi rahsia.

Apapun kemudian, bukankah sepatutnya pihak AS perlu menghubungi pihak berkuasa Malaysia untuk menyiasat adakah aduan itu satu aduan yang berasas?

Mungkin wujud aduan yang dibuat oleh Khairuddin dan Matthias tetapi mereka tetap perlu mendapatkan kepastian untuk pengesahan.

Apa yang kita tidak tahu ialah, pihak berkuasa Malaysia sebenarnya ada secara rahsia menghubungi pihak berkuasa AS tetapi tidak ada sesiapa pun diberitahu berkenaan hal ini sama ada Jemaah Menteri ataupun Perdana Menteri.

Ia adalah mirip operasi rahsia seperti mana yang biasa dilakukan oleh Agensi Risikan Pusat (CIA) AS apabila mereka tidak mahu sesiapa pun tahu akan operasi mereka.


Bagaimanapun, kini selepas segala-galanya sudah terdedah kepada umum, Abu Kassim terpaksa segera membuat kenyataan bahawa pihak SPRM ada menghubungi pihak berkuasa AS.

Jika tidak, SPRM akan didesak untuk menjelaskan siapa di Malaysia yang telah berhubung dengan Malaysia serta mengapa ia dirahsiakan dari pengetahuan kerajaan Malaysia.



“Abu Kassim Dan Dua Individu Dikatakan Secara Rahsia Bekerjasama Dengan Amerika?”
Dalam keadaan sekarang, maklumat bahawa Khairuddin dan Matthias ke AS memfailkan aduan sebenarnya hanya satu perkara yang difikirkan terjadi. Ia sebenarnya menutup langkah SPRM yang secara rahsia menghubungi pihak berkuasa AS dalam usaha menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mereka tahu mereka tidak boleh mengaitkan Najib dengan isu aset AS$1 bilion dan mereka juga tidak boleh mengaitkan 1MDB dengan isu itu. Ia adalah kerana nanti tiada apa tindakan akan diambil sama ada ke atas 1MDB atau Najib.

Itu bagaimanapun tidak penting kerana ia bukan objektir mereka. Objektifnya ialah untuk mewujudkan persepsi bahawa kerajaan AS sedang memburu Najib. Kemudian, mereka boleh mendesak Najib meletak jawatan, sesuatu yang mereka sudah cuba lakukan sejak 20 bulan lepas tetapi masih gagal.

Hari ini, satu laporan polis telah dibuat ke atas Abu Kassim, bekas Gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz dan bekas Peguam Negara Abdul Gani Patail. Mereka ini dikatakan telah secara rahsia bekerjasama dengan pihak berkuasa AS untuk menjatuhkan Najib.

Ia akan menjadi lebih menarik untuk mengetahui apakah yang bakal berlaku bermula dari saat ini? Adakah AS akan menghantar tenteranya ke Malaysia untuk menahan Najib atau ketiga-tiga individu itu pula yang akan berakhir di penjara?

Jika Najib mahu memastikan pentadbirannya ke atas UMNO terus kukuh dan kekal sebagai Perdana Menteri, beliau mesti mula bertindak tegas.

Untuk Dr Mahathir pula, beliau akan terus merungut bahawa dirinya, keluarganya, rakannya dan penyokongnya terus ditekan oleh kerajaan Malaysia.



- MALAYSIA TODAY


|||||||||||||

1MDB: Abu Kassim Sahkan SPRM Bekerjasama Dengan FBI

Abu Kassim Sahkan SPRM Bekerjasama Dengan FBI

KOTA BAHARU, 24 Julai (Bernama) -- Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed hari ini mengesahkan agensi berkenaan menjalin kerjasama dengan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat berhubung siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau berkata pihaknya sedang menyiasat seorang ahli perniagaan yang dikatakan menipu 1MDB, dan turut terlibat dengan pengubahan wang haram sebelum membawanya ke Amerika Syarikat.

"Oleh sebab itu, pihak Amerika Syarikat meminta pertolongan dan kita hanya menjalankan kerja sepertimana digalakkan dalam Konvensyen Pencegahan Rasuah Pertubuhan Bangsa Bersatu.

"(Di bawah konvensyen itu)... mana-mana agensi perlu memberi kerjasama dan sokongan apabila berhadapan dengan jenayah melibatkan beberapa negara," katanya ketika ditemui pemberita semasa lawatan kerja ke pejabat SPRM Kelantan di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah SPRM Kelantan Datuk Moh Samsuddin Yusof.

Jumaat lepas, SPRM dalam satu kenyataan mengesahkan ia menjalin kerjasama dengan FBI berhubung siasatan terhadap 1MDB.

Bagaimanapun, kerjasama itu hanya ditumpukan kepada kemungkinan perbuatan penyelewengan dan pengubahan wang haram oleh seorang ahli perniagaan yang dikatakan menipu 1MDB.

Khamis lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berkata kerajaan memandang serius saman sivil berkaitan dana 1MDB yang dikemukakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ).

Beliau berkata perkara itu merupakan tindakan sivil dan bukannya tindakan jenayah, selain ia terhad kepada nama-nama yang telahpun disebutkan dalam dokumen DOJ itu.

Najib berkata kerajaan akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada semua badan siasatan antarabangsa.


-- BERNAMA

No comments

Post a Comment

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”