Monday, February 13, 2012

40 Sejadah Berdiri (Maahad Tarbiah Darul Hijrah Al-Islam, Maran)

Web Video: 40 Sejadah Berdiri Ya Ya Masyaa-Allah Ajib Ajib... Hehe nak kata apa lagi, comey pon ya ... thumbnail 1 summary

Ya Ya Masyaa-Allah Ajib Ajib... Hehe nak kata apa lagi, comey pon ya jugak. Satu perkara saya nak kata puak-puak Jin ni kena jaga-jaga jugak, sensitif puak ni.. Depa tengok sejadah lembab kena hampar, mai kita bawak solat terus bagi kering cepat sikit.

Dan satu lagi mereka nak bantu anda semua di Maahad yang gigih berjuang mempertahankan Agama. Wah Ustazah Azizah ni pon speaking² jugak ni, steady Ustazah.. Maka iktibar yang terpokok bagi saya dari insiden tersebut ialah supaya kita bantu promosi anak-anak 'ilmu kita di Maahad Tarbiah Darul Hijrah Al-Islam supaya lebih ramai sahabat-sahabat kita yang akan tampil ke hadapan dan membantu perjuangan depa ni so mai lah kita pakat-pakat ambil tahu mengenai mereka yang terdiri dari para-para barisan pendidik serta anak-anak yatim & miskin di MTDHI ini.

Amat susah bagi sebuah keluarga untuk meneruskan perjuangan mempertahankan Madrasah lama yang berusia hampir 30 tahun demi membantu anak-anak keluarga miskin dan terbiar. Harapan mereka agar anak-anak ini dapat menumpang kasih sayang dan mempunyai peluang untuk mendalami ilmu seperti orang lain.
Ustazah Hajah Azizah Khatib Mat, 60 tahun, wanita yang tidak pernah jemu mencurahkan kasih sayang dan ilmu kepada 40 anak-anak di sini. Maahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah dibina pada 1984, hasil titik peluh bersama arwah suaminya yang dahulunya dijadikan sekolah pondok tahfiz. Kehilangan suami pada tahun 2000, tidak sedikit pun membunuh semangat hidupnya. Sebaliknya dugaan itu dijadikan azimat untuk terus berdiri dan memegang kuat amanat arwah suami. 6 tahun selepas kematian suami, Ustazah Azizah terbuka hatinya untuk mengambil anak-anak yatim, yang terbiar dan miskin menjadi sebahagian daripadanya keluarganya.

Sekiranya ingin memberi sumbangan kewangan utk anak2 yatim & pelajar2 tahfiz ini, boleh juga berbuat demikian di :

NOMBOR AKAUN MTDHI
1. Bank Simpanan Nasional (cwgn. Maran, Pahang): 0610729863834007
MARKAZ TARBIAH DARUL HIJRAH AL ISLAMIAH
2. Bank CIMB (cwgn. Maran, Pahang): 0607-0000097107
MARKAZ TARBIAH DARUL HIJRAH AL ISLAMIAH

Atau sumbangan barang2 lain seperti kelengkapan pakaian, makanan, buku-buku, boleh terus hubungi Ustazah Azizah sendiri. saya sertakan nombor Puan Azizah atau Mak Zah (Pengasas madrasah) untuk dihubungi..;
09-4855115
019-9119900

________________________________________________________________

Edisi Pelik. Video dan Cerita di sebalik Sejadah Berdiri Di Maran, Pahang
Lebih 43 helai sejadah berdiri tegak seolah-olah sedang bersolat di dalam sebuah surau lama. Kejadian aneh tanda kebesaran Illahi yang menggemparkan penduduk setempat itu -- disaksikan sendiri pelajar Maahad Tarbiah Darul Hijrah Al-Islam, Maran, Pahang.

Menurut pengasas pusat pengajian Islam berkenaan, Azizah Khatib Mat, kejadian itu dimaklumkan oleh pelajarnya, sejurus selepas masuk waktu Maghrib malam semalam.

"Pagi tadi saya suruh pelajar ni ambik sejadah ni untuk dibasuh, kemudian mereka basuh dan sidai. Bila petang lepas asar hujan diorang angkat dan benda tu lembab. Jadi diorang naik keatas ni dan terus hamparkan supaya benda tu kering dan dekat hendak Maghrib, mereka buat persiapan solat Maghrib dan solat hajat. Ada empat daripada pelajar tadi hendak ke bilik air dan sorang hendak masuk ambil sikat. Bila nak masuk jer dia orang tengok yang first ni tunduk dan tersusun dan menghadap kiblat dan safnya tersusun-susun. Jadi diaorang terus berlari ke bawah memberitahu kawan-kawan dia." Azizah khatib mat/pengasas ma'ahad tarbiah darul hijrah al-islam.

43 sejadah ini yang diletakkan di dalam surau lama maahad berkenaan menghadap kiblat dan berada dalam kedudukan solat seperti berdiri tegak, duduk di antara dua sujud dan sujud. Kesemuanya kekal berada dalam keadaan demikian sehingga pagi tadi. Kejadian aneh ini turut menarik perhatian orang ramai yang tidak putus-putus mengunjungi surau berkenaan sejak pagi tadi.

Beberapa pendakwah bebas yang ditemui menyifatkan kejadian ini sebagai tanda kebesaran Allah swt supaya umat Islam kembali kepada ajaran-agama Islam yang suci.

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”