Thursday, August 16, 2012

Anwar Ibrahim & Jaringan Jesuit dalam Orde Baru Dunia

Ismail Al Faruqi (kiri) dikader di Universiti Temple. Anwar Ibrahim (kanan) dikader di Univers... thumbnail 1 summary
Ismail Al Faruqi (kiri) dikader di Universiti Temple. Anwar Ibrahim (kanan) dikader di Universiti Georgetown
Semasa saya belajar PhD di salah satu universiti tempatan, saya mendengar kes mengenai Dr Ismail Al Faruqi dengan kegiatannya untuk “menegakkan” Islam, terutamanya melalui idea “clash of civilizations” (Pertembungan peradaban).

Al Faruqi berkata, kalau kita mahu menandingi tamadun Barat, kita mesti mengatasi Barat melalui nilai-nilai yang murni dan tinggi. Kata-kata itulah yang telah memberikan semangat kepada saya untuk mengkaji ilmu.

Selepas itu, saya tidak lagi terpengaruh dengan idea Al Faruqi dan para pengikutnya yang ada di Malaysia, termasuk Anwar Ibrahim.

Al Faruqi telah dididik oleh mubaligh-mubaligh Nasrani sehingga diberikan keistimewaan di Amerika Syarikat (AS) sebagai profesor (Faruqi adalah profesor agama di Universiti Temple, Philadelphia, Pennsylvania, AS. Dr Muhamad Nur Manuty juga pernah menuntut di universiti yang sama).
Anak-anak didik seperti inilah yang digunakan untuk memesongkan Islam. Sekarang segala-galanya sudah terbongkar.

Dan, pada masa itu, Anwar sangat aktif, rupa-rupanya dia juga terjebak dengan kegiatan memesongkan Islam melalui saluran intelektual. Rancangan Barat itu hampir berjaya setelah mereka mampu meletakkan Anwar di samping Dr Mahathir, sehingga Anwar menjadi TPM, dan pernah memangku jawatan PM.

Allah MAHA KAYA, rancangan untuk meletakkan Anwar sebagai PM tidak berhasil dan Mahathir pun akhirnya telah maklum, siapa Anwar yang sebenarnya, walaupun pada satu ketika dahulu Mahathir pernah meletakkan sepenuh harapan kepada Anwar. Allah telah selamatkan Malaysia.

Kenapa Al Faruqi Mati Dibunuh?

AMY S. ROSENBERG, wartawan dari Philadelphia Inquirer, melaporkan Joseph Louis Young (seorang kulit hitam yang memeluk Islam dengan Yusuf Ali) membuat pengakuan bertulis kepada pihak polis Philadelphia mengatakan dia terpaksa membunuh keluarga Al Faruqi kerana mereka mendorong amalan homoseksual di kalangan pelajar pelajarnya.

Berikut laporan Amy S Rosenberg dalam Philadelphia Inquirer yang diterbitkan pada 21 Februari 1987:

Joseph Louis Young telah menikam pemikir Islam, Ismail Al Faruqi dan Lois al-Faruqi (pasangan suami isteri) dengan pisau 15 inci, hingga mati, di rumah kediaman pasangan suami isteri itu, di bandar Cheltenham (sebuah bandar di Daerah Montgomery, Philadelphia, Pennsylvania) kerana pembunuh mensyaki mereka mempunyai hubungan homoseksual dengan pelajar-pelajar Malaysia, menurut pengakuan Young yang dibacakan di mahkamah dalam perbicaraan semalam”

Itu merupakan keterangan saksi, pada hari pertama perbicaraan kes kematiannya dan Lois Lamya Al Faruqi (isterinya) di Mahkamah Daerah Montgomery, Philadelphia, Pennsylvania, Amerika Syarikat.

Detektif Polis Philadelphia, Carol Keenan, telah membacakan pengakuan bertaip, lapan muka surat itu di mahkamah yang ditandatangani oleh Young apabila dia ditangkap pada 16 Januari 1987.

Berdasarkan pengakuan tersebut, Young, yang juga dikenali sebagai Yusuf Ali, telah membunuh pasangan suami isteri itu kerana dia “mengetahui bahawa Dr. Faruqi dan isterinya mempunyai hubungan homoseksual dengan pelajar-pelajar Malaysia.” 

Peguam pembela Yong bernama Stephen G. Heckman berkata, semasa zaman kanak-kanak, Young, 40 tahun, dari Utara Philadelphia, telah diserang secara homoseksual oleh seorang lelaki. Homoseksual adalah “satu perbuatan yang memalukan untuk umat Islam,” kata Young dalam pengakuannya.

Kenyataan Young itu menyatakan dia telah diberi galakan untuk melakukan pembunuhan itu oleh Ghulam Nabi Fai, Pemangku Presiden Persatuan Pelajar Islam (Muslim Student Association) atau lebih dikenali sebagai MSA, sebuah organisasi pelajar nasional.

Ghulam Nabi Fai adalah seorang rakyat Kasmir yang menetap di Amerika syarikat, terlibat dalam MSA bersama-sama Ismail Faruqi di Universiti Temple. MSA ini adalah asas kepada penubuhan IIIT yang dipengerusikan oleh Ismail Faruqi.

Menurut kajian Hudson Institute tiga individu pelarian dari Iraq (Dr Ahmad Totonji, Dr. Jamal al-Din Barzinji dan Dr. Hisham Yahya al-Talib) yang menetap di AS memainkan peranan penting menubuhkan MSA (1963).

Dari MSA dikembangkan keseluruh dunia menjadi pelajar Islam sedunia yang dikenali sebagai IIFSO (1969). Apabila pelajar tersebut melepas zaman pelajarnya, ditubuh pula persatuan belia, WAMY (1972) dan badan pemikir IIIT, 1981.

Berdasar kepada kenyataannya itu, Young menyatakan dia dan Nabi Fai adalah “kawan karib…dia (Nabi Fai) tidak pernah menyatakan secara langsung, tetapi saya tahu dia sentiasa mengharapkan agar Dr. Faruqi dan isterinya akan mati apabila dia berkata secara berlawak tentang mereka (Ismail Al Faruqi) dan mengelarkan mereka sebagai ‘Big Bubba’.”

‘Big Bubba’ adalah satu istilah yang digunakan dalam masyarakat kulit hitam yang bermaksud ‘seorang lelaki gemuk yang jahat yang akan menjadikan lelaki lain sebagai anjing pemuas nafsu menemaninya di penjara.

Amy S. Rosenberg, Inquirer Staff Writer. Philadelphia Inquirer, The (PA); Published: 1987-02-21

Anwar Dikader Di Universiti Jesuit
Universiti Georgetown adalah universiti swasta Jesuits yang terletak di Georgetown, Washington, DC. Paderi John Carroll mengasaskan universiti itu pada 1789, walaupun asal-usulnya bermula dari tahun 1634.

Jesuits bermaksud ‘Ahli Kumpulan Jesus’ atau ‘Satu Pasukan Tentera Agama Jesus’ yang dibentuk di bawah Arahan Gereja Roman Katolik.

Kebiasaannya Jesuit menyembunyikan identitinya di sebalik jubah intelektual dan menetap di pusat-pusat pengajian tinggi yang juga dikenali sebagai ‘orientalis’.

Mereka menggelarkan diri mereka sebagai the Company of Jesus. Salah seorang daripada mereka adalah John Esposito, Pengarah Center for Muslim dan Christian Understanding, Universiti Georgetown.
Anwar Ibrahim di bawah bayangan logo Jesuit
Universiti ini adalah salah satu universiti Jesuit yang terkemuka di dunia. Kaitan Anwar adalah dengan Jesuit sangat jelas, dan dari sana Anwar Ibrahim menjalinkan hubungan dengan Zionist dan Mossad.

Sangat sedikit rakyat Malaysia pernah belajar Jesuitism , dan sebahagian besar rakyat Malaysia besar tidak mempunyai pengetahuan tentang Jesuits.

Terdapat lebih kurang 25,000 Jesuits yang mempunyai paling tinggi (sumpah) di dunia , di mana kira-kira 10% berada di negara India. Rangkaian mereka sungguh cemerlang, mencampuradukkan keagamaan, pendidikan, mubaligh, politik, dan unsur-unsur diplomatik, kesemuanya menjadi satu rangkaian perisikan yang padu.

The Catholic Herald diterbitkan oleh Jesuits, ini merupakan punca isu Kalimah Allah.

Kebanyakan rakyat Malaysia hanya mengetahui berkaitan dengan Zionists, Freemasons, Yahudi, Illuminati, Bilderbergers, CFR, neocons, New World Order, Nazis dan lain-lain , tetapi amat jarang mereka mengetahui tentang Jesuits.

Tokoh-tokoh di belakang Anwar Ibrahim adalah Jesuits – organisasi mereka paling berkuasa di dunia. Anwar ‘hebat di kaca mata dunia’ disebabkan oleh hubungan networkingnya dengan Jesuit – Pengkalan mereka di Asia Tenggara adalah di Manila, Ateneo de Manila University, tetapi mereka mempunyai pusat-pusat di Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia.

Putera Al Waleed Talal mempunyai hubungan sangat rapat dengan Jesuits, seperti juga hubungannya denga Zionists dan Mossad. Begitu juga dengan Anwar.

Al Waleed Talal, anak saudara Raja Arab Saudi ini adalah salah seorang pelabur terkaya di dunia, yang mendapat kepentingan besar dalam Citigroup (organisasi rangkain bank Yahudi). Menerima banyak publisiti, sebahagiannya negatif, pada Disember 2005 menderma sebanyak $20 million kepada Harvard dan Georgetown untuk mengembangkan jabatan-jabatan kajian Islam di sana.
Barisan hadapan dari kiri, John Esposito (Pengarah CMCU), John J. DeGioia (Presiden Universiti Georgetown), Putera Alwaleed Talal, Muna Abu Sulaiman (Setiausaha Umum & Pengarah Eksekutif Alwaleed Talal Foundation) dan Alexa Poletto (Georgetown).
Pada Januari 2006, dengan seorang rakan kongsi, Al Waleed Talal mengumumkan perjanjian $3.9 billion untuk membeli Fairmont Hotel & Resorts.
Prince Alwaleed Bin Talal Foundation : Pemain di belakang tabir adalah IIIT, Dr Jamal Barzinji (Pengasas IIIT/duduk paling kiri), Muna Abu Sulaiman (anak Dr Abu Hamid Sulaiman/duduk tengah), Dr. Anas al-Shaikh-Ali (IIIT United Kingdom/berdiri no 3 dari kanan), Omer Totonji (anak Dr Ahmad Totonji pengasas IIIT/berdiri no 5 dari kanan). Di universiti Georgetown, Prince Alwaleed Talal Foundation menubuhkan CMCU (Center for Christian and Muslim Understanding). Wakil CMCU adalah John Esposito (duduk no 2 dari kanan), John Voll (berdiri no 3 dari kiri) dan Alexa Poletto (duduk no 3 dari kiri). CMCU adalah tempat Anwar menjadi pensyarah pelawat.
Pada Februari beliau menyenaraikan pemegangan hotelnya dalam bursa saham di Dubai. Bercadang untuk menjadikan kumpulan pelaburan utamanya, Kingdom Holdings, (di London kepada pertukaran Arab Saudi pada akhir tahun ini.

Putera Alwaleed Bin Talal Al Saud mendapat tempat kelapan di antara The World’s Richest People In 2006′. 

Buka Minda, Buka Mata
Kita mesti buka mata. Ini bukan hanya berkenaan Yahudi-Freemason Illuminati NewWorld Order. Tetapi, ini berkaitan Jesuit-Yahudi-Freemason Illuminati New World Order. Buka minda, buka mata.

Lihat sini bagaimana Anwar sudah terperangkap dan jadi tali barut mereka :

Dalam Jesuit Oath (Sumpah Jesuit), pemimpin baru Jesuit diarahkan “anda telah diajar berlakon ‘dissembler’ (menyamar atau bersembunyi di belakang sesuatu yang palsu): antara Katolik Rom menjadi Roman Katolik , dan menjadi seorang pengintip walaupun di antara saudara anda sendiri; tidak mempercayai dan menyakini kepada sesiapa.

Antara Reformers, menjadi seorang reformis ; antara Huguenots (reformer protestan gereja di Peranchis), menjadi seorang Huguenot; antara seorang Calvinists (Reformasi Protestan), menjadi seorang Calvinist ; antara Protestants lain, menjadi seorang Protestan , dan mendapatkan keyakinan mereka, untuk berdakwah dari mimbar mereka, dan untuk mengutuk dengan semua kesungguhan dalam sifat Agama Suci kita dan the Pope; malah untuk turun begitu rendah sebagai seorang Yahudi antara orang-orang Yahudi, bahawa anda dibolehkan menghimpunkan bersama semua maklumat untuk manfaat Order anda sebagai seorang askar setia the Pope. 

Untuk berpihak dalam pertempuran dan berlakon secara rahsia dengan saudara Jesuit anda, yang boleh ‘bertunang’ dengan pihak sebelah yang lain, tetapi menentang secara terbuka terhadap sesuatu yang anda mungkin akan bina networking, (tetapi) pada akhirnya, hanya Gereja akan menerima faedahnya, dalam memperbaiki syarat-syarat dalam perjanjian-perjanjian untuk keamanan dan penghujungnya adalah menjustifikasikan makna. (The Jesuit Oath as told by Carlos Didier, Subterranean Rome, pp349-351).

Sambungan dari Jesuit Oath : “Anda telah diajar untuk menanam benih-benih kecemburuan dan kebencian antara komuniti-komuniti, wilayah-wilayah, negara-negara yang damai, dan menghasut mereka untuk pertumpahan pertumpahan darah, melibatkan mereka dalam peperangan antara satu sama lain, dan mencipta revolusi-revolusi dan perang-perang minda di negara-negara yang bebas dan makmur, menanam benih-benih kesenian dan sains-sains dan menikmati rahmat keamanan. Untuk berpihak dalam pertempuran dan berlakon secara rahsia dengan saudara Jesuit anda, yang boleh ‘bertunang’ dengan pihak sebelah yang lain, tetapi menentang secara terbuka terhadap sesuatu yang anda mungkin akan bina networking, (tetapi) pada akhirnya, hanya Gereja akan menerima faedahnya, dalam memperbaiki syarat-syarat dalam perjanjian-perjanjian untuk keamanan dan penghujungnya adalah menjustifikasikan makna. (The Jesuit Oath as told by Carlos Didier, Subterranean Rome, pp349-351).

Jesuit Oath juga menyatakan “Anda telah diajar tugas anda adalah sebagai seorang pengintip, menghimpunkan hampir semua perangkaan-perangkaan, fakta-fakta dan maklumat dalam ‘tangan anda’ dari pelbagai sumber; untuk meningkatkan diri anda ke dalam keyakinan keluarga Protestant dan orang berfahaman menyeleweng dalam setiap kelas dan perwatakan, daripada saudagar, banker, peguam, di sekolah-sekolah dan universiti-universiti, dalam parlimen dan badan perundangan, dan mahkamah-mahkamah dan majlis-majlis tempatan negeri, dan untuk ‘menjadi semua benda untuk semua manusia,’ matlamat akhirnya kepada the Pope, yang menjadi hamba kami sampai mati.” (The Jesuit Oath as told by Carlos Didier, Subterranean Rome, pp349-351).

BEGITULAH BAGAIMANA ANWAR MENJADI AGEN JESUITS kerana kita telah dibolosi (Infiltrated) sekian lama melalui orang-orang seperti Anwar Ibrahim.

Isu Kalimah Allah juga merupakan satu daripada agenda yang sama untuk menyusup masuk ke dalam masyarakat dan memecahbelahkan masyarakat. Semua itu kerja Anwar yang dibantu oleh rakan-rakan di belakang tabir. Kalau kita selidiki betul-betul, semua ini telah berlaku di negara kita. 

Awasi Misi Mereka
Agensi-agensi perisikan yang utama di dunia merupakan satu rangkaian antarabangsa. Mereka adalah di belakang Anwar. VATICAN (JESUITS) – CIA – KGB – MOSSAD.

Saya tidak boleh memasukkan grafik di sini, jadi saya tidak boleh menunjukkan versi grafik sambungan antara 4 agensi-agensi. MI5 / MI6 ialah satu lagi agensi utama, tetapi tidak dimasukkan.
Modus operandi Anwar adalah bersama dengan mereka. Anwar merupakan upahan agensi perisikan antarabangsa, dan melalui Anwar lah akan dilakukan “regime change” (perubahan kerajaan) di Malaysia.

PRU 12 sepatutnya menjadi masa terbaik untuk regime change (fungsi utama NED), tapi mereka tak dapat cukup kerusi. Wan Azizah kata “fajar menyinsing” (New Dawn) untuk Malaysia selepas PRU 12.

Anwar pula kata “Malaysia Baru” – slogan bagi pilihanraya kecil Permatang Pauh. Mereka tidak pernah berputus asa, jadi mereka akan bermati-matian untuk PRU 13.

Anwar Ibrahim boleh dapat sponsor dari luar negara (pinjam dulu), tetapi apabila sudah menang PRU, pinjaman harus dibayar balik oleh Malaysia.

IT WILL BE PAYBACK TIME FOR MALAYSIA.

Ketika itu lah kita orang Melayu akan kehilangan segalanya!

Mereka mendapat pembiayaan yang sangat besar untuk PRU 12, dan mungkin lebih besar lagi untuk PRU 13. Ini semua berkaitan tentang UNDI, dan ini dapat dimanipulasi dengan WANG. Demokrasi sendiri boleh dijadikan satu amalan tertinggi rasuah!

Mana-mana sistem adalah baik, tetapi manusia boleh merosakkannya. Thailand ialah satu contoh yang baik di mana Thaksin telah membeli penyokong-penyokongnya. PRU 13 adalah masa bagi keruntuhan KETUANAN MELAYU. Inilah yang dikehendaki oleh penaja-penaja tersebut.

Masyarakat Cina telah melakukan perkara yang sebenarnya buruk di Xinjiang. CIA telah mengambil kesempatan untuk menyokong kumpulan pemisah. Bukan sahaja media China mahupun media Barat, semuanya memberitahu kebenaran.

Kuasa-kuasa asing cuma mahu melakukan perkara itu menjadi lebih buruk, menggunakan polisi ‘pecah perintah’ untuk mengambilalih mana-mana negara.

Kumpulan “Pro-Demokrasi” adalah projek CIA. CIA menyokong pemimpin-pemimpin “Pro-Demokrasi” – Su Kyii (Myanmar), Anwar Ibrahim (Malaysia), Rabeya Kadeer (Xinjiang), Ahmad Chalabi (Iraq), Mousavi (Iran) dan lain-lain lagi. Jangan terperangkap dalam permainan ini.

Di Thailand terdapat Thaksin. Di Nepal, sekutu-sekutu Jesuit-Communist menjatuhkan Raja Agama Hindu, dan hari ini, diperintah oleh Maoists. Tidak mengapalah, Maoists atau Komunis atau Sosialis atau prodemokrasi… – mereka adalah sama, DIKAWAL OLEH ORANG YANG SAMA!

Di Kemboja, raja telah digulingkan. Ini merupakan langkah untuk membuang raja-raja / keluarga diraja bagaimanapun yang dilakukan oleh ejen-ejen tempatan yang dibiayai oleh institusi asing.

Jadi, Malaysia mesti berhati-hati! Kita perlu mempertahankan hak kita di sini dan ia sedang berlaku SEKARANG. 

Apa Mereka Bakal Lakukan 

Sila baca apa yang Anwar sedang lakukan. Anwar sedang mencari jalan untuk menjatuhkan BN dan digantikan dengan kerajaan yang baru (regime change) dan membariskan satu barisan pemimpin kerajaan yang baru.

Untuk melakukan itu, Anwar perlu ada strategi tersendiri.

(1) Memecahkan orang Malayu supaya UMNO dapat ditumbangkan.

(2) Mendapatkan sokongan bukan Islam melalui pluralisme agama dan isu Kalimah Allah.

(3) Ekoran daripada itu, dapat menumbangkan BN di Semenanjung melalui pemindahan undi kepada calon-calon bukan BN, dan mendapatkan undi majoriti daripada Sabah dan Sarawak menggunakan saluran underground.

(4) Membariskan pemimpin-pemimpin baru, termasuk bekas ahli-ahli politik serpihan BN, terutamanya yang mempunyai pengaruh dan title.

(5) Menggerakkan political activtists dengan dibantu oleh CIA operatives, jaringan intelligence antarabangsa dan sebagainya.

(6) Mendapatkan sumber kewangan asing bagi membiayai kegiatan underground.

(7) Menumbangkan BN pada PRU13.

(8) Mewujudkan satu kerajaan baru yang akur kepada kehendak kuasa-kuasa asing.

(9) Menjadikan Malaysia sebuah kerajaan boneka yang mengikut agenda NWO.

(10) Mewujudkan agama Islam selari dengan fahaman Anwar sendiri yang akan cenderung kepada ajaran ‘New Age’ (plurisme agama) dan kehendak NWO (sistem Dajjal).

Pada masa sama, PRU 13 akan berlaku semasa era kekeliruan yang paling tinggi, iaitu kehangatan (kononnya) akan berlaku kehancuran dunia 2012 (galactic alignment), solar flares, polar shift, project Blue Beam/HAARP, economic crash, dan bermacam-macam lagi fitnah Dajjal.

Anwar akan menggunakan kekeliruan ini untuk mengambil kesempatan merampas tampuk pemerintahan melalui “demokrasi” – manipulasi undi menggunakan taktik-taktik halus.

Pada ketika ini, Anwar telah lulus dari “Akademi” CIA – cara-cara untuk melakukan operasi tersembunyi (false flag).

Selamat berjaya Anwar, tetapi dunia tidak berakhir di sini, terdapat dunia AKHIRAT yang anda akan diperhitungkan nanti.

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”