Tuesday, April 30, 2013

ASAL USUL DOKTRIN "NEGARA BERKEBAJIKAN" PAS

William Temple TOPENG POLITIK BERASASKAN AGAMA. Gambar ini menunjukkan Padri Kristian dari ... thumbnail 1 summary
William Temple
TOPENG POLITIK BERASASKAN AGAMA.

Gambar ini menunjukkan Padri Kristian dari Gereja Anglikan di Britain, William Temple, orang pertama yang mencipta istilah "Welfare State" yang Melayunya bermaksud "Negara Berkebajikan" atau "Negara Kebajikan"..

Konsep "Negara Berkebajikan" (Welfare State) amat jauh beza dari konsep "Negara Islam" (Islamic State) kerana kedua sistem kenegaraan ini memberikan penekanan berbeza kepada konsep masing2..

Negara Berkebajikan memberikan penekanan kepada satu sistem ekonomi, ia itu "mixed economy" (ekonomi bercampur) yang tak meruangkan apa2 peranan untuk sebarang agama..

Negara Islam pula menekankan bahawa asas utama sebuah kerajaan adalah undang-undang Islam, bukannya sistem perekonomian "NEGARA BERKEBAJIKAN" atau "NEGARA KEBAJIKAN" adalah translasi/terjemahan dari istilah Inggeris "WELFARE STATE".

Istilah Inggeris "WELFARE STATE" mula muncul di dunia selepas Perang Dunia Ke 2, ia itu di BRITAIN.

Istilah "Welfare State" ini dicipta oleh seorang PADRI KRISTIAN dari GEREJA ANGLIKAN di England, Padri WILLIAM TEMPLE..

Namun, konsep NEGARA BERKEBAJIKAN muncul lebih awal dari peristiwa penjenamaan konsep yang dilakukan oleh Padri William Temple.

Konsep Negara Berkebajikan pertama kali muncul di JERMAN, pada tahun 1800an.

Tapi ia tak dipanggil NEGARA BERKEBAJIKAN oleh orang2 Jerman. Sebaliknya ia dipanggil "SOZIALSTAAT" yang Inggerisnya menterjemah kepada "SOCIAL STATE" atau Melayunya sebagai "NEGARA SOSIAL".

Istilah "Social State" atau "Sozialstaat" atau "Negara Sosial" mula digunakan di Jerman pada 1870, dicipta oleh para "Sozialpolitiker" Jerman, atau ahli politik sosial Jerman. Ia dicipta sebagai sebahagian dari perlaksanaan program reformasi konservatif di Jerman yang pada waktu itu dipimpin oleh Canselor (Perdana Menteri) Otto Von Bismarck.

Istilah "SOCIAL STATE" (NEGARA SOSIAL) tak dapat diterima di negara2 Anglofon Barat (negara2 Barat berbahasa Inggeris), kerana perkataan "sosial" ditafsirkan mereka sebagai mempunyai unsur KOMUNISME yang bercanggah dengan sistem ekonomi KAPITALISME yang dianuti di negara2 Barat Anglofon.

Lantaran, istilah "WELFARE STATE" (NEGARA BERKEBAJIKAN) dicipta di Britain oleh Padri Kristian Gereja Anglikan ini selepas Perang Dunia Ke 2, dan diterima pakai sampai hari ini.

Istilah "Welfare State" (Negara Berkebajikan) kemudiannya tersebar ke seluruh dunia, dan menenggelamkan istilah "Social State" (Negara Sosial).

"Negara Berkebajikan" (Welfare State) telah ditakrifkan oleh ahli sosiologi Britain, TH Marshall (1893-1981) sebagai "GABUNGAN/KOMBINASI UNGGUL DEMOKRASI, KEBAJIKAN & KAPITALISME (A distinct combination of democracy, welfare and capitalism).

Dalam sebuah Negara Berkebajikan, kerajaan memainkan peranan utama dalam perlindungan dan penggalakan kemaslahatan ekonomi dan sosial rakyatnya.

Sebuah Negara Berkebajikan di biayai melalui sistem percukain progresif, yakni cukai paling tinggi dikenakan ke atas golongan berpendapatan paling tinggi. Ini bertujuan mengurangkan jurang pendapatan antara golongan kaya dan golongan miskin.

Negara Berkebajikan memerlukan kerajaan atau negara memindahkan dana kepada perkhidmatan2 yang diperlukan rakyat (perkhidmatan kesihatan, pendidikan dll). Ia juga memerlukan kerajaan membayar sejumlah wang kepada individu2 yang tak berkemampuan bagi membolehkan mereka menikmati tahap minima kehidupan yang baik.

Contoh Negara Berkebajikan hari ini adalah ICELAND, SWEDEN, NORWAY, DENMARK dan FINLAND.

Kajian2 ekonomi mendapati negara2 berkebajikan totok (hardcore welfare states) sering mengalami krisis kewangan dan ekonomi kerana negara terpaksa menanggung masalah kewangan semua rakyatnya.

Bagaimana pula MALAYSIA? Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib, Malaysia BUKAN sebuah Negara Berkebajikan. Namun, Malaysia menyediakan jaring keselamatan sosial bagi menjaga kebajikan rakyat, termasuk rakyat yang kurang bernasib baik.


(Sumber)

No comments

Post a Comment

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”