Saturday, April 20, 2013

DAP GUNA LOGO PAS PRU13

  PAS telah bersetuju untuk membenarkan DAP menggunakan logonya dalam PRU13 akan datang. ... thumbnail 1 summary
 
PAS telah bersetuju untuk membenarkan DAP menggunakan logonya dalam PRU13 akan datang.

Kalangan pemerhati sangat mengalu-alukan kerjasama luarbiasa antara PAS dengan DAP itu yang telah menempa sejarah yang akhirnya membuktikan PAS=DAP.

Biasalah DAP main wayang kulit depa. Sedangkan ia adalah taktik desperat mereka untuk meneutralisasikan persepsi negatif di balik minda para pengundi Melayu Islam terhadap simbolisma DAP sebagai sebuah parti ultra rasis dan ultra kiasu.
__________________ 

Hairul Nizam - ada orang kata...Perjuangan APA PAS bawa sekarang ? ... PAS Ganti UMNO (PGU) ?? .. Sekarang ternyata Perjuangan DAP GANTI PAS !!! lambang mcm sama tapi..... 17:14 (27 minutes ago)

Al Faedah - PKR tidak pernah berubah matlamat. Dari mula pembentukannya kita tahu ia merupakan instrumen kuasa asing luarnegara untuk merubah arus politik perdana Malaysia melalui hubungkait keperibadian Anwar Ibrahim dengan paksi neo-konservatif NWO. DAP kita semua tahu mempunyai persejarahan yang lama sejak peninggalan British untuk mengekalkan status quo dan imbangan kuasa kaum China ultra rasis (the Communist Connection).

PKR tidak pernah berubah matlamat. Dari mula pembentukannya kita tahu ia merupakan instrumen kuasa asing luarnegara untuk merubah arus politik perdana Malaysia melalui hubungkait keperibadian Anwar Ibrahim dengan paksi neo-konservatif NWO. DAP kita semua tahu mempunyai persejarahan yang lama sejak peninggalan British untuk mengekalkan status quo dan imbangan kuasa kaum China ultra rasis (the Communist Connection).

PAS sejak dari penubuhannya merupakan "pintu masuk" untuk infiltrasi Islam oleh Zionis Yahudi melalui instrumen Ikhwanul Muslimin, Syiah dan Wahhabi. Melalui PKR juga ruang dibuka untuk elemen "Islamisasi" dengan acuan yang sama dimasukkan untuk neutralisasi antara PAS-PKR.

Akhirnya dalam situasi dimana terdapat 2 parti yang dominan dengan prinsip Liberal dan Sosialisnya, PAS hanya akan diperkudakan untuk pencapaian objektif 2 parti dominan ini manakala sentimen Islamis dalam PAS dineutralisasikan oleh infilterasi keatasnya melalui elemen Islamis PKR yang memasukinya. Objektif perpecahan Melayu dan Islam sudah pun tercapai. Indoktrinasi umat Islam menurut acuan yang dikehendaki oleh mereka juga sudah tercapai. Matlamat politik telah tercapai, maka apa perlu pada PAS?

Memang terlalu ramai umat Islam yang duduk diperingkat grassroot terutamanya dalam Ikhwan yang hingga sekarang tidak memahami langsung tentang infiltrasi yang telah direncanakan dari peringkat atasan Ikhwan. Struktur pemecahan kuasa bertingkat dan "pencerahan" (enlightenment) yang dijalankan dalam Ikhwan sama sepertimana sistem Freemason di mana orang bawahan tidak akan mampu samasekali untuk mengetahui persekongkolan pihak teratas dengan Yahud dan Kristian Zionist.

Apa yang saya katakan ini adalah sesuatu yang telah banyak didokumentasikan termasuk dalam fail-fail perisikan, pendedahan serta penyelidikan atas infilterasi NWO keatas dunia Islam dan hari ini melalui Arab Spring, War on Terror, dan ketrampilan jihadis-jihadis Islamis ini dalam setiap episod yang membabitkan samada kejelekan, kekalahan serta penghinaan keatas umat Islam sedunia, 3 elemen "Islamis" inilah yang akan muncul dalam polemik Dunia vs Islam dan perancangan jahat Islamophobia.

Ketahuilah musuh-musuh kita langsung tidak takut apabila natijah dari penerapan nilai-nilai Islam membawa kepada nilai-nilai Islam yang luhur membabit asas-asas kesedaran Islam. Apa yang mereka kehendaki ialah unsur-unsur kesedaran pada peringkat awal ini diterjemahkan kepada peringkat radikalisasi seterusnya.

Apabila pencapaian radikalisasi ini dibawa pada peringkat kepimpinan politik pada peringkat atasnya, dan disambut oleh radikalisasi Islam pada peringkat rakyat marhaen, maka bermulalah Neraka untuk umat Islam sejagat.

Demikian saya nyatakan penipuan yang telah dijalankan atas kalian. - 17:42
 __________________ 

Kuala Lumpur 19 April - Apa Strategi DAP, Bertanding Di Bawah Logo PAS ?

Penasihat DAP, Lim Kit Siang menwar-warkan semua calon DAP di Semenanjung Malaysia akan menggunakan lambang Pas manakala calonnya di Sabah dan Sarawak menggunakan lambang Parti Keadilan Nasional (PKR) pada Pilihan Raya Umum 5 Mei ini, lapor bernama, walaupun Pendaftar Pertubuhan (ROS) semalam menegaskan parti pembangkang itu boleh menggunakan simbolnya sendiri.

Pendaftar Pertubuhan, Datuk Abdul Rahman Othman dalam kenyataan medianya berkata pendaftaran DAP tidak terbatal dan parti itu masih boleh menggunakan simbolnya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

Menurutnya, ROS hanya tidak memberi pengiktirafan kepada pemegang-pemegang jawatan DAP yang dibentuk semasa pemilihan parti itu pada 15 Dis 2012, mengikut Seksyen 3A Akta Pertubuhan 1966 akibat pertikaian ahli-ahli mereka sendiri, namun pendaftaran parti masih sah.

“Bagaimanapun, pendaftaran DAP tidak terbatal dan ia masih boleh menggunakan simbolnya semasa PRU 13,” kata Abdul Rahman.

Perkara sama turut ditegaskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang memberi jaminan kepada DAP bahawa parti itu layak menggunakan lambangnya pada PRU 13.

“Mereka nak apa lagi, kita sudah kata mereka boleh guna lambang mereka. Ini adalah jaminan kita.

“Esok mereka datang awal, serah borang penamaan calon dan bawa sekali surat kebenaran daripada pemimpin tertinggi mereka untuk guna lambang DAP.

“Kita benarkan, kita akan proses, kita juga telah cakap perkara berkaitan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) itu perkara lain, kita bagi jaminan mereka boleh guna lambang mereka,” kata Datuk Wan Ahmad Wan Omar, Timbalan Pengerusi SPR kepada Sinar Harian Online hari ini.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam sidang media di Wisma DAP Pulau Pinang petang tadi dilaporkan Roketkini.com berkata bahawa jaminan mulut ROS dan SPR itu tidak boleh dipercayai dan diterima.

Oleh itu calon-calon DAP akan bawa dua surat watikah ke pusat penamaan calon esok.

“Kita akan beri hak kepada calon-calon DAP untuk lawan dan tuntut hak untuk guna logo roket. Tetapi jika tidak dibenarkan, kita guna logo PAS,” ujar Guan Eng mengulang keputusan untuk bertanding menggunakan logo PAS di Semenanjung dan logo PKR di Sabah dan Sarawak.

“Cakap, kita mahu roket dulu, sebab ini simbol hati kita,” ujar Guan Eng dengan nada sayu lantaran taktik keji pihak-pihak tertentu yang mencuba untuk membunuh DAP kerana takut kalah dalam PRU 13.

Mengulas tentang kenyataan SPR dan ROS yang kononnya membenarkan logo roket digunakan, Guan Eng berkata, “Ini bukan janji ditepati,” dan menambah bahawa sekiranya dihalang, calon-calon DAP di Semenanjung akan menggunakan simbol bulan.

“Kita dipaksa, kita dianiaya, kita dinafikan hak menggunakan roket. Ini menimbulkan kemarahan rakyat, kerana BN main tipu, busuk hati Barisan Nasional, jahat BN!” katanya.

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”