Sunday, May 5, 2013

Financial Times Label Anwar Penipu

( Sumber ) Financial Times baru saja menyiarkan satu artikel berkenaan Anwar Ibrahim yang p... thumbnail 1 summary


Financial Times baru saja menyiarkan satu artikel berkenaan Anwar Ibrahim yang penulis kira perlu diberi perhatian oleh semua rakyat Malaysia terutama di ambang pilihanraya ini.  Artikel ini mampu membantu kita memahami apa dan siapa yang bakal kita pilih esok hari.

Dalam artikel yang bertajuk ‘Anwar Ibrahim:  Ahli Politik Malaysia yang kompleks’, wartawan David Pilling telah menyimpulkan dua perkara penting mengenai hala tuju pentadbiran Anwar, berdasarkan pertemuannya dengan Anwar selepas ceramah di Sungai Buaya dua hari lalu.

Pertamanya, Anwar memberi jaminan yang beliau tidak akan sekali-kali membenarkan undang-undang Islam (hudud) dilaksanakan.

Keduanya, Anwar berjanji akan menghapuskan Hak Keistimewaan Melayu.

Apapun alasan Anwar bagi kedua-dua perkara ini adalah tidak penting, kerana yang penting adalah apa yang bakal dilaksanakannya.

Jaminan dan janji Anwar itu pasti akan melegakan hati DAP namun ia pasti mengguris perasaan PAS.  Bagi UMNO pula, bukanlah mengejutkan jika nasib umat Melayu langsung tidak ada dalam agenda Anwar dan kerana itulah kita menentang Anwar.

Hakikatnya, kaum minoriti di negara ini tidak pernah tertindas kerana wujudnya Hak Istimewa Melayu.  Malah kaum minoriti, iaitu kaum Cina yang paling lantang mengkritik perkara ini, merupakan kaum paling berjaya.

Walhal, hak mereka tidak pernah dirampas oleh Hak Istimewa Melayu.  Sebaliknya, Hak Istimewa Melayu adalah bertujuan mempertahankan hak Melayu dari dirampas mereka.

Dalam kata lain, cadangan menghapuskan Hak Istimewa Melayu bermakna memberi hak kepada kaum lain untuk merampas hak Melayu.

Kaum minoriti negara ini telah pun diberikan hak yang tidak mungkin dinikmati oleh kaum minoriti di negara-negara lain.  Antaranya, mereka punya hak untuk membuka sekolah berasingan, taraf kelayakan Bahasa Kebangsaan mereka direndahkan, mereka boleh membina pusat-pusat agama mereka tanpa halangan malah hari-hari perayaan mereka juga diiktiraf sebagai cuti umum.

Bagi menyokong hujahnya, Anwar menyatakan bahawa Hak Istimewa Melayu menghalang potensi negara dari segi persaingan.  Apakah maknanya ini?

Maknanya, Anwar menyatakan bahawa Hak Istimewa Melayu telah membataskan peluang kaum yang lebih kaya dari mengambil-alih hartanah kaum bumiputera.  Dan Anwar menganggap itu sebagai tidak adil.

Bagi Anwar kaum yang lebih kaya wajar dibiarkan membeli sebanyak mana hartanah dan memiliki apa saja peluang yang mereka mampu.

Contohnya, Kampung Baru yang sekian lama diidam oleh para pemaju Cina untuk dibangunkan.  Anwar melihat bahawa mereka wajar diberi hak untuk membangunkannya serta menghalau kaum Melayu keluar kerana tidak mampu berbuat demikian.  Membenarkan kaum Melayu untuk terus mempertahankan tanah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur itu adalah penghalang kepada potensi besar untuk menjana kewangan.

Ini bukan cerita dongeng, tetapi hakikat yang dari kenyataan Anwar yang jelas.  

Justeru, bagi rakyat Malaysia yang akan mengundi esok, inilah diseru agar memahami kedua-dua perkara ini sebaik-baiknya. Walaupun di hadapan pengundi Melayu Anwar berjanji akan mempertahankan hak mereka, namun sedarlah bahawa beliau menyatakan sebaliknya di belakang mereka. 
 
Anwar berani membuat kenyataan yang bertentangan dengan kenyataannya sendiri kerana Anwar yakin penyokong-penyokongnya dari bangsa Melayu yang memerlukan perlindungan di bawah Hak Istimewa Melayu, tidak akan membaca Financial Times.

Nampaknya sikap talam dua muka Anwar turut dikesan oleh wartawan Financial Times sendiri.  Di awal artikelnya, David Pilling menggambarkan Anwar di pentas ceramah sebagai seorang ‘penghibur kelab malam’ di mana beliau telah terlebih dahulu berlatih dengan skrip dan mimik muka serta disesuaikan pula dengan ketika tertentu.
 
Di akhir artikel pula Pilling mempersoalkan siapa Anwar; Pejuang Islam atau Liberal?  Nasionalis Melayu atau Ahli Politik Untuk Berbagai Kaum?
 
Anwar telah menyertai UMNO atas alasan tertarik dengan kesungguhan UMNO membela Melayu tetapi kemudiannya menghentam UMNO kerana membela Melayu.  Anwar pernah menjadi sebahagian dari Mahathirisme tetapi kemudiannya menjadi penentang keras Mahathirisme.

Bukan sahaja perjuangan Anwar tidak konsisten, malah personaliti Anwar juga tidak konsisten.

Mungkin kerana itulah David Pilling menyimpulkan Anwar sebagai ‘calon yang tiada kepastian’.

Akhir sekali, ketika ditanya bagaimana Anwar boleh membuat perubahan ke atas sesuatu yang begitu sebati dengan negara hanya dalam masa 100 hari pertama pentadbirannya?  Anwar tidak menjawab, sebaliknya bergurau menyuruh Pilling tidur sahaja kerana jam sudah pukul 2 pagi.

Itulah Anwar, semua ini hanya satu pementasan baginya di mana beliau membawa watak hero iaitu seorang pemimpin yang bangkit melawan penindasan!

No comments

Post a Comment

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”