Saturday, June 15, 2013

POLITIK SAMPAH: PM RUNDING LAGI DENGAN ANWAR DI JAKARTA?

Tetapi Najib dan Anwar sedang cuba untuk bercumbu-cumbuan diantara satu dengan lain di Jakarta... thumbnail 1 summary
Tetapi Najib dan Anwar sedang cuba untuk bercumbu-cumbuan diantara satu dengan lain di Jakarta...
Mereka bukan berbincang tentang masalah negara, mereka berbincang bagaimana untuk berkompromi tentang isu jawatan Perdana Menteri sahaja. Kedua-duanya 'desperate'. Seorang 'desperate' hendak melindungi jawatannya, seorang lagi 'desperate' hendak mengambil alih jawatan yang seorang lagi.


Parang bengkok gunanya hanya untuk menebas semak samun sahaja

Oleh ASPAN ALIAS


Salah satu perkara yang saya pernah sebut lama dahulu ialah kemungkinan dan politik ini ada berbagai-bagai. Musuh hari ini akan menjadi kawan besok hari. Berkawan hari ini akan menjadi musuh pula beberapa hari selepas itu.

Tiada sahabat dan musuh yang kekal dalam politik ini nampaknya. Itu sebabnya saya selalu mengingatkan yang muda-muda pada hari ini jangan menjadi manusia keliru dan terjebak dengan keadaan dan menjadi mangsa kepada permainan manusia pemimpin yang hanya gilakan kuasa tanpa had.

Suatu ketika dahulu saya memberikan pandangan yang pergaduhan diantara kita dibawah ini adalah di sebabkan keadaan berpuak-puak dalam negara dalam hal politik hasil dari tindakan pemimpin yang masing-masing mempunyai pengikut.

Masing-masing yang bermusuh sanggup berjabat dan bersalaman semata-mata kerana kepentingan mereka sahaja. Pengikut yang berdemonstrasi serta bagi pihak yang mereka sokong itu hanyalah menjadi umpan dan dimangsakan oleh pimpinan yang membawa mereka berdemonstrasi itu.

Saya menyebut isu yang di siarkan oleh Malaysian Insider hari ini yang Najib dan Anwar berkemungkinan besar sedang berjumpa dan membuat pakatan diantara mereka dalam hal politik pada hari ini di Jakarta. Kebarangkalian perjumpaan ini tidak boleh di nafikan boleh berlaku. 

Dalam masa rakyat berbalah diantara pihak mereka ini, tidak ada siapa yang mengetahui Anwar dan Najib pernah berjumpa dan membuat pakatan dihadapan Jusuf Kala dari Indonesia. Hanya setelah Anwar dikatakan memungkiri janji-janji dengan Najib itu, maka barulah rakyat mengetahuinya setelah rahsia perjumpaan itu dibocorkan oleh Jusuf Kala sendiri.

Tidak pula salah perjumpaan itu. Tetapi persoalannya bagaimana dengan penyokong yang berdemonstrasi dan berperang sesama sendiri mempertahankan pemimpin dan puak masing-masing itu? Semasa mereka berperang ini, ramai yang telah tercedera dan ramai juga yang telah berpatah arang sesama sendiri.

Tetapi Najib dan Anwar sedang cuba untuk bercumbu-cumbuan diantara satu dengan lain di Jakarta atau dimana-mana. Dibawah ini rakyat biasa yang tidak tahu apa-apa berperang dan berpatah arang untuk mempertahankan pemimpin masing-masing. Maka keluarlah isu SPR tidak adil, penipuan pilihanraya dan berbagai-bagai isu lain sebagai isu untuk kepentingan pemimpin mereka.

Orang ramai dan penyokong-penyokong dibawah ini hanya diperguna seperti parang bengkok untuk menebas semak samun sahaja. Apabila semak samun itu sudah dibersihkan maka parang-parang bengkok ini hanya disimpan didalam bilik setor sahaja.

Apabila diperlukan lagi untuk menebas dan menebang semak samun yang lain pula maka parang-parang bengkok ini akan diasah dan ditajamkan kembali untuk dihayun kesana kemari untuk menebang  menebas semak samun yang ada dihadapan pemimpin mereka sekali lagi.

Itu sahajalah nilai penyokong-penyokong yang diarah ke hulu ke hilir, ke darat dan ke baruh,  untuk berdemonstrasi dengan berbagai-bagai nama seperti 'blackout 505' dan sebagainya. Kumpulan ini garang-garang dan terpaksa berbelanja membeli baju dan seluar hitam dan berbagai-bagai lagi yang hitam untuk persediaan berdemonstrasi.

Begitulah nasib parang-parang bengkok ini. Hanya dipergunakan untuk menebas dan menebang sahaja. Apabila ‘settle’ masalah pemimpin-pemimpin mereka ini, parang-parang bengkok ini akan di simpan didalam setor atau kadangkala di biarkannya berkarat ditepi pagar di belakang rumah sahaja.

Mereka bukan berbincang tentang masalah negara, mereka berbincang bagaimana untuk berkompromi tentang isu jawatan Perdana Menteri sahaja. Kedua-duanya 'desperate'. Seorang 'desperate' hendak melindungi jawatannya, seorang lagi 'desperate' hendak mengambil alih jawatan yang seorang lagi.

Mereka yang dijadikan parang bengkok tadi akhirnya akan berdiam diri dan malu dengan apa yang telah mereka lakukan. Masa itulah baru mereka sedar yang kata-kata nasihat dari pihak yang mereka abaikan itu ternyata benar. Tetapi semuanya itu sudah terlambat, kerana kata-kata sudah banyak terlanjur dan budi sudah banyak kedapatan.

No comments

Post a Comment

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”