Wednesday, June 19, 2013

TUN M: Sejarah Malaysia Perlu Ditulis Semula

TUN M: Sejarah Malaysia Perlu Ditulis Semula supaya lahir lebih ramai pemimpin² yang lantang! B... thumbnail 1 summary
TUN M: Sejarah Malaysia Perlu Ditulis Semula supaya lahir lebih ramai pemimpin² yang lantang!

Back in business.. Apa kata kita mulakan dengan perubahan sejarah negara dengan seorang PM yang baru dan berani serta lantang? Seorang pemimpin dan negarawan yang boleh bercakap hari demi hari untuk membina sebuah negara yang kuat mempertahankan kedaulatan negara dari ancaman kuasa asing, musuh² dalam selimut dan barua² kuasa asing. Itu yang sangat-sangat diperlukan sekarang.

Bukan bercakap dan tidak diambil peduli oleh semua orang. What the country needs is a PM who can make you stand up and listen. That is what we're greatly missing now in Malaysia. And the message is, UMNO perlu menulis semula sejarah MELAYU dan MALAYSIA. Sekarang!
___________________

KUALA LUMPUR – Buku-buku sejarah Malaysia perlu ditulis semula agar mengandungi masalah yang dihadapi negara pada masa lampau dan langkah diambil kerajaan bagi menyelesaikan isu seumpama itu, supaya sejarah negara lebih difahami generasi muda.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata langkah ini akan juga membantu Malaysia membentuk masyarakat yang lebih terdidik, dan ‘dengan itu melahirkan lebih ramai pemimpin yang lantang’.

Ia akan juga membantu menyatukan rakyat Malaysia, menyediakan pendidikan yang lengkap untuk golongan muda, katanya dalam ucaptama bertajuk “Masa depan yang lebih baik bagi Politik Malaysia, Pasca Pilihan Raya Umum ke-13″ di Forum CEO Yayasan Kepimpinan Perdana di sini Rabu.

“Kita perlu melakukan banyak perkara. Kita juga perlu belajar dari sejarah negara lain seperti mengapa berlaku Arab Spring (Kebangkitan Rakyat Arab). Kemudian, kita perlu bertanya diri, apakah kita mahu ini berlaku di negara kita?

“Ada orang berkata mereka mahu melihat Arab Spring di Malaysia. Mereka lebih rela tidak menghiraukan kestabilan, keamanan dan menggulingkan pemimpin.

“Jadi kita perlu duduk dan memahami apa itu demokrasi dan beritahu mereka supaya mempercayai kerajaan,” katanya.

Menyentuh isu pelajaran, Dr Mahathir berkata kewujudan sebuah sekolah kebangsaan di bawah satu bumbung bagi semua kaum, dapat menjamin Malaysia yang aman, bersatu dan akan menjamin masa depan lebih baik untuk warganya.

“Masalah yang kita hadapi hari ini ialah kita tidak berkumpul bersama, dan jarang bercakap atau menggunakan bahasa kebangsaan. Kita patut menggunakannya lebih kerap. Kita harus kurangkan keadaan berpuak-puak di sekolah misalnya, dan wajibkan penggunaan dan pembelajaran bahasa kebangsaan,” kata beliau.

Mengenai pembelajaran bahasa kebangsaan, Dr Mahathir kagum melihat sesetengah diplomat asing yang bertugas di negara lain seperti Indonesia boleh menguasai bahasa negara itu, tetapi tidak di Malaysia.

Beliau berkata ini kerana rakyat Malaysia berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dan bukan bahasa kebangsaan mereka, dengan itu lupa bahawa bahasa adalah satu daripada faktor yang menyatukan masyarakat

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”