Tuesday, June 4, 2013

UMNO MUNGKIN KENA CARI 'JAGUH' BARU

KUALA LUMPUR, 4 Jun — Umno menang Pilihan Raya 2013 kerana merupakan satu-satunya parti Melayu te... thumbnail 1 summary
KUALA LUMPUR, 4 Jun — Umno menang Pilihan Raya 2013 kerana merupakan satu-satunya parti Melayu tetapi rakyat mungkin akan mencari “jaguh” baru untuk mempertahankan, kaum, agama dan negara jika pemimpin parti berterusan dalam menjaga kepentingan mereka sendiri, Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) memberi amaran hari ini.

Dalam tulisan diblog bertajuk, “Umno dahulu dan sekarang”, bekas presiden Umno itu mengatakan kemenangan tipis gabungan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) tidak boleh dikreditkan kepada peningkatan sokongan orang Melayu tetapi kerana orang Melayu takut kehilangan hak dan kedudukan istimewa mereka jika Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih kuasa persekutuan dengan rakan kongsi parti majoriti Cina, DAP.

“Seburuk-buruknya Umno, ia masih berbau Melayu, masih lebih mungkin memelihara kepentingan orang Melayu. Justeru itu tidak ada pilihan bagi orang Melayu jika tidak sokong Umno.

“Namun demikian dalam PRU14 Umno tidak boleh harap keadaan ini berterusan.  Jika Umno tidak bersihkan dirinya dari rasuah dan kepentingan diri, orang Melayu mungkin mencari jaguh yang lain,” tulis Dr Mahathir di blog beliau.

Dr Mahathir yang berumur 87 tahun itu dilihat masih berpengaruh dalam parti tulang belakang BN, memberi amaran kepada pimpinan, Umno ditubuhkan pada 1946 dengan asas untuk mempertahankan kaum Melayu, Islam sebagai agama dan negara dari penjajahan asing.

Ini adalah sebab-sebab utama menyebabkan orang-orang Melayu dari negeri-negeri berasingan dan Raja-Raja yang berbeza berjuang bersama-sama, katanya dan menggesa mereka untuk kembali ke asas Umno.

Beliau mengatakan pemimpin-pemimpin Umno dahulu telah berjuang dengan rakyat menjadi keutamaan dan bukan kepentingan diri sendiri menyebabkan mereka dihormati oleh orang-orang Melayu, ramai yang menyertai parti dan memainkan peranan aktif tidak kira tahap pendidikan dan taraf sosial.

Tetapi, Dr Mahathir berkata, parti itu sekarang adalah berbeza dan ramai orang Melayu telah “meluat dengan Umno” yang telah menunjukkan dirinya hanya berminat untuk jawatan berpangkat tinggi dan memperkayakan poket mereka sendiri, dan sebab itu parti ditolak kerana tidak ada lagi wakil kepada mereka.

Beliau juga menuduh pemimpin-pemimpin Umno di peringkat cawangan menyekat kemasukan orang Melayu lebih berbakat daripada mereka ke dalam parti itu kerana takut kedudukan mereka akan diambil, menyebabkan kumpulan pemimpin-pemimpin yang berkelayakan semakin mengecil  di peringkat parti, serta dalam pemilihan calon-calon pilihan raya.

Langkah itu, katanya, akhirnya akan membawa kepada kepimpinan lemah dalam kerajaan.

“Semakin lama semakin kurang pemimpin Umno yang berbakat. Semakin lama semakin kurang ahli yang berbakat dan layak untuk menjadi calon dalam PRU. Calon payung terjun yang berbakat akan dikalahkan. Dengan itu pemimpin Kerajaan juga akan terdiri dari yang tidak berkebolehan,” kata beliau yang merupakan perdana menteri keempat dan berkhidmat selama 22 tahun.

“Mungkin Melayu tidak akan hilang di dunia, tetapi apakah jenis Melayu yang tidak hilang ini. Apakah mereka terdiri dari pencuci kasut, pemandu kereta, kuli yang terbongkok-bongkok menyembah bangsa lain yang menjadi Tuan mereka. Dan apakah nasib Umno? Ia akan jadi cerita dongeng dalam buku kanak-kanak dizaman akan datang.

“Inilah masa depan yang menunggu Umno. Inilah masa depan sebuah parti yang cemerlang tetapi sudah hilang kegemilangannya. Inilah masa depan bagi yang tidak mahu sedar dan tidak mahu membetulkan diri,” beliau memberi ramalan menjelang pemilihan parti yang akan berlangsung akhir tahun ini.

Di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak, Umno mendapat sebanyak 88 kerusi daripada 133 yang BN menangi daripada 222 anggota Dewan Rakyat, dan 240 daripada 275 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Walau bagaimanapun, angka terlalu rendah daripada 145 kerusi Parlimen diramalkan ahli strategi bilik perang BN akan menang dalam pilihan raya 5 Mei, menyebabkan pemerhati mengatakan tidak mustahil pemimpin kanan Umno akan mencabar Najib.

No comments

Post a Comment

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”