Sunday, September 8, 2013

DAJJAL SUDAH DALAM DIMENSI MASA KETIGA

40 HARI DAJJAL DALAM 4 DIMENSI MASA - Dajjal dan tentera-tenteranya yang semakin mara sedang umm... thumbnail 1 summary
40 HARI DAJJAL DALAM 4 DIMENSI MASA - Dajjal dan tentera-tenteranya yang semakin mara sedang ummah semakin berpecahbelah. Ulangkaji dan peringatan untuk memantau garismasa kemunculan Dajjal dalam konteks pergolakan semasa.

Dari Abu Sa’id Al-Khudri r.a., Rasulullah (صلى الله عليه و سلم) bersabda:
Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka. Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah (صلى الله عليه و سلم)! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?" Nabi (صلى الله عليه و سلم) menjawab, Siapa lagi kalau bukan mereka. (Hadis Riwayat Muslim)

Daripada Umar r.a. berkata, bahwa Rasulullah (صلى الله عليه و سلم) bersabda: Tidak seorang Nabi pun yang diutus Allah, melainkan ia memperingatkan kepada umatnya perihal kedatangan Dajjal. Dajjal itu akan keluar di kalangan kamu semua, maka tidak samar lagi bagimu semua bahawa Tuhan itu tidaklah bermata sebelah. Sesungguhnya Dajjal itu bermata sebelah, yang kanan tidak dapat digunakan untuk melihat, seolah-olah matanya itu macam biji yang menonjol - (Riwayat Bukhari dan Muslim).


Dajjal pembawa fitnah - Rasulullah (صلى الله عليه و سلم) bersabda: "Sejak Allah SWT menciptakan Nabi Adam AS sampai ke hari kiamat nanti, tidak ada satu ujian pun yang lebih dahsyat daripada Dajjal." - (Riwayat Muslim).

Ujian dan tanggungjawab setiap orang Islam melawan tipudaya Dajjal - Rasulullah (صلى الله عليه و سلم) bersabda: "Sesungguhnya tidak ada satu fitnah (ujian) Allah di atas muka bumi ini sejak ia menciptakan zuriat Nabi Adam AS (sampai ke hari kiamat nanti) yang lebih dahsyat daripada fitnah Dajjal. Dan sesungguhnya Allah tidak mengutus seorang nabi jugapun kecuali nabi itu mengingat kaumnya akan ujian Dajjal ini: Aku [Rasulullah (صلى الله عليه و سلم)] adalah Nabi yang terakhir sekali dan kamu adalah juga umat yang terakhir sekali, maka sudah pasti Dajjal itu akan keluar pada zaman kamu (kerana telah terbukti sampai ke zaman Nabi (صلى الله عليه و سلم), bahawa Dajjal belum lagi keluar). Seandainya ia keluar dan aku masih berada di kalangan kamu, maka akulah yang akan berhujjah dengannya bagi mewakili setiap orang Islam. Dan jika ia keluar selepas kematianku, maka kamu semua bertanggung jawab untuk melawannya dan Allah SWT sebagai penolong kamu sekalian" (Riwayat Ibnu Majah).

Dalam Hadits riwayat Muslim ada disebutkan: Kami bertanya: “Wahai Rasulullah (صلى الله عليه و سلم)! Berapa lamakah ia (dajjal) akan tinggal di muka  bumi ini? Nabi (صلى الله عليه و سلم) menjawab: Ia (dajjal) akan tinggal selama 40 (empat puluh) hari. Hari yang pertama seperti setahun dan hari  berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga seperti seminggu. Kemudian hari yang masih tinggal lagi (yaitu 37 hari) adalah sama  seperti hari kamu yang biasa.

Dalam hadits dijelaskan bahwa Dajjal akan hidup selama 40 hari, tetapi bukan seluruh 40 hari menurut waktu kita.

40 hari itu terdiri dari 4 dimensi masa:
1. - Hari pertama, yang seperti setahun
2. - Hari kedua, yang seperti sebulan
3. - Hari ketiga, yang seperti seminggu
4. - dan 37 hari sama seperti perhitungan waktu kita

Menurut petunjuk Al Quran, satu tahun di surga sama dengan 1000 tahun di dunia manusia atau waktu yang berjalan di muka bumi.

وَيَسْتَعْجِلُونَكَ بِالْعَذَابِ وَلَنْ يُخْلِفَ اللَّهُ وَعْدَهُ وَإِنَّ يَوْمًا عِنْدَ رَبِّكَ كَأَلْفِ سَنَةٍ مِمَّا تَعُدُّونَ
"Dan mereka meminta kepadamu, agar azab disegerakan, padahal Allah sekali-kali tidak akan menyalahi janji-Nya. Sesungguhnya sehari di sisi Rabb-mu, adalah seperti seribu tahun dari tahun-tahun yang kamu hitung." – (Surah Al Hajj:47)

يُدَبِّرُ الأمْرَ مِنَ السَّمَاءِ إِلَى الأرْضِ ثُمَّ يَعْرُجُ إِلَيْهِ فِي يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُ أَلْفَ سَنَةٍ مِمَّا تَعُدُّونَ
"Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepada-Nya dalam satu hari, yang kadarnya (lamanya) adalah seribu tahun, menurut perhitunganmu." – (As Sajdah:5)

1. Dajjal dalam dimensi masa sehari seperti setahun
1 tahun dajjal = 1000 tahun dunia.

Aksis kejahatan dunia Yahudi Eropah keturunan Makjuj telah dipelopori oleh empayar British. Bukanlah suatu kebetulan jika monarki Inggris sudah berkuasa sejak tahun 900 dan  menjadi aksis kekuatan yang menakluki dunia sampai 1900. Yahudi England ini berpindah ke sebuah tanah besar dan membentok 13 jajahan baru. Mereka mengalahkan penduduk pribumi negara tersebut dan mengisytisharkan kemerdekaan pada 4 Julai 1776. Kemudian pencantuman lebih besar berlaku sehingga membentok sebuah negara Amerika Syarikat pada tahun 1860. Bermula pada tahun 927M (pembentukan Negara England) sehingga kepada tahun 1860 masehi  (pembentukan Negara Amerika Syarikat), jumlah masa ialah 933 tahun (1000 tahun dajjal).

2. Dajjal dalam dimensi masa sehari seperti sebulan
1000 tahun ÷ 12 = 83 tahun dunia
1918 + 83 = 2001

- Bermulanya dimensi kedua perencanaan dajjal dari belakang tabir. Dajjal merencanakan Amerika Syarikat sebagai pengganti Great Britain sebagai kuasa besar dunia seterusnya. Berikutan tercetusnya Perang Dunia I pada tahun 1914, hasil kerja tangan-tangan tersembunyi dajjal, landasan untuk Amerika Syarikat telah disediakan dengan kemasukannya dalam kancah peperangan pada 1917. Dengan berakhirnya Perang Dunia I pada 1918, Amerika Syarikat kini merupakan Kuasa Besar Dunia bagi mempelopori pembentukan sistem dajjal di dunia.

3. Dajjal dalam dimensi masa sehari seperti seminggu
83 tahun ÷ 4 = 21 tahun
2001 + 21 = 2022 (+ -)

Dengan perkiraan lengkapnya 3 dimensi masa dajjal tersebut, maka 37 hari bakinya adalah sama seperti perhitungan waktu kita di dunia dan akan zahirnya dajjal di muka bumi sebagai seorang pemimpin dunia yang kezalimannya tiada tolok bandingan dalam persejarahan manusia.

Dari penciptaan dollar matawang moden AS melalui pembentukan Federal Reserve pada tahun 1913 hingga 2013 maka sudah hampir genaplah ia mencapai tahap luputnya setelah 100 tahun. Melalui konferens Bretton Woods hingga ke pembentukan petrodollar pada tahun 1973 yang mana ia telah berjaya menjadikan Amerika Syarikat sebagai negara paling kaya dan maju dari segi ekonomi dan kekuatan persenjataan untuk mendominasi dunia. Hasil dari perkahwinan antara Great Britain dan Amerika Syarikat ini maka lahirlah negara haram yang dinamakan "Israel".

Pada 10 September 2000, setelah suatu summit 13 hari bermula 28 Ogos 2000, maka secara rasminya, lahirlah New World Order (Tatanan Orde Baru Dunia) yang telah dibentuk 9 bulan sebelumnya di Obelisk Tiang Syaitan Washington DC.


Pada tahun 2000, George W Bush (Junior) dilantik menjadi Presiden Amerika Syarikat. Setahun kemudian berlakulah peristiwa 9/11 pengeboman World Trade Center sebagai permulaan operasi besar-besaran propaganda tentera dajjal yang digelar "WAR ON TERROR". Agenda terbuka menentang dan memecahbelahkan dunia Islam dengan menggunakan agentur-agentur  teroris ciptaan mereka sendiri khususnya Al Qaeda & Taliban.

  • Tahun 2002: Afganistan ditakluk.
  • Tahun 2003: Iraq yang ditakluk.
  • Tahun 2006, Lubnan ditakluk.
  • Tahun 2007, bulan September, Amerika Syarikat telah mendirikan pengkalan tentera/ pertahanan di sepuluh (10) negara sepanjang wilayah Timur Tengah.
  • Tahun 2011 Libya ditakluki
  • Tahun 2011 hingga sekarang: Syria disasarkan
Mengimbas kembali pada simbol mata satu diatas piramid pada wang satu dollar Amerika Syarikat. Piramid pada wang satu dollar Amerika terpisah diatasnya dan simbolisma mata satu adalah simbolisma kepada turunnya dajjal untuk melengkapkan piramid. Mereka  percaya bahwa piramid tidak akan sempurna sebelum Dajjal bermata satu turun ke dunia. Dan piramid adalah simbol bahwa  mereka harus membentuk sistem dajjal sebelum turunnya beliau ke dunia ini sebagai pemimpin agung mereka.

Menurut riwayatnya, Dajjal Al-Masih akan keluar pada tahun yang ketujuh setelah Imam Mahdi muncul. Maknanya, Imam Mahdi keluar dahulu. Selepas 7 tahun, baru Dajjal Al-Masih keluar.




 عن أم سلمة زوج النبي صلى الله عليه وسلم عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: “يكون اختلافٌ عند موت خليفة فيخرجُ رجل من أهل المدينة هارباً إلى مكَّة فيأتيه ناس من أهل مكة فيخرجونه وهو كاره فيبايعونه بين الركن والمقام ويبعث إليه بَعْثٌ من الشام فَتُخْسَفُ بهم البيداءُ بين مكة والمدينةِ “. روه أبو داود
               
Dari Ummu Salamah radhiyallahu ‘anha, istri Rasulullah (صلى الله عليه و سلم), bahwa Nabi
(صلى الله عليه و سلم) bersabda : “Akan terjadi perselisihan pada kematian seorang khalifah, hingga keluarlah seorang dari penduduk Madinah melarikan diri ke Makkah. Kemudian orang-orang dari penduduk Makkah mendatangi dan mengeluarkannya dari kota itu, sedangkan ia tidak menyukai hal tersebut. Maka mereka membai’atnya di antara Rukun dan Maqam. Lalu dikirimlah utusan dari Syam, serta mereka dihancurkan di Baida’, antara Makkah dan Madinah.” [HR. Abu Dawud]

Abdullah bin Busr berkata Rasulullah (صلى الله عليه و سلم) bersabda "Jarak antara Al-Malhamah dan penaklukan Konstantinopal adalah enam tahun dan Dajjal akan keluar pada tahun ketujuh". [Abu Daud dalam Al-Malahim, no 4128].

عن معاذ بن جبل قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : الملحمة الكبرى وفتحُ القسطنطينية وخروجُ الدجال في سبعة أشهر . روه أبو داود

Dari Mu’adz bin Jabal, ia berkata : Rasulullah (صلى الله عليه و سلم) bersabda : Al Malhamah Al Kubra, penaklukan Konstantinopel dan keluarnya Dajjal terjadi selama tujuh bulan.(HR Abu Dawud).

Abu Sa'id al-Khudri r.a berkata, Nabi s.a.w bersabda: Al-Mahdi adalah keturunanku, dahinya luas dan hidungnya panjang. Beliau akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kebaikan sebagaimana (sebelum itu) ia telah dipenuhi kezaliman serta penindasan dan beliau akan memerintah selama 7 tahun." [ Riwayat Abu Daud, Kitab al-Mahdi].

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”