Monday, February 16, 2015

KONSPIRASI "ISIS" MALAYSIA 69 UNTUK BAKAR MERCUN DI MAHKAMAH

1. "Insiden" ini memberi tafsiran baru terhadap istilah "False Flag" (Bend... thumbnail 1 summary

1. "Insiden" ini memberi tafsiran baru terhadap istilah "False Flag" (Bendera Palsu...)

2. Akibat bila molotov cocktail (bom petrol) disangkakan sejenis minuman keras.. 

3. "..Kami akan melakukan satu aksi bantahan terhadap sistem keadilan mahkamah pada 18hb Februari 2015 jam 11:30 malam. Kami akan membakar mercun di mahkamah simbolik kepada kehancuran sebahagian alat dalam sistem demokrasi. Kami baru bermula dan akan pergi lebih jauh. Semakin rosak demokrasi yang anda musnahkan, semakin berkembang dan jauh cara kami menentang.."

4. Sambil pihak berkuasa PDRM menjalankan "siasatan" terhadap rakaman video Isis Malaysia 69, mungkin orangramai sudah boleh bersiap sedia untuk melihat pertunjukan "bakar mercun" pada tarikh 18hb Februari yang dijanjikan...

5. Menurut statemen "jurucakap Isis" Malaysia 69 itu, "Kami baru bermula dan akan pergi lebih jauh..."

Maka persoalan yang "kritikal" di sini untuk PDRM ialah apakah yang dimaksudkan dengan "lebih jauh.."?

(a) Bakar tayar? (b) Bakar kelambu? (c) Bakar bendera? - Laporan Al Faedah

 
KONSPIRASI "ISIS" MALAYSIA 69 UNTUK BAKAR MERCUN DI MAHKAMAH from AL FAEDAH on Vimeo.

Bukit Aman siasat rakaman video Isis Malaysia 69
KUALA LUMPUR: Bukit Aman menyiasat rakaman video mengandungi ugutan daripada kumpulan yang mendakwa akan melakukan serangan terhadap mahkamah pada 11.30 malam Rabu ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Seri Mortadza Nazarene berkata, pihaknya diberi tanggungjawab menyiasat kandungan video berdurasi 1.01 minit berkenaan yang mula tersebar hari ini.

"Kita akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyiasat kes ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan melakukan sesuatu aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen," katanya.

Video yang dimuat naik menggunakan ID - Isis Malaysia 69 di laman YouTube, semalam memberi amaran akan mengadakan bantahan terhadap sistem keadilan mahkamah dengan membakar mercun.

"Kepada mana-mana parti yang lama memerintah, kami anak muda Malaysia dengan ini mengumumkan hasil manipulasi tipu helah selama ini menggunakan demokrasi, kami tidak lagi percaya sistem demokrasi.

"Andalah yang membentuk kami, kami terbentuk hasil dari tangan-tangan anda," ugut kumpulan yang terdiri empat lelaki berbaju hitam dan menutup muka.

Salah seorang daripada ahli kumpulan yang menggelarkan diri sebagai Anak Muda Malaysia terbabit turut dilihat memegang gambar pelakon Nora Danish ketika rakaman.
(Isnin, 16 Februari 2015 @ 5:20 PM - Muhammad Mustakim Ramli - BH)

No comments

Post a Comment

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”