Sunday, April 5, 2015

Bongkar Konspirasi Pembunuhan Tan Sri Yahya

Ehem ehem... Haaa haaa Chummmmmm!!! Sesi imbas kembali/replay/flashback sebagai susulan posting a... thumbnail 1 summary
Ehem ehem... Haaa haaa Chummmmmm!!!
Sesi imbas kembali/replay/flashback sebagai susulan posting asal:

SAKSI LIHAT HELIKOPTER BERKECAI MELETUP DI UDARA
BILA PAKAR-PAKAR C4 DAN BLACK OPS
SEMBANG KOPI

Ramai beranggapan bahawa kematian bekas pengerusi DRB-Hicom,Tan Sri Yahya Ahmad(TSYA) bersama isteri dan seorang juruterbang dalam nahas membabitkan helikopter yang dinaikinya 15 tahun lalu adalah disebabkan masalah kerosakan helikopter(klik sini untuk berita). Namun, disebalik tragedi menyayat hati itu,terbit pula cerita yang mengatakan semua itu adalah konspirasi yang dirancang oleh pendengki-pendengki beliau.

Berikut merupakan cerita yang Waszap copy dari forum Carigold: “Ingat tak dulu semasa temubual penduduk kampung selepas terhempasnya helikopter Tan Sri Yahya Ahmad yang disiarkan oleh TV3? Kesemuanya menyatakan bahawa terdapat dua letupan ketika kejadian tersebut. Satu di udara dan satu lagi apabila terhempas di tanah.

Pada akal saya seorang Jurutera Aeronautik (BSc Aero Eng. Northrop Univ, USA) ianya adalah letupan BOM yang menyebabkan ianya jatuh. Kalau terdapat permasalahan, helikopter tidak akan meletup diudara. Ianya akan meletup sebaik sahaja berlaku impak.


Tak payah belajar kat universiti. Cuba lihat filem-filem luar negara. Semuanya sama. Pokok pangkal nya helikopter ni terlalu payah nak meletup diudara. Kalau setakat komputer sistem atau flight navigation ianya akan jatuh terhempas. Bayangkan kipas helikopter bersepai pada jarak yang begitu jauh antara satu sama lain.

Satu source dari Augusta yang menyatakan bahawa para penyiasat dari Augusta telah dipaksa menukar laporan siasatan oleh pihak tertentu di Malaysia sekiranya mereka ingin terus melakukan perniagaan disini. Lantas laporan ditukar kepada komputer dan flight navigation problem.
Jelas bahawa bom telah diletak dalam helikopter tersebut.Siapa yang meletaknya? Helikopter tersebut diselenggarakan oleh syarikat kepunyaan kroni Daim. Oleh itu senang saja mereka meletakkannya kedalam helikopter tersebut. KENAPA BUNUH Tan Sri Yahya Ahmad (TSYA)?

Tan Sri Yahya merupakan org kepercayaan dan kesayangan KING DIR. Cuba lihat sebelum kematiannya kebanyakan projek dapat kepada DRB atau GADEK. Apa projek yang RENONG dapat? The last one ketika itu adalah projek yang sememangnya telah dijangka merugikan iaitu PUTRA LRT pada tahun 1994. Ini membuatkan Halim Saat begitu resah. Apatah lagi DAIM yang ketika itu sememangnya berada diluar Kerajaan.

Pengaruh TSYA ke atas KING DIR mengatasi semua menteri kabinet. Dan yang paling membimbangkan DAIM dan lain2 konspirator adalah TSYA adalah terlalu rapat dengan Anwar IBrahim. Sekiranya 50 Dalil dibentangkan ketika TSYA hidup, definitely KING DIR akan menolaknya disebabkan nasihat TSYA.

Oleh itu, di mata DAIM dan balachi nya, TSYA perlu dibunuh sebelum Anwar dijatuhkan. MACAMANA NAK BUNUH YAHYA? Daim menjanjikan jawatan No 1 kepada Saleh Sulong yang pendek itu dalam DRB. Selagi TSYA hidup Saleh Pendek tidak akan merasa jadi No. 1. Ini adalah kerana Saleh Pendek sememangnya PENDEK AKAL. Beliau tidak berdaya memikirkan apa yang perlu dilakukan untuk mengembangkan perniagaan. Tugas beliau sebelum adalah sebagai ‘BRAKE’ bagi mengawal kelajuan perkembangan bisnes yang dibawa oleh TSYA.

Saleh Pendek adalah Akauntan manakala TSYA adalah Engineer. Saleh Pendek oleh kerana ketamakannya bersetuju dengan rancangan DAIM.KOMPLOT BUNUH YAHYA.Sebagaimana yang diketahui oleh dunia korporat, pengambil alihan saham HICOM oleh syarikat keluarga milik TSYA adalah GIMIK saja. Pemegang saham sebenarnya adalah KING DIR and Co. TSYA adalah nominee saja.

Begitu juga pengambil alihan LOTUS. Syarikat tersebut adalah milik MOKHZANI King Dir yang kemudiannya memaksa Proton membeli balik Lotus serta meraut keuntungan. KING DIR pula tidak berminat dengan HICOM. Beliau cuma berminat dengan saham PROTON yang di kontrol oleh HICOM. Sebab itu bila ekonomi merundum, beliau cuba memaksa Petronas membeli Saham tersebut. Duit itu akan pergi ke dalam lubang bontot KING DIR. Hasan Marican pula diugut supaya beli Proton. Bila beliau enggan, kontrak Presiden Petronas dengar khabarnya tidak akan disambung lagi.
Sambung balik pasal TSYA. Bila TSYA mati, harta beliau kebanyakan pergi kepada anak perempuannya iaitu Yatina bagi pihak adik2 beliau. 1/10 lagi dapat kepada abg beliau iatu Dato’ Sulaiman ***** kerana emak TSYA belum meninggal lagi ketika itu (kepala mayat kata org Trg).Yatina telah dipaksa menyerahkan harta tersebut kepada KING DIR dan Daim. Apabila Yatina enggan mereka pun mula mengugutnya.Akhirnya pada tahun 1998 Yatina mendapat perkhabaran bahawa helikopter TSYA bukannya terhempas, tapi adalah kerana bom yang diletak/rancang oleh DAIM/Saleh Pendek.

Beliau cuba memanggil wartawan utk menghebahkan cerita ini. Perkara ini sampai ke pengetahuan DAIM. YATINA telah diugut BUNUH dan terpaksa diseludup keluar oleh rakan2 baik TSYA menerusi Thailand sebelum berhijrah ke AUSTRALIA.SUNGGUH KEJAM ORANG YANG BERNAMA DAIM NI. KERANA KUASANYA BAKAL DICABAR OLEH ANWAR IBRAHIM MAKA SEORANG USAHAWAN MELAYU YANG BERKALIBER SANGGUP DIBUNUHNYA.

SUNGGUH PILU MENGENANGKAN SEORANG KAWAN KARIB SEPERTI SALEH PENDEK YANG SANGGUP BERSENGKOKOL DENGAN DAIM SEMATA INGINKAN GELARAN PRESIDEN DRB-HICOM. Berdasarkan cerita benar saya yang dirujuk dari kakitangan DRB, syarikat menyelenggara helikopter, kakitangan Jabatan Penerbangan Awam, jurutera dari Augusta, dan juga temubual para penduduk kampung ditempat hellikopter TSYA terhempas, saya merasa yakin TIADA SEORANG PUN RAKYAT MALAYSIA boleh terselamat sekiranya KING DIR dan bala tenteranya inginkan sesuatu.”

p/s:  King Dir= Mahathir, Saleh Pendek=Saleh Sulong

No comments

Post a Comment

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”