Saturday, October 17, 2015

Apakah Mahathir Membantah SOSMA Ataupun..?

"Saya fikir Dr. Mahathir sedang risau sejak dua orang ejen beliau (Mathias dan Khairudin) su... thumbnail 1 summary
"Saya fikir Dr. Mahathir sedang risau sejak dua orang ejen beliau (Mathias dan Khairudin) sudah kehilangan hak kebebasan mereka, sedangkan dua orang Kabinet Najib telah hilang jawatan mereka (Muhyiddin dan Shafie), ini bererti dia hilang airmuka kerana beliau telah memberi jaminan yang mereka akan selamat tetapi ternyata bukan begitu jadinya." - Koridor Kuasa, Raja Petra Kamarudin(#countercoup1msia)

|||||  |||||  |||||  |||||  |||||

13 Oktober 2015 - Apakah Dr Mahathir Mohamad memanggil diadakan satu sidang akhbar kelmarin, kerana mahu menyatakan bantahan beliau terhadap SOSMA ataupun memprotes penggunaan SOSMA terhadap dua orang ejennya Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang?

Dan apakah Muhyiddin Yassin dan Mohd Shafie Apdal,yang sama-sama duduk sebaris di meja utama dengan Dr Mahathir beserta beberapa pemimpin politik lain yang turut membantah SOSMA ataupun apakah mereka membantah perbuatan Perdana Menteri Najib Tun Razak menggunakan SOSMA untuk mennumpulkan bisa dua orang agen ataupun operatif Dr Mahathir?
Entri Facebook:
https://www.facebook.com/alfaedah1440/posts/783844938404168



Peristiwa ini persis kejadian 1998-2001 dahulu apabila pihak pembangkang membantah penggunaan undang-undang ISA keatas penyokong Anwar Ibrahim (bukan sekali tetapi dua kali) pada waktu yang sama terdengar jeritan ‘Tangkap! Tangkap! Tangkap Mahathir!’ kerana mereka mahukan Perdana Menteri ditangkap di bawah ISA kerana jenayah terhadap negara.

Dalam satu ceramah, Mat Sabu (ketika itu bersama PAS) bertanya orang ramai apakah mereka mahu Mahathir ditangkap di bawah ISA, hadirin telah menjawab dengan lantang mereka bersetuju. Mat Sabu berhenti bercakap untuk seketika. Apabila menyambung ucapannya dia berkata inilah masalahnya dengan pembangkang. Kita membantah ISA dan mahu menghapuskannya, tetapi kita mahu gunakannya keatas Mahathir. Kalau ISA itu salah, maka kita tidak harus relakan penggunannya keatas sesiapa sahaja.”

Sekali sekala pendapat si mamat ini masuk akal juga..

Malah pergerakan Hapuskan ISA - Abolish ISA Movement (AIM) telah dilancarkan pada 2001 oleh mantan Presiden Pas almarhum Ustaz Fadzil Muhammad Noor, ketika sepuluh orang antara kami telah ditahan mengikut ISA pada April di tahun yang sama. Pergerakan itu ditubuhkan bukan sahaja sepuluh antara kami telah ditahan kerana menentang kerajaan (enam orang telah dihantar ke Kamunting, untuk selama dua tahun) tetapi kerana melawan agar undang-undang itu dihapuskan.

ISA (Internal Security Act 1960) akhirnya telah dimansuhkan pada pertengahan 2012 dan telah digantikan oleh SOSMA (Security Offences [Special Measures] Act 2012). ISA merupakan penahanan tanpa bicara sedangkan SOSMA membenarkan seseorang itu didakwa di mahkamah untuk menghadapi perbicaraan dan dengan itu boleh dibebaskan seandainya mahkamah mendapati tidak ada kes terhadap yang tertuduh).

Apabila ISA digantikan dengan SOSMA pada 2012, Dr Mahathir adalah salah seorang yang mengkritik Najib dan membantah tindakan itu. Dr Mahathir merasakan Malaysia masih memerlukan ISA untuk menjamin kedamaian. Stabiliti dan keselamatan negara. Dr Mahathir merasakan bahawa Najib sudah berlembut dan dia tidak harus menjadi Perdana Menteri kalau tidak dapat menjamin kedamaian, stabiliti dan keselamatan Malaysia.

Sebelas tahun sebelum itu pada 2001, yakni tahun di mana sepuluh antara kami telah ditahan, di bawah ISA dan ketika AIM telah dilancarkan, Menara Kembar New York telah ranap dan runtuh dibom. Dr Mahathir telah seronok menyeringai sambil berkata bahawa menara kembar Amerika telah terus diserang kerana Amerika tidak punyai undang-undang seperti ISA. Tetapi, Malaysia mempunyai ISA kerana itu menara kembar Kuala Lumpur masih lagi tegak berdiri.

Kata Mahathir:“AS juga memerlukan undang-undang seperti ISA di Malaysia. ISA adalah undang-undang pengekang.Ia menyekat orang dari melakukan jenayah. Kenapa peduli menangkap orang setelah mereka melakukan jenayah dan ramai yang sudah pun mati? Besar kemungkinan mereka sudah pun melarikan diri jauh dari situ ketika itu, kata Dr Mahathir.

Jadi, kita perlu menahan mereka sebelum mereka lakukan jenayah, malah ketika mereka masih berfikir-fikir mahu lakukan jenayah, hujah Dr Mahathir, lagi. ISA membenarkan penahanan sesiapa yang mungkin berfikir mahu buat jenayah walaupun mereka belum lagi melakukannya!

Dengan kata lain, ISA membolehkan Malaysia menangkap orang kerana berfikir. Kerana itulah kenapa ISA disebut sebagai “a preventive law”. Ia menghalang jenayah sebelum ia berlaku.

AS bekemungkinan telah mendengar hujah Mahathir dan telah bersetuju untuk melaksanakan nasihat beliau. Kerana dua bulan kemudiannya Amerika telah perkenalkan Patriot Act dan gunakannya terhadap umat Islam di merata dunia dianggap ataupun disyakki sebagai ancaman kepada keselamatan Amerika Syarikat.

Dua tahun kemudian pada September 2003, ‘the New York Times’ melaporkan betapa Patriot Act Amerika itu telah digunakan terhadap mereka yang didakwa sebagai “ pengedar dadah tanpa sebab yang nyata” (probable cause). Artikel ‘The NYT’ juga menyebut satu kajian yang dilakukan oleh Kongres yang merujuk kepada beratus kes di mana undang-undang telah digunakan untuk “menyiasat ‘non-terrorist alleged future crimes’ (dakwaan jenayah masa depan yang berbentuk tidak ganas).

Pada November 2005, ‘Business Week’ melaporkan betapa FBI telah mengedarkan puluhan ribu “National Security Letters” untuk melancarkan apa yang mereka anggap sebagai “fishing expeditions” (ekspedisi memancing). Sebelum itu pada Jun 2005, Dewan Rakyat Amerika telah membasmikan peruntukan tertentu dalam Patriotic Act itu yang membenarkan ejen Persekutuan menyiasat kelakuan membaca orang ramai di perpustakaan awam dan kedai buku sebagai “sebahagian siasatan keganasan.”

Bolehkah anda bayangkan perkara itu? AS boleh menyiasat buku apa yang anda baca untuk mengetahui samada anda memiliki 1% kemungkinan ‘kecenderungan keganasan’ Demikianlah kisahnya. Amati perkataan penting: Potensi jenayah, tanpa sebab yang nyata, jenayah yang tidak berunsur keganasan, jenayah masa depan yang didakwakan, ekspedisi memancing dan sebagainya.

Bukankah Dr Mahathir yang pernah memberitahu Amerika untuk keselamatan mereka juga mereka perlukan satu undang-undang seperti ISA. Bukankah AS mendengar ajaran Mahathir itu dan dua bulan kemudiannya memperkenalkan satu undang-undang seperti ISA, bernama The Patriot Act? Bukankah ‘The New York Times’ berkata dua tahun kemudiannya bahawa Patriot Act sudahpun digunakan terhadap non-teroris, potensi jenayah, jenayah masa depan yang dijangka dan tanpa sebab yang nyata?

Alahai... SOSMA adalah terlalu lemah jika dibandingkan dengan ISA tajaan Dr Mahahir - Patriot Act, Amerika. Sekurang-kurangnya di bawah SOSMA mereka tidak mendera anda dengan teknik penyiksaan “water-boarding”untuk mendapatkan pengakuan orang yang disiksa itu dan sebaliknya anda dibenarkan peluang untuk dibicarakan.

WAS DR MAHATHIR PROTESTING SOSMA OR…?
THE CORRIDORS OF POWER
October 13, 2015

No comments

Post a Comment

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”