Monday, October 19, 2015

APAKAH MUHYIDDIN BERSEKONGKOL DENGAN PARA KONSPIRATOR AKHIRNYA? (Bahagian 1)

15 Oktober, 2015 - Apa yang saya cuba tekankan ialah begini; apakah ada sesuatu yang telah dirahsi... thumbnail 1 summary
15 Oktober, 2015 - Apa yang saya cuba tekankan ialah begini; apakah ada sesuatu yang telah dirahsiakan oleh Muhyiddin selama ini dari pengetahuan rakyat; rahsia yang ada kaitan dengan YTL Communications dan penganugerahan projek yang satu ketika dahulu dijangka menghenyak pembayar cukai Malaysia sebanyak USD 300 juta?

(#countercoup1msia)

KUASA KETIGA

Para pembaca dirujuk agar membaca MAHATHIR DAN DAIM ZAINUDDIN SEKUTU PEMBERONTAK (The Confederates of the Fifth Column) yang digunakan sebagai awalan kepada perkara berikut.

http://al-faedah.blogspot.my/2015/10/mahathir-dan-daim-zainuddin-sekutu.html


Penyangak yang memintal kumis tebal memang mudah dilihat. Begitulah gamaknya. Tetapi ada masanya saya terfikir juga apakah UMNO membutakan mata dengan sengaja kepada salahlaku disebabkan muslihat taktikal dan niat bermakna (‘misdemeanours for tactical and substantive reasons’). Ia memerlukan seorang mantan perdana menteri membesarkan perkara ini dengan jelasnya sedangkan negara terus terdiam kaku terhadap apa yeng merupakan hari di mana Najib telah memecat timbalannya.’.

Pada 9hb September 2015, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuktikan kepada rakyat Malaysia beliau adalah masih kebal persis pyramid di Giza. UMNO baru sahaja selesai dengan mesyuarat Majlis Tertinggi nya apabila Muhyiddin berjalan keluar sama cara beliau berjalan masuk menghadiri mesyuarat itu - sebagai timbalan presiden parti. Itulah mesyuarat yang mengejutkan pihak pembangkang sehingga kaku dan termangu. Itulah mesyuarat yang menggemparkan kumpulan Mahathirist dari dunia khayakan yang tidak berpijak di bumi nyata.

Elok kita berterus-terang, Itulah majlis yang penuh dengan anti-klimaks dalam sejarah 27 tahun UMNO Baru (kerana, tentunya kita tidak boleh ambil kira UMNO lama. Sejak beliau dupecat dari kerajaan, pada 30hb Julai 2015, rekyat telah terpukau dengan kisah konspirasi tan hampir meledakkan kerjaya politik Muhyiddin hingga berkecai.

Dan sudah muncul desas-desus betapa majlis tertinggi akan memainkan peranan melibas beliau sehingga menhilang dari pandangan kerana tindakan beliau menderhaka kepada kerajaan…

Sila rujuk perkara ini di pautan:
www.malaysia-today.net/the-torture-of-raja-petra-kamarudin/

Desas-desus itu tentulah telah dibissikjan kepada orang politik UMNO dan media oleh Muhyiddin sendiri dan beberapa orang lain yang khusus dari kem Mahathir yang lebih dikenali sebagai ‘the Mahathirist camp’. Itu merupakan satu olahan oleh negarawan yang terdesak itu untuk meyakinkan semua pihak bahawa Najib sudah gila kuasa dan semakin nekad untuk menghancurkan sesiapa yang menentangnya. Itu merupakan satu helah Muhyiddin untuk menunjukkan kepada Mahathir betapa dia memang berani membalas dendam terhadap perdana menteri walaupun dia tahu itu bukan satu mainan yang mudah.

Demikianlah jalan ceritanya.

Akan tetapi apa yang terjadi selepas itu adalah sesuatu yang tidak siapa yang dapat menjangkanya. Muhyiddin telah diyakinkan oleh majlis tertinggi bahawa dia adalah seorang ‘team player’ (ahli satu pasukan) dan tidak ada sebab memecat beliau dari parti. Hakikat bahawa mesyuarat Majlis Tertinggi itu bertukar kepada sesi pengampunan telah menggagalkan satu rencana undi tidak percaya yang kononnya telah dilakar dengan penyertaan bersama oleh Lim Kit Siang.

Ketua umum DAP itu telah memasang pertaruhan besar berkaitan pemecatan Muhyiddin hanya untuk mencetuskan hingar-bangar di kalangan UMNO. Itulah dia satu rencana penting untuk menarik sokongan sekurang-kurangnya 35 undi (undi tidak percaya) dari MP Barisan Nsional terhadap Perdana Menteri. Tetapi apa yang Lim Kit Siang gagal menjangka ialah perihal undi percaya kepada Muhyiddin yang dilakukan oleh badan pembuat dasar yang paling tinggi dalam parti itu pada 9 September 2015.

Ahli-ahli Majlis Tertinggi cepat mendingin dan mudah berlembut untuk memberikan keampunan kepada Muhyiddin yang pantas mengibarkan bendera putih mengalah dan lantas merafakkan kesetian kepada parti dan perjuangannya seolah-oalah dia sudah menyesal. Ironisnya itulah pengakuan yang bersulam dengan kepalsuan. Pada hari ini, Muhyiddin menggunakan helah menjentik keadilan bila beliau mencuit kesedaran ahli ahli UMNO dengan mempersoalkan penangkapan Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang.

Dalam satu sidang akhbar pada 12hb Oktober 2015, Muhyiddin jelas kelihatan bermesra dengan Dr. Mahathir apabila mereka berdua bergabung untuk mencetuskan kekalutan dalam kerajaan dan UMNO. Dua wira yang sudah kecundang itu menyanggah Najib dengan memperlekeh pentadbiran beliau kerana melakukan tangkapan yang Mahathir dakwa “dibuat tanpa asas perundangan.”

Muhyiddin dan Mahathir sudah jelas tersassr jauh dalam kepercayaan bahawa Khairuddin dan Matthias telah didakwa di bawah SOSMA - Security Offences (Special Measures) Act 2012, yang ternyata mendedahkan kepincangan tukang-adu (informants) yang silap maklumat, atau seperti yang saya diberitahu memang tidak boleh dipercayai. Satu sumber ada berfikiran bahawa si tukang-adu telah sengaja memberi maklumat kepada Mahathir kefahaman yang boleh disangsikan dan berkesudahan dengan maklumat yang tidak benar. .

Kepalsuan kebenaran, bagaimanapun penjelasannya adalah satu pembohongan juga. Mahathir dan Muhyiddin, bersama empat orang pemimpin lama Barisan Nasional (BN) kini terdedah kepada kemungkinan didakwa kerana dengan sengaja menyibarkan tuduhan palsu terhadap Najib dan kerajaan dengan cara mengaibkan dan menyekat perjalanan keadilan.

Perbuatan menyibarkan secara terbuka tuduhan palsu semacam itu tanpa merujuk kesahihannya kepada kerajaan dan pihak berjuasa yang berkenaan meletakkan mereka sebalik bayang-bayang kesangsian terhadap tuduhan menyemarakkan emosi yang berbelahbagi di kalangan rakyat. Lebih penting lagi, sudah jelas kini apa yang diluahkan oleh Muhyiddin semasa mesyuarat Majlis Tertingi dulu ternyata berupa janji di bibir sahaja yang penuh perangkap kepalsuan belaka..

Soalan cepu emasnya adalah, kenapakah Muhyiddin tidak terhukum dan terlepas hukuman? Apakah anggota Majlis Tertinggi tidak sedar ataupun tahu mengenai keterlibatan dengan Konfederat “Confederates of the Fifth Column" (yang ditunjangi Mahathir, Sanusi dan Daim) ataupun apakah ada motif terpendam?

Perancangannya terus mengelirukan..

Mesyuarat Majlis Tertinggi itu telah mencetuskan taufan kekeliruan yang sempurna hingga mencuit naluri Lim Kit Siang untuk mengeluh penuh sesalan tanpa berselindung lagi. Mengikut pemimpin tinggi DAP itu, mesyuarat MT telah gagal memberlkan kentroversi yang mempalitkan Perdana Menteri dari dakwaan salahguna kuasa dan kepalsuan..

Kelantangan pendapat LKS itu adalah satu percubaan mencerna persepsi dengan hasutan untuk memomokkan sesuatu yang jelas sempurna rupanya.Kit Siang mentohmah UMNO melakukan perkara yang bertentangan dengan apa yang beliau dan orang lain semacam dia telah lama perjuangkan..

Pengekalan Muhyiddin bukan sahaja sebagai ahli parti bahkan sebagai timbalan presiden ternyata telah menghakis persepsi bahawa Najib sedang mengamuk - memekap para penentangnya..

Sementara Kit Siang sedang menyibuk laksana iblis dari pintu neraka, beberapa orang pembangkang , sedang menyibuk juga terhadap rumusan mesyuarat itu. Khairuddin Abu Hassan dan Tony Pua memang sudah sedar betapa mereka telah dilanda cabaran yang telah melumpuhkan pergerakan Konfederat ‘Confederates of the Fifth Column’ itu. (catatan penterjemah - bagaimana dengan Matthias Chang?)

Puak Konfederat sedang terpinga mmemikirkan apakah Muhyiddin masih lagi orang mereka yang boleh dipakai.. Mantan menteri kabinet itu sudah menyedari dirinya diturunkan pangkat sebagai timbalan presiden parti persis itik tempang yang hanya mampu mencucuk duri ketika mematuk punggung perdana menteri. Kit Siang kini sedar betapa Muhyiddin tidak mungkin dapat membangkitkan penentangan yang diharapnya sambil semakin pasti bahawa kegemilangan beliau di persada UMNO semakin berakhir.

Mereka sedar ketika Muhyiddin tiba di Putra World Trade Centre (PWTC) pada hari Rabu yang bersejarah itu, beliau telah menyandarkan harapan dipecat dari UMNO dan diisytihar sebagai shahid oleh apologist beliau. Akan tetapi muncul rasa kegerunan di kalbu dan kesedaran diri menyebabkan dia berpaling tadah membuka tembelang Konfederat dengan mendedahkan rahsia betapa beliau memang tahu rencana menggulingkan Perdana Menteri.

Dengan kata lain, Muhyiddin telah belot terhadap Mahathir. Ada pihak berkata bahawa mantan Menteri Pendidikan itu naik gerun bila memikirkan beliau mungkin ditangkap dan didakwa melakujkan ‘lese majesty’ - penderhakaan terhadap kerajaan.

Bagaimana pun Muhyiddin sudah dianggap mengaku kepada Majlis Tertinggi betapa beliau bukan sahaja seorang penentang, bahkan seorang penderhaka yang begitu taksub, menafikan gagasan pemerintah laluan mudah bila munculnya pilihanraya ke-14 nanti. Sudah tentu ini persoalkan motif tidak memecat Muhyiddin dari parti. Saya akan huraikan jawapan kepada soalan ini tidak lama lagi.

Seperti yang dikatakan nampaknya keadaan kemesraan antara Muhyiddin dan Mahathir sudah berputik semula. Menyorot ketika MT UMNO bersidang dahulu, Muhyiddin telah menafikan dakwaan wujudnya keintiman antara beliau dan konfederat sebelum beliau memperbaharui kesetiaan kepada parti dan semangat perjuangannya. .

Walaubagaimana pun, ketertiban perilakunya yang bersahaja itu menjadi tandatanya kini apabila beliau dilihat begitu intim dengan Mahathir semasa sidang akhbar yang kini boleh kita gelarkan sebagai ‘ibu kepada sidang temberang’. Bukan sahaja dipersoal kini iltizam kesetiaan beliau kepada parti dan perjuangannya, ia mempersoalkan hubungan beliau kepada konfederat penderhaka yang pada satu ketika pernah dicerca dan nafikan ada kaitan dengannya.

Apakah ada lagi rahsia Muhyiddin yang tidak kita ketahui? Khususnya, apakah beliau layak mandapat jawapan kerajaan mengenai 1MDB ataupun masalah yang bersangkutan dengannya?

Apa yang saya cuba tekankan ialah begini; apakah ada sesuatu yang telah dirahsiakan oleh Muhyiddin selama ini dari pengetahuan rakyat; rahsia yang ada kaitan dengan YTL Communications dan penganugerahan projek yang satu ketika dahulu dijangka menghenyak pembayar cukai Malaysia sebanyak USD 300 juta? (Bersambung..)

SO IS MUHYIDDIN WITH THE CONSPIRATORS AFTER ALL OR NOT?
Malaysia Today
October 15, 2015

No comments

Post a Comment

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”