Monday, October 19, 2015

APAKAH MUHYIDDIN MEROYAN KERANA PROJEK DIBEKUKAN?

Oleh Rasyhid Hamzan Entri Facebook: ( #countercoup1msia ) https://www.facebook.com/alfaedah1440... thumbnail 1 summary

Oleh Rasyhid Hamzan

Entri Facebook: (#countercoup1msia)
https://www.facebook.com/alfaedah1440/posts/784560714999257

16 Oktober 2015 - Kenapakah Muhyiddin menghilang tetapi kini muncul semula? Yang pasti, itu bukan ‘media blackout’ kerana beliau telah menghilang malah dalam potal po-pembangkang juga.

Sekejap anda melihatnya dan sekejap tidak pula. Inilah frasa yang terkenal dalam iklan biskut Chipmore, yang amat sesuai dikaitkan dengan mantan TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin. Setelah beliau dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan dia telah membuka mulutnya seketika sebelum menghilang entah ke mana. Kini dia mumcul semula besama mentornya Dr. Mahathir Mohamad, sama-sama meraung agar Datuk Seri Najib Razak berundur.

Kenapakah Myhyiddin menghilangkan diri dan tiba-tiba muncul lagi? Kehilangan itu memang pasti bukan kegelapan media (media blackout) yang dirancang kerana dia telah menghilang walaupun dari portal media pro-pembangkang.

Lagipun inilah cara Mahathir melakukan sesuatu - beliau memeras ugut seseorang pemimpin itu kerana meluluskan projek kegemarannya.

Program Amnesti 6P (6P Amnesty Programme)

Pendatang tanpa izin merupakan masalah yang tidak ada penghujungnya di Malyasia. Satu ketika dahulu ada spekulasi yang menyebut bahawa terdapat lebih dua juta warga asing di Malaysia, satu pertiga darinya adalah pendatang haram. Bercambahnya pendatang haram ini dikatakan bertanggunjawab kepada bertambahnya kadar jenayah di negara ini. Untuk menangani masalah ini kerajaan telah mulakan Program Amnesti (pengampunan) 6P beberapa tahun dulu untuk membolehkan pemantauan aktiviti mereka dengan lebih baik lagi.

Kerajaan telah melantik Nexbis Sdn Bhd sebagai satu-satunya syarikat mengendalikan program ini. Satu system biometrik telah diwujudkan di setiap pintu masuk di negara ini yang digunakan untuk mendaftar para imigran. Nexbis sahaja yang membekalkan peralatan itu kepada Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen. Ada dakwaan mengatakan bahawa Dato yang merupakan anak menantu Muhyidin yang berada di belakang syarikat yang mendapat kontrak pembekalan sistem ini.

Nexbis kemudiannya memberikan sabkontrak kepada banyak syarikat kecilan menjalankan operasinya. Namun, tidak ada proses periksa dan imbang (check and balancing) semua syarikat itu sehinggakan berlaku penipuan yang menyebabkan penyelewengan. Pertubuhan NGO untuk pekerja asing seperti Tenaganita mendakwa bahawa penglaksanaan yang lemah, ketiadaan ketelusan, dan ejen yang menipu membantutkan kejayaan program 6P dengan teruk sekali. Lebih dari satu billion wang pembayar cukai tercurah ke dalam longkang. .

Projek Makmal Sekolah.

Tidak berapa lama dahulu, ketika Muhyiddin menjadi menteri pendidikan, bajet sebanyak RM 1.5 billion telah diperkenan oleh Kementerian Pendidikan (MOE) untuk kerja-kerja membaikki dan peningkatan makmal-makmal sekolah. .

Keseluruhan projek telah dikendalikan oleh satu syarikat sahaja melalui perundingan terus . Ada dakwaan bahawa projek ini merupakan cetusan pemikiran otak-putar anak menantu Menteri Muhyiddin juga. Mengikut program itu, semua kerja pembaikan dan peningkatan taraf makmal sekolah untuk beberapa tahun berikutnya sehingga kiamat, akan dibuat hanya oleh syarikat tersebut juga.

Apabila Muhyiddin dipecat, dia felah masuk gear menyerang Najib sebagai satu isyarat supaya tidak mengusik projek yang masih dalam fasa terakhir perancangannya di MOE.

Masa berlalu dan Muhyiddin diam membisu. Namun demikian, apabila kementerian diambil alih seorang menteri pendidikan yang baru, projek itu dikatakan telah dibekukan sementara kerana keganjilan menganugerahkan kontrrak itu kepada sebuah syarikat sahaja hingga menjadi satu monopoli untuk beberapa tahun mendatang. Inilah yang menyusahkan Muhyiddin, justru sekali lagi beliau muncul mengganyang Najib.

Sepetimana Mahathir memewahkan anak-anaknya dari segi kewangan begitulah juga anak-didik beliau Muhyiddin. Kami hanya menyelongkar segelintir perbuatan salah Muhyiddin dalam kegiatan beliau menyalah-gunakan kuasa dengan cara memberikan kontrak dan projek secara terus kepada anak menantunya.

Anak lelaki beliau Fakhri Yassin dikatakan menerima habuan yang tidak kurang mewahnya. Dengan tergugurnya Muhyiddin dari Kabinet, tentulah terjejas aliran wang tunai kelompok berempat dalam keluarga itu.

Adalah menarik untuk melihat kalau Najib akur kepada tekanan dan mengarahkan agar dibuka semula projek mega yang telah dibekukan itu.. Penyokong pro-pembangkang sudah tentu meningkatkan asakan terhadap Najib untuk memenuhi desakan dalaman Muhyiddin. Sekali lagi sekutu Mahathir membohongi rakyat untuk memperkayakan dirinya dan ironisnya rakyat Malaysia yang cerdik pandai sentiasa sedia membantu beliau juga.

IS MUHYIDDIN SOUR BECAUSE OF FROZEN PROJECTS?
October 16, 2015

No comments

Post a Comment

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”