Sunday, October 11, 2015

Apakah Raja-raja Melayu Sudah Mula Main Politik? Bahagian 1

#countercoup1msia https://www.facebook.com/alfaedah1440/posts/781430808645581 Bangsa Melayu ad... thumbnail 1 summary
#countercoup1msia
https://www.facebook.com/alfaedah1440/posts/781430808645581



Bangsa Melayu adalah satu bangsa yang boleh menyimpan satu rekod besar yang tidak akan dapat dikalahkan oleh sesiapa di dunia ini. Itulah rekod satu bangsa yang mempunyai terlalu ramai sultan dan raja. Buat masa ini kita ada sembilan raja dan sultan untuk negeri negeir Melayu dan seorang Yang DiPertuan Agong (YDPA) untuk seluruh Malaysia.

Kemudian ada pula raja-raja wilayah di Perak yang bergelar (seperti Raja Kecil Bongsu, Raja Kecil Tengah, Raja kecil Sulung, Raja kecil Besar dan sehinggalah Raja Muda.

Banyak sungguh..

Bagi penduduk seramai lebih sedikit dari lima juta. Ini merupakan susun galur dalam hiraki untuk naik menjadi Sultan Darul Ridzuan. Tentu banyak belanja untuk menyara mereka. Belum lagi belanja menyara raja bergelar Raja Di Hilir, di Hulu dan segala orang orang istana bawahan berpangkat sampailah yang pegang payung dan tombak.

Kemudian ada pula Undang dan Raja-luak di Negeri Sembilan , bersama ‘Dato Lembaga’, ‘Buapak’, dan ‘Besar Waris’. Semua itu rakyat kena keluar belanja untuk ‘menyara mereka.

Harus diingat taraf Undang di Negeri Sembilan adalah sama dengan taraf Yam Tuan Negeri. Kalau Yamtuan atau Yang Dipertuan dapat satu kereta ‘Mercedez baru,’ si Undang pun mahu juga.

Khabarnya disebabkan Negeri Sembilan tidak lagi sekaya dulu di zaman bijih timah dan getah naik melambung harganya, maka pada zaman Isa Samad, beberapa ratus ekar tanah Rizab Melayu telah dipindah-milik kepada raja, wakil rakyat, pemimpin tertinggi UMNO dan Exco Negeri untuk membolehkan tanah- tanah yang dibalun itu dipajak oleh Cina Singapura untuk memelihara babi.

Sila baca tulisan saya mengenai episode Khinzir di Kampung Nipah yang telah mencetuskan penyakit bernama JE Nipah.

Kalau mengikut silsilah Dato Luak, Undang Empat, terdapat empat Undang di Sungai Ujung (Dato; Kelana), Rembau, Jelebu dan Johol. Empat orang undang inilah yang memilih siapa yang akan naik menjadi Yang Dipertuan (Yamtuan).

Persidangan Raja-raja Melayu, baru selesai untuk kali yang ke-239. Sebelum ini rakyat, seperti biasa, tidak tahu menahu apakah agenda persidangan itu.

Tetapi pada kali ini Pesidangan rasmi itu telah didahului dengan satu kenyataan diraja bertarikh 6 Oktober, 2015.

Kenyataan itu menyebut bahawa Majlis Raja-raja amat perihatin dengan keadaan akaun 1MDB yang kononnya, raja-raja Melayu mahu diselesaikan dengan cepat.

Kenyataan raja-raja Melayu berbunyi demikian antara lainnya:

(i) “Raja-raja Melayu mahu kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan 1MDB, dan mengambil, tindakan tegas sewajarnya terhadap pihak-pihak yang terlibat;

(ii) “Penemuan siasatan hendaklah dilapurkan secara lengkap dan telus zupaya rakyat dapat diyakinkan akan keikhlasan kerajaan yang sama sekali tidak akan melindungkan fakta dan kebenaran

(iii) “Kegagalan memberikan penjelasan yang meyakinkan dikhuatiri mengakibatkan berlakunya krisis keyakinan.

(iv) Raja-raja Melayu bimbang jika isu ini tidak ditangani secara bijak apatah lagi jika berlarutan dan memakan masa terlalu lama ia berpotensi menjejaskan keadaan ekonomi negara dan memudaratkan kehidupan rakyat jelata 

Majlis Raja-Raja Harus Pecat Pemegang Mohor Besar Majlis Raja-Raja

(i) Amat jelas bahawa catatan di atas adalah satu kenyataan dan bukannya satu titah diraja

Kalau ia dianggap sebagai satu titah seperti yang disebut oleh Muhyiddin Yassin, Aspan Alias, Azmin Ali.

Kadir Jasin dan sekapal dengan mereka ia membawa erti bahawa keseluruhan raja-raja Melayu sudah mahu bermain politik. Sedangkan perlembagaan tidak membenarkan raja berperlembagaan bermain politik kacuali dia tinggalkan jawatannya.

ii) Mengikut Asian Sentinal, ada tiga orang sultan tdak menyetujui kenyataan itu - Sultan Pahang, Sultan Terenganu dan Pemangku Sultan Kedah. Pemangku Sultan tidak akan bertindak tanpa keizinan Sultan Kedah yang kini mnjadi YDP Agong.

(iv) Kita tidak tahu kedudukan raja-raja lain, kerana tidak dapat minit persidangan itu selama ini. Mungkin juga Sultan Kelantan berkecuali kerana selalunya baginda mendapatkan pandapat Tengku Razaleigh dahulu.

(v) Jika demikian kita boleh andaikan bahawa kenyataan itu disokong penuh oleh raja-raja berikut berasaskan nafsu serakah juga kerana:

(a) Sultan Perak ada banyak penglibatan projek yang melibatkan taikun Cina seperti YTL, Vincent Tan. Baginda juga punya saham besar dalam Gamuda. Satu hari akan kita ceritakan projek mereka.

(b) Keluarga Istana Negeri Sembilan ada berkecil-hati dengan 1MDB yang telah mambeli janakuasa bebas mereka (sila baca tulisan RPK yang telah saya terjemahkan “Memang Najib Berani atau Sengaja Memang Menempah Maut).

(c) Sultan Johor pun ada kaitan dengan cukong-cukong Cina yang semua rakyat Johor sedia tahu. Lagipun, semasa Muhyiddin menjadi Menteri Besar banyak projek besar dikerjakan Muhyiddin melimpah ruah kepada keluarga istana juga.

Contoh terbaik ialah projek pantai LIDO dan pasir dari Mersing untuk ditambak di Singapura. Sekarang ini Singapura import pasir Vietnam. 

Isu Penting Yang Menghantui Raja-Raja Melayu

Mengikut tulisan Raja Petra Kamaruddin, “Did all the ten rulers really scold Najib over 1MDB?” (sila lihat terjemahannya “Apakah Kesemua Sultan Marahkan Najib Kerana 1MDB?)

Beliau ada menyebut bahawa kenyataan yang menggunakan nama Raja-raja Melayu itu adalah perbuatan Kedah Mafia yakni satu kumpulan Melayu Kedah yang diketuai oleh Mahathir dan Bendahara Laksamana Sanusi Junid yang rapat dengan Syed Daniel

Raja-raja Melayu Sudah Naikkan Amarah Rakyat

Samada raja-raja Melayu sedar ataupun tidak, apa yang disebut sebagai kenyataan diraja itu sudah tentu naikkan amarah rakyat, terutamanya orang Melayu lama semacam saya ini.

Kerana rakyat tahu apa yang sedang berlaku antara Najib Razak dengan golonhgan Mafia Kedah pimpinan Mahathir.

(a) Raja-raja Melayu harus peka dengan pergolakan negara sekarang ini di mana rakyat sedang menanggung bebanan harga barang keperluan harian yang mahal. Tanpa mengambil kira GLC, 90 peratus orang Melayu tergolong di bawah paras kemiskinan di negara ini.

(b) Sebilangan besar orang Melayu sudah sedar betapa Mahathir telah lama mahu Najib digulingkan.

Jawapannya ada dalam tulisan RPK berjodol, ‘Masih ada Lembu dan Angsa Perlu di sembelih (Yet there are more cash cows and geese laying golden eggs need to be killed) - Semua artikel yang ada kaitan dengan nafsu serakah Mahathir mahu jatuhkan Najib ada tersiar dalam Malaysia Today (bahasa Inggeri) dan terjemahannya dalam Forum Gerak Refomasi.

(c) Semua keluarga istana diraja harus baca satu tulissn Dr. Bakri Musa berjodol ‘ Tidak Ada Melayu Pemalas Di Zaman Jepun(sila lihat Forum Gerak Reformasi)

Kesabaran Orang Melayu Yang Masih Terbendung

(i) Orang Melayu amat terkenal kerana kesabaran mereka. Satu ketika dahulu semua sultan dan raja telah bersetuju dengan gesaan British agar ‘Malay an Union; ditubuhkan untuk membolehkan British menguasai keseluruhan tanah Melayu dan raja-raja menjadi boneka mereka.

Mujur orang Melayu bangkit dan membuatkan raja-raja menarik balik peretujuan penubuhan Malayan Union itu.

Kebangkitan Melayu itulah yang disebut ‘Semangat 46’. Ia bukan diasasksn oleh UMNO tetapi oleh pejuang Melyu dulu-dulu yang terlalu banyak namanya (nama pertubuhan dan pendukungnya) untuk ditulis di sini.

Memadailah kalau dikatakan di sini, kemunculan UMNO adalah satu muslihat British mengekang kegemilangann perjuangan pertubuhan itu dengan cara menentukan lahrnya UMNO.

(ii) Selama lebih enam puluh tahun, raja-raja Melayu tidak pernah menunjukkan mereka perihatin dengan penderitaan rakyat Tetapi rakyat tetap bersabar untuk melihatkan kejadian ini semua;

a) Kisah raja Melayu memukul mati seorang ‘caddy’ di padang golf kerana si caddy tertawa melihatkan sultan gagal mengetuk bola ke dalam lubang yang dekat.

Kesannya muncullah Perebet Adam mengamuk di Chow Kit kerana sadara kandungnya mati dibiunuh semacam itu. Adakah anak raja ataupun cucunya berjiwa komando dapat mententeramkan Prebet Adam?

Mujur ada anak seorang Penghulu Lenggong bernama Tan Sri Ghazali Che Mat yang memujuk Prebet Adam meletakkan senjata dan menyerah diri. JIka tidak, Chow Kit menjadi bahan sasaran amukannya.

b) Ada seorang Sultan yang telah mmbuntingkan seorang jururawat Filipina di istananya. Tetapi apabila jururawat itu melahirkan seorang ‘puteri’. Si Sultan tidak mahu mengaku puteri itu sebagai anaknya.

c) Ada seorang Sultan yang suka dengan wanita bukan Melayu sebagai isteri ataupun gundiknya. Kerana itu bila si isterti diceraikan dan duduk menetap di luar negara si putera yang akan menjadi Bakal Sultan hidup dengan bermandikan air syaitan sehinggakan ada orang menulis di FB bahawa si putra sudak masuk Kristian.

d) Ada Sultan yang dianggap paling terpelajar di kalangan semua raja Melayu sanggup melakukan di depan khalayk ramai tipu muslihat agar kerajaan Pakatan Rakyat dapat ditukar kepada Barisan Nasional dengan memujuk beberapa ahli DUN PR itu berpaling tadah, dan melompat parti, serta mendapat bayaran pampasan berjuta dan gelaran istana pula tanpa mengambil kira perempuan itu adalah dari DAP.

e) Ada Sultan yang merupakan pemegang saham terbesar dalam perniagaan Hard Rock Café di negara ini, seolah-olah minuman di café itu adalah air mawar semata-mata,

f) Ada Sultan suka dengan wanita bukan Melayu dan berani menggesel pipi wanita itu (walaupun bukan Islam) di depan khalayak ramai, Itulah wanita yang dianggap rakyat sebagai gundeknya

g) Ada sultan yang suka berjudi di kasino luar negara dan apabila kehabisan duit minta menteri besar menghantar duit untuk menyelamatkannya. Menteri Besar terpaksa pinjam dari taukeh Cina yang sentiasa berduit.

Bila pulang, Sultan minta MB bayar duit hutang si dato itu dengan memberikan kawasan balak.

Bila si Dato Balak dapat kawasan balak dia pun ubah sempadan ‘tukul besi’ untuk besarkan kawasan itu dan mula membalun khazanah orang Melayu,

h) Di Negeri Sembilan, lesen mengambil pasir telah lama dibekukan kerana membolehkan Undang dan warga istana mengaut pasir tanpa lesen dengan cara menbiarkan kawasan itu kepada taukeh kedai ‘hardware’. Sekaligus semua taukeh kedai hardware menjadi kaya raya dengan sekelip mata.

Sepatutnya semua lesen pasir diberikan kepada masjid dan surau di kampung kampung sekaligus menaikkan taraf ekonomi bangsa Melayu.

Kalau di kawasan orang ‘Mastulin’, lesen pasir harus diberikan kepada Tok Batin.

i) Ada sultan yang mengaut tanah rimba untuk dibuka projek bauksit (bauxite). Kesannya kawasan orang Melayu menjadi kawasan banjir merah setiap kali air hujan.

Tetapi kalau Sultan berkongsi buka stesen menapis tanah untuh dapatkan bauxite, hanya bijih besi yang dieksport, emas dan perak dalam ketulan yang disaring itu boleh menjadi khazanah orang Melayu. Sebab lesen mencari gali adalah untuk dapatkan biji besi dan bauxite, bukannya emas dan perak.

Satu ketika dahulu, kilang penapis bijih besi yang terbesar di dunia terletak di Teluk Romania Johor.

Kenapakah tidak didirikan mesin penapis bergerak (mobile) di Bukit Goh dan di Kuantan untuk mengawal agar ketulan emas dan perak tidak dieksport dengan membayar cukai bijih besi?

Sepatutnya FGV Holding melabur dalam bisnes ini dengan membeli mesin jenis mudah-alih yang digunakan oleh pelombong persendirian emas di Kanada.

Kalau peneroka boleh uruskan penghantaran sawit dan getah ke kilang, apakah sangat sukarnya memperoses tanah berbatu untuk mendapatkan bijh besi, emas dan perak?

j) Pada tahun dulu, telah berlaku tanah runtuh di Cameron Highlands. Sehingga hari ini punca sebenar tidak diketahui.

Tetapi sebab utama tanah tinggi di buka kerana terlalu banyak ‘Surat Kuning’ dari Istana Pekan yang mahu tanah tersebut dibuka. .Siapa gerangan pengeluar surat kuning itu? - Marhaintua - 10 Oktober 2015  (Bersambung..)

No comments

Post a Comment

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”