Friday, October 9, 2015

BENARKAH KESEMUA SEPULUH SULTAN MARAHKAN NAJIB MENGENAI 1MDB?

"Justeru mengheret Istana agar terlibat dengan politik adalah amat berbahaya. Orang politik ... thumbnail 1 summary

"Justeru mengheret Istana agar terlibat dengan politik adalah amat berbahaya. Orang politik sentiasa silih berganti dan Monarki sentiasa berkekalan. Tetapi Monarki masih hidup kini kerana orang politik membiarkannya. Kalau orang politik mengambil pendirian menghapuskan Monarki, tidak ada yang boleh menghalang perkara ini. Krisis Perlembagaan 1980-an dahulu telah membuktikan apabila orang politik menyerang Monarki, Rakyat telah berada di belakang orang politik dan bukannya di belakang Monarki. Monarki terpaksa bertarung sendirian menentang Mahathir. Rakyat bukan sahaja tidak membantu, malah turut serta dalam serangan itu." - KORIDOR KUASA, RPK


BENARKAH KESEMUA SEPULUH SULTAN MARAHKAN NAJIB MENGENAI 1MDB?
#countercoup1msia

8 Oktober 2015 - Pada November 1999, tiga hari sebelum pilihanarya umum 29hb November, saya telah cuba menghadap Duli Yang Dipertuan Agong, merangkap almarhum Sultan Selangor. Saya masih ingat pada waktu itu ialah tengahari Jumaat sekitar 26 haribulan.

Saya telah pergi ke Istana Negara untuk menyerahkan satu surat kepada Duli Tuanku memohon perkenan dapat mengadap. Saya tidak pula menyebut sebab musabab mahu mengadap dalam surat itu.

Sebab saya mahu berjumpa Tuanku ialah untuk mendapat peluang memberi penjelasan kepada Tuanku akan kerisauan pihak gagasan pembangkang. Barisan Alternatif menjadi curiga seandainya ia menang lebih 50% kerusi Parlimen yang dipertandingkan itu mereka mungkin tidak juga dibenarkan peluang menubuhkan kerajaan untuk memerintah.

Dengan kata lain, Dr Mahathir Mohamad berkemungkinan melakukan rampasan kuasa dan merampok keputusan pilihanraya itu , seperti yang pernah mereka cuba lakukan satu ketika dahulu di Sabah. Justru, sejarah sudah membuktikan perkara itu boleh berlaku dan mereka memang berkebolehan melakukannya apabila terdesak. Kami pula telah mendengar sumber ‘dalaman’ bahawa inilah yang akan terjadi pada 29hb November seandainya Barisan Alternatif memenangi lebih dari 50% kerusi Parliamen.

Mujur jugalah.. Barisan Alternatif tidak pun menang lebih dari 50% kerusi itu, hanya setakat 22% kerusi sahaja. Akan tetapi Barisan Nasional menang 147 kerusi dan Barisan Alternatif menang 42 kerusi apabila dijumlahkan bersama. Dalam keputusan itu PAS telah menang 27 kerusi, DAP meaning 10 kerusi dan PKN menang 5 kerusi — dan bukannya Barisan Alternatif yang menang 42 kerusi.

Kalau digabungkan, Barisan Alternatif boleh menang 42 kerusi tetapi Barisan Alternatif bukannya didaftarkan sebagai satu parti sedangkan Barisan Nasional memang sudah berdaftar seperti itu. Dengan itu 42 kerusi yang dimenangi itu tidak terdaftar sebagai kemenangan Barisan Alternatif tetapi sebagai kemenangan kerusi individu. Ini bermakna kalau pun Barisan Alternatif, secara berkumpulan memenangi 55% kerusi yang ada, Barisan Nasional masih mempu menubuhkan kerajaan baru walaupun menang 45% kerusi sahaja.

Inilah yang telah diberitahu kepada kami apa yang akan berlaku dan kerana itu saya perlu memberi penerangan kepada Tuanku bahawa PAS, PKN, dan DAP sudahpun sama-sama menanda tangani surat menyetujui mencampurkan kerusi yang dimenangi itu untuk menubuhkan satu kerajaan untuk memerintah. Justru ia merupakan perterungan antara Barisan Nasional menentang Barisan Alternatif dan bukannya Barisan Nasional menentang PAS menentang PKN menentang DAP.

Akan tetapi saya tidak dibenarkan masuk Istana Negara walaupun saya telah menjelaskan bahawa Agong itu adalah ayah saudara saya dan pertemuan itu adalah berasaskan masalah keluarga. Pegawai polis di situ memberitahu saya bahawa tidak siapa yang dibenarkan masuk Istana bertemu Agong dan kalau saya mahu menyerahkan satu surat saya kena serahkan surat itu di bilik pengawal.

Itulah yang saya lakukan dan beredar ke Masjid Negara untuk solat Jemaah. Apabila tiba di Ibu pejabat Parti Keadilan sekitar 2.00 pm tempat saya bekerja, sudah ada sekeping Fax yan datang menunggu saya.

Ini mungkin jawapan yang paling pantas dalam sejarah. Sebelum itu tidak ada satu ajensi kerajaan memberi jawapan kepada satu surat dalam masa dua jam. Tetapi saya mendapat respon dalam masa dua jam sahaja. Istana telah menolak permohonan saya untuk bertemu Agong. Surat itu juga minta saya datang semula kalau mahu menemui Agong selepas pilihanraya umum kerana Agong tidak akan menemui sesiapa sebelum pilihanraya umum berakhir.

Akan tetapi surat saya itu dulu adalah dialamatkan kepada Agong dan saya telah serahkan sendiri surat itu di Istana Negara. Namun, jawapan yang saya terima datangnnya dari Jabatan Perdana Menteri Apabila saya bertanya kenapa saya telah diberitahu bahawa Istana Negara adalah tertakluk di bawah Jabatan Perdana Menteri dan tidak ada pertemuan ataupun pengumuman yang boleh dibuat oleh Istana Negara melainkan ia terlebih dahulu disaring dan diperkenan oleh Jabatan Perdana Menteri.

Inilah yang turut terjadi pada 2007 ketika kami menyusun perhimpunan Bersih .dan kami telah memohon untuk mengadap YDPA, Sultan Terengganu. Kami telah diminta menyerahkan kepada Tuanku surat petisyen kami mengenai reformasi pilihanraya. Tetapi kami telah dinafikan sesi mengadap oleh Jabatan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Akhirnya kami dapat juga mengadap hanya dengan menggunakan bantuan ‘pintu belakang’ untuk dapat masuk. Kami berjaya memintas Jabatan Perdana Menteri yang menyibuk itu, den menggunakan hubungan baik dengan istana, kami berjaya masuk juga. Begitulah cerita bagaimana Bersih berjaya pada 2007 dulu — sebelum orang politik meng’hijack’ pertubuhan itu.


Berbalik kita kepada kisah 1999 tadi, selepas gagal mendapat peluang mengadap Agong, saya telah menghubungi beberapa orang sepupu saya, untuk membantu aturkan pertemuan itu. Rupanya mereka yang merupakan anak-anak Agong pun telah dinafikan hak bertemu ayahanda mereka.

Salah seorang sepupu ada memberitahu saya: “Dr Mahathir telah menculik Agong dan terbangkan baginda ke Langkawi. Tidak siapa dapat bertemu Tuanku sehainggalah selesai pilihanraya umum itu, tidak juga kami anak-anak baginda sendiri. Dr Mahathir mahu tentukan bahawa dia dapat mengangkat sumpah dulu sebagai Perdana Menteri sebelum dia benarkan Agong tinggalkan Langkawi.”

Ini bukanlah apa yang saya kata. Ini adalah perkataan dari mulut salah seorang putera baginda, dan saya tahu walaupun Barisan Alternatif menang secara kolektif, lebih dari 50% kerusi, adalah sukar untuk BA menubuhkan kerajaan. Mahathir sudah pastikan perkara itu terjadi begitu.

Seperti yang pernah diperjelaskan oleh Tengku Razaleigh Hamzah banyak kali sebelum itu, kunci segala itu terletak di tangan Perlembagaan Persekutuan Malaysia Duli YDP Agong akan menurut nasihat Perdana Menteri Inilah yang telah diperakukan oleh YDP Agong pertama dahulu, Perdana Menteri yang boleh memecat Tuanku dan bukanlah yang sebaliknya, kata Agong pertama.

Namun demikian, gambaran yang diserlahkan semalam, memberi andaian seolah-olah Majlis Raja Raja telah murka (memarahi) terhadap Perdana Menteri Najib Tun Razak disebabkan 1MDB. Ini satu permainan paling berbahaya oleh kumpulan anti-Najib. Kami telah membincangkan perkara ini jauh dulu lagi pada 1980an. Dalam pertemuan di Pulau Pinang kami telah memberi pandangan kepada raja-raja agar berwaspada dan berhati-hati tidak membenarkan diri mereka diheret ke kancah perebutan kuasa antara orang politik.

Salah satu sebab terjadinya Krisis Pelembagaan yang menyebabkan pindaan kepada Perlembagaan di mana tandatangan Agong tidak lagi diperlukan sebelum Rang Undang-undang Parlimen diiktraf menjadi Undang - undang, adalah kerana keluarga Diraja dilihat terlalu pro-Tengku Razaleigh.

Tuanku Sultan Kelantan telah memberikan sokonagn beliau kepada Tengku Razaleih secara terbuka (kerana itu Kelantan jatuh ke tangan pembangkang pada tahun 1990) sedangkan adik-adik Sultan Terengganu dan Pahang menjadi ketua Semangat 46 di negeri masing-masing.

Justeru, mengheret Istana terlibat dengan politik adalah amat berbahaya. Orang politik sentiasa silih berganti dan Monarki sentiasa berkekalan. Tetapi Monarki masih hidup kini kerana orang politik membiarkannya. Kalau orang politik mengambil pendirian menghapuskan Monarki, tidak ada yang boleh menghalang perkara ini.

Krisis Perlembagaan 1980-an dahulu telah membuktikan apabila orang politik menyerang Monarki, Rakyat telah berada di belakang orang politik dan bukannya di belakang Monarki. Monarki terpaksa bertarung sendirian menentang Mahathir. Rakyat bukan sahaja tidak membantu, malah turut serta dalam serangan itu.

Saya tidak tahu kenapa Pemegang Mohor Majlis Raja-raja mengeluarkan kenyataan akhbar itu. Malah itu bukannya satu kenyataan dari Persidangan Raja-raja. Itu merupakan satu kenyataan mengenai sesuatu yang tidak pernah dilakukan sebelum itu dan itu mendedahkan Monarki kepada risiko besar.

Apa jua penjelasan yang mahu diberikan, anda tidak boleh nafikan hakikat bahawa 1MDB ialah satu isu politik dan apa juga kenyataan mengenai perkara tersebut akan dianggap sebagai satu kenyataan politik.

Kita sekarang menyaksikan persidangan Majlis Raja-raja yang ke 239. Dan para sultan kita akan membincangkan pelbagai perkara dalam persidangan itu. Tetapi dari begitu banyak perkara yang dibincangkan sepanjang Persidangan ke 239 itu, mereka hanya memberi fokus kepada satu isu sahaja— 1MDB.

Bukankah ini politik, namanya dan bukankah Persidangan Majlis Raja-raja itu diseret sama dalam politik? Dan kalau mereka membuat keputusan menyerang Monarki apakah semua orang yang kini bertepuk tangan dan menjerit-jerit sanggup berhimpun di jalan raya dan berbaris mempertahankan Monarki ataupun apakah mereka akan bersetuju bahawa Monarki adalah satu pembaziran masa dan duit sahaja dan lebih baik lagi kalau Malaysia menghapuskan Monarki itu dan menjadi sebuah Republik seperti Indonesia?

Saya ingin memberi nasihat kepada sepupu saya dan saudara Sultan kesemuanya agar berwaspada mengenai isu ini. Pada hari ini memang ramai yang akan bertepuk tangan dan berceria. Tetapi orang yang sama juga yang bertepuk dan bersuka ria itu – termasuklah Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim (jangan lupakan juga DAP) - adalah golongan Republikan dan bukannya Monarkis.

Biarkan orang politik selesaikan masalah mereka sendirian dan selesaikan masalah perjuangan politik mereka sendirian juga. Sejarah sudah membuktikan bahawa orang politik bukannya bersahabat mesra dengan Monarki.

Bukankah Dr Mahathir dan Anwar yang pernah berkata bahawa Raja Raja Melayu yang telah menderhaka kepada Rakyat dan telah menggadaikan negara ini pada 1946 dahulu?

DID ALL TEN RULERS REALLY SCOLD NAJIB REGARDING 1MDB?
October 8, 2015
THE CORRIDORS OF POWER
Raja Petra Kamarudin

No comments

Post a Comment

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”