Thursday, October 8, 2015

LEBIH RAMAI KRONI MAHATHIR BAKAL DICANTAS DAN RAJA RAJA MELAYU DIHERET MASUK DALAM KANCAH POLITIK

MASIH ADA LEMBU DAN ANGSA BERTELUR EMAS YANG PERLU DISEMBELIH   #countercoup1msia MASIH ADA L... thumbnail 1 summary

MASIH ADA LEMBU DAN ANGSA BERTELUR EMAS YANG PERLU DISEMBELIH 

Kisah YTL Power dan Francis Yeoh
https://www.facebook.com/alfaedah1440/posts/779855528803109


NAJIB MEMANG BERANI ATAU SENGAJA MENEMPAH MAUT
https://www.facebook.com/alfaedah1440/posts/779849182137077

- Keadaan semakin getir untuk Gerakan Anti Najib
- Bisnes multi billion AP bakal dicantas melalui TPPA
- Lebih ramai kroni Mahathir bakal ditebas
- Raja-Raja Melayu sedang diheret masuk ke dalam kancah perebutan kuasa politik
- New York Times membantu propaganda mengheret Raja-Raja Melayu

"Demikianlah kisahnya. Mula-mula ialah bisnes IPP yang bernilai multi-billion. Kemudian bisnes AP (approval permit) yang bernilai multi-bilion juga, Kini bisnes ‘one arm bandit’ (penyangak bertangan sebelah) bernilai multi-billion juga.

Apabila semua bisnes ini digabungkan, ia memberikan pendapatan dalam anggaran RM20-25 billion setahun. Semua bisnes ini dikuasai oleh kuncu-kuncu Dr Mahathir yang disebut hanya sebagai proksi untuk orang tertentu tetapi buat setakat ini belum lagi dapat dibuktikan." - KORIDOR KUASA RPK



7 Oktober 2015 - Semalam, dari artikel saya berjudul ‘Najib memang berani ataupun memang sengaja menempah maut’ (‘Najib is either brave or he has a death-wish’), kami telah melaporkan betapa Francis Yeoh telah mendapat RM15-20 billion selama 21 tahun syarikat melalui YTL Power Generation Sdn Bhd dan hampir mendapat tambahan RM25-30 bilion seandainya kerajaan telah bersetuju untuk menyambung perjanjian membeli bahan tenaga (PPA) dengan Tenaga Nasional Bhd (TNB) untuk selama 25 tahun, seperti yang diminta oleh YTL..

Bagaimana pun Perdana Menteri Najib Tun Razak, enggan menyambung kontrak YTL dan pada 1hb Oktober 2015 YTL telah melihat lembu tenusu merangkap angsa bertelur emas mati disembelih.

Dengan itu semua pengeluar tenaga bebas (IPP), telah dibeli oleh 1MDB dan kalau ada yang enggan akur menjual operasi mereka kepada 1MDB, kontrak mereka pun akan menanggung nasib yang sama dilalui oleh YTL Power kerana memang banyak lagi PPA untuk semua IPP itu yang menghampiri tarikh luputnya. .

Ada laporan menyebut 1MDB telah membayar RM18 bilion untuk mendapatkan semua IPP yang lain itu, jika tidak, kerajaan terpaksa membayar 10 atau 20 lebih kali ganda kepada IPP itu untuk 25 tahun yang mendatang. YTL sahaja mampu meraih pendapatan bersamaan 10% dari jumlah itu dan Ananda Krishnan, Genting, keluarga diraja Negeri Sembilan mendapat habuan terbesar yang berbilion jua.

Seandainya anggaran betul, 1MDB akan memperolehi semua IPP itu pada kadar hanya 10% ataupun kurang dari itu berbanding kos kepada kerajaan selama 25 tahun kalaulah tidak dimilik-negarakan institusi tersebut. Satu perkara penting yang mesti diambilkira ialah semua IPP itu telah dimilikki oleh kuncu-kuncu Dr Mahathir Mohamad, Sudah tentu inilah yang mengejutkan orang tua itu sehinggakan beliau menjadi tergila-gila mahukan Najib digulingkan dari puncak kuasanya.

Satu lagi perkara penting yang mesti diambilkira ialah hakikat betapa TNB dan juga Petronas memang amat tidak senang hati dengan PPA itu semua, yang mereka kata berat sebelah, dan tidak lebih dari memberikan lesen untuk "mencetak" duit. Mantan Pengerusi Eksekutif TNB ketika itu menjadi begitu tertekan dan dukacita sehinggakan beliau memilih untuk bersara dari menandatangani kontrak tersebut.

Demikianlah lebih 20 sudah berlalu, akhirnya Najib berjaya menyelesaikan kontroversi dengan menamatkan apa yang disebut dalam industri itu sebagai penipuan paling besar dalam sejarah Malaysia. Demikianlah berakhirnya riwayat semua lembu tenusu merangkap angsa yang bertelur emas dan inilah yang membuatkan mata Mahathir naik juling sehingga dia semakin beriltizam menamatkan kerjaya Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Cerita ini tidak berakhir di situ sahaja. Memang banyak lagi lembu tenusu dan lebih banyak lagi angsa bertelur emas yang Najib akan bunuh juga akhirnya. Antaranya ialah Permit Kelulusan ataupun Approved Permits atau AP untuk membawa masuk kenderaan bermotor dan satu lagi ialah ‘one-arm bandits’ ataupun mesin musibat penyangak bertangan sebelah yang sudah bermaharaja gila di Malaysia begitu lama sehingga 30 tahun kini.

Ada dua jenis AP yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan dan Industri. Satu ialah Francais AP yang diberikan kepada pemegang francais yang memegang jenama kereta yang berdaftar dengan MITI dan yang lagi satu ialah AP Terbuka - Open APs (untuk Bumiputra sahaja) untuk mengimport kereta pelbagai jenis dan dijual di pasaraan Malaysia.


Jumlah AP yang dikeluarkan setiap tahun ialah sepatutnya bersamaan dengan 10% kereta yang dipasang siap dalam negara pada tahun sebelumnya dan 60% AP itu diberikan kepada pemegang AP terbuka Bumiputra (Open AP holders) sedangkan 40% diberikan kepada pemegang francais.

Ini adalah mengikut laporan yang dibuat oleh The Ant Daily pada 18hb April 2015:

Pada 2005, kontroversi Raja AP (the “AP king” controversy) telah meledak apabila tersiar berita bahawa hanya segelintir individu yang menguasai ataupun memonopoli bisnes AP.

Antara segelintir Raja AP itu ialah Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin, Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim dan Datuk Seri Mohd Haniff Abdul Aziz.

Secara kolektif, mereka menerima 33,218 AP (bersamaan lebih kurang 50.1% dari sejumlah 66,277) untuk 2004 dan 28,283 AP (atau 41% dari 68,330) untuk 2005 sahaja mengikut satu senarai yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Berpaksikan anggaran taksiran jalanan di mana setiap AP berharga RM30,000, ini menghasilkan RM996 juta keuntungan untuk 2004 dan RM848 juta untuk 2005.

Nasimuddin adalah pengasas dan mantan pengerusi serta CEO Kumpulan Naza. Naza memang terkenal kerana bisnes otomobil dan pemegang francais untuk Malaysia bagi kereta Kia buatan Korea Selatan. Francais yang lain termasuklah Ferrari, Maserati, Koenigsegg dan Citroën.

Sementara itu Weststar, dulu 80%-milik Syed Azman dan 20% oleh rakan kongsinya Haniff, telah diberikan 16,303 AP pada 2004 dan 15,759 pada 2005. Haniff pernah menjadi penolong pengarah di Miti dari 1975 hingga 1978. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pengarah (Matrade) dari 1991 hingga 1994.

Keseluruhan bisnes AP bernilai sekitar RM2 billion atau lebih itu setahun atau sekitar RM65-80 billion sejak ia mula diperkenalkan ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri (dan apabila dia laksanakan sistem itu). Mengikut industri kereta, AP telah menyebabkan harga kereta menjadi 20% lebih tinggi dari biasa dan ini menyebabkan pembeli kereta sebenarnya memberikan subsidi kepada pemegang AP tersebut.

Dengan kata lain, kita para konsumer adalah mereka yang membayar untuk AP tersebut dan ia sudah jadi satu rahsia terbuka bahawa pemegang AP dan mereka yang menjadi kaya raya kerana AP hanya merupakan proksi kepada orang kenamaan tertentu yang berlenggang di anjung kuasa. Dan mereka yang menjadi kaya raya kerana AP itu bukan sahaja pemegang AP malah kenamaan tertentu di peringkat tertinggi dalam UMNO.

Sudah tentu, cakap-cakap dalam UMNO (seperti yang pernah disebut oleh Anwar Ibrahim) bahawa Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Menteri Perdagangaan dan sebagainya, ketika itu adalah kumpulan "benefactor" atau penikmat/penerima sebenar (benefactors) segala AP. Tetapi perkara ini tidak dibuktikan, dan besar kemungkinan tidak dapat dibuktikan kerana proksi selalunya tidak mahu bercakap.

Satu cara ialah meminta mereka yang dianggap penikmat itu bersumpah dengan Quran bahwasanya pemegang AP itu bukannya proksi mereka. Tetapi ini adalah semacam meminta Najib membuktikan dia tidak mencuri wang 1MDB, sedangkan yang menuduh sepatutnya kena membuktikan bahawa yang dituduh bersalah.

Apapun yang akan jadi, hari-hari "mencetak" wang berbillion ringgit setiap tahun melalui AP mungkin susah sampai ke penghujungnya.dan TPPA yang akhirnya akan diselesaikan pada hari Isnin selepas lima tahun berlakunya perundingan hangat, mungkin merupakan wadah menamatkan penipuan terbesar melalui bisnes AP itu.


Inilah yang kian merisaukan penikmat AP tersebut. Apabila Malaysia menandatangani TPPA itu, apakah itu juga tanda tamatnya bisnes AP? Dr Mahathir adalah seorang yang kuat menentang TPPA, kerana itu bermakna akan tamatnya bisnes AP.

Satu lagi lesen mencetak wang ialah bisnes mesin judi slot ataupun musibat bertangan sebelah (‘one-arm bandit)’ . Sejak 1980an bisnes memberikan pendapatan sekitar RM10 billion setiap tahun, 70% darinya dikuasai oleh keluarga Vincent Tan, seorang lagi kroni Dr Mahathir.

Mengikut cerita mereka dalam bisnes itu, Robin Tan, yang kini menguasai bisnes keluarga itu, telah memberitahu kawan-kawannya betapa mereka telah membalun lebih dari RM200 billion setakat ini hanya dari bisnes perjudian itu. Samada ini cuma satu cakap temberang ataupun tidak memang tidak dapat dipastikan. Tetapi anggaran itu menunjukkan dia tidak lari dari angka yang sebenarnya.

Tidaklah menghairankan kalau Robin kini merupakan salah seorang pengkritik terhebat Perdana Menteri. Beliau mungkin sudah tahu bahawa Najib akan membunuh lembu tenusu dan angsa bertelor emas dan kerana itu dia sudah bersuara lantang bahawa Najib harus bersara, Kononnya dia ada berkata ‘kalau Najib akan membunuh perniagaan saya yang menyumbang RM 7 bilion setiap tahun, saya pun akan berkempen menentang dia.”

Demikianlah kisahnya. Mula-mula ialah bisnes IPP yang bernilai multi-billion. Kemudian bisnes AP (approval permit) yang bernilai multi-bilion juga, Kini bisnes ‘one arm bandit’ (penyangak tangan sebelah) bernilai multi-billion juga.

Apabila semua bisnes ini digabungkan, ia memberikan pendapatan dalam anggaran RM20-25 billion setahun. Semua bisnes ini dikuasai oleh kuncu-kuncu Dr Mahathir yang disebut hanya sebagai proksi untuk orang tertentu tetapi buat setakat ini belum lagi dapat dibuktikan.


Apakah menghairankan kalau mereka mahu Najib ditendang keluar? Untuk menentukan undi tidak percaya yang bakal dikemukakan terhadap Najib dapat kejayaannya, mereka telah meminta Majlis Raja Raja mengeluarkan satu kenyataan mengenai keperihatinan duli yang maha mulia semuanya mengenai 1MDB.

Persidangan ke 239 Majlis Raja Raja itu sebenarnya bermula hari ini. Semalam merupakan satu mesyuarat persiapan sahaja untuk membincang apakah patut dibincangkan pada hari ini. Tidak pernah berlaku dalam sejarah apabila Pemegang Mohor Raja-Raja mengeluarkan satu kenyataan memberitahu rakyat apa yang akan dibincangkan.

Menteri Besar Selangor, Azmin Ali telah memuji raja-raja diatas kenyataan mereka itu dan berkata bahawa kenyataan diraja’ itu tidak harus dipolitikkan. Kalau Azmin tidak mahu isu itu dipolitikkan sepatutnya dia tidak menyebut apa-apa mengenainya, kerana dia adalah seorang ahli politik, dan seorang pemimpin pembangkang pula.

Aspan Alias, lagi seorang ahli politik telah mengeluarkan kenyataan, seperti juga Mahfuz Omar, seorang ahli politik juga. Kadir Jasin, juga, seorang balaci Mahathir mengeluarkan kenyataannya juga. Sesungguhnya orang politik itu sendiri yang telah mempolitikkan kenyataan mesyuarat awal itu semalam. Memang sungguh pelik apabila Pemegang Mohor Raja Raja mengeluarkan kenyataan mengenai isu itu dan inilah kali pertama ia telah berlaku.

Akan tetapi kita semua tahu, betapa Penyimpan Mohor Raja-raja memang mempunyai hubungan rapat dengan seorang loyalis Mahathir yakni Sanusi Junid, Jadi kita tidak perlu seorang ahli sains roket untuk meneka siapakah mendalangi tindakan itu. Sanusi memang tidak pun merahsiakan kenyataan yang dia mahu Najib tersingkir.

Yang merisaukan dalam perkara ini ialah perihal Raja Raja Melayu sudah terjebak pada kancah isu politik yang bernama 1MDB yang memang tidak disangsikan lagi merupakan satu isu politk. Apakah dengan ini raja raja akan terdedah kepada tuduhan berbahaya yang mereka turut bermain politik?

Hakikat bahawa raja-raja tidak boleh mengeluarkan kenyataan sendiri dan semua kenyataan mestilah dikeluarkan oleh pemegang mohor raja-raja bererti kita tidak akan tahu apakah raja-raja mahukan kenyataan itu disiarkan ataupun apakah ini merupakan satu inisiatif persendirian oleh pasukan Dr Mahathir a.k.a. Kedah Mafia, yang nama mereka semua telah pun disiarkan di atas tadi.

YET MORE CASH COWS CUM GEESE LAYING GOLDEN EGGS GOING TO BE KILLED
October 7, 2015
THE CORRIDOR OF POWERS
Raja Petra Kamarudin

No comments

Post a Comment

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”