Wednesday, October 28, 2015

LELAKI MISTERI TIMBALAN PERDANA MENTERI

" Percayalah saya mengenai hal ini. Bagi setiap undi yang akan diperolehi oleh Tengku Razalei... thumbnail 1 summary
"Percayalah saya mengenai hal ini. Bagi setiap undi yang akan diperolehi oleh Tengku Razaleigh Hamzah, Zahid akan mampu meraih sepuluh undi untuk menyainginya. Jadi, siapakah yang rakyat akan pilih untuk menjadi Perdana Menteri yang baru, seandainya Mahathir berjaya mengusir Najib? Malah, Tengku Razaleigh akan mengaku bahawa bukanlah dia orangnya. Jika demikian kenapa pula Tengku Razaleigh mesti menolong Dr Mahathir menggulingkan Najib hanya untuk membolehkan orang lain naik menjadi seorang perdana menteri menggantikannya seperti apa yang berlaku pada 2009?"

||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Siri (#countercoup1msia)
Pautan @Facebook


28 Oktober 2015 - Pada 16hb Ogos 2015, Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi telah mendedahkan betapa seorang pemimpin veteran Umno mahu pergi menemui Perdana Menteri pada lewat malam itu. Orang yang sepatutnya menemui Najib Tun Razak dikatakan seorang yang tua (saya lebih suka mengatakan beliau seorang yang sudah berusia) dan dikatakan kononnya seorang pemimpin konspirasi untuk menjatuhkan Najib. Orang yang sudah berusia ini bukanlah Muhyiddin Yassin, kata Zahid, tetapi merupakan salah seorang bergelar Tan Sri yang pernah diceritakan dalam Malaysia Today.

Pihak media pun meluru ke kediaman Perdana Menteri dengan hati yang penuh suspen serta harapan. Malangnya mereka semua terpaksa pulang dengan kehampaan kerana tiada seorang pun pemimpin tua, senior, maupun veteran Umno muncul pada malam itu. Malah, seorang pemimpin muda UMNO pun tidak menunjukkan muka di depan kediaman Perdana Menteri.

Demikianlah berakhirnya keghairahan yang singkat yang akhirnya dilupakan kerana diambilalih oleh peristiwa lain. Akan tetapi, tanpa disedari oleh semua orang, lawatan itu memang ada terjadi. Cuma ia dilakukan pada tarikh yang berlainan dari 16 Ogos yang yang djangka dan diharapkan oleh semua orang.

Sememangnyalah, apa yang lebih menarik selain mengetahui siapa identiti orang itu, tentulah kita ingin mengetahui apakah tujuannya membuat lawatan pada lewat malam? Apakah untuk mengaku berdosa dan memohon pengampunan?

Apakah untuk mendedahkan nama semua konspiratur di sebalik pakatan menggulingkan Najib?

Ataupun apakah kedatangan itu bertujuan menghantar utusan katadua kepada Najib seandainya beliau terus berdegil dan enggan meletak jawatan, mereka akan melakukan sesuatu yang lebih membahayakan Najib.


Kini sudah dua bulan berlalu sejak keghairahan pelawat misteri di tengah malam itu. Saya fikir eloklah dihidupkan semula isu tersebut untuk memberitahu siapakah orang itu. Mungkin juga saya akan beritahu kenapa beliau pergi ke rumah Najib..

Apapun, sebelum saya meneruskannya, kelmarin ada seseorang menghubungi saya dan bertanya kenapa saya menyebut kisah ‘enam orang Tan Sri’. Bukankah sepatutnya ada tujuh orang dan bukannya enam Tan Sri, kata beliau. . . Saya pun bertanya kenapa tujuh orang? Siapakah Tan Sri yang lagi satu yang disebutnya?

Orang ini pun menyebut nama Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah. Bukankah Tengku Razaleigh termasuk dalam pakatan anti-Najib dan dengan itu sepatutnya menjadi kumpulan 7 Tan Sri, bukan 6. Ya, memang seronok memiliki rakan yang mampu berfikir dan bukan seperti kebanyakan warga Malaysia lain yang mudah dicucuk hidungnya.

Kerana itu saya terpaksa memberikan penjelasan betapa ada enam dan bukannya tujuh orang Tan Sri, walaupun Tengku Razaleigh juga seorang yang bergelar Tan Sri. Ini disebabkan Tengku Razaleigh bukan merupakan salah seorang antara mereka yang mahu menendang Najib.

Muhyiddin Yassin pernah memberitahu Majlis Tertingi Umno betapa dia tahu siapakah mereka yang tergolong dalam pakatan pergerakan anti-Najib dan mereka pernah mendekati beliau mengajak agar beliau bersama menganggotai pergerakan mereka, tetapi dia tidak bersama mereka. Namun demikian, walaupun dia tahu semua mereka itu, dia tidak pula mahu mendedahkan nama mereka.

Tengku Razaleigh Hamzah juga telah memberitahu Perdana Menteri siapa mereka dalam pergerakan anti-Najib itu dan mereka telah berjumpa beliau untuk mengajak agar dia turut serta, retapi dia enggan menyertainya.

Namun, berbeza dengan Muhyiddin, untuk membuktikan beliau tidak bersama mereka, Tengku Razaleigh telah mendedahkan namanya semua dan ceritakan apakah rencana mereka dalam serangan terakhir yang dijadualkan di bulan November seperti yang Malaysia Today pernah dedahkan kelmarin. bertajuk “The last major offensive against Najib in another month”..

Dan bagaimana Malaysia Today tahu semua ini ? Kalau Malaysia Today boleh tahu siapakah yang sering berselingkuh di pajabat Peguam Negara ( Attorney General’s Chambers) dan siapa yang berbuat demikian juga dalam SPRM yang menjadikan bilik mesyuarat menjadi bilik mengurat dan mengurut, apakah Malaysia Today tidak boleh tahu sesuatu seperti ini?

Malah, Malaysia Today pun tahu perihal seorang Tan Sri yang terbang ke London bertemu operatif mereka di UK membincangkan rencana serangan terakhir mereka terhadap Najib pada bulan November nanti. Malaysia Today juga tahu sebelum beliau bertolak ke London si Tan Sri ini telah bertemu seorang lagi Tan Sri memberi amaran seandainya dia tidak menyertai pergerakan anti-Najib itu, apabila Perdana Mentreri itu berjaya digulingkan beliau akan disumbat di penjara bersebelahan bilik Anwar Ibrahim di Penjara Sungai Buloh.

Buat sementara waktu ini eloklah kita gelarkan Tan Sri yang ini sebagai Tan Sri Merpati Utusan disebabkan tugasnya — menghantar maklumat rahsia dan dokumen dari dua orang Tan Sri lain yang akan digunakan sebagai senjata menembak Najib semasa serangan besar-besaran yang terakhir pada bulan November, nanti.

Demikianlah kisahnya, pergerakan anti-Najib itu kini sedang menggelabah selepas membaca pendedahan terkini oleh Malaysia Today. Mereka kini menggelabah apakah mahu menggelarkan Malaysia Today sebagai penipu dan membantutkan saja perencanaan mereka, atau meneruskan rencana mereka itu dan membuktikan Malaysia Today telah berkata benar.

Memang bukan senang membuat keputusan. Kalau mereka bantutkan rencana mereka, segalanya akan berakhir begitu sahaja. Samada mereka lancarkan juga serangan terakhr itu bulan November nanti, ataupun tidak ada lagi yang akan diperjuangkan selepas itu.

Kalulah mereka membaca pendedahan yang paling mutakhir ini, berkemungkinan besar mereka membantutkan segala rencana mereka. Memang jelas betapa pergerakan anti-Najib itu sudah berkecai dan mereka yang difikirkan sekutu dahulu bukanlah sahabat, akhirnya.

Akan tetapi apakah Tengku Razaleigh seorang perisik dan talibarut khas (mole) yang bertugas mencari maklumat mengenai perancangan mereka dan kemudiannya menceritakan balik kepada Najib untuk membolehkan Najib menghayun serangan balas pre-emptif, memintas segala rencana mereka? Ataupun apakah dia ada bersama mereka di tahap awal, tetapi mengambil keputusan untuk membelok dengan pusingan 'U', setelah sedar bahawa perancanan itu memang tidak berguna?

Itulah sesuatu yang anda harus renungkan dan untuk saya tahu. Tetapi biarkan saya mulakan begini: Tengku Razaleigh bukan pun memegang jawatan naib presiden parti. Oleh itu jangan fikir dia sedemikian bodoh sangat untuk menyedari bahawa ini membawa makna peluang beliau untuk naik menjadi perdana menteri adalah kosong. Dia sedar mereka menggunakan beliau untuk cuba menggulingkan Najib seperti juga mereka menggunakan beliau pada 2008 ketika mereka mahu menggulingkan Tun Abdullah Ahmad Badawi dengan janji-janji apabila Abdullah bersara, dia (Ku Li) akan naik mengambil alih jawatan Perdana Menteri..

Bukankah ini tidak berlaku pada 2009? Kenapa pula ia akan berlaku sekarang ini? Apakah anda fikir UMNO tidak akan lakukan apa-apa seandainya Najib disingkirkan dan Dr Mahathir Mohamad mendesak agar Tengku Razaleigh sebagai penggantinya sedangkan Umno sudah memiliki seorang Timbalan Perdana Menteri yang juga naib presiden parti bernama Zahid Hamidi?

Percayalah saya mengenai hal ini. Bagi setiap undi yang akan diperolehi oleh Tengku Razaleigh Hamzah, Zahid akan mampu meraih sepuluh undi untuk menyainginya. Jadi, siapakah yang rakyat akan pilih untuk menjadi Perdana Menteri yang baru, seandainya Mahathir berjaya mengusir Najib?

Malah, Tengku Razaleigh akan mengaku bahawa bukanlah dia orangnya. Jika demikian kenapa pula Tengku Razaleigh mesti menolong Dr Mahathir menggulingkan Najib hanya untuk membolehkan orang lain naik menjadi seorang perdana menteri menggantikannya seperti apa yang berlaku pada 2009?



||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
The Deputy Prime Minister’s mystery man
THE CORRIDORS OF POWER, Malaysia Today
Raja Petra Kamarudin
October 28, 2015

No comments

Post a Comment

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”