Tuesday, October 13, 2015

MAHATHIR MENGUBAH STRATEGI DARI MENYERANG KEPADA BERTAHAN

- Malaysia Today ( #countercoup1msia ) https://www.facebook.com/alfaedah1440/posts/7821830019036... thumbnail 1 summary
- Malaysia Today
(#countercoup1msia)

https://www.facebook.com/alfaedah1440/posts/782183001903695

"Dr Mahathir telah beritahu orangnya betapa dia sendiri tidak pasti apakah dia selamat sekarang ini dan tidak ada jaminan bahawa dia jua tidak akan kena tuduhan. Inilah yang merisaukan Dr Mahathir, kalau orang mula merasakan mereka bermain sesuatu yang berbahaya mereka pasti berundur dan hentikan sikap bagak dan berlagak. Dan ini berarti berakhirnya GAN ataupun gerakan Anti-Najib, satu pergerakan yang bertujuan menyumbat Najib ke lembah persaraan, bulan ini melalui satu usul undi tidak percaya di Parlimen, sebelum 1MDB menyiarkan sebarang berita baik menjelang akhir tahun nanti."
  
|||||||||||||||||||  |||||||||||||||||||  |||||||||||||||||||
  

12 Oktober 2015 - Hari ini dua orang kuat Dr Mahathir Mohamad, Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang, telah dikenakan tuduhan mengikut  Seksyen 124L Kanun Keseksaan (Section 124L Penal Code) kerana jenayah mensabotaj khidmat perbankan dan kewangan Malaysia. Mereka didakwa telah melakukan jenayah di beberapa buah negara seperti Perancis, England, Switzerland, Hong Kong dan Singapura antara tarikh 28 Jun dan 26 Ogos tahun ini.

Dr Mahathir telah bertindakbalas mengadakan sidang akhbar di pejabat beliau - Perdana Leadership Foundation, (Yayasan Kepimpinan Perdana). Beliau telah mengutuk kerajaan dengan apa yang disebutnya sebagai salahguna kuasa dan tidak menghormati undang-undang.

Khairuddin dan Matthias telah ditahan sebelum ini, mengikut Akta Kesalahan Keselamatan 2012 yang merupakan undang-undang anti-keganasan. “Apakah anda anggap Matthias dan Khairuddin sebagai pengganas? Mereka hanya melaporkan apa yang mereka anggap salahlaku kerajaan.”

“Kita nampak suasana ketakutan di kalangan rakyat. Mereka amat prihatin tetapi mereka kata tiada ruang untuk menyampaikan pendapat mereka. Rakyat yang ada bukti berkata perkara yang sama. Apabila mereka kata yang benar, mereka dikenakan tekanan seperti penahanan pihak berkuasa.“ tambah Dr Mahathir.

Dimeja utama bersama Dr Mahathir adalah Tengku Razaleigh Hamzah, mantan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Sanusi Junid, Shafie Apdal dan mantan Presiden MCA Ong Tee Keat.

Dengan sidang akhbar yang dianggap sebagai respon beliau kepada penahanan kerajaan keatas dua orang operatif beliau itu, nampaknya Mahathir sudah mengubah strategi, sekaligus si pemburu kini sudah bertukar menjadi yang diburu.

Keperihatinan Dr Mahathir yang utama ialah semasa melancarkan serangann bermula bulan Jun lalu, beliau telah menjanjikan keselamatan para operatif itu dan memberikan jaminan mereka tidak akan menghadapi sebarang bahaya. Pada bulan Jun itu 1MDB telah mengemukakan pelan perancangannya yang telah diluluskan oleh Kabinet.

1MDB memerlukan enam bulan untuk menyiapkan pelan itu tetapi Dr Mahathir tidak minat memberikan tempoh itu kepada 1MDB. Dia tahu kalau 1MDB diberikan enam bulan isu itu akan diselesaikan dan sudah tentu tidak dapat lagi beliau menggunakan 1MDB sebagai senjata menentang PM Najib dan tidak ada lagi pemangkin untuk memaksa beliau supaya bersara.

Rencana serangan teratur dijadualkan pada akhir Julai dulu, tetapi sebelum mereka sempat menjerut tali di leher Najib, Najib telak bertindak dulu dan menguis keluar segala jangkitan yang ada itu dan melancarkan serangan pre-emptif dua hari sebelum serangan musuh mahu dilancarkan.

Akan tetapi serangan mereka tidak jua terhenti. Sela dua bulan mereka terus menyerang dengan Pelan D. Mereka sudah pun gagal dengan Pelan A, dan B. Begitu juga dengan Pelan C yang mahu menangkap Najib seandainya beliau enggan bersara. Tetapi Pelan D pun tidak nampak akan berjaya kerana besar kemungkinan mereka tidak akan berjaya mendapatkan sekurang-kurangnya 112 Ahli Parlimen menyokong undi tidak percaya terhadap Najib.

Dr Mahathir pun membuat keputusan menghantar dua orang operatifnya keluar negara, meraih sokongan negara asing menyokong dan membantu untuk memaksa Najib melepaskan jawatan dengan ugutan menangkap beliau seperti yang mereka lakukan terhadap Manuel Noriega dari Panama, Saddam Hussein dari Iraq, dan seterusnya.

Akan tetapi pemimpin itu telah terlibat dengan jenayah kemanusiaan dan pengedaran dadah (ke dalam negara AS), sedangkan Najib tidak melakukan jenayah semacam itu. Malah, tidak ada sebarang dakwaan bahawa Najib terlibat dengan jenayah kerana segala dakwaan adalah berasaskan data yang dicuri dan diubahsuai..

Kini, dua orang operatif itu menghadapi perbicaraan berasaskan tuduhan berat dan besar kemungkinan lebih ramai operatif , seperti Sufi Yusuf mengkin menghadapi nasib yang sama sejak beliau dikenal-pasti sebagaiu salah seorang yang telah bertemu Andre Justo ( kini menjalani hukumn penjara di Thailand) untuk membantu 'The Edge' dengan data yang dicuri.

Secara tiba-tiba, jaminan Dr Mahathir kepada orang-orangnya bahawa mereka sentiasa berada di zon selamat sudah terbukti salah dan semakin ramai orang yang dihantui kerisauan apakah giliran mereka pula untuk menhadapi tuduhan melakukan sabotaj ekonomi keatas Negara. termasuk mereka yang baru digugurkan dari Kabinet dan beberapa pegawai tinggi kerajaan yang disuruh bersara pada Julai lalu.

Dr Mahathir telah beritahu orangnya betapa dia sendiri tidak pasti apakah dia selamat sekarang ini dan tidak ada jaminan bahawa dia jua tidak akan kena tuduhan. Inilah yang merisaukan Dr Mahathir, kalau orang mula merasakan mereka bermain sesuatu yang berbahaya mereka pasti berundur dan hentikan sikap bagak dan berlagak.

Dan ini berarti berakhirnya GAN ataupun gerakan Anti-Najib, satu pergerakan yang bertujuan menyumbat Najib ke lembah persaraan, bulan ini melalui satu usul undi tidak percaya di Parlimen, sebelum 1MDB menyiarkan sebarang berita baik menjelang akhir tahun nanti. 

DR MAHATHIR CHANGES FROM ATTACK MODE TO DEFENCE MODE)
THE CORRIDORS OF POWER
Raja Petra Kamarudin
October 12, 2015

No comments

Post a Comment

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”