Tuesday, October 27, 2015

MAHATHIR PATUT DIAJAR

Siri ( #countercoup1msia ) https://www.facebook.com/alfaedah1440/posts/787494168039245 APA YANG MA... thumbnail 1 summary

Siri (#countercoup1msia)
https://www.facebook.com/alfaedah1440/posts/787494168039245


APA YANG MAHATHIR MUNGKIN TIDAK FIKIRKAN

- Koridor Kuasa RPK, Malaysia Today

"Akan tetapi kalaulah Najib betul-betul mahu melenyapkan segala kekalutan ini buat selama-lamanya, apa yang perlu dibuatnya ialah mengambil tindakan disiplin terhadap Dr Mahathir dan Muhyiddin untuk menunjukkan siapa sebenarnya yang berkuasa. Apabila Dr Mahathir dan Muhyiddin dipecat dari parti maka barulah 300 pemimpin tertinggi Umno itu akan menjerit beramai-ramai; “Pergi main jauh-jauh dan jangan campur urusan parti kami! Lagipun, inilah yang Dr Mahathir pasti lakukan seandainya ada sesiapa mengacau beliau seperti mana dia mengganggu Najib.”
26 Oktober 2015 - Pada Ahad lalu, Lim Kit Siang telah menyindir betapa Umno adalah dibawah kuasa 300 orang dari sejumlah tiga juta anggota keahliannya. . Kit Siang telah merujuk kepada 191 Ketua Bahagian Umno dan Ahli Majlis Tertinggi Umno, yang pada asasnya merupakan pemimpin tertinggi parti itu.

Dr Mahathir Mohamad pun pernah berkata lebih kurang demikian juga. Bagaimana pun Dr Mahathir menambah bahawa Presiden Umno, Najib Tun Razak, yang punya pengaruh keatas 300 pemimpin tertinggi yang disebut oleh Kit Siang dan alasannya ialah mereka itu sudah pun dibeli semuanya.

Kit Siang telah mencadangkan selagi 300 orang ini ada di belakang Najib tidaklah ada jalan lain lagi untuk sesiapa dari dalam parti mengusir Najib keluar parti. Untuk menjatuhkan Najib ia perlu dilaksanakan dari luar parti— samasa undi tidak percaya di Parlimen ataupun melalui pilihanraya umum. .

Dr Mahathir turut bersetuju bahawa memang amat sukar menendang Najib keluar dari dalam parti kerana beliau telah membeli semua orang yang mempunyai kuasa untuk menghumbannya. Dengan kata lain, 300 orang pemimpin tertinggi Umno yang dimaksudkan oleh Kit Siang adalah manusia yang tidak ada prinsip dan korup yang mengagungkan duit dari segala yang lain.

Dr Mahathir memang mengharapkan 300 pemimpin tertinggi Umno itu akan engkar dan menentang presiden parti mereka. Beliau mengimpikan mereka bersatu dengannya untuk menendang Najib keluar. Tapi pada masa yang sama, dia menggelar mereka sebagai korup dan tidak berprinsip! Bagaimana mungkin anda mengharapkan orang ini menyebelahi anda ataupun bersatu dengan anda sedangkan anda kerap menghina mereka dengan pelbagai kata nista?

Dr Mahathir sudah terlalu taksub dengan duit. Segala-galanya ada kaitan dengan duit. Dr Mahathir berpendapat, hanya satu sebab kenapa pemimpin tertinggi UMNO berdiri di belakang Najib ialah kerana mereka semua adalah ‘crooks’ (bajingan). Apakah terlintas di kepala otak Dr Mahathir duit bukanlah satu-satu jawapannya. Tetapi atas prinsip juga mereka boleh berada di belakang Najib?

Masalahnya Dr Mahathir beranggapan bahawa beliau masih berkuasa penuh ke atas UMNO. Namun, semua pucuk kepimpinan parti menghormati Najib sebagai orang yang menentukan segala-galanya dalam UMNO dan bukannya seorang mantan perdana menteri yang sudah tua ganyut.

Malah, bukankah Mahathir sendiri ketika masih memimpin parti membuat ketentuan agar parti itu menghormati satu peraturan yang paling penting yakni parti tidak boleh tenteram kalau ada dua orang pemimpin yang menentukan halatujunya.

Dr Mahathir sendiri yang pernah berkata bahwa dia tidak peduli apakah dia memiliki majoriti hanya satu undi sahaja, kerana kelebihan satu undi itu masih merupakan satu majoriti, kata Dr Mahathir. Ini bererti walaupun dia dapat 50% ditambah satu undi, dia akan kekal menjadi presiden parti dan akan menendang yang lain itu keluar parti jika menentang beliau.

Itulah yang dilakukannya dengan membubarkan parti, bagi menubuhkan satu parti baru yang menghumban keluar semua anggota keahlian parti yang menentangnya (mereka kemudiannya menubuhkan satu parti baru bernama Semangat 46).

Dengan sekali hayunan, beliau telah memadamkan semua orang yang menentang beliau dengan menafikan platform parti untuk mereka berjuang.

Sesungguhnya, Dr Mahathir adalah orang luar walaupun dia masih lagi seorang ahli parti. Akan tetapi dia merupakan hanya seorang ahli di kalangan tiga juta ahli biasa yang lain. Hakikat bahawa dia adalah seorang mantan presiden bukanlah satu faktor penting.

Tunku Abdul Rahman pernah menjadi seorang mantan presiden. Begitu juga Tun Hussein Onn dan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Akan tetapi, apabila bersara sebagai presiden parti mereka tidak pun merancang mahu menggulingkan Perdana Menteri ataupun menhancurkan parti. Dr Mahathir, sebenarnya sedang menanggung penyakit ’gila talak’. Dia masih mahu mainkan peranan utama tentukan apa yang patut parti itu buat dan siapa yang patut memimpinnya.

Inilah yang menjadi keperihatinan 300 pemimpin tertinggi Umno yang disebut oleh Kit Siang. Ia bukanlah seperti yang disebut oleh Dr Mahathir kerana mereka telah dikompromi. Tetapi ini adalah mengenai ketidakfahaman mereka kenapa orang luar cuba menyibuk dan tentukan siapa yang sepatutnya menjadi pemimpin parti dan siapa yang patut disingkir keluar dari teraju kepimpinan parti.

Sebenarnya kebanyakan pemimpin ini mengambil sikap berbudi bahasa. Memanglah, mereka tidak mahu berterus terang kepada orang tua itu. Akan tetapi di belakang Dr Mahathir mereka berkata beliau seharusnya sedar bila dia harus bersara (dari politik) dengan bergaya dan bermaruah bukan terus berperanan memperbodohkan diri sendiri dengan menyalak pada gunung dan bukit.

Umno mempunyai tradisi dan budayanya tersendiri. Inilah parti yang menjurus ke ambang ulangtahun ke 70 dan kini ditangani oleh generasi ketiga dan hampir bertukar tangan kepada generasi keempat.

Sesebuah parti setua itu memang berkarat dengan caranya dan tentu mahu mengekalkan budaya dan tradisinya. Dan tradisi serta budaya UMNO itu tidak ingin melihat orang luar memberitahu parti apakah yang patut dibuatnya dan siapa yang patut ataupun tidak patut menjadi pemimpin parti itu.

Muhyiddin Yassin pernah menceritakan satu kisah menarik pada hujung minggu lalu. Itulah kisah bagaimana Najib enggan bertindak menggulingkan Abdullah dan gara-gara keengganan itu dia menghadapi risiko diketepikan untuk memberi laluan kepada orang lain naik menjadi perdana menteri.

Akan tetapi Najib sedar bahawa dia adalah Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden, Dr Mahathir tidak boleh buat keputusan siapa yang harus mengambil alih jawatan Perdana Menteri yang baru. Kerana itu dia tidak bersuara lantang mahukan Abdullah bersara, sebaliknya dia mengumumkan kesetiaan beliau kepada Abdullah.

Inilah yang membuatkan Mahathir terlalu marah, dan mula berbincang dengan Tengku Razaleigh Hamzah, yang tidak pun memegang jawatan naib presiden parti. Tetapi Najib tahu dia boleh menentang Dr Mahathir dan menang juga. Dia tahu betapa dia boleh memberitahu Mahathir pergi main jauh-jauh, sementara dia terus menjadi seorang Perdana Menteri.

Memang Najib tidak salah di situ. Itu sebabnya dia tidak gentar dengan cabaran Dr Mahathir. Najib tahu sangat betapa UMNO dan bukannya Mahathir yang menentukan siapa yang sepatutnya memimpin UMNO..

Akan tetapi kalaulah Najib betul-betul mahu melenyapkan segala kekalutan ini buat selama-lamanya, apa yang perlu dibuatnya ialah mengambil tindakan disiplin terhadap Dr Mahathir dan Muhyiddin untuk menunjukkan siapa sebenarnya yang berkuasa. Apabila Dr Mahathir dan Muhyiddin dipecat dari parti maka barulah 300 pemimpin tertinggi Umno itu akan menjerit beramai-ramai; “Pergi main jauh-jauh dan jangan campur urusan parti kami!”

Lagipun, inilah yang Dr Mahathir pasti lakukan seandainya ada sesiapa mengacau beliau seperti mana dia mengganggu Najib.

WHAT DR MAHATHIR PROBABLY NEVER CONSIDERED)
October 26, 2015
THE CORRIDORS OF POWER
Raja Petra Kamarudin

No comments

Post a Comment

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”