Thursday, October 22, 2015

Peluang Tipis Singkir Najib - Tun M

  "Terus dari "mulut kuda".. - Straight from the horse's mouth" Siri Me... thumbnail 1 summary
 "Terus dari "mulut kuda".. - Straight from the horse's mouth"
Siri Memantau (#countercoup1msia)
Pautan Facebook:
https://www.facebook.com/alfaedah1440/posts/785884761533519

Oleh: REUTERS
Diterbitkan: Khamis, 22 Oktober 2015 10:23 PM


KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Khamis mengakui bahawa peluang untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak daripada jawatannya sebelum pilihan raya 2018 adalah tipis.

Negarawan berusia 90 tahun itu yang memimpin Malaysia selama 22 tahun telah menggesa Najib meletak jawatan berikutan dakwaan rasuah dan salah urus dana milik kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tetapi Dr Mahathir mendakwa ahli Parlimen Umno melindungi pemimpin mereka, dan mengecam mereka kerana tidak bersuara.

"Kesemua mereka takut dan mereka menjaga keselamatan mereka sendiri. Mereka tidak menjaga parti, negara. Semuanya tentang diri mereka sendiri.

"Dia mungkin akan kekal sehingga tamat penggal. Umno menerima caranya kerana mereka mendapati dia selesa untuk bersama, saya fikir dia boleh bertahan sehingga tamat penggal," katanya ketika ditemubual oleh Reuters di pejabatnya di Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur.

Dr Mahathir pernah menyokong Najib tetapi mengubah pendiriannya pada tahun 2013 dengan mengkritik dasar-dasar ekonomi Kerajaan dan keramahan dengan Barat.

Bekas pemimpin itu menuntut Najib berundur selepas laporan penyiasat pada bulan Julai mendakwa terdapat salah laku dalam 1MDB dengan pengesanan bayaran sebanyak AS$700 juta (RM2.6 bilion) masuk ke akaun bank peribadi Perdana Menteri.

Najib menafikan mengambil apa-apa wang untuk kepentingan peribadi dan Reuters belum mengesahkan laporan tersebut.


Pemimpin pembangkang telah menggesa semua ahli Parlimen supaya menolak bajet tahunan yang akan dibentangkan Najib kepada Parlimen pada Jumaat sebagai tanda hilang keyakinan terhadap beliau.

Mereka juga cuba mengemukakan undi tidak percaya secara rasmi terhadap Perdana Menteri.


Tetapi Dr Mahathir berkata langkah-langkah itu akan gagal kerana pembangkang tidak mempunyai angka untuk mencabar parti pemerintah.

"Hakikatnya ialah, pembangkang tidak mampu untuk mengumpul orang yang cukup untuk menyokong usul itu. Oleh itu, kerajaan yang mempunyai lebih banyak sokongan di Parlimen, akan menolaknya."

Beliau mendakwa ahli Parlimen Umno takut Najib mengambil tindakan terhadap mereka, sementara ada juga yang berasa sudah 'selesa'.

Najib sebelum ini telah bertindak keras terhadap pembelot dalam kerajaan yang dipimpinnya apabila menyingkirkan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri-menteri lain yang kritikal terhadap pentadbirannya.

Dr Mahathir juga berkata beliau bimbang berikutan laporan bahawa polis sedang menyiasat beliau kerana didakwa membuat komen berunsur fitnah semasa perhimpunan membantah kepimpinan Najib.

"Saya takut, bukan kerana apa, tetapi kerana manipulasi keadilan, manipulasi undang-undang. Sedangkan mengikut undang-undang, saya tidak berbuat sesuatu yang salah," katanya.


||||||||||||||||
#2 
Polis buka tiga kertas siasatan terhadap Tun M
22 Oktober 22, 2015



"Satu daripada laporan yang dibuat telah dihantar Jabatan Peguam Negara manakala dua lagi laporan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya."

PETALING JAYA: Polis telah membuka tiga kertas siasatan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad atas dakwaan memfitnah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, dua laporan polis telah dibuat terhadap Dr Mahathir di Klang manakala satu lagi laporan dibuat di Balai Polis Jinjang.

Katanya, laporan yang dibuat di Jinjang telah dikemukakan ke Pejabat Peguam Negara dan kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

“Kita telah merujuk kertas siasatan ini ke Jabatan Peguam Negara pada 9 Oktober lepas untuk arahan lanjut.

“Dua lagi laporan (yang dibuat di Klang) akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk semakan dan arahan lanjut selepas siasatan selesai,” katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen.

Zahid berkata demikian menjawab soalan Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai yang merujuk usaha-usaha agresif Dr Mahathir untuk menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini berkata, Dr Mahathir akan disiasat kerana melakukan jenayah fitnah apabila menuduh UMNO mengamalkan rasuah semasa Perhimpunan Bersih 4.0 pada Ogos lepas.

No comments

Post a Comment

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”