Thursday, October 29, 2015

SPRM MENGHAYUN SATU PUKULAN MAUT

"Naratif Malaysia membawa kepada jalurmasa 2018 bakal bergolak, semakin ketara. Kredit terp... thumbnail 1 summary

"Naratif Malaysia membawa kepada jalurmasa 2018 bakal bergolak, semakin ketara. Kredit terpaksa diberi kepada para peserta perebutan kuasa tempatan kita semua." - AF
"Apapun, apabila strategi pilihanraya Umno dan Barisan Nasional sudah pun kini berada di tangan SPRM,  hanya masa sahaja yang menentukan bila segala rahsia itu semua jatuh ke tangan pihak pembangkang.  Itupun kalau itu belum terjadi lagi jika mengambil kira di Malaysia tidak ada yang dianggap rahsia."

28 Oktober 2015 - Dalam satu artikel terdahulu, saya telah menulis mengenai satu rencana serangan besar-besaran akan  dilancarkan terhadap Perdana Menteri Najib Tun Razak sekitar bulan depan. Saya juga telah menulis betapa  Tengku Razaleigh Hamzah telah bertemu dengan Najib untuk mendedahkan segala rahsia, sedangkan si Tan  Sri Utusan Khas telah terbang ke London bertemu para operatif di UK untuk menyerahkan dokumen dan  data yang akan dipergunakan dalam serangan itu.

Siri (#countercoup1msia)
Pautan @Facebook

 
Pada hari ini, Malaysiakini telah melaporkan betapa Tony Pua (DAP) telah berkata bahawa peluang  menggulingkan Perdana Menteri adalah terlalu tipis — sekurang-kurangnya bukan melalui undi tidak percaya  ataupun melalui undi menentang bajet di Parlimen.

Pergerakan anti-Najib turut berpendapat dan telah  menerima hakikat seandainya Najib mahu digulingkan, maka Umno dan Barisan Nasional terpaksa ditumpaskan sekaligus.

Ini bererti Umno dan Barisan Nasional mesti dikalahkan dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Perkara ini memang hampir tidak munasabah sebelum ini. Malah, pihak pembangkang telah menyebut  demikian. Begitu juga pendapat beberapa orang penganalis politik. Akan tetapi, mulai hari ini, senario itu  sudah semakin menghampiri kenyataan dan menjadi semakin besar kemungkinannya. Ini adalah disebabkan  berlakunya satu gerakan SPRM hari ini keatas syarikat di Damansara Perdana yang bernama Brandworth  Corporation.

Brandworth Corporation merupakan sebuah syarikat yang menguruskan strategi media Barisan Nasional  semasa pilihanraya umum yang lalu, dan dalam pilihanraya umum yang akan datang juga. Keseluruhan  strategi pilihanraya, bajet, pembiayaan, dan apa juga maklumat rahsia mengenai pilihanraya umum yang lalu  dan yang akan datang , kini sudah berada dalam tangan SPRM.

SPRM - Pakatan
Hanya sekitar dua bulan yang lalu pemimpin pembangkang telah membuat lawatan ke pejabat SPRM dalam  satu pertunjukan ‘solidariti ’.SPRM yang satu ketika dahulu telah dikutuk kerana kisah kematian Teoh Beng  Hock dan Ahmad Sarbani Mohamed semasa dalam tahanan mereka, kini dianggap sebagai sekutu  pembangkang ataupun sahabat kepada mereka yang menentang kerajaan. .

Betapa pantasnya pertukaran dari zero kepada hero kalau kepentingan dapat diselaraskan. Malah pertubuhan  seperti SPRM yang pernah bergelar pembunuh boleh menjadi sahabat Rakyat kalaulah kedua pihak  mengongsi matlamat yang sama.

Apapun, apabila strategi pilihanraya Umno dan Barisan Nasional sudah pun kini berada di tangan SPRM,  hanya masa sahaja yang menentukan bila segala rahsia itu semua jatuh ke tangan pihak pembangkang. Itupun  kalau ia belum terjadi lagi jika mengambil kira di Malaysia tidak ada yang dianggap rahsia

Pada 3hb Ogos 2015, SPRM telah mengumumkan bahawa RM2.6 billion yang didakwa telah dimasukkan  dalam akaun peribadi bank Najib adalah satu sumbangan dan bukannya datang dari 1MDB. Tetapi pada 24hb  Ogos 2015,Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abu Kassim Mohamed, salah seorang dari enam orang Tan Sri yang  pernah disebut oleh Malaysia Today, telah berkata bahawa kes tersebut masih dalam siasatan dan failnya  belum ditutup lagi. .

Dengan fail yang masih terbuka dan siasatan masih berjalan, SPRM mempunyai kebebasan untuk melakukan  penggeledahan keatas mana-mana syarikat, pertubuhan, parti politik, dsbg., dan merampas apa sahaja dalam  pejabat itu, tidak kira apakah dokumen dan fail tersebut ada katan dengan siasatan ataupun tidak. Sebarang  tindakan SPRM tidak tertakluk kepada cengkaman perundangan ‘judicial review’. Dari sudut teknikal ini  bererti SPRM boleh mengatasi undang-undang dan jauh dari bidangkuasa (jurisdiction) mahkamah..

Memang besar faedah kalau SPRM berada di sebelah 'kita'. Kalaulah anda mahu menggulingkan Perdana  Menteri dengan mengalahkan Umno dan Barisan Nasional pada pilihanraya umum yang akan datang, maka  SPRM merupakan satu-satunya wadah untuk berbuat demikian. Kini, apa sahaja yang pernah dilakukan oleh  Umno dan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum yang lalu dan perancangannya dalam pilihanraya umum  yang akan datang bukanlah menjadi satu rahsia lagi. .

Saya fikir Umno dan Barisan Nasional kena berharap dan berdoa agar semua rahsia yang kini berada di  tangan SPRM akan kekal kerahsiaannya dan tidak ada pegawai SPRM yang bersimpati kepada  pembangkang. Kalaulah mereka buat keputusan menyerahkan segala rahsia itu kepada pembangkang, bererti  Barisan Nasional akan menghadapai zaman sukar dalam pilihanraya umum nanti. Dan seandainya Barisan  Nasional disapu bersih, bererti Perdana menteri pun disapu sama, akhirnya. Itulah yang pergerakan anti-Najib  cuba lakukan..

Saya harus rakamkan bahawa inilah satu tindakan yang amat bijak, dan sesuatu yang saya sendiri tidak  jangkakan. Akan tetapi inilah politik dan dalam politik segala-galanya dianggap saksama. Mungkin juga  Pakatan Harapan memang memiliki harapan juga akhirnya, dengan kolaborasinya bersama SPRM.

Kalaulah Barisan Nasional digulingkan dan satu kerajaan baru ditubuhkan, maka Tan Sri Abu Kassim Mohamed  harus diberikan satu jawatan kabinet. Apakah beliau salah seorang Tan Sri yang dijanjikan jawatan menteri  seandainya Najib dapat digulingkan?

MACC DELIVERS A SUCKER PUNCH
October 28, 2015
THE CORRIDORS OF POWER
Raja Petra Kamarudin

No comments

Post a Comment

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”