Monday, October 19, 2015

UNDI TIDAK PERCAYA NAJIB

"Baiklah, setelah beberapa kali gagal dengan sasaran2 masa mereka, kita berbalik kepada "... thumbnail 1 summary
"Baiklah, setelah beberapa kali gagal dengan sasaran2 masa mereka, kita berbalik kepada "Plan D" semula. Marilah sama-sama kita saksikan siapa tergolek, terbungkam atau sebagainya. Tapi jangan risau, sekiranya gagal juga Projek Menumbangkan PM 1MSIA ini, kita difahamkan usul undi tidak percaya yang seterusnya akan dibuat di Perhimpunan Agung UMNO pada pertengahan bulan Disember 2015 ini. Inilah yang dinamakan "forward thinking.." Sambil kedua-dua (atau lebih) pihak ini saling bercakaran dan berebutan kuasa pemerintahan, kita harap masih ada lagi "negara" selepas mereka selesai berentap." - Al Faedah

Pautan entri Facebook:
(#countercoup1msia)
https://www.facebook.com/alfaedah1440/posts/784572724998056


PELAN DUNGU: BERAKHIRNYA KOMPLOT PINTU BELAKANG
https://www.facebook.com/alfaedah1440/posts/756377761150886:2

#1: Dewan Rakyat terima usul undi tidak percaya Najib

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said mengesahkan Dewan Rakyat telah menerima usul yang dicadangkan Ahli Parlimen DAP-Petaling Jaya Selatan, Hey Loy Sian untuk mengemukakan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. - Bernama

“Saya ingin menjelaskan bahawa usul yang dikemukakan oleh YB PJS disenaraikan sebagai urusan No. 25 daripada 28 urusan yang secara keseluruhannya dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat, pada hari Isnin, 19 Oktober 2015 yang merangkumi Rang Undang-Undang dan Usul-Usul dari Kerajaan serta Usul-Usul Persendirian daripada Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional dan Pembangkang. No 1 dan 2 adalah Usul Kerajaan, No 3 hingga 6 adalah Rang Undang-Undang Kerajaan (bacaan kali yang kedua), No 7 hingga 28 adalah Usul Persendirian seperti yang disenaraikan dalam Aturan Urusan Mesyuarat. Di samping itu, 5 Rang Undang-Undang Kerajaan akan dibuat bacaan pertama pada hari tersebut.

“Justeru itu, pertimbangan mana-mana usul adalah tertakluk kepada Peraturan Mesyuarat 15 (1) yang menyatakan bahawa pada tiap-tiap hari persidangan mesyuarat, urusan Kerajaan hendaklah didahulukan daripada urusan-urusan lain.

“Maka, saya berharap isu berkaitan dengan usul yang dikemukakan oleh YB PJS tidak perlu dipolitikkan khususnya oleh pihak-pihak berkepentingan untuk mengelirukan rakyat. Parlimen Malaysia sememangnya sentiasa mendukung prinsip demokrasi yang tinggi maka semua Ahli Parlimen mempunyai hak mereka seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan dan Peraturan Mesyuarat.

“Pada masa yang sama, saya juga berharap agar mana-mana Ahli Parlimen supaya sentiasa bertindak dengan mendukung prinsip kebertanggungjawaban khususnya dalam mengemukakan mana-mana Usul Persendirian supaya tidak berdasarkan kepada andaian atau spekulasi semata-mata serta tidak melanggar apa-apa syarat Peraturan-Peraturan Mesyuarat,” katanya di dalam satu kenyataan yang diedarkan hari ini.

Loy Sian mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Najib ekoran skandal melibatkan wang derma berjumlah RM2.6 billion yang diterima Perdana Menteri itu sebelum ini.

Malah beliau juga mempersoalkan siasatan syarikat pelaburan strategik milik Kementerian Kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) susulan pembubaran ‘Special Task Force’ yang ditugaskan khas menyiasat isu berkenaan.

“Disebabkan masalah yang dinyatakan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menjejaskan imej Negara di dunia dan menyebabkan pelabur tidak yakin terhadap Kerajaan sekarang sehingga ekonomi menjadi tidak stabil, serta pasaran saham menjunam teruk dan kejatuhan nilai wang ringgit Malaysia berbanding dengan dolar Amerika Syarikat.

“Maka rakyat Malaysia tidak lagi percaya terhadap Perdana Menteri dan dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk mengemukakan Undi Tidak Percaya terhadap Perdana Menteri,” memetik usul berkenaan.

Usul berkenaan berada di giliran ke 25 bagi sidang Dewan Rakyat Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ketiga Belas yang akan bermula esok, 19 Oktober.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli yang juga Ahli Parlimen Pandan turut pernah membangkitkan perkara yang sama.

Bagaimanapun beliau menyatakan bahawa usul untuk menjalankan undi tidak percaya tersebut adalah sukar meskipun sebelum ini beliau adalah di antara individu yang lantang mengemukakan perkara berkenaan.

#2: Undi Tidak Percaya: 5 Ahli Parlimen BN Akan Sokong, Tapi Najib Akan Dapat Lebih 134

KUALA LUMPUR, 18 Oktober - Dewan Rakyat telah menerima usul yang dicadangkan Ahli Parlimen DAP-Petaling Jaya Selatan, Hey Loy Sian untuk mengemukakan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Perkara berkenaan disahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said melalui kenyataan hari ini.

Beliau di dalam kenyataan yang sama turut mengingatkan agar perkara berkenaan tidak dipolitikkan memandangkan usul tersebut berada di dalam senarai ke 25 senarai Aturan Urusan Mesyuarat dan usul-Usul Dewan Rakyat.

Perdana Menteri dijangka mendapat sekitar 140 undi sekiranya usul undi tidak percaya oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian, dibentangkan di Dewan Rakyat pada sesi Oktober-Disember 2015 ini.

Menurut sumber, sungguhpun terdapat lima orang ahli Parlimen Barisan Nasional akan menyokong usul undi tidak percaya ini, namun Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak dikhabarkan telah pun mendapat sokongan 140 ahli Parlimen termasuk 10 orang dari Pas dan sekurang-kurangnya 2 ahli Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat.

Empat dari Lima Ahli Parlimen Barisan Nasional yang DIJANGKA AKAN menyokong usul undi tidak percaya ini ialah Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Shafie Apdal, Ahli Parlimen Cameron Highland, Datuk Seri G Palanievel, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Aziz Sheikh Fadzir. Bagaimanapun sumber enggan memaklumkan nama ahli parlimen yang kelima.

Oleh kerana Dewan Rakyat yang mempunyai 222 kerusi Parlimen, untuk menjatuhkan Perdana Menteri, usul undi tidak percaya ini memerlukan sokongan 122 orang ahli Parlimen. Menurut sumber ia hampir mustahil untuk diperolehi oleh PKR.

Untuk berjaya menjatuhkan Perdana Menteri, PKR perlu mendapatkan sokongan 12 orang ahli Parlimen Barisan Nasional dan kesatuan ahli Parlimen DAP, Pas, PKR dan serpihan Pas.

Dalam senario terburuk kepada Mohd Najib Razak, PKR dengan bantuan Tun Mahathir Mohamad mungkin berjaya mendapat sokongan 10 orang ahli Parlimen BN. Ia masih tidak mencukupi untuk menggugat Perdana Menteri kerana masih mempunyao sokong 124 ahli parlimen BN.

Malah senario yang lebih menarik ialah Perdana Menteri dijangka mendapat sokongan melebihi angka ahli Parlimen Barisan Nasional sekarang 134.

Halang Usul Undi Tidak Percaya

Ramai percaya Barisan Nasional (BN) akan menghalang usul ini. Satu-satunya cara untuk menghalang usul persendirian ini ialah meleretkan perbahasan-perbahasan usul kerajaan terutamanya Bajet 2016 sehingga menjadikan tiada masa untuk pembentangan usul persendirian.

Bagaimanapun Barisan Nasional dijangka tidak akan menggunakan strategi terbabit.

Sebaliknya dalam satu “gerakan politik Perdana Menteri”, BN dijangka akan meminta undi tidak percaya ini dilakukan secara terbuka sekaligus membolehkan Perdana Menteri mengetahui siapa wakil rakyat BN yang tidak menyokong beliau.

No comments

Post a Comment

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”