Friday, October 16, 2015

Zeti Aziz: Kesah "ekor menggoyangkan badan anjing"

Koridor Kuasa, Malaysia Today ( #countercoup1msia ) https://www.facebook.com/alfaedah1440/posts/78... thumbnail 1 summary
Koridor Kuasa, Malaysia Today (#countercoup1msia)
https://www.facebook.com/alfaedah1440/posts/783480421773953

13 Oktober 2015 - "Pendek kata, juga, Peguam Negara menggelarkan Zeti sebagai bodoh dan jika saya dipanggil bodoh saya akan meletakkan jawatan dengan serta-merta. Maksud saya Peguam Negara menyalahkan Zeti sepenuhnya dan mengatakan BNM mungkin tidur atau tidak tahu apa yang mereka lakukan. Atau mungkin Zeti berpendapat bahawa “ekor” beliau masih boleh mengoyangkan “anjing” seperti pada zaman Ismail Ali."


Tun Ismail Mohamed Ali, abang ipar Tun Dr Mahathir Mohamad, adalah Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) dari tahun 1962 hingga tahun 1980. Di bawah kepimpinannya, beliau memastikan BNM beritahu kerajaan apa yang perlu dilakukan dan bukan sebaliknya.

Pada asasnya, ia adalah kes ekor goyangkan anjing dan bukannya anjing goyangkan ekor – BNM menjadi ekor, sudah tentu, dan bukannya anjing. Ini adalah kerana sifat binatang itu sendiri. Ismail Ali pula bukan sebarangan… Anda tahu apa yang saya maksudkan. Bayangkan beliau sebagai Adolf Hitler, tetapi sebaliknya sebagai orang nombor dua Nazi Jerman dan bukannya sebagai Fuhrer. Bolehkah anda bayangkan apa yang berlaku?

Pada tahun 1980, Abdul Aziz Taha mengambil alih sebagai Gabenor dan setahun kemudian Dr Mahathir pula menjadi Perdana Menteri – ini memang baik kerana anda tidak boleh mempunyai dua harimau di atas gunung yang sama dan jika Ismail Ali masih Gabenor ketika itu, nescaya kesemua pintu "neraka" akan pecah.

Selama hampir 20 tahun BNM telah membudayakan ‘kemerdekaan’ dan perkara pertama yang Dr Mahathir lakukan apabila beliau mengambil alih adalah dengan memusnahkan budaya ini dengan memastikan bahawa BNM faham bahawa bank itu berada di bawah kerajaan dan bukan kerajaan yang berada di bawah bank.

Jadi, selepas itu, kerajaan atau Jemaah Menteri akan memberitahu BNM apa yang perlu dilakukan dan bukan bank yang memberitahu kerajaan apa yang perlu dilakukan. Dan ini mungkin satu perkara yang Zeti Akhtar Aziz lupa. Dia dan banknya mengambil arahan daripada Kabinet dan bukan sebaliknya.

Pada bulan Jun 2015, Kabinet membuat keputusan berdasarkan pembentangan pelan 1MDB bagi rasionalisasi dan pengurangan hutang, pada dasarnya program penyusunan semula 1MDB.

BNM mungkin telah membuat keputusan tertentu dalam tahun 2009-2011. Walau bagaimanapun, keputusan dalam tahun 2009-2011 telah diambil-alih oleh keputusan pada bulan Jun 2015. Apa jua yang Kabinet putuskan pada bulan Jun 2015 telah mengantikan apa sahaja yang BNM mungkin telah putuskan dalam tahun 2009-2011. Keputusan muktamad dan kuasa terletak pada Kabinet. Ia memberitahu BNM apa yang perlu dilakukan.

Ini adalah intipati kepada semua perkara ini. Zeti, bagaimanapun, seolah-olah tidak boleh menerima hakikat bahawa dia adalah ekor dan bukan anjing. Anjing yang menggoyang-goyangkan ekor dan bukannya ekor yang mengoyangkan anjing.

Ini adalah realiti dan jika dia merasakan bahawa dia berkuasa dan Kabinet telah merampas kuasa dan bidang kuasa beliau maka beliau sentiasa boleh membantah dan menunjukkan rasa tidak puas hati beliau dengan meletakkan jawatan, seperti apa yang Zaid Ibrahim lakukan pada tahun 2008.

Peguam Negara atau Jabatan Peguam Negara yang mempunyai kuasa muktamad untuk memutuskan sama ada jenayah telah dilakukan dan sama ada kes perlu dibawa ke mahkamah. Ini, sekali lagi, bukan kuasa Gabenor BNM.

Bagaimanapun, Peguam Negara telah menjelaskan keseluruhan isu mengapa Jabatan Peguam Negara berpendapat bahawa tiada jenayah dilakukan, mengapa mereka tidak mengambil tindakan terhadap 1MDB atau mereka yang di dalam 1MDB. Anda boleh membaca kenyataan penuh di bawah, yang dengan sendirinya dapat menjelaskan.

Perkara penting adalah seperti berikut sekiranya anda mendapati kenyataan terlalu panjang untuk minda anda serap:

1) Borang kawalan Exchange, 09A dan 06B, tidak memerlukan pemohon untuk membekalkan nama-nama pemilik benefisiari atau nombor akaun bank penerima atau cara bagaimana dana itu akan disalurkan.

2) Apabila 1MDB meminta Deutsche Bank (Malaysia) Berhad menghantar ke akaun lain, bank mendapatkan kelulusan daripada Bank Negara.

3) Bank Negara, yang merupakan pengawal, tidak menghalang penghantaran wang atau mengarahkan Deutsche Bank (Malaysia) Berhad untuk menasihati 1MDB untuk semakan semula kebenaran dari Bank Negara.

4) Dan Bank Negara tidak meminta maklumat lanjut daripada 1MDB pada masa tersebut.

Itu adalah versi panjang dan pendek untuk semuanya jadi laporan Malaysiakini yang dimiliki oleh pembangkang adalah tidak cukup betul. Ini mungkin disengajakan atas sebab-sebab yang jelas.

Pendek kata, juga, Peguam Negara menggelarkan Zeti sebagai bodoh dan jika saya dipanggil bodoh saya akan meletakkan jawatan dengan serta-merta.

Maksud saya Peguam Negara menyalahkan Zeti sepenuhnya dan mengatakan BNM mungkin tidur atau tidak tahu apa yang mereka lakukan. Atau mungkin Zeti berpendapat bahawa “ekor” beliau masih boleh mengoyangkan “anjing” seperti pada zaman Ismail Ali.

||||||||  ||||||||  ||||||||

Kesalahan didakwa disiasat oleh Bank Negara Malaysia perenggan (4) (b) Bahagian 1 Jadual Kelima dibawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 iaitu dengan sengaja atau dengan melulu membuat kenyataan yang palsu dalam sesuatu butiran. Pendek kata kenyataan yang dibuat mestilah palsu dan berkaitan dengan perkara utama, iaitu maklumat yang diminta oleh Bank Negara Malaysia pada masa itu apabila permohonan untuk penghantaran wang telah dipohon dan sebagai tindak balas kepada maklumat lanjut yang diminta oleh Bank Negara Malaysia.

1MDB mendapat tiga kebenaran daripada Bank Negara Malaysia untuk membuat kiriman wang, iaitu pada,

(1) 29 September 2009,

(2) 6 September 2010, and

(3) 20 May 2011.

Ia menyatakan bahawa Bank Negara Malaysia tidak mengambil lebih daripada tiga hari untuk memberikan keizinan dalam kesemua tiga kali tersebut.

Ia juga menyatakan bahawa Borang ECM berkaitan iaitu 09A dan 06B tidak memerlukan pemohon untuk membekalkan nama pemilik benefisiari atau akaun nombor bank penerima atau cara bagaimana wang itu disalurkan.

Apabila 1MDB meminta Deutsche Bank (Malaysia) Berhad menghantar ke akaun lain, Deutsche Bank (Malaysia) Berhad meminta penjelasan daripada Bank Negara Malaysia dan Bank Negara Malaysia bertindak balas dengan menasihati Deutsche Bank (Malaysia) Berhad yang ia menjadi satu keputusan perniagaan dan selagi tidak ada penyimpangan dari maksud yang diniatkan maka tidak ada pertanyaan lanjut telah dibuat oleh Bank Negara Malaysia pada masa tersebut.

Bank Negara Malaysia sebagai pengawal tidak menghalang penghantaran wang atau mengarahkan Deutsche Bank (Malaysia) Berhad untuk menasihati 1MDB untuk merujuk kepada Bank Negara Malaysia untuk semakan semula kebenaran. Jelas tidak ada maklumat atau maklumat lanjut diminta oleh Bank Negara Malaysia pada masa tersebut. 1MBD telah memberi maklumat lengkap yang diperlukan bagi maksud pengiriman wang.

Borang-borang yang berkaitan untuk penghantaran wang dalam kes ini tidak memerlukan pemohon untuk menyatakan nombor akaun bank dan benefisiari yang sama seperti dalam kiriman wang biasa yang akan membolehkan Bank Negara Malaysia untuk pergi satu langkah ke hadapan untuk mengesahkan ke mana dana akan berakhir. Memandangkan tidak ada keperluan, perkara yang tidak didedahkan oleh pihak pegawai 1MDB tidak menjadi satu kesalahan di bawah Akta.

Setakat yang difahami 1MDB, mereka hanya perlu mengisi borang berkenaan dan bertindak balas kepada pertanyaan Bank Negara Malaysia. Jika Bank Negara Malaysia tidak meminta maklumat tertentu atau khusus bagaimana boleh 1MDB dipersalahkan kerana mereka telah mengisi borang yang diperlukan dan memberi maklum balas kepada pertanyaan yang dibuat?

Para pegawai 1MDB pada setiap masa tersebut iaitu semasa proses mendapatkan kebenaran telah mematuhi arahan yang diberikan, oleh itu kebenaran / kelulusan diberikan. Sehingga dan melainkan jika dapat ditunjukkan bahawa pegawai-pegawai secara sengaja atau tahu atau memberi maklumat secara melulu dengan syarat bahawa ia adalah palsu dalam butiran tersebut, maka mereka tidak melakukan sebarang kesalahan di bawah Akta ini.

Bank Negara Malaysia bagaimanapun melalui surat bertarikh 1 Oktober 2015 meminta untuk semakan semula keputusan itu memetik pihak 1MDB tidak mendedahkan maklumat tertentu. Berkaitan dengan pendedahan yang tidak dilakukan, tidak ada kewajipan untuk memaklumkan kecuali diminta. Dalam isu ini, hakikat bahawa tidak ada bukti baru yang disediakan, maka kita tidak melihat keperluan untuk mengkaji semula.

No comments

Post a Comment

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”