Saturday, July 30, 2016

1MDB: Perangkap Khairul Untuk Abu Kassim, Gani Dan Zeti

“Timbalan Ketua Pemuda Umno, Khairul membuat perangkap yang sekaligus bertindak sebagai seran... thumbnail 1 summary

“Timbalan Ketua Pemuda Umno, Khairul membuat perangkap yang sekaligus bertindak sebagai serangan pintas (pre-emptive strike) yang mengejutkan Abu Kassim, Gani dan Zeti. Kini mereka tidak tahu sama ada mereka perlu mengambil risiko menyaman dan membiarkan semua butir-butir pengintipan dan pengkhianatan mereka didedahkan di mahkamah atau pun tidak.”


Ramai tidak menjangka Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dan Peguam Negara Amerika Syarikat mengadakan sidang akhbar pada 20 Julai 2016 mengenai tindakan sivil untuk mendapatkan kembali AS$1 bilion, yang dikatakan milik 1MDB, malah ramai juga yang tidak menjangkakan laporan polis yang dibuat oleh Timbalan Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun.

Anda boleh membaca dua artikel sebelum ini ("Abu Kassim caught in his own web of deceit" dan "Are Abu Kassim, Gani and Zeti going to face charges of treason?") mengenai perkara ini.

i) Abu Kassim terjebak di dalam perangkap penipuannya sendiri

ii) Abu Kassim, Gani & Zeti Bakal Hadapi Tuduhan Khianat?

Ia menimbulkan persoalan sama ada laporan polis Khairul adalah serangan pintas atau perangkap. Malah, ia kelihatan seperti gabungan kedua-duanya. Walaupun laporan polis menjurus kepada tindakan susulan berikutan sidang akhbar pada 20 Julai, ia juga mungkin menyediakan perangkap untuk bekas Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Abu Kassim Mohamed, bekas Peguam Negara Abdul Gani Patail dan bekas gabenor Bank Negara Dr Zeti Akhtar Aziz.

Beberapa malam yang lepas merupakan jamuan perpisahan Abu Kassim di mana beliau, Gani dan Zeti sepatutnya telah mengadakan sidang akhbar bersama mengenai sidang media 20 Julai 2016 oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dan Peguam Negara Amerika Syarikat. Pada sidang media ini mereka sepatutnya mendesak perletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada masa yang sama, Tun Dr Mahathir Mohamad sepatutnya mengadakan sidang akhbar di Jakarta memberitahu media antarabangsa pada dasarnya perkara yang sama dan mengulangi apa yang telah diperkatakan semenjak Disember 2014.

#Politik #Malaysia yang terus bergolak #COUNTERCOUP 1.0
 
Sidang media yang terbantut
Kedua-dua sidang akhbar ini telah dibatalkan, dan apabila media bertanya kepada ketiga-tiga mereka, Gani menjawab bahawa ini adalah gimik politik semata-mata manakala Abu Kassim dan Zeti enggan mengulas dan berkata mereka akan berbincang dengan peguam mereka terlebih dahulu sebelum memberi maklum balas. Laporan berita Malaysiakini di bawah jelas menunjukkan bahawa ketiga-tiga mereka adalah sebahagian daripada Pakatan Harapan dan operasi ANC (Kempen Anti-Najib).

Khairul dan peguamnya, Shafie Abdullah, berada dalam keadaan bersiap sedia dan sedang menunggu salah seorang atau semua daripada mereka menyaman. Oleh sebab itu, saya mengesyaki Khairul telah membuat perangkap untuk ketiga-tiga mereka. Sebaik sahaja mereka membawa kes ini ke mahkamah maka semuanya akan terbongkar.

Mahkamah akan diberitahu bahawa Abu Kassim, Gani dan Zeti semua terbang ke Amerika Syarikat untuk bertemu pihak berkuasa US. Mereka terbang secara berasingan dan mengambil laluan yang berbeza tetapi berkumpul di Amerika Syarikat.

Mereka kemudian bertemu pihak berkuasa Amerika Syarikat untuk membincangkan apa maklumat dan dokumen yang diperlukan untuk mengenakan Najib. Dokumen-dokumen itu akan dibincangkan dan mahkamah akan diberitahu bahawa beberapa dokumen sebenarnya telah dipalsukan atau direka untuk mengukuhkan kes US terhadap 1MDB.

1MDB akan memberi keterangan bahawa tiada siapa dari Amerika Syarikat menghubungi mereka dan sebenarnya mereka tidak pernah membuat aduan kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat berkenaan kehilangan wang. 1MDB akan menambah bahawa sebenarnya mereka tidak pernah mengalami sebarang kehilangan wang seperti yang didakwa.

Selanjutnya mahkamah akan diberitahu bahawa perjumpaan Abu Kassim, Gani dan Zeti yang diadakan dengan pihak berkuasa AS bukan atas dasar persetujuan kerajaan. Ini bukan satu urusan "G-to-G" (antara kerajaan) tetapi perancangan peribadi dengan tujuan dan maksud di luar rekod.

Dalam erti kata lain, ia adalah operasi gelap.

Pada dasarnya itu adalah apa yang Khairul katakan dalam laporan polisnya bahawa tidak ada fitnah yang terlibat. Mahkamah akan diberitahu bahawa apa yang Khairul dakwa dalam laporan polisnya adalah benar dan segala yang didakwa itu memang berlaku. Itulah yang bakal diperdengarkan ke mahkamah.

Jika salah seorang atau ketiga-tiga mereka memilih untuk membawa kes ini ke mahkamah, ia akan menjerut leher mereka sendiri. Saya diberitahu ini adalah apa diharapkan Khairul - agar mereka membawa kes itu ke mahkamah – supaya mereka boleh didedahkan di mahkamah.
Oleh itu marilah kita lihat apa yang akan berlaku dalam tempoh beberapa hari akan datang.

Pihak polis dijangka akan memanggil Khairul untuk merekodkan kenyataannya. Kemungkinan Abu Kassim, Gani dan Zeti juga akan dipanggil untuk merekodkan kenyataan mereka juga.

Selepas itu kita dapat mengikuti kes mahkamah yang akan mendedahkan butiran bagaimana mereka merancang untuk mendesak Najib meletakkan jawatan dengan bantuan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dan Peguam Negara Amerika Syarikat berdasarkan maklumat dan dokumen yang dibekalkan oleh Abu Kassim, Gani dan Zeti secara ‘under-the-table’, yang mana ada di antaranya telah dipalsukan atau diubahsuai.

– Malaysia Today, 28 Julai 2016

No comments

Post a Comment

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”