Sunday, July 31, 2016

MAHATHIR HAMPIR ALAMI SERANGAN JANTUNG DI JAKARTA

“Genap satu tahun Najib sepatutnya telah digulingkan. Sejak  beberapa hari kebelakangan ini merek... thumbnail 1 summary

“Genap satu tahun Najib sepatutnya telah digulingkan. Sejak  beberapa hari kebelakangan ini mereka cuba sekali lagi dan mereka gagal.  Berapa banyak kegagalan yang boleh Mahathir hadapi dan berputus asa  atau adakah beliau akan berterusan sehingga ia membunuh beliau? Isteri  dan keluarganya bimbang tentang perkara berkenaan- mengenai berapa  banyak kegagalan yang mampu dihadapi oleh orang tua ini. "

Hari ini genap satu tahun. Rabu Julai 29, 2015 sepatutnya menjadi hari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan diberi hanya dua pilihan – meletakkan jawatan atau ditahan.

Perkara ini sepatutnya berlaku semasa mesyuarat Kabinet. Peguam Negara Abdul Gani Patail akan menunggu di luar bilik bersama polis dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pula akan memaklumkan kepada Najib dua pilihan tersebut. Najib kemudian akan ditunjukkan ‘kertas pertuduhan’ yang mereka telah sediakan dan yang sepatutnya dapat meyakinkan seluruh ahli-ahli Kabinet bahawa wujud kes terhadap Najib.

Najib, bagaimanapun, membuat pilihan ketiga yang tidak dijangka. Sebelum Muhyiddin dan Gani boleh melancarkan serangan pada 29 Julai 2015, Najib bergerak dahulu dan selesaikan mereka. Oleh itu, berakhirlah rampasan kuasa pada 29 Jul 2015 yang sepatutnya melihat Muhyiddin sebagai Perdana Menteri baru dan Mukhriz Mahathir sebagai Timbalannya. Dan tindakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam usaha untuk menyokong mereka telah mengeluarkan kenyataan akhbar mengatakan bahawa kertas pertuduhan itu adalah palsu.

Tetapi itu tidak menghalang Tun Dr Mahathir Mohamad dan ANC(Kempen Anti-Najib). Kekalahan pada 29 Julai, 2015 hanya halangan sementara dan bukan kegagalan bagi Mahathir. Dia telah kalah satu pertempuran tetapi beliau percaya beliau masih belum kalah perang. Jadi beliau melancarkan banyak lagi serangan termasuk undi tidak percaya di Parlimen pada bulan Oktober 2015 dan langkah yang sama pada Disember 2015 semasa Perhimpunan Agung Umno.

Walau bagaimanapun, seperti pemberontakan 29 Julai 2015 , semua gerakan lain gagal juga.

Itulah yang berlaku genap satu tahun yang lalu hari ini pada 29 Julai 2015.

Masalah dengan konspirasi ialah ahli jawatankuasa yang terbaik adalah “committee of one”. Apabila lebih daripada satu orang yang terlibat maka ia menjadi amat bahaya kerana orang suka bermegah dan menunjuk-nunjuk kepada orang lain bahawa mereka tahu sesuatu yang orang lain tidak tahu. Anda juga mesti mematuhi “undang-undang emas”: “Jangan mengira anak ayam sebelum telurnya menetas”.


Mahathir begitu bersemangat, dan mungkin dengan sombongnya yakin yang lima hari sebelum itu, pada 24 Julai 2015, Mahathir ucapkan ‘Selamat Bersara’ Najib (BACA DI SINI). Mahathir begitu yakin bahawa Najib akan dsingkirkan pada 29 Julai 2015 dan tidak ada sesuatupun yang akan dapat menyelamatkan Perdana Menteri dari nasib yang telah Mahathir rancangkan untuk beliau.


Parti hari jadi Mahathir di Berjaya Times Square di mana dia ucapkan ‘Selamat Bersara’ Najib, yang sepatutnya berlaku pada 29 Julai 2015
Sehari sebelum itu, pada 23 Julai 2015, Khairuddin Abu Hassan begitu yakin bahawa Najib akan disingkirkan, beliau berkata, jika Perdana Menteri bertahan bulan tersebut maka dia akan memotong kepalanya sendiri. Khairuddin begitu yakin Najib tidak lagi menjadi Perdana Menteri selepas 30 Julai 2015 hingga dia berani berjanji yang beliau akan memotong kepalanya sendiri. Pada 30 Julai 2015 Najib masih Perdana Menteri manakala Khairuddin entah bagaimana tidak dapat mencari di mana dia meletakkan parang beliau.

Selepas kemelut 29hb Julai 2015, Mahathir memastikan kali ini beliau tidak akan berkongsi apa-apa rahsia lebih sensitif dengan orang-orang yang mula membuktikan diri mereka bodoh dan yang hanya suka membocorkan rahsia. Jadi Mahathir rahsiakan apa yang dia ingin lakukan dan hanya beritahu pada mereka yang diperlukan untuk melaksanakan perancangan beliau sahaja.

Hanya empat orang dia ceritakan iaitu Tun Daim Zainuddin, ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Abu Kassim Mohamed, bekas Peguam Negara Abdul Gani Patail dan bekas Gabenor Bank Negara Dr Zeti Akhtar Aziz. Hanya empat tahu apa yang akan berlaku pada ulang tahun pertama kegagalan rampasan kuasa 29 Julai 2015.

Dan apa yang akan berlaku adalah mudah. Pada 20 Julai 2016, Jabatan Keadilan Amerika Syarikat dan Peguam Negara Amerika Syarikat akan mengadakan sidang akhbar mengenai US $ 1 bilion wang 1MDB dicuri dan mereka akan merampas wang tersebut dan akan kembalikan ke Malaysia.

Pada 26 Julai 2016, Abu Kassim akan mengadakan jamuan perpisahan yang dihadiri oleh Gani dan Zeti dan ketiga-tiga mereka akan mengadakan sidang akhbar bersama yang berkaitan dengan pengumuman pada 20 Julai oleh Amerika Syarikat dan kemudian mereka akan mencadangkan Najib meletakkan jawatan.

Hari ini, 29 Jul 2016, media arus perdana Malaysia dan media alternatif/sosial akan membawa cerita yang diterbitkan oleh The Guardian bertajuk ‘1MDB: The inside story of the world’s biggest financial scandal’ (BACA DI SINI). Ini sepatutnya mengukuhkan pengumuman pada 20 Julai  oleh Amerika Syarikat dan “menamatkan” Najib.


"Killer story" yang tidak menjadi..
Untuk memberi Najib tekanan terakhir, perhimpunan yang dikenali sebagai Bersih 5.0 akan diadakan di mana mereka berharap tidak kurang daripada 250,000 rakyat Malaysia akan keluar dan bertarung dengan polis – di mana huru-hara dan pertumpahan darah akan memaksa tentera mengisytiharkan darurat dan Najib akan disingkirkan.

Ya, Mahathir yakin, seperti yang beliau katakan banyak kali sepanjang tahun lalu, bahawa Najib tidak akan dapat digulingkan menggunakan cara perlembagaan atau melalui undi tidak percaya. Ianya telah terbukti sejak tahun lepas. Satu-satunya cara untuk menggulingkan Najib adalah melalui, kerana apa yang Mahathir panggil sebagai “Kuasa Rakyat”. Jadi mereka memerlukan ‘Malaysian Spring’ untuk berbuat demikian, walaupun kini adalah musim panas di Malaysia.

Rancangan baru ini hanya diketahui oleh lima orang: Mahathir, Daim, Gani, Abu Kassim dan Zeti. Pelan ini terlalu sensitif untuk dikongsi bersama dengan orang-orang seperti Kadir Jasin, Zainuddin Maidin, Syed Akbar Ali, Khairuddin dan semua orang-orang lain yang tidak boleh menutup mulut mereka dan akan merosakkan segala-galanya dengan membocorkan rahsia.


Namun dengan melanggar perintah Mahathir, Daim memberitahu Kadir mengenai rancangan itu, dan pada 22 Julai 2016, dua hari selepas pengumuman AS, Kadir membocorkan rahsia dengan mesej di bawah.



Kadir begitu teruja dia tidak dapat menahan diri dari mendedahkan pelan yang pilihan raya umum pada 2018 tidak akan diadakan kerana huru-hara tidak lama lagi akan tercetus dan kecemasan akan diisytiharkan selepas itu negara ini akan dikendalikan oleh Majlis Gerakan Negara di mana parlimen akan digantung.

Pada asasnya, mereka akan melakukan apa yang mereka cuba lakukan di Turki baru-baru ini. Dan bukankah US juga dituduh campur tangan dalam rampasan kuasa Turki yang gagal?

Bersih 5.0 sebenarnya sepatutnya menjadi Mei 13 versi 2.0 di mana Najib akan digulingkan dengan kekerasan dan kuasa melalui laras senapang. Dan pendedahan dari Kadir, amaran telah berbunyi, dan penasihat Najib mula menyiasat. Mereka mendapati rancangan pada ulang tahun pertama kegagalan penyingkiran Najib pada Julai tahun lepas yang bermula dengan pengumuman US pada 20 Julai 2016 dan sepatutnya berakhir dengan huru-hara yang dicetuskan oleh Bersih 5.0.


Mahathir di Jakarta, Indonesia
Pada jam 11:30 pagi Selasa 26 Julai, 2016, semasa di Jakarta, Mahathir menerima panggilan telefon dari Malaysia. Ia adalah satu panggilan telefon untuk memberitahu dia bahawa Timbalan Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun, telah membuat laporan polis terhadap Abu Kassim, Gani dan Zeti.

Mahathir tiba-tiba kaku serta pucat dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, panik dan berfikir mungkin Mahathir mengalami serangan jantung keempat atau kelima. Mahathir baru sahaja menerima sedikit berita menyedihkan yang dia tidak pernah rancangkan.

Mahathir dengan penuh ketakutan cuba menelefon Gani, Abu Kassim dan Zeti tetapi ketiga-tiga tidak menjawab telefon mereka. Malah, mereka telah menyekat nombor Mahathir kerana mereka sedar bahawa dalam situasi suatu siasatan, rekod telefon mereka akan diperiksa dan perkara terakhir yang mereka mahu adalah bukti bahawa Mahathir pernah berhubungan dengan mereka.

Isu itu tidak lagi berkenaan cubaan untuk menjatuhkan Perdana Menteri. Kini ia adalah satu jenayah pengintipan dan pengkhianatan. Dan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat Malaysia 2010 tidak melindungi pengintip dan pengkhianat. Jadi mereka sangat terdedah dan tidak dilindungi dan ini menakutkan mereka.

Mahathir kemudian menelefon Daim dan beliau mengesahkan bahawa berita itu adalah benar.

Laporan polis telah dibuat terhadap Abu Kassim, Gani dan Zeti dan ia menjadi sangat serius kerana melibatkan memberikan rahsia kerajaan Malaysia kepada kuasa asing.

Mahathir kemudian bertanya kepada Daim sama ada beliau telah memberitahu orang lain mengenai rancangan itu, dan selepas teragak-agak seketika, Daim mengakui bahawa beliau telah memberitahu Kadir.

Oleh sebab itu Kadir membuat “posting” pada 22 Julai 2016 mengenai huru-hara, penggantungan Parlimen, undang-undang tentera dan sebagainya.

Mahathir terlampau marah tetapi beliau masih berharap sidang akhbar bersama Gani, Abu Kassim dan Zeti pada majlis makan malam perpisahan Abu Kassim petang itu masih diteruskan. Walau bagaimanapun, ianya tidak berlaku. Malah, Gani tidak berani menghadiri majlis makan malam itu. Dan, yang paling teruk, Abu Kassim pergi ke pejabat Perdana Menteri pada jam 5.00 petang pada hari yang sama untuk cuba berjumpa Najib.

Mahathir tidak tahu pada masa itu, konspirasi itu telah gagal. Tidak ada sidang media petang itu dan tidak ada perhimpunan Bersih 5.0 untuk mencetuskan huru-hara, yang akan mengakibatkan penggantungan parlimen dan diperintah oleh Majlis Gerakan Negara kerajaan.

Abu Kassim berharap dia boleh bercakap dengan Najib untuk menjelaskan kenyataannya sebelum ini di mana beliau mengakui bahawa beliau bekerja dengan kerajaan Amerika Syarikat tanpa kelulusan atau kebenaran. Seseorang dalam kedudukan beliau (dan juga untuk Gani dan Zeti) telah mengangkat sumpah kerahsiaan dan ikrar kesetiaan dan bekerjasama dengan kuasa asing akan dianggap pengintipan dan pengkhianatan.

Ketua Setiausaha Najib memberitahu Abu Kassim bahawa Perdana Menteri tidak mahu berjumpa dengannya. Jadi dia pulang ke rumah dengan tangan kosong dan sangat bimbang yang dia mungkin menghadapi hukuman gantung sampai mati jika ditahan dan didakwa untuk pengintipan dan pengkhianatan.

Hari ini, 29 Julai 2016, kita melihat satu lagi kegagalan rampasan kuasa untuk menggulingkan Najib pada ulang tahun pertama kegagalan rampasan kuasa pada 29hb Julai 2015. Artikel oleh The Guardian, yang sepatutnya mengukuhkan pengumuman oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat dan Peguam Negara Amerika Syarikat pada 20 Julai 2016, juga tidak tercapai maksud sepatutnya kerana sidang akhbar bersama oleh Gani, Abu Kassim dan Zeti telah dibatalkan. Bersih 5.0 atau Mei 13 Versi 2.0 mungkin terpaksa dibatalkan juga.


Adakah Najib benar-benar akan disingkirkan sebagaimana pengkritiknya katakan? Najib akan menjadi lebih kuat dengan kemelut terkini yang Mahathir dan ANC gerakkan dalam usaha untuk mencetuskan Malaysian Spring dan menggulingkan Najib melalui keganasan jalanan dan huru-hara, seperti pakar propaganda Mahathir Kadir Jasin dedahkan.

– RPK, Malaysia Today
29 Julai 2016

No comments

Post a Comment

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”