Sunday, August 21, 2016

Apa Langkah Terakhir Mahathir?

“Akan diulas dan diperincikan analisis khususnya beberapa hal dan inferensi yang tidak disentuh s... thumbnail 1 summary

“Akan diulas dan diperincikan analisis khususnya beberapa hal dan inferensi yang tidak disentuh samada secara sengaja atau tidak oleh RPK/Malaysia Today, walaupun perbincangan masih akan terhad darihal sensitiviti isunya.” - AF”

║▌║▌║█│▌ a l f a e d a h ║▌║▌║█│▌

“1MDB telah “diperah” habis-habisan sehingga tidak tinggal setitik pun lagi. Jelas sekali isu 1MDB tidak akan menumbangkan Najib. Satu-satunya cara yang tinggal kini adalah ‘Malaysian Spring’. Tanpa pertumpahan darah Najib tidak akan dapat digulingkan.”
Pada tahun 1999, semasa kemuncak gerakan Reformasi, persoalan yang timbul dalam Internet seperti berikut:

Siapakah pemimpin yang benci pada Yahudi dan mengutuk Yahudi, menyalahkan orang Barat dan Yahudi kerana masalah ekonomi negaranya, membina monumen yang mewah kerana egonya, melancarkan kereta nasional, mahukan Olimpik diadakan di negaranya, dan menuduh orang kedua terkuat negaranya melakukan liwat?

Kebanyakan memberi jawapan ‘Mahathir’. Sebenarnya, jawapannya adalah ‘Hitler’, walaupun saya harus akui persamaannya sangat luar biasa.

Ini mungkin dilihat sebagai jenaka dan bukannya sesuatu yang perlu dipandang serius. Bagaimanapun, jika anda tahu akan sejarah Hitler dan anda tahu bagaimana dia mengeksploit perkauman dan bermain dengan operasi ‘bendera merah’ dan ‘bendera palsu’ untuk mendapatkan atau mengekalkan kuasa, maka anda akan tahu yang perkara ini bukanlah satu jenaka.

Jika anda tidak tahu apakah operasi ‘bendera merah’, buatlah kajian. Operasi ‘bendera merah’ Hitler yang saya maksudkan adalah mengenai pembakaran bangunan Reichstag pada 27 Februari 1933. Ianya dikatakan dilakukan oleh Nazi tetapi mereka telah menyalahkan Komunis yang sama kuat atau lebih kuat daripada Nazi, menjadikannya pihak lawan yang mesti dijatuhkan.

Selepas insiden itu, orang Jerman yang menyokong Nazi dan Komunis, yang Hitler katakan mendapat sokongan Yahudi, telah dihapuskan, begitu juga dengan 6 juta Yahudi selepas itu.
Jadi, jangan memandang rendah isu pembakaran bangunan. Pembakaran Reichstag mengubah sejarah dan mengakibatkan anggaran 60-80 juta kematian atau 3% daripada populasi dunia pada masa Perang Dunia Kedua (WWII) meletus.

Bolehkah ini terjadi pada Malaysia? Itu bukanlah soalan yang tepat untuk diajukan. Soalan yang tepat adalah: pernahkah perkara itu terjadi di dalam Malaysia? Pendapat saya, jika apa yang Tunku Abdul Rahman katakan mengenai 13 Mei dan apa yang Tun Musa Hitam katakan mengenai Memali adalah benar, makanya ya, ia pernah berlaku di dalam Malaysia sebelum ini, dan ianya berlaku lebih daripada sekali.

Perkara penting yang perlu ditekankan ialah bukan sahaja apa yang didakwa tetapi dakwaan yang dibuat lebih daripada sekali itu tidak pernah dinafikan oleh mereka yang terlibat dengan insiden ini. Dan nama Mahathir Mohamad akan muncul setiap kali insiden ini disebut.

Terdapat Kertas Putih yang dibuat ke atas tragedi 13 Mei dan tragedi Memali dan kedua-duanya telah dibentangkan kepada Parlimen. Tetapi ternyata hingga kini, kebenaran tidak diceritakan secara menyeluruh dan ada perkara yang dibenarkan untuk ditinggalkan yang sebenarnya penting untuk dalam mencari kebenaran. Parlimen yang mengelirukan adalah satu kesalahan yang serius dan memberi gambaran bahawa tiada penyesalan dan mereka yang terlibat dalam hal itu tidak teragak-agak untuk melakukannya sekali lagi.

Itulah bahagian yang paling membimbangkan saya – di mana adanya orang yang bersedia untuk bermain dengan nyawa rakyat Malaysia demi kepentingan politik. Saya tahu ada yang mengatakan matlamat menghalalkan cara. Tetapi bolehlah anda mengatakan sebegitu apabila nyawa saya yang dipertaruhkan dan anda yang akan mendapat kebaikan daripada kematian saya.

Lebih kurang 1 bulan selepas insiden ‘13 Mei’ yang tragik itu, pada 17 Jun 1969, Mahathir menulis surat terbuka yang terkenal itu kepada Tunku Abdul Rahman, yang mana boleh dibaca di bawah.

Seperti yang boleh anda baca dalam surat (di bawah), Mahathir tidak menyatakan kekesalan ke atas peristiwa 13 Mei. Sebaliknya, dia menyalahkan Tunku kerana peristiwa itu, dan menuduh Perdana Menteri terlampau berlembut dengan orang Cina. Mahathir berkata orang Melayu marah dengan orang Cina dan ianya adalah salah Tunku kerana menjadikan orang Cina angkuh dan tidak lagi menghormati orang Melayu dan kerajaan.

Pendek kata, Mahathir berkata orang Cina layak di layan sebegitu dan jika bukan kerana Tunku, orang Cina sudah dijatuhkan dari dahulu lagi dan bukannya diberi muka.

Selepas surat terbuka itu, Umno memecat Mahathir dan ketika itulah dia menulis bukunya yang juga terkenal, The Malay Dilemma. Tidakkah ianya mengingatkan kepada buku Hitler, Mein Kampf’?

Kita meyimpang sedikit daripada subjek, saya ingin memetik beberapa ‘doktrin’ terkenal Hitler.

“Saya banyak mengikut emosi dan hanya beberapa kali menggunakan sebab-musabab.” (“I use emotion for the many and reserve reason for the few.”)

“Pemenang tidak akan pernah ditanya sama ada dia mengatakan kebenaran.” (“The victor will never be asked if he told the truth.”)

“Untuk menakluki sesebuah negara, pertamanya perlulah memenangi rakyatnya.” (“To conquer a nation, first disarm its citizens.”)

“Bunuh, Hancurkan, Gulingkan, Berbohong; berapa banyak yang anda mahu; selepas kemenangan tiada siapa yang bertanya mengapa?” (“Kill, Destroy, Sack, Tell lie; how much you want; after victory nobody asks why?”)

“Jika anda menang, anda tidak perlu untuk menerangkannya… jika anda kalah, anda tidak patut berada di situ untuk menerangkannya!” (“If you win, you need not have to explain…If you lose, you should not be there to explain!”)

“Jika anda membuat pembohongan yang cukup besar dan membuat pembohongan itu berulang kali, ianya akan dipercayai.” (“If you tell a big enough lie and tell it frequently enough, it will be believed.”)

“Keperluan pertama untuk berjaya ialah pengunaan kekerasan yang berterusan dan selalu.” (“The very first essential for success is a perpetually constant and regular employment of violence.”)

“Berfikir beribu-ribu kali sebelum membuat keputusan. Tetapi, selepas membuat keputusan, jangan berpatah balik walaupun melalui beribu kesusahan!!” (“Think Thousand times before taking a decision. But, after taking a decision, never turn back even if you get a thousand difficulties!!”)

“Apabila berakhirnya diplomasi, bermulalah peperangan.” (“When diplomacy ends, war begins.”)

“Hanya orang Yahudi yang tahu yang dengan penggunaan propaganda yang berkesan dan secara berterusan, syurga juga boleh dipersembahkan kepada orang seperti ianya adalah neraka dan begitu juga sebaliknya, kesengsaraan kehidupan boleh diceritakan seolah-olah ianya perkara terbaik dalam hidup. Orang Yahudi tahu akan hal ini dan bertindak dengan sewajarnya. Tetapi orang Jerman, ataupun lebih tepat lagi kerajaannya, tidak mempunyai sedikit pun syak wasangka.


Semasa Perang itu, penalti yang paling berat terpaksa dibayar disebabkan kejahilan itu.” (Mein Kampf bab 10) (“Only the Jew knew that by an able and persistent use of propaganda heaven itself can be presented to the people as if it were hell and, vice versa, the most miserable kind of life can be presented as if it were paradise. The Jew knew this and acted accordingly. But the German, or rather his Government, did not have the slightest suspicion of it. During the War the heaviest of penalties had to be paid for that ignorance.”)

“Yang lebih kuat mesti mendominasi dan bukan mengawan dengan yang lemah, yang mana akan menunjukkan sifat semula jadinya yang sanggup berkorban untuk yang lemah. Hanya yang dilahirkan lemah melihat prinsip ini sebagai kejam, dan jika dia melihatnya sebegitu, ianya kerana dia adalah daripada jenis yang lemah dan berfikiran sempit; kerana jika undang-undang tidak menunjukkan proses evolusi, perkembangan peringkat atas kehidupan organik tidak akan terjadi langsung.” (“The stronger must dominate and not mate with the weaker, which would signify the sacrifice of its own higher nature. Only the born weakling can look upon this principle as cruel, and if he does so it is merely because he is of a feebler nature and narrower mind; for if such a law did not direct the process of evolution then the higher development of organic life would not be conceivable at all.”)

Sebelum saya terbawa-bawa, itu hanyalah beberapa ‘doktrin’ Hitler. Sekarang beritahu saya secara jujur, tidakkah ianya mengingatkan kita kepada seseorang yang kita semua tahu?
Ya, itulah yang paling saya takutkan. Apabila seseorang mengikuti doktrin yang sama seperti Hitler, tiada apa-apa yang menjadi larangan. Semuanya menjadi halal. Dan matlamat akan menghalalkan cara. Dan itu yang menjadikan orang itu berbahaya.

Mahathir telah pun mencuba segala yang mungkin untuk menggulingkan Perdana Menteri Najib. Dia telah menggunakan isu 1MDB ke tahap yang maksimum dan daripada segala sudut sehingga dia tidak tahu bagaimana untuk memerah isu itu lagi. Isu 1MDB telah diperah sehingga kering. Mahathir tidak boleh memerah isu 1MDB itu lagi.
Tetapi Najib masih lagi tidak berjaya dijatuhkan. Dan kini ianya jelas bahawa isu 1MDB tidak dapat menjatuhkan Najib.

Mereka telah mensabotaj IPO. Mereke telah menyekat semua pinjaman kepada 1MDB. Mereka membuat laporan polis. Mereka menyerbu pejabat juruaudit 1MDB dan merampas semua dokumen supaya audit tidak boleh disempurnakan. Mereka merasuah wartawan dan blogger asing daripada UK, AS, Australia, dan lain-lain agar menulis laporan negatif berkaitan 1MDB. Mereka mendapatkan DoJ AS dan Peguam Negara untuk campur tangan dalam 1MDB. Mereka memfailkan tindakan undang-undang terhadap 1MDB dan/atau Najib di Malaysia dan di AS. Mereka memalsukan ‘bukti-bukti’ untuk digunakan terhadap Najib.

Namakan sahaja cara-cara dan semua itu telah pun mereka lakukan. Tetapi Najib tetap teguh. Satu cara yang masih belum mereka lakukan ialah dengan pertumpahan darah di jalanan untuk memaksa Najib meletakkan jawatan seperti yang mereka lakukan kepada Tunku dan di banyak lagi negara lain. Sebaik berlakunya pertumpahan darah, Najib boleh dipersalahkan dan tidak mungkin dia akan kekal sebagai Perdana Menteri.

Adakah ini cara terakhir yang tinggal untuk Mahathir gunakan (apa yang Hitler panggil sebagai ‘The Final Solution’)? Jika betullah, Bersih 5.0 mungkin adalah peluang yang terbaik untuk melakukannya. Dapatkan berpuluh ribu orang untuk membanjiri jalanan dan kemudian lancarkan operasi bendera merah. Ianya mudah untuk dimulakan dan hanya beberapa orang sahaja yang diperlukan. Tetapi hasilnya sangat teruk dan apabila ianya sudah bermula, ia akan menjadi sukar untuk dikawal.

Dan dengan itu, Mahathir akan dapat apa yang dia mahukan – perletakkan jawatan oleh Najib dan perlantikan Mkhriz sebagai Perdana Menteri Malaysia yang seterusnya. Dan Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, akan turut sama menerima tempias dan akan terpaksa mengikut jejak Najib meletakkan jawatan.


Ianya seperti membunuh dua ekor burung dengan satu batu! Sangat bagus!


Y.T.M. Tunku,

Patek berasa dukachita kerana tujuan patek membuat kenyataan kepada akhbar telah di-salah faham oleh Y.T.M. Tunku. Sa-benar-nya tujuan patek sama-lah juga dengan tujuan Tunku, ia-itu untok menyelamatkan negara ini daripada bahaya yang menganchamkan-nya.
Pendapat-pendapat Tunku berasaskan kepada cherita-cherita yang di-bawa kepada telinga Tunku oleh orang-orang yang mengelilingi Tunku yang chuma suka mencherita kepada Tunku perkara2 yang mereka fikir Tunku suka atau patut dengar sahaja.

Benarkan-lah patek bercherita berkenaan dengan keadaan, fikiran dan pendapat2 rakyat yang sa-benar-nya supaya Tunku dapat faham tujuan patek membuat kenyataan yang di-tegor itu.

Tunku biasa cherita kepada patek sendiri ia-itu Tunku mengelakkan rusohan dengan menahan hukum bunoh yang di-jatohkan kepada 11 orang subversif China. Sabenar-nya tindakan Tunku ini-lah yang mengakibatkan rusohan dan kematian yang berpuloh kali banyak yang terjadi semenjak 13 Mei.

Tunku selalu “bertolak-ansor,” ia-itu memberi kepada orang2 China apa yang mereka tuntut. Punchak tolak-ansur ini ia-lah pembatalan hukum bunoh tadi. Pembatalan ini menimbulkan kemarahan yang besar oleh orang2 Melayu.

Orang2 China pula menganggap Tunku dan Kerajaan Perikatan sebagai pengechut dan lemah dan boleh di-tolak ke-sana ke-mari. Sebab itu orang2 China tidak takut lagi menolak Perikatan dan orang2 Melayu pula tidak ingin kepada Perikatan. Sebab itu orang2 China dan India membuat kurang ajar pada 12 Mei kepada orang Melayu. Kalau Tunku biasa di-ludah di-muka, di-maki dan di-tunjok kemaluan, boleh-lah Tunku faham perasaan orang Melayu.

Orang2 Melayu yang Tunku fikir tidak memberontak telah-pun menjadi gila dan mengamok sehingga mengorbankan nyawa mereka dan membunoh orang yang mereka benchi kerana Tunku terlangsong bagi muka. Tanggong-jawab tentang mati-nya orang2 ini, Islam dan kafir, terpaksa di-letak di-atas bahu pemimpin yang salah pendapat.

Patek mohon ma’af tetapi patek ingin sampaikan perasaan orang-orang Melayu kepada Y.T.M. Tunku. Sabenar-nya, orang2 Melayu sekarang, baik PAS baik Umno, betul2 benchi pada Tunku, terutama orang2 yang di-hina-kan oleh orang China dan yang kehilangan rumah-tangga, anak-pinak, saudara-mara kerana tolak ansur Tunku.

Mereka kata Tunku chuma ingin di-kenal-kan sebagai “The Happy Prime Minister” walau-pun ra’ayat menderita. Mereka tahu bahawa dalam keadaan dharurat-pun Tunku ashek bermain poker dengan kawan2 China Tunku. Budak2 polis mencherita yang Tunku mengguna-kan kenderaan dan eskot Polis untuk menchari kaki poker.

Sa-balek-nya pula orang2 China tidak ada sedikit-pun hormat kepada Tunku. Mereka berkata Tunku “naïve” dan tidak ada kaliber. Ada lagi yang mereka kata yang tak dapat patek sebut-kan. Kata2 itu datang dari semua golongan orang China, dari intelek sa-hinggga China becha.

Pada masa lewat2 ini lagi satu kesan burok telah timbul. Orang2 Melayu dalam Civil Servis, dari Perm. Sec. ka-bawah, pegawai2 tentera dan polis Melayu tidak ada lagi kepercayaan dan respect kepada Tunku. Patek tahu kebanyakan mereka sokong PAS dalam undi pos. Pegawai Melayu dari Polis, tentera dan askar biasa maseh patoh kepada kerajaan oleh kerana arahan sekarang sesuai dengan kehendak mereka sendiri. Kalau Tunku membuat apa2 yang tidak di-ingini oleh mereka, patek perchaya mereka tidak akan menurut kata Tunku.

Patek tahu Tunku takut kominis mengambil kesempatan kalau timbul kekachauan dalam negeri. Patek lebih takut kalau kerajaan mula “lose control over the armed forces”. Sa-kali ini terjadi, keadaan tidak akan puleh semula. Sampai bila-pun kerajaan civil mesti tundok kepada tentera. Tunku biasa jadi “Happy Prime Minister” tetapi orang yang akan turut ganti tak akan merasai “happiness” apa2.

Patek harap Y.T.M. Tunku jangan-lah menipu diri dengan berkata “satu hari mereka akan bershukor dengan perbuatan saya”. Ta’akan yang sa-orang itu selalu betul dan yang banyak selalu salah. Patek ingin sampaikan kepada Tunku fikiran ra’ayat yang sa-benar, ia-itu masa telah lampau untuk Tunku bersara dari menjadi perdana menteri dan Ketua Umno.


Patek faham betul2 kuasa yang ada pada Tunku dan patek masih ingat nasib Aziz Ishak. Tapi patek tak akan jadi sa-orang yang bertanggong-jawab kalau patek tidak terangkan apa yang patek sebut-kan. Kalau di-penjara sa-kali-pun patek terpaksa kata apa yang patek telah kata-kan.

Patek di-beritahu ia-itu Tunku berkata patek Pakistani. Patek tidak perchaya kata2 orang kerana patek tahu Y.T.M. Tunku tidak akan berkata begitu. Patek-lah yang selalu mempertahan-kan Tunku apabila orang2 PAS kata yang Tunku anak Siam yang ta’ berhak memimpin orang Melayu. Jadi Tunku juga akan mempertahan-kan patek walau-pun maseh ada dua sudu darah Pakistani dalam tubuh badan patek.

Patek sa-kali lagi mengulangkan ia-itu kenyataan yang patek buat itu ia-lah menchegah kejadian yang akan menambah perasaan benchi orang2 Melayu terhadap kerajaan dan menggalak-kan orang2 China menjatohkan lagi maruah orang2 Melayu. Rusohan yang lebeh besar akan berlaku jika ini di-biarkan. Tentera sendiri tidak akan dapat di-kawal. Dan lagi kalau T.H. Tan dan dewan orang China boleh membuat kenyataan, kenapa ketua2 Umno tidak boleh?

Patek menulis surat ini dengan hati yang ikhlas dan harapan bahawa Y.T.M. Tunku akan bacha surat ini dengan sa-penoh-nya sendiri. Patek berdo’a ke-hadhrat Allah subhanahuwataala supaya di-buka hati Tunku untok menerima kenyataan yang sa-benar ini walau-pun pahit dan pedas.

Patek Yang Ikhlas,

(Dr. Mahathir bin Mohamad)
– Malaysia Today

No comments

Post a Comment

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”