Saturday, August 27, 2016

Bila Gani Belot Pada Zeti Dan Abu Kassim

Pada 24 Julai 2015, Najib berhadapan dengan Gani yang panik dan  beliau telah mendedahkan bahawa ... thumbnail 1 summary
Pada 24 Julai 2015, Najib berhadapan dengan Gani yang panik dan  beliau telah mendedahkan bahawa terdapat satu plot untuk memaksa Najib meletakkan jawatan semasa mesyuarat Kabinet 29 Julai lepas. Najib kemudian melancarkan serangan awal dan mengagalkan rampasan kuasa. Perkara inilah yang menganggu Mahathir tiga hari lepas sehingga mendorong beliau untuk mendakwa bahawa terdapat tiga Tan Sri dan salah seorang daripada mereka telah mengkhianati dua yang lain. Menyedari bahawa dia membuat kesilapan dengan mengatakan demikian, hari ini Mahathir mendakwa pula Tan Sri keempat yang mengkhianati tiga Tan Sri tersebut sambil membayangkan bahawa pengkhianat itu adalah Ketua Polis Negara, tetapi sebenarnya pengkhianat itu adalah Gani.
24 Ogos 2016

Tiga hari lepas, Tun Dr Mahathir Mohamad merungut yang Perdana Menteri Najib Tun Razak sepatutnya dipenjarakan hari ini namun disebabkan ketiga-tiga Tan Sri yang diarahkannya untuk menjatuhkan Najib belot maka rancangan tersebut gagal. Gambaran yang Mahathir berikan adalah salah seorang daripada mereka bertiga yang membelot dua yang lain.

Ketiga-tiga Tan Sri tersebut adalah bekas ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Abu Kassim Mohamed, bekas Peguam Negara Abdul Gani Patail dan bekas Gabenor Bank Negara Dr Zeti Akhtar Aziz.

READ MORE HERE: Dr Mahathir confirms Zeti, Gani and Abu Kassim were betrayed by other conspirators 

Hari ini, Mahathir menarik balik kenyataan tersebut dan menyatakan bahawa terdapat empat dan bukannya tiga Tan Sri dan Tan Sri yang tidak dikhianati itu adalah yang mengkhianati tiga yang lain. Ini adalah apa yang dilaporkan Malaysiakini hari ini:

Dr Mahathir Mohamad telah menjelaskan bahawa terdapat empat individu yang mempunyai gelaran ‘Tan Sri’ dan salah seorang daripada mereka mungkin mengkhianati yang lain. Sebelum ini, bekas Perdana Menteri itu memberi gambaran bahawa ia adalah salah satu daripada tiga yang dituduh berkomplot terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang merupakan pengkhianat yang dikatakan.

“Ada seorang yang tidak disenaraikan. Terdapat empat orang kesemuanya, salah seorang daripada mereka tidak disenaraikan. Ada kemungkinan bahawa dia (yang tidak disenaraikan) yang mengkhianati, “katanya kepada pemberita di Putrajaya.

READ MORE HERE: Dr M: There were four Tan Sri, one could have betrayed others

Kini, Mahathir berkata sebenarnya terdapat 4 dan bukannya 3 Tan Sri dalam ‘geng’ tersebut – Abu Kassim, Gani, Zeti dan seorang lagi. Dan Tan Sri yang tidak dikhianati itulah yang mengkhianat tiga yang lain, kata Mahathir.

Oleh kerana semua orang tahu bahawa Pasukan Petugas Khas yang ditubuhkan untuk menyiasat 1MDB diketuai oleh empat Tan Sri – tiga dinamakan di atas ditambah dengan Ketua Polis Negara – wartawan bertanya kepada Mahathir sama ada Tan Sri yang mengkhianati tiga yang lain adalah Ketua Polis Negara.

Mahathir tersenyum dan berkata dia tidak tahu dan tidak boleh mengesahkan Tan Sri yang keempat yang mengkhianati tiga yang lain kerana takut akan ditangkap.



Jadi, menurut Mahathir, ianya adalah 4 dan bukannya 3 Tan Sri yang ditugaskan untuk menjatuhkan Najib. Malaysia Today sebenarnya menyatakan tahun lalu ianya adalah 6 Tan Sri jika anda tambahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah.

Nampaknya Sarawak Report juga mengesahkan apa yang Mahathir katakan hari ini menurut grafik berikut; bahawa terdapat empat Tan Sri dalam pasukan yang sepatutnya menggulingkan Najib.



Apa yang paling menarik tentang kenyataan Sarawak Report adalah mereka mengesahkan apa yang Malaysia Today katakan setahun yang lepas. Dan Mahathir juga melakukan perkara yang sama – mengesahkan apa yang Malaysia Today katakan setahun yang lepas. Tiba-tiba saya tidak tahu untuk menulis apa melainkan ‘Kan saya dah kata’.

Ini adalah apa yang LSS telah katakan mengenai perkara itu:

Sama ada secara sengaja atau tidak, pengesahan tersirat Mahathir yang mana wujudnya konspirasi untuk menggulingkan Najib oleh ketiga-tiga Tan Sri dan laporan berikutnya oleh RPK dan blog UMNO yang lain telah menyebabkan reaksi yang tidak baik.

Kedua-dua 'Uncle' Lim Kit Siang dan Sarawak Report telah bertindak balas kepada ini. Tetapi Sarawak Report telah melampaui batas dalam artikel terbaru mereka dengan mengatakan bahawa DYMM YDP Agong telah bersetuju dengan tiga Tan Sri untuk membuang Najib.

Menurut Sarawak Report, ini adalah sebabnya mengapa Najib melancarkan tindak balas dengan membuang Muhyiddin, Shafie Apdal, Ketua Cawangan Khas dan Peguam Negara Gani.

Walau bagaimanapun, masalah dengan versi Sarawak Report adalah bahawa ia mewujudkan skandal dan memfitnah DYMM YDP Agong dengan mencadangkan bahawa YDP Agong membuat U-turn dan berdiam diri dan terus menyokong Najib untuk apa-apa sebab pun selepas Najib membuang keempat-empat mereka tersebut.

Hanya ada dua hasil dari cerita Sarawak Report:


    1) SR telah berbohong tentang persetujuan Agong dengan ketiga-tiga Tan Sri itu; atau
    2) Agong kita tidak membuat keputusan yang baik untuk negara selepas Najib membuang mereka berempat.

Yang mana satu yang benar, SR? Versi 1 atau versi 2?


Saya rasa Sarawak Report telah melakukan kesilapan yang besar dengan melibatkan Agong kita di dalam laporan mereka dan saya pasti akan adanya reaksi tidak baik daripada kebanyakan rakyat Malaysia. Reaksi pantas dan tidak baik daripada Uncle Lim Kit Siang dan Sarawak Report menunjukkan yang cerita konspirasi ini akan menjadi lebih hangat dalam beberapa minggu akan datang.

Saya juga merasakan yang Mahathir telah membuat penghakiman yang sangat teruk dengan mencadangkan ketiga-tiga Tan Sri itu dibelot oleh salah seorang daripada mereka sendiri dan secara tersirat mengesahkan konspirasi yang disyaki itu yang membawa kepada laporan berikut daripada Sarawak Report.


SeaDemon Says juga menerbitkan pendapatnya dalam blognya hari ini seperti berikut:

Muhyiddin yang pertama sekali mengaku wujudnya konspirasi untuk menggulingkan Najib. Kemudian, Mahathir, baru-baru ini, mendedahkan nama-nama konspirator-konspirator sebagai bekas Gabenor Bank Negara Zeti Aktar Aziz, bekas Peguam Negara Gani Patail dan bekas ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Abu Kassim. Portal berita kegemaran Mahathir, Sarawak Report juga menekankan peranan ketiga-tiga mereka dalam usaha untuk menjatuhkan Najib Razak. Kali ini, Sarawak Report (SR) telah melebihi batasan dengan mengaitkan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dengan konspirasi itu.(READ MORE HERE)

Sebenarnya ada lagi yang tidak diceritakan Mahathir dan Sarawak Report kepada kita dan orang yang membuka rahsia itu adalah Gani Patail dan bukannya KPN. Dan ini adalah apa yang berlaku:

Pada petang jumaat 24 Julai, 2015, Najib telah memanggil Gani ke pejabatnya dan bertanya kepadanya sama ada benar bahawa dia telah menyediakan kertas pertuduhan untuk menangkap beliau (Najib) dan kertas pertuduhan itu dibuat dua bulan sebelum itu, dan sebelum Pasukan Petugas Khas dilancarkan dan penyiasatan tentang hal ehwal 1MDB dimulakan.

Najib kemudian bertanya kepada Gani sama ada Pasukan Petugas Khas telah ditubuhkan dengan kebenaran Yang DiPertuan Agong kerana ia pasti tidak ditubuhkan atas perintah atau dengan persetujuan Kabinet. Dan bukankah kertas tuduhan patut disediakan hanya selepas siasatan telah selesai dan selepas jenayah telah dikenal pasti dan bukan sebelum siasatan dimulakan?

Najib juga bertanya kepada Gani sama ada benar bahawa Abu Kassim telah memberi salinan kertas pertuduhan ini kepada rakan kongsi perniagaannya, Rashpal Singh, untuk dia serahkan kepada Clare Rewcastle Brown dari Sarawak Report dan sama ada Rashpal telah terbang ke London untuk bertemu Clare.

Ianya sangat diketahui dalam bulatan SPRM bahawa Rashpal telah menjadi rakan kongsi perniagaan Abu Kassim sejak sebelum dia berkhidmat untuk SPRM dan bahawa Rashpal adalah pedagang berkelana beliau yang mengumpul wang rahsia bagi pihaknya. Oleh itu tiada orang lain yang Abu Kassim percaya lebih daripada Rashpal untuk mengendalikan perkara-perkara yang sangat sensitif dan sulit seperti penjualan dokumen sulit dan urusan-urusan dengan Sarawak Report.

Malah, dalam satu laporan blog tahun lepas, Clare sebenarnya mengesahkan bahawa dia bertemu seseorang dari Malaysia dan semasa mesyuarat ini dia telah diikuti dan gambarnya telah diambil. Dia juga berkata yang dia telah membuat laporan polis dengan polis UK berkenaan perkara ini.

Apabila Najib mendedahkan bahawa dia tahu tentang segala-galanya yang berlaku, Gani panik dan mengaku segala-galanya. Gani mengesyaki bahawa mungkin Ketua Polis Negara telah memaklumkan kepada Najib mengenai butiran plot, jadinya, lebih baik dia mengaku sahaja.

Pada malam yang sama, Najib mengadakan pertemuan dengan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dalam satu majlis makan malam dan beliau memaklumkan baginda tentang pertemuan dengan Gani beberapa jam sebelum itu. Baginda marah dan memberitahu Najib untuk datang berjumpa dengannya pada pagi Isnin 27Julai 2015.

Pada hari Isnin, Najib telah berjumpa dengan Baginda Yang Dipertuan Agong yang menyerahkan kepadanya surat menamatkan perkhidmatan Gani sebagai Peguam Negara. Pada hari berikutnya, 28 Julai 2015, Gani secara rasmi diberhentikan sebagai Peguam Negara, dan pada hari berikutnya, 29 Julai 2015, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga telah dibuang.

Dalam mesyuarat pada 24 Julai, Gani mendedahkan bahawa Muhyiddin akan menggunakan kertas pertuduhan untuk memaksa Najib meletakkan jawatan dengan dia (Muhyiddin) mengambil alih sebagai Perdana Menteri yang baru dan jika Najib enggan, Muhyiddin akan menggunakan kertas pertuduhan untuk menangkapnya (Najib), menurut Raja Petra.

Semasa mesyuarat Kabinet pada 29 Julai, bukannya Muhyiddin menggunakan kertas tuduhan yang disediakan oleh Gani untuk menangkap Najib, sebaliknya, Muhyiddin dan Gani dipecat. Dan bertentangan dengan apa yang mereka dakwa, ia adalah Seri Paduka Baginda Agong yang memecat Gani dan bukannya Najib yang memecat Gani tanpa kebenaran Agong.

Jadi atas dasar tersebut Sarawak Report, Kempen Anti-Najib (ANC) dan Pakatuns, adalah salah. Gani tahu apa yang berlaku dan kenapa ianya berlaku, tetapi dia tidak boleh berkata apa-apa supaya semua orang tidak akan tahu dialah orang yang membelot kelima-lima Tan Sri itu.

Kemudian, Muhyiddin dan Tengku Razaleigh cuba menyelamatkan diri mereka dengan berkata yang mereka sedar akan konspirasi untuk menggulingkan Najib itu dan mereka juga tahu orang-orang yang terlibat dalam konspirasi tersebut, ia sepatutnya berlaku pada 29 Julai 2015, tetapi mereka bukanlah sebahagian daripada konspirasi itu.

– Malaysia Today

No comments

Post a Comment

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”