Monday, September 5, 2016

LSS REPORT: JAWAPAN KEPADA FAKTA KARUT "TUN DAIM"

Kerapkali berlegar di kalangan pengguna aplikasi telefon pintar, mesej menggunakan nama ‘Tun Daim’... thumbnail 1 summary
Kerapkali berlegar di kalangan pengguna aplikasi telefon pintar, mesej menggunakan nama ‘Tun Daim’ kononnya menceritakan mengenai ekonomi namun ditulis secara terpesong. Ia akan dikongsikan pelbagai pihak tanpa memeriksa kesahihannya. Terkini, mesej menggunakan nama 'Tun Daim itu mendakwa kononnya ekonomi Malaysia akan runtuh. Berikut dipaparkan jawapan kepada ‘Tun Daim’ mengenai ekonomi negara: 

#countercoup1msia

DUHAI "TUN DAIM", 


Ini adalah jawapan saya kepada anda.

‘Tun Daim’ mendakwa: Hanya berkongsi satu mesej daripada seorang rakan daripada sektor kewangan.. Nilai matawang Ringgit dijangka akan menyusut kepada RM4.50 menjelang hujung September ini kerana Ringgit tidak digunakan sebagai matawang dagangan saham dunia. Ringgit akan runtuh kerana kerajaan menyekat eksport minyak mentah ekoran lebihan bekalan. JAWAPAN SAYA: Nilai matawang akan turun dan naik. Ketika ini, Ringgit adalah USD1 kepada RM4.00 dan kita pernah berada pada USD1 kepada RM4.47 awal tahun ini. Kehidupan kita tidak terjejas ketika ringgit menyusut daripada RM3.20 kepada RM4.00 pada beberapa tahun ini. Kita juga tidak tiba-tiba menjadi kaya apabila nilai matawang kita meningkat daripada RM3.73 pada 2008 kepada RM3 pada 2012. Begitu juga dengan United Kingdom yang tidak runtuh apabila Pound UK menyusut daripada £1 bersamaan RM6.75 Oktober lalu dan kepada RM5.20 just baru-baru ini. Malah, Ringgit yang lemah membolehkan kita bersaing lebih kukuh dan ini dibuktikan dengan peningkatan berterusan dalam dagangan asing dan lebihan dagangan di mana industri perkhidmatan dan pengeluaran menerima manfaat lebih baik disebalik kelemahan harga minyak dunia, yang di luar kawalan Malaysia. Ini akan membantu Malaysia untuk mempelbagaikan ekonomi negara agar kurang bergantung kepada eksport komoditi.
  ‘Tun Daim’ mendakwa: Semua perlu mengambil langkah berjaga-jaga kerana ia adalah keruntuhan ekonomi secara keseluruhan. Rizab Bank Negara pada ketika ini adalah RM101 bilion. Tetapi hutang kita telah melonjak kepada RM614,880,270 bilion. Ini bermakna setiap cukai dibayar rakyat menanggung hutang RM18.835. Nasihat pada ketika ini ialah berhenti melabur dalam apa juga pelaburan, hartanah dan kereta. Tunai dalam tangan adalah selamat kerana malapetaka bakal menimpa. JAWAPAN SAYA: Anda menulis jumlah rizab BNM dengan tepat sekali namun dalam matawang yang salah. RIzab BNM ketika ini bukanlah RM101 bilion tetapi USD101 bilion, bermakna berjumlah RM400 bilion. Saya terkejut kerana seorang bernama ‘Tun Daim’ boleh melakukan kesilapan yang mengarut seperti itu. Dan bagi hutang kerajaan pula, jangan melihat kepada jumlah semata-mata tetapi antara nisbah hutang berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di mana ia bermakna hutang berbanding perolehan tahunan negara. Kita adalah pada paras 54 peratus ketika ini. Ketika zaman Tun Dr Mahathir pada 1982, beliau telah meningkatkan nisbah hutang daripada 40 peratus kepada 100 peratus dalam tempoh 5 tahun namun kita tetap tidak bankrap. Kita juga tidak akan bankrap pada 54 peratus. Malah, berdasarkan kepada laporan fakta Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat, Malaysia dengan hutang 54 peratus berada di kedudukan 71 bagi negara mempunyai nisbah hutang tinggi berbanding KDNK, bermakna ia memerlukan 70 negara lain untuk bankrap terlebih dahulu sebelum tiba kepada giliran Malaysia, dan ini termasuk negara seperti Jepun, Singapura, UK, Amerika Syarikat, Jerman dan lain-lain. Pulau Pinang kini memulakan projek Pelan Pengangkutan melibatkan kos RM46 bilion di mana kerajaan negeri diterajui DAP itu mengesahkan akan membuat pinjaman bagi membiayai projek itu. Dibahagikan kepada 1.6 juta penduduk di Pulau Pinang, ia bermakna setiap rakyat Pulau Pinang menanggung RM28,750 setiap seorang. Jika anda percaya RM18,835 boleh membuatkan Malaysia bankrap, ia bermakna RM28,750 setiap seorang akan membuatkan Pulau Pinang bankrap lebih pantas daripada negara ini.
  ‘Tun Daim’ mendakwa: Penganlisa Ekonomi Global mengunjurkan bagi tempoh tiga bulan akan datang, ekonomi Malaysia akan runtuh. Pasaran saham dan nilai matawang akan menjunam dalam keadaan drastik. Ia lantaran unjuran ekonomi dunia yang negatif bagi tahun 2017. JAWAPAN SAYA: Saya rasa kita sudah mendengar dakwaan ini banyak kali. ‘Penganalisa Ekonomi Dunia’ manakah yang anda maksudkan? Malaysia masih lagi menikmati pertumbuhan menggalakkan sebanyak 4.1 peratus bagi tempoh 6 bulan ini, pasaran saham masih lagi berganda berbanding 2009 dan lebihan dagangan serta rizab masih lagi kukuh. Jadi, bagaimanakah agaknya kita akan ‘runtuh’?  
‘Tun Daim’ mendakwa: Minyak mentah akan runtuh lantaran lebihan bekalan. Memandangkan Amerika Syarikat mengeluarkan lebih banyak minyak. Alasannya ialah: i) bagi menjejaskan ekonomi Russia dan matawangnya kerana Russia berada di kedudukan pertama dunia. Ii} ISIS dalam membiayai penjajahan mereka turut menjual minyak mentah seludup daripada Syria dan Iraq turut menjualnya pada harga murah hingga membanjiri pasaran minyak mentah. Pengeluaran minyak Malaysia akan terjejas berikutan keadaan ini, selain ketidaktentuan politik Malaysia dan rasuah yang mengekang pelaburan asing. JAWAPAN SAYA: Pengeluaran minyak dan eksport kita sudahpun terjejas, pada 2009, minyak mewakili 49 peratus daripada pendapatan kerajaan dan hanya 17 peratus pada tahun lalu manakala 11 peratus sahaja tahun ini. Namun kita masih tidak lagi runtuh. Jika ia jatuh kepada 11 peratus lagi sekalipun dan tiada pendapatan daripada minyak sekalipun, kita tidak akan runtuh kerana industry lain seperti pengeluaran dan perkhidmatan serta ekonomi domestik kita masih terus mengukuhkan pertumbuhan ekonomi negara.  
‘Tun Daim’ mendakwa: Dunia telah menganggap Malaysia berada di kedudukan nombor 1 bagi i) Rasuah dan skandal serta penipuan kewangan dalam pengubahan wang. JAWAPAN SAYA: Sebenarnya, Malaysia berada di tempat 54 bagi negara yang paling kurang rasuah daripada jumlah 179 negara paling rasuah melalui Indeks Persepsi Transparency International, dan bukannya nombor satu. Saya tidak tahu siapa yang meletakkan kita di nombor satu, tetapi tentunya bukan sebuah badan yang dikenali.

‘Tun Daim’ mendakwa: Maka, sahabat sekalian, belanjalah wang dengan cermat. Simpan wang anda untuk waktu terdesak. Kerana kita menuju kea rah kesulitan dan kesusahan. Perjalanan ini akan lebih sukar dan tidak dapat dijangka. Ia akan menjejaskan kita semua, tak kira anda kaya atau miskin. Ucap selamat kepada anda semua.. Tun Daim. JAWAPAN SAYA: Adalah baik untuk berbelanja kepada keperluan tetapi mesej whatsapp palsu seperti daripada anda ini semakin kerap disebarkan oleh pihak pembangkang bagi memusnahkan keyakinan pada ekonomi Malaysia. Pembangkang kerap menyebarkan penipuan, cerita palsu bagi meruntuhkan keyakinan bagi memuaskan nafsu politik mereka. Bayangkan jika semua orang percaya penipuan dalam mesej ini dan tiada siapa pun akan berbelanja dan apabila tiada sesiapa berbelanja, maka tutuplah kesemua kedai, kilang juga akan tutup dan bank juga akan tutup. Pada masa yang sama, anda atau saya akan kehilangan pekerjaan atau perniagaan. Untuk itu, menyebarkan tipu daya seperti ini tidak akan membantu Malaysia tetapi anda sendiri akan merosakkan Malaysia dan diri kita. Manusia seperti itu tidak peduli apa akan jadi kepada Malaysia asalkan mereka mendapat apa yang mereka mahukan iaitu melihat Malaysia menjadi rosak. Mereka fikir, jika mereka dapat merosakkan ekonomi negara, ia akan lebih mudah untuk mereka merampas kuasa. Manusia seperti ini adalah manusia jijik. Jangan terperdaya kepada penipuan mereka dan menyebarkan mesej sarat dengan penipuan mereka bagi mencetuskan rasa benci, ketakutan yang akhirnya akan merosakkan kita semua. Hentikanlah duhai ‘Tun Daim’ serta anda semua yang palsu dan penuh kebencian.

No comments

Post a Comment

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”