Sunday, September 25, 2016

Mahathir Tawar Jalan Perdamaian Pada Najib

Semalam, Mahathir menghantar Najib mesej perdamaian. Ia adalah tawaran perdamaian. Jadikan anak s... thumbnail 1 summary
Semalam, Mahathir menghantar Najib mesej perdamaian. Ia adalah tawaran perdamaian. Jadikan anak saya Menteri Kewangan yang baru dan kita boleh lakukan gencatan senjata dan bergerak ke hadapan. Mukhriz akan berada di laluan untuk menjadi Perdana Menteri dan Mahathir boleh berhenti menyerang Najib. 1MDB akan menjadi masalah Mukhriz dan tidak lagi Najib.

24 September 2016
#countercoup1msia

Semalam, Mukhriz Mahathir mencadangkan agar semua pembangkang atau pihak bukan Barisan Nasional bersama-sama di bawah satu pakatan, yang mungkin boleh dipanggil Barisan Rakyat, untuk menghadapi Barisan Nasional dengan satu-lawan-satu dalam pilihan raya umum akan datang. Ini sudah tentu turut melibatkan PAS. Tanpa PAS mereka akan melihat berulangnya tragedi Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Pertama sekali, tidak mungkin PAS akan menyertai pakatan yang terdiri daripada PAN. Itu seperti menjemput DAP untuk menyertai pakatan yang melibatkan MCA dan Gerakan. Ia tidak boleh berlaku. Kedua, memandangkan apa yang DAP lakukan dan berkata mengenai PAS, ia adalah mustahil untuk PAS dan DAP yang pernah duduk di meja yang sama sekali lagi (atau tidur di atas katil yang sama).

Seperti apa yang Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, “Kerjasama antara PAS dan DAP tidak mampu menarik undi rakyat di­sebabkan DAP yang gagal untuk menarik undi Melayu.”

Pendek kata, PAS lebih mementingkan undi Melayu manakala DAP lebih mementingkan undi Cina. Itu bukan lagi rahsia. Sejak Pakatan Rakyat berpecah, pengundi Cina telah berjanji mereka tidak akan mengundi PAS lagi, sementara itu, DAP yang berpendirian anti-Islam, tidak akan mendapat banyak undi Melayu.

Pada asasnya, itu merupakan tujuan membentuk Barisan Nasional dan Pakatan Harapan – dan kini Barisan Rakyat pula yang dicadangkan oleh Mukhriz. DAP, bagaimanapun, merasakan bahawa selagi mereka masih bekerjasama dengan PAS, Cina akan menyeksa mereka dan DAP akan kehilangan undi Cina – sementara itu, PAS juga merasakan bahawa jika mereka masih bekerjasama dengan DAP maka orang Melayu juga tidak menyokong mereka dan sebaliknya akan menyokong Umno.

Kesimpulannya, DAP dan PAS merasakan yang pihak lain adalah liabiliti dimana DAP akan mengalami kehilangan undi Cina manakala PAS pula akan mengalami kehilangan undi Melayu.

Oleh itu, PAS juga merasakan bahawa ‘politik kebencian’ yang dimainkan DAP tidak sihat untuk hubungan antara kaum. Nik Abduh berkata, “Malaysia tidak mampu lagi menerima politik benci-membenci dengan fitnah dan saling mencipta provokasi serta sentimen jahat sesama rakyat.”

“Gagal akibat DAP yang menafikan hak PAS untuk meneruskan perjuangannya sendiri sebagaimana janji dalam pakatan pembangkang. Jadi mengapa PAS harus mengulangi jalan yang sama? Gagasan Sejahtera adalah penerokaan kepada politik baharu yang lebih sejahtera dan mudah diterima rakyat,” kata Nik Abduh membuat kesimpulan.

Bukan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak tahu semua ini. Dia juga tahu bahawa keluarga Anwar Ibrahim tidak boleh memaafkan dan melupakan apa yang dia lakukan kepada Anwar walaupun Anwar bersedia untuk memaafkan dan melupakan. Isyarat dari Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Izzah kepada Mahathir  5 September 2016 ketika mereka keluar dari mahkamah cukup jelas – tiada maaf Bagi mu!

Sepuluh hari kemudian, pada 15 September 2016, Mahathir menerima mesej lain pula, kali ini daripada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, dan tidak lama selepas itu satu lagi mesej dari Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor. Jadi banyak tamparan hanya dalam satu bulan – sudah pasti “Black September” untuk Mahathir.

Kita sudah menerangkan perkara tersebut secara panjang lebar. Anda boleh baca di bawah ini:

Mahathir and Anwar regret what they did in March 1993
You know Mahathir is desperate when he licks back his spit
How the Agong outmanoeuvred Mahathir
What Khairuddin did not reveal regarding Mahathir’s meeting with the Agong
Mahathir wants to buy Pakatan Harapan for RM500 million
Why Mahathir paid homage to Anwar on 5th September

Itu adalah semua cerita-cerita tentang apa yang berlaku, khususnya pada bulan “Black September” ini. Apa yang kita perlu perkatakan sekarang ini adalah apa yang berlaku seterusnya? Apakah perancangan Mahathir akan datang? Dan kita juga akan menjelaskan berkenaan tajuk artikel ini, ‘Mahathir sends Najib a peace offering’.

Mahathir tidak bodoh. Seseorang yang bodoh tidak boleh menjadi Perdana Menteri dan bertahan selama 22 tahun. Kita tidak boleh menjadi bodoh dalam melakukan urus niaga melibatkan beratus-ratus bilion atas nama-nama pemegang amanah, proksi, penama-penama dan kroni tanpa meninggalkan sebarang jejak (walaupun Tun Daim Zainuddin lebih pandai apabila mengambil semula segala-galanya daripada pemegang amanah, proksi, penama-penama dan kroni beliau sebelum meninggalkan pejabat pada tahun 1991. Mahathir tidak berbuat demikian sebelum beliau meninggalkan jawatan pada tahun 2003).

Mungkin ramai daripada anda tidak perasan, kini Mahathir memberi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tawaran untuk berdamai. Mahathir memberikan Najib jalan keluar. Mahathir mencadangkan penyelesaian “win win situation” di mana beliau dan Najib boleh menyelamatkan air muka dan tidak akan ada pihak yang dilihat tewas.

Mahathir berkata dalam blognya semalam bahawa Perdana Menteri tidak perlu menjadi Menteri Kewangan. Jadi Najib perlu meletakkan jawatan sebagai Menteri Kewangan dan menyerahkan tugas itu kepada orang lain. Jika Perdana Menteri tidak menjadi Menteri Kewangan maka ini akan membuatkan Mahathir gembira.

Pendek kata, jika Najib mahu membuatkan Mahathir gembira maka beliau perlu menyerahkan tugas Menteri Kewangan kepada orang lain. Najib perlu melantik individu lain sebagai Menteri Kewangan yang baru. Ia bergantung sepenuhnya kepada imaginasi Najib. Anda tidak memerlukan imaginasi yang hebat untuk memahami bahawa Menteri Kewangan baru perlu merupakan individu yang Mahathir suka dan bukan seseorang yang Mahathir benci.

Jika Najib masih tidak mendapat petunjuk maka dia tidak layak untuk kekal sebagai Perdana Menteri dan patut digulingkan. Tidak dinafikan, Mukhriz merupakan individu dalam fikiran Mahathir. Ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan pada tahun 1991, beliau mengambil masa hanya dua tahun untuk menggunakan kedudukan sebagai Menteri Kewangan untuk menjadi Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Menurut Raja Petra lagi, Jawatan Menteri Kewangan lebih berkuasa daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri atau Timbalan Presiden parti. Dan sudah pasti, ianya lebih berkuasa daripada jawatan Naib Presiden Umno. Jika Mukhriz menjadi Menteri Kewangan, walaupun ketika ini beliau tidak memegang sebarang jawatan dalam Umno, beliau akan menjadi lebih berkuasa daripada Naib Presiden Umno Hishammuddin Hussein and Ahmad Zahid Hamidi, termasuk Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Mukhriz akan menjadi orang kedua paling berkuasa dalam parti dan dalam kerajaan. Dia akan mempunyai kelebihan berbanding semua yang sezaman dengannya dan pesaing beliau. Hanya terdapat satu halangan sahaja di hadapan beliau dalam pendakian untuk menjadi Perdana Menteri – iaitu Perdana Menteri sekarang yang telah menjadikan dia Menteri Kewangan.

Tidak syak lagi rancangan asal adalah menjadikan Mukhriz Naib Presiden Umno pada tahun 2013 dan Timbalan Presiden mungkin sekitar 2016/2017, dan kemudian Presiden pada 2019 atau 2020. Kini perkara tersebut terpaksa ditangguhkan. Walau bagaimanapun, pilihan raya parti akan datang akan pada tahun 2018, maka rancangan itu perlu ditangguhkan.

Sebagai Menteri Kewangan, Mukhriz boleh memintas membuat tawaran untuk jawatan Naib Presiden pada 2018 dan kali ini melangkah terus untuk jawatan Timbalan Presiden Umno, yang telah dikosongkan sejak Muhyiddin Yassin dipecat.

Zahid juga mungkin mahu bertanding jawatan itu tetapi, memandangkan jawatan Timbalan Perdana Menteri, Mukhriz boleh selesaikan dengan wang dan kemungkinan besar menang apabila anda mengambil kira Anwar, sebagai Menteri Kewangan, mengalahkan Tun Ghafar Baba yang menjadi Timbalan Perdana Menteri. Ghafar adalah penyandang sedangkan Zahid bukan.

Jadi ini sebenarnya adalah satu rancangan yang sangat baik jika anda bertanya kepada saya. Walaupun ianya lewat beberapa tahun daripada jadual asal tetapi Mukhriz masih muda dan akhirnya dia masih menjadi Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri, oleh itu, beliau di laluan untuk menjadi Perdana Menteri selepas 2020 – hanya beberapa tahun selepas 2020.

Walaupun Mukhriz memutuskan untuk menguji kekuatan dan tidak ‘rock the boat’  terlebih dahulu dengan bertanding jawatan Naib Presiden, dia akan menang kali ini dan tidak mendapat nombor empat seperti pada tahun 2013. Pertama, Zahid tidak akan bertanding jawatan Naib Presiden (yang bermaksud Mukhriz bukan ancaman kepadanya atau sebaliknya) dan demikian juga Shafie Apdal (yang tidak lagi dalam Umno). Hanya tinggal Hishammuddin dan Khairy sebagai pesaing dan itu bermakna Mukhriz bukan sahaja akan menang tetapi kemungkinan besar boleh juga menang tempat pertama. Dan sebagai Naib Presiden tempat pertama akan menjadikan dia dalam laluan untuk jawatan Timbalan Presiden.

Jadi Mukhriz boleh memilih satu langkah atau dua langkah untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri. Satu langkah lebih berisiko tetapi lebih cepat manakala dua langkah lebih selamat tetapi mungkin menambah masa tiga tahun atau lebih untuk mencapai matlamat.

Sebenarnya ini adalah pelan yang bijak. Dengan menjadikan Mukhriz sebagai Menteri Kewangan banyak perkara secara automatik “akan selesai” dan Mahathir akhirnya akan mencapai apa yang dia hajatkan.

Jawatan Menteri Kewangan akan memberikan Mukhriz kuasa untuk mengawal pemegang amanah Mahathir, proksi, ‘nominees’ dan kroni. Mereka tidak lagi boleh “bermain sorok-sorok” dengan Mahathir. RM100 bilion milik Mahathir akan menjadi selamat bilamana pemegang amanah, proksi, “nominees” dan kroni tidak lagi akan berani bermain dengan orang tua tersebut seperti apa yang berlaku sekarang. Dan jika mereka cuba “bermain”, Menteri Kewangan akan “merotan mereka dengan kayu yang besar” seperti apa yang Anwar lakukan semasa beliau menjadi Menteri Kewangan selama tujuh tahun.

Ini sebenarnya adalah satu cara yang sangat bijak untuk mengukuhkan kuasa dan kekayaan anda, permainan politik yang sebenar. Dan jika tiada lagi mana-mana ‘percaturan’ yang lain, dan mempertimbangkan segala-galanya yang Mahathir telah cuba setakat ini telah gagal, ini sebenarnya bukan sahaja pelan yang terbaik tetapi satu-satunya ‘kad’ Mahathir masih tinggal.

Dengan menjadikan Mukhriz sebagai Menteri Kewangan, Najib tidak kehilangan apa-apa. Namun bagi Mahathir, akan dilihat sebagai telah mendapat sedikit kelebihan. Jadi kedua mereka terselamat. Sebagai Menteri Kewangan, tugas menyelesaikan 1MDB akan menjadi tanggungjawab Mukhriz dan tidak lagi menjadi tanggungjawab Najib.

Dan ini bermakna Mahathir perlu berhenti menyerang 1MDB. Jika dia terus menyerang 1MBD dan Menteri Kewangan baharu, anaknya sendiri akan menderita. Mukhriz juga boleh menutup 1MDB dan mengumumkan bahawa masalah telah selesai. Dan adakah Mahathir akan tidak bersetuju dengan keputusan anaknya itu?

Mahathir tahu bahawa anaknya tidak akan boleh menjadi Perdana Menteri dengan menjadi pemimpin Pribumi atau PPBM atau Pakatan Harapan atau Barisan Rakyat atau apa sahaja. Laluan untuk berkuasa di Persekutuan hanyalah melalui Umno dan Barisan Nasional. Tengku Razaleigh Hamzah sedar tentang perkara ini (itulah sebabnya beliau mansuhkan Semangat 46 dan menyertai semula Umno), seperti juga Anwar (yang mengapa dia berjuang selama sepuluh tahun supaya dibenarkan kembali menyertai Umno selepas mendapat dipecat pada 1998).

Jadi Mahathir baru sahaja mencipta satu dimensi baru politik untuk masa depan anaknya. Daripada terus usaha untuk menjatuhkan Najib (yang terbukti mustahil) dan daripada mencuba untuk menjadikan anaknya Perdana Menteri melalui parti pembangkang (yang telah terbukti mustahil), dia meletakkan anaknya kembali ke dalam Umno melalui jawatan Menteri Kewangan.

Ia tidak bermakna Mukhriz tidak mempunyai kelayakan untuk menjadi Menteri Kewangan. Beliau mungkin tidak mampu menjadi seorang Menteri Besar yang bagus tetapi itu tidak bermakna dia tidak boleh membuat Menteri Kewangan yang baik.

Adakah anda membaca artikel di bawah?


Nah, dalam bab tersebut dan beberapa “lelaki cantik” beliau berada di UK dan dikatakan beliau turut berada di sini untuk bertemu Mahathir. Apakah rancangan negeri tersebut untuk ‘menarik diri’ dari Umno masih berjalan atau adakah mereka bertemu untuk membincangkan perubahan strategi sekarang kerana rahsia tersebut tidak lagi menjadi rahsia? Dan jika Najib melantik Mukhriz sebagai Menteri Kewangan yang baharu, apakah Menteri Besar ini akan dibuang menjadi sebagai ‘bonus’ kepada Najib?

Bagaimanapun, ianya akan menjadi satu lagi cerita di hari yang lain- jadi nantikan.
Malaysia Today
 

No comments

Post a Comment

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”