Tuesday, September 27, 2016

Mahathir Tembak “Kuda” Sendiri

Hari ini, pada jam 11:00 pagi, Armand Azha Abu Hanifah akan membuat laporan polis terhadap Robin T... thumbnail 1 summary
Hari ini, pada jam 11:00 pagi, Armand Azha Abu Hanifah akan membuat laporan polis terhadap Robin Tan dan Tong Kooi Ong di Balai Polis Dang Wangi. Armand mengeluarkan notis semalam (LIHAT DI SINI) mengenai program tersebut dengan menyebut kedudukannya sebagai seorang ahli EXCO Pemuda Umno. #countercoup1msia #mahathir_kena_pintas_lagi

27 September 2016 - Yang sebenarnya Pemuda Umno tidak terlibat dengan laporan polis ini, malah tidak juga membenarkan pengumuman tersebut atau membuat laporan polis. Armand sebenarnya membuat laporan polis ini bagi pihak Tun Dr Mahathir Mohamad dan hanya menggunakan nama pergerakan Pemuda Umno sebagai penyamaran.

Menurut RPK, Armand sebenarnya memakai dua topi. Satu adalah topi Pemuda Umno dan yang kedua adalah topi Perkasa (Persatuan Pribumi Perkasa), seperti mana yang ditunjukkan di dalam gambar di bawah. Armand boleh menukar topi antara Pemuda Umno dan Perkasa mengikut kesesuaian beliau. Armand bukan benar-benar seorang pemimpin Pemuda Umno yang telah menyertai Perkasa tetapi sebenarnya seorang pemimpin Perkasa yang telah menyusup masuk ke dalam Pemuda Umno.

Ramai yang berfikir bahawa Umno dan Perkasa adalah satu dan sama serta Perkasa bertindak sebagai cabang “militan Umno” – sama seperti Irish Republican Army (IRA) adalah atau pernah menjadi cawangan militan Sinn Fein. Dan itulah sebabnya mengapa ramai orang berpendapat bahawa Umno adalah “parti militan” atau perkauman, yang sebahagian besarnya adalah kerana Perkasa.

Pada bulan September tahun 2010, Ibrahim Ali mendakwa bahawa 60% ahli Perkasa adalah ahli UMNO. Yang sebenarnya Perkasa adalah “kuda Trojan” Tun Dr Mahathir Mohamad. Ia adalah tentera peribadinya, pintu belakang untuk masuk dalam Umno supaya dia boleh mengawal Umno melalui proksinya, sesuatu perkara yang Mahathir begitu gemar melakukan sejak dahulu lagi.

Perkasa ditubuhkan pada tahun 2008 tidak lama selepas pilihan raya umum pada bulan Mac. Alasan yang mereka berikan untuk membentuk Perkasa adalah bahawa mereka memerlukan benteng terhadap orang Cina yang kebanyakannya mengundi pembangkang.

Pada dasarnya ‘‘western belt’ atau “tanahair Cina” Pulau Pinang, Perak dan Selangor (tambah Kedah, sudah tentu) adalah di dalam tangan pembangkang. Gurauan ketika itu adalah anda boleh memandu dari Pulau Pinang ke Selangor (yang mengawal 70% daripada aktiviti ekonomi Malaysia Barat) tanpa menyeberangi negeri Barisan Nasional. Jadi mereka memerlukan Perkasa untuk “menjaga Tsunami Cina” seperti yang mereka laungkan.

Itulah sebenarnya tidak masuk akal. Tsunami Cina telah berlaku dan apa yang perlu dijaga lagi? Ia seperti mengatakan bahawa anda perlu mengunci pintu kandang untuk memastikan kuda tidak terlepas sedangkan pintu kandang tersebut sememangnya selamat.

Sebenarnya, Tsunami Cina dalam pilihan raya umum Mac 2008 adalah hanya alasan untuk menyembunyikan niat sebenar mewujudkan Perkasa. Mahathir mencipta Perkasa bagi memastikan bahawa Mukhriz menang kepimpinan Pemuda Umno – yang beliau telah bertanding pada tahun berikutnya iaitu pada tahun 2009. Dan rangkaian “Mafia Perkasa” atau hubungan Perkasa di dalam Pemuda Umno akan membantu memberikan kemenangan tersebut. Malangnya, sebaliknya Khairy Jamaluddin menang. Jadi “bayangan” Pergerakan Pemuda Umno yang bergerak di dalam Pemuda Umno gagal dalam tugasnya.

Mahathir adalah pengasas, penaung dan pembiaya Perkasa. Beliau mengarahkan Perkasa dari belakang tabir dan memberitahu apa yang perlu dilakukan dan bila untuk melakukannya. Menurut Ibrahim Ali, Mahathir juga yang menyediakan kenyataan-kenyataan sepatutnya bagi pihak Perkasa untuk memastikan bahawa mereka berkata perkara yang sama dengan apa yang Mahathir ingin sesuatu kenyataan disampaikan. Pendek kata, Ibrahim Ali melaporkan terus kepada Mahathir.

Mahathir sedar dia “hilang kuasa” mengawal Umno. Sejak bersara pada November 2003 Perdana Menteri ketika itu tidak lagi mengambil arahan daripada beliau. Jadi beliau memerlukan pintu belakang ke dalam Umno untuk mengawal Umno. Dan ianya adalah Perkasa. Kemudian dia boleh mengarah Perkasa apa yang perlu dilakukan dan tindakan mereka lakukan adalah atas nama Umno. Jadi, melalui Perkasa, Mahathir boleh untuk terus mentadbir Umno.

Umno tidak terlalu gembira akan perkara ini tetapi mereka tidak mahu mengecewakan Mahathir. Jadi Ketua Setiausaha tutup sebelah mata, kadang-kadang beliau tutup kedua-dua matanya. Mereka melihat apa yang Mahathir lakukan kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi apabila beliau enggan mendengar arahan. Jadi ia jalan yang terbaik adalah membiarkan sahaja apa yang Mahathir ingin buat dengan Perkasa – yang mana bertujuan untuk menggunakannya sebagai pintu belakang ke dalam Umno dan melakukan perkara-perkara di atas nama Umno.

Perkasa adalah toksik dan ia menyebabkan Umno menjadi toksik juga. Tetapi siapa yang akan jadi “tikus untuk tarik perhatian kucing” ‘Kematian” Abdullah di tangan Mahathir menyebabkan tiada siapa yang ingin sukarela menjadi “tikus” tersebut. Yang terbaik yang mereka boleh harapkan adalah orang akan tahu bahawa Perkasa dan Umno adalah dua entiti yang berasingan dan Perkasa bukan satu ‘cabang’ Umno.

Jadi laporan polis hari ini yang Armand buat adalah laporan dari pihak Perkasa dan bukannya sebagai laporan polis bagi pihak Umno. Tetapi beliau menggunakan jawatannya sebagai ahli EXCO Pemuda Umno dan bukan jawatannya dalam Perkasa. Kemudian ia akan kelihatan seperti Umno yang bertindak ke atas Robin Tan dan Tong Kooi Ong dan bukannya Perkasa, yang bermaksud Mahathir yang bertindak ke atas mereka sebenarnya, menurut RPK.

Sebab mengapa Mahathir mahu Armand untuk membuat laporan polis pada hari ini adalah untuk menjadi contoh kepada kedua-dua – Robin dan Tong – ditambah ianya untuk menunjukkan kepada pemegang amanah lain, penama, proksi dan kroni apa yang akan berlaku kepada anda jika anda cuba untuk menyeberangi dan meninggalkan ANC (Kempen Anti-Najib).

Mahathir benar-benar kecewa dengan Robin dan Tong dan jika orang tua itu membenarkan tindakan tersebut maka ianya akan menggalakkan pemegang amanah lain, penama, proksi dan kroni untuk melakukan perkara yang sama. Jadi Mahathir berharap sekali kedua-dua dihukum dengan laporan polis ini hari ini, yang lain akan takut dan akan akur dan mendengar apa yang dikatakan kepada mereka.

Tahun lepas, Vincent Tan dan Robin Tan “menghadiahkan” Mahathir sebuah parti hari jadi yang mewah. Tahun ini, mereka tidak mempedulikannya. Kadir Jasin mengadu bahawa Mahathir kini terpaksa untuk menyewa jet peribadi dan tidak lagi dapat menggunakan dengan percuma jet peribadi Vincent Tan, kata RPK lagi.

Kadir mengakui bahawa ramai pemegang amanah, penama, proksi dan kroni tidak lagi melayan Mahathir seperti “Raja”. Malah, mereka kini menjauhkan diri mereka daripada Mahathir apabila mengetahui bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memenangi “pertempuran” ini dan Mahathir bakal dikuburkan – bersama-sama dengan anak lelaki beliau, pemegang amanah, penama, proksi dan kroni yang enggan bertaubat dan minta maaf.

Apa yang Mahathir tidak sedar ialah bahawa semua itu pemegang amanah, penama, proksi dan kroni telah merayu memohon maaf kepada Najib. Mereka telah mengaku bahawa mereka membiayai kempen ANC oleh Mahathir dalam usaha untuk menggulingkan Najib dan menggantikannya dengan seorang “Perdana Menteri proksi”.

Untuk bersihkan ini dan untuk berikrar bahawa mereka tidak lagi akan membiayai Mahathir untuk menjatuhkan beliau, Perdana Menteri telah mengisytiharkan pengampunan. Semua dosa yang telah lalu akan diampuni selagi mereka tidak terus membiayai kempen untuk menggulingkan Perdana Menteri.

Mahathir telah menggunakan The Edge dan The Malaysian Insider dalam usahanya untuk menggulingkan Najib. Apabila Tong telah ‘ditangkap’ menbiayai Xavier Andre Justo sebanyak $ 2 juta untuk mereka-reka ‘bukti’ terhadap 1MDB, Tong telah menutup operasinya dan mengakui peranannya dalam ANC. Dan ini menimbulkan kemarahan Mahathir, kerana itulah maka nama beliau juga termasuk di dalam laporan polis pada hari ini, menurut Malaysia Today.

Laporan polis yang dibuat oleh Armand akan mendedahkan bahawa Robin dan Tong memberikan wang Mahathir untuk membantu membiayai usaha untuk menggulingkan Najib. Baru-baru ini, Ketua Polis Negara mengumumkan bahawa sesiapa yang ingin membuat laporan polis maka perlulah ia sertakan dengan bukti. Ketua Polis Negara tidak mahu laporan polis berdasarkan khabar angin atau tekaan sahaja, menurut Malaysia Today lagi.

Jadi, hari ini, laporan polis Armand mesti disokong oleh bukti yang kukuh. Jika tidak pihak polis mungkin bakal menangkap Armand di atas jenayah melakukan laporan polis palsu. Dan Armand mempunyai bukti bahawa Robin dan Tong telah memberikan wang kepada Mahathir. Dan dengan bukti tersebut ianya mengesahkan “dokumen laporan” yang dibuat oleh Mahathir sendiri.

Dengan kata lain, Mahathir meminta Armand untuk membuat laporan polis terhadap Robin dan Tong. Dan Mahathir menyediakan bukti untuk menyokong laporan polis tersebut. Jadi ianya adalah Mahathir dan bukannya Umno yang ingin “mengajar” Robin dan Tong, dua individu yang dikenali sebagai penyokong tegar, pemegang amanah, penama, proksi dan kroni bagi Mahathir.

Mengapa Mahathir menembak “kuda sendiri”? Jawapannya mudah. Kedua-dua kuda telah “lepas lari”. Dan banyak lagi “kuda” merancang untuk melarikan diri. Jadi sebelum semua kuda lari dan dia tidak lagi mempunyai seekor pun yang tinggal, beliau cuba untuk mengunci pintu kandang dan menyelamatkan mana sahaja kuda yang tinggal dengan menakutkan mereka dengan laporan polis hari ini.

Tetapi laporan polis ini akan menjadi satu usaha yang sia-sia. Najib sudah tahu bahawa Robin dan Tong telah membiayai Mahathir untuk menggulingkan beliau. Najib juga tahu siapa lagi yang lain menjadi pembiaya ANC. Dan Najib telah mengisytiharkan pengampunan dan memberikan mereka imuniti daripada hukuman jika mereka tidak lagi membiayai Mahathir.

Ia seperti kes yang Menteri Besar yang peras ugut oleh Mahathir. Seluruh negara kini tahu siapa dia dan kegemarannya terhadap lelaki muda dan “anak-anak muda yang cantik”. Apabila rahsia sudah menjadi bukan lagi rahsia, memeras ugut menjadi sia-sia.

Satu kelemahan dalam tindakan hari ini adalah bahawa ianya sudah membuktikan apa yang Malaysia Today telah katakan selama hampir dua tahun. Kami berkata, ANC sedang merancang penyingkiran Najib dan beberapa hartawan memberi Mahathir RM3 bilion untuk membiayai operasi. Hari ini, Armand akan memberitahu polis bahawa segala apa yang Malaysia Today kata adalah benar belaka.

Mahathir bimbang jika Robin dan Tong tidak menjadi contoh maka akan berlaku penghijrahan besar-besaran. Jadi ini bukan sahaja mengenai menghukum kedua-dua mereka tetapi juga menakutkan yang lain. Mahathir mahu menakut-nakutkan mereka supaya mereka tidak lagi berfikir untuk meninggalkan ANC. Ia adalah seperti mempunyai hubungan sulit dengan bos anda, dan apabila anda mahu untuk memutuskan hubungan tersebut dan ingin berkahwin, bos anda akan melakukan ugutan terhadap anda dengan gambar-gambar anda di atas katil bagi memaksa anda untuk teruskan hubungan sulit tersebut.

**Terjemahan dari : Malaysia Today

**Aakj: Armand wajar buktikan dakwaan RPK ini tidak benar.

Kenyataan terbaru Armand:

-Kenyatan rasmi-

Assalamulaikum dan salam sehati sejiwa rakan2 media yang dihormati.

Setelah menyemak dan berbincang dengan sumber2 yang  boleh dipercayai, saya dapati segala yang dikatakan terhadap 2 individu yang dikatakan terlibat dalam gerakan menjatuhkan YAB Ds Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia.

Pandangan dan perbincangan dengan pelbagai pihak mengenai dokumen yang diberikan tempoh hari didapati ianya tidak sahih dan saya telah mengambil keputusan utk tidak meneruskan laporan polis terhadap dua individu yang diperkatakan.

Saya juga ingin menegaskan mana2 pihak yang cuba menganggu urus tadbir dan kepimpinan negara melalui cara yang tidak demokrasi , baik melalui demostrasi jalanan mahupun politik kebencian secara tegas meminta Pihak Berkuasa Polis mengambil tindakan tegas mengunakan undang-undang negara. UMNO berpegang pada konsep Demokrasi Berpelembagaan.

Hari ini saya ingin menegaskan secara terbuka dan rasmi , saya berdiri teguh bersama parti UMNO dan pucuk pimpinan UMNO yang diketuai oleh YAB Ds Najib Tun Razak tanpa berbelah bahagi.

Dato' Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
27hb Sept 2016

10.30am

No comments

Post a Comment

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”