Thursday, September 8, 2016

NAJIB DAN MAHATHIR BERTARUNG HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR

"Muhyiddin kini menyedari dia telah membuat kesilapan dalam menyokong Mahathir tetapi kini s... thumbnail 1 summary
"Muhyiddin kini menyedari dia telah membuat kesilapan dalam menyokong Mahathir tetapi kini sudah terlambat untuk mengubah perkara tersebut. Muhyiddin telah membuat keputusan dan kini beliau terpaksa menerima akibatnya . Tetapi ia bukan semuanya seindah bunga mawar kerana mawar itu tetap berduri. Dan pertempuran antara Mahathir dengan Najib merupakan satu pertempuran sehingga titisan darah terakhir, ini bermakna Muhyiddin juga akan turut “mati”. Jika boleh diputarkan jam, Muhyiddin akan bertindak dengan cara yang sangat berbeza."

Sekiranya anda tidak perasan, berdasarkan kenyataan Ketua Pembangkang 'de fakto', Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak beberapa bulan kebelakangan ini membayangkan bahawa tiada kompromi antara kedua-dua belah pihak. Pendek kata, ini adalah pertarungan hingga ketitisan darah terakhir, yang mana akan hanya  ada seorang pemenang.

Najib menyedari perkara ini dan tidak ada cara lain. Memandangkan umur Mahathir dan hakikat dia tidak mempunyai banyak masa, seperti Najib, beliau akan lakukan apa sahaja. Jika Mahathir tidak nekad “kamikaze” maka dia pasti akan hilang segala-galanya.

Malah, berdasarkan kedudukan Muhyiddin Yassin, ia terumbang-ambing menjurus kepada hilang semua. Pertandingan ini hanya ada hadiah pertama dan tiada perak atau tembaga, untuk dimenangi, jika anda tidak memenangi hadiah pertama maka “game over” untuk Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz.

Muhyiddin merasai sedikit penyesalan kerana memulakan sesuatu yang dia kini tahu tidak boleh menang. Walau bagaimanapun, pada masa itu, pada pertengahan tahun 2014, ia kelihatan seperti akan berjaya dan Najib akan tinggal sejarah paling lewat pada Julai 2015. Lebih penting lagi, dia berfikir bahawa kekalahan Najib akan membawa keuntungan kepada beliau; bahawa beliau akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri apabila Najib jatuh.

Sekarang Muhyiddin tahu dia hanya digunakan sebagai batu loncatan dan tujuan sebenar adalah menjadikan Mukhriz Perdana Menteri. Jika Muhyiddin menjadi Perdana Menteri pun hanya untuk sementara saja iaitu separuh penggal selepas itu Mukhriz akan mengambil alih. Realiti baru sahaja mula difahami Muhyiddin, yang membuktikan dia seorang yang bodoh jika dia baru menyedari perkara ini sedangkan kebanyakan kita tahu berkenaan perkara tersebut selama ini.

Rasa penyesalan yang lebih besar buat Muhyiddin memandangkan dia bersetuju untuk menurut pemimpin yang telah menyambut hari jadi ke-90 dan tidak mempunyai banyak masa lagi. Apabila anda mengikat diri kepada seseorang, anda mengikat diri anda untuk masa depan. Muhyiddin mengikat dirinya kepada masa lalu. Bak kata pepatah, “there is no future in the past. The future lies in the future”.

Langkah bodoh Muhyiddin seperti ISIS yang bermimpi untuk membawa kembali Empayar Ottoman atau orang-orang Jerman yang masih bermimpi Reich Ketiga. Jadi apa lagi yang mereka impikan, kembalikan Kesultanan Melaka, Sarawak dipulangkan kepada keluarga Brooke, Johor bergabung dengan Riau supaya Empayar Bugis boleh kembali berkuasa?

Kita perlu realistik. Era Mahathirisme telah berakhir. Hari ini kita bercakap tentang globalisasi dan media sosial. Mahathir dan Malaysia berkait seperti keluarga Brooke dengan Sarawak atau ISIS dengan Turki. Dan ini adalah “wakeup call” yang Mahathir tidak sedar lagi manakala Muhyiddin masih menggosok mata dan tidak sedar sepenuhnya.

Malah saya yang hanya berumur 65 tahun, menyedari umur saya dan meninggalkan perlumbaan motosikal dan tarian disko. Dan yang pasti Kamasutra tidak ada dalam kamus saya, walaupun saya kebetulan mempunyai perempuan simpanan Cina yang lebih muda di sebelah. Dengan enam cucu orang mengharapkan saya untuk bertindak sesuai dengan umur saya – dan untuk seseorang yang berumur 91tahun dan masih cuba menjadi Perdana Menteri atau Perdana Menteri 'de fakto' agak panjang angan-angannya, walaupun mengikut standad seorang yang berdarah Bugis seperti saya.

Muhyiddin mungkin bangun setiap pagi, melihat bagaimana penat dia dalam cermin, dan menanya dirinya sendiri, “Aduh … Apakah yang sudah aku lakukan? Bagaimana saya boleh menjadi begitu bodoh? Saya bermula sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kini saya tidak mempunyai apa-apa. Mungkin saya perlu berkahwin dengan perempuan simpanan Cina saya untuk menghentikan segala cakap-cakap mengenai saya mempunyai hubungan dengan isteri orang lain. “

Mahathir mungkin juga melihat dirinya dalam cermin setiap pagi dan berkata, “Aduh… Apakah yang telah aku lakukan? Bagaimana saya boleh menjadi begitu bodoh? Saya meletakkan kepercayaan kepada Timbalan Perdana Menteri untuk membantu menjadikan anak saya Perdana Menteri dan kini saya tidak mempunyai apa-apa. Dan kuda bodoh saya pula mungkin perlu berkahwin dengan perempuan simpanan Cina itu untuk menghentikan segala desas desus mengenai hubungan beliau mempunyai dengan isteri orang. Sekurang-kurangnya ia boleh membantu mendapatkan undi Cina apabila Muhyiddin memberitahu mereka dia bukan anti-Cina dalam hal berkaitan dengan seks.“

Hari ini, mungkin kerana dia muflis isu, Muhyiddin telah melabelkan Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad sebagai pak turut/‘yes man’ (laporan di bawah). Yang mengingatkan saya peristiwa tahun 1987 apabila Muhyiddin menjadi “yes man” kepada Mahathir dalam perebutan kuasa Team A lawan Team B.

Muhyiddin sebenarnya orang Tun Musa Hitam, tetapi kemudian beliau tidak pasti pihak mana yang akan menang. Jadi Muhyiddin menyokong kedua-dua belah pihak untuk selamat. Kemudian, apabila Mahathir menang, Muhyiddin dengan segera membuang Musa dan menyokong Mahathir. Dengan itu Mahathir melantik Muhyiddin sebagai Menteri Besar Johor, jawatan yang menjadikan dia kaya.

Secara peribadi, sudah tentu, Muhyiddin memberitahu rakan-rakannya yang dia sebenarnya menyokong Musa tetapi untuk kepentingan politik beliau perlu menyokong Mahathir dan dilihat sebagai “yes man” beliau. Mahathir tidak akan menerima kurang daripada itu. Apabila Mahathir menjadikan beliau Menteri Besar Johor yang baru, Muhyiddin tahu dia membuat pilihan yang tepat dan menjadi “yes man” Mahathir amat berbaloi.

Bukankah pra-syarat untuk pembangkang, perlu menjadi “yes man”? Apabila Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim menolak untuk menjadi “yes man@ Anwar Ibrahim, mereka menggulingkan beliau. Apabila saya enggan untuk menjadi “yes man” Anwar mereka hentam saya juga.

Pada tahun 2008, apabila Menteri Besar Perak Nizar Jamaluddin enggan jadi “yes man” Anwar, mereka cuba untuk menggulingkan beliau dan berakhir dengan penyingkiran keseluruhan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak.

Apabila Abdul Hadi Awang enggan jadi “yes man” PKR dan DAP, mereka cuba untuk menggulingkan beliau dan apabila mereka gagal mereka menendang PAS keluar dari Pakatan Rakyat dengan membentuk PAN dan Pakatan Harapan.

Sejarah pembangkang penuh dengan insiden orang dijatuhkan kerana mereka enggan menjadi yes men kepada pemimpin-pemimpin tertentu. Dan seluruh kerjaya politik Muhyiddin adalah berdasarkan kepada beliau sebagai “yes man” kepada mereka yang berada di atas termasuklah Sultan dan hartawan Cina, menurut Malaysia Today.

Saya "Yes Man", Begitu Juga Muhyiddin

Diterbitkan: Sabtu, 3 September 2016 6:00 PM

PETALING JAYA: Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad mengakui beliau seorang "yes man" seperti mana dilabel Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana percayakan wawasan perdana menteri untuk Malaysia.

Memberi jawapan balas dalam perang mulut dengan bekas timbalan perdana menteri itu, Setiausaha Akhbar Perdana Menteri itu juga merujuk Ahli Parlimen Pagoh itu sebagai "yes man" kerana menjadi boneka Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Perdana Menteri kekal komited terhadap usahanya untuk manfaat agama, bangsa dan negara. Dan kerana itu juga saya menyokong dan bekerja dengannya selama 20 tahun. Jika kerana itu menjadikan saya "yes man", saya bangga.

"Ironinya, Muhyiddin sendiri seorang "yes man" tetapi dia melakukan tidak berasaskan prinsip dan nilai," katanya pada Sabtu.

Beliau berkata, Muhyiddin dan Dr Mahathir menyerang dengan hebat isu 1Malaysia Development Berhad untuk mencapai matlamat politik peribadi mereka.

Tengku Sariffuddin juga mengesahkan dalang di sebalik tindakan Dr Mahathir telah gagal, sambil menambah Muhyiddin perlu menyalahkan dirinya hingga menyebabkan dipecat daripada Kabinet dan Umno.

"Kini, Tan Sri Muhyiddin ada pilihan terhad, untuk terus 'berperang' walaupun tahu dia akan kalah.

"Tan Sri Muhyiddin sepatutnya melakukan perkara yang betul untuk negara, rakyat dan parti yang telah berikan begitu banyak kepadanya sebelum beredar dengan senyap," tambahnya.

Selasa lalu, Tengku Sariffuddin mengeluarkan kenyataan dengan mengatakan Muhyiddin kini kesal dan terdesak kerana gagal menjatuhkan Najib sebagai Perdana Menteri.

Beliau juga meminta orang ramai supaya tidak percayakan apa yang dikatakan bekas timbalan perdana menteri itu.

Susulan itu, Muhyiddin memberi maklum balas dengan memanggil Tengku Sariffuddin sebagai alat kepada perdana menteri dengan mendakwa dakwaan palsu terhadapnya itu memberi gambaran keperibadian pembantu Najib itu.

- Malaysia Today, 3 September 2016 -

No comments

Post a Comment

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”