Wednesday, October 19, 2016

Mahathir Hantar Nazir Untuk Maklumkan Kepada Najib Rampasan Kuasa Sudah Dilancarkan

Sebulan yang lalu pada bulan September 2016, Mahathir mengadakan satu forum di Oxford untuk meranc... thumbnail 1 summary
Sebulan yang lalu pada bulan September 2016, Mahathir mengadakan satu forum di Oxford untuk merancang penubuhan NCC2. Tujuannya adalah untuk ambilalih kuasa daripada Perdana Menteri, Kabinet dan Parlimen dan memindahkan kuasa itu ke tangan sebuah Majlis yang diketuai oleh Mahathir. Ianya menunjukkan Malaysia bakal menyaksikan rampasan kuasa dan ’empat bahagian’ kerajaan akan berada di bawah Mahathir. Dan Nazir telah dihantar bertemu dengan Najib untuk memberitahu bahawa “rampasan kuasa secara senyap” telah pun dilaksanakan. #countercoup1msia #NCC2MyPoot

{Mengimbas kembali ke tahun 2008} - Tiga minggu selepas pilihan raya umum Mac 2008 ke-8, Umno Selangor menganjurkan satu forum di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya. Yang hadir, sudah tentu, adalah Khir Toyo, yang baru sahaja diganti sebagai Menteri Besar Selangor, turut bersama ialah Tun Dr Mahathir Mohamad dan anaknya, Mukhriz.

BACA LAGI DI SINI:

 
1. http://beritadarigunung.blogspot.com/2008/04/gambar-forum-umno-di-hotel-singgahsana.html

2. https://no2umno.wordpress.com/2008/04/02/on-the-umno-bla-bla-bla-forum-in-hotel-singgahsana-recently/

Turut hadir ialah pengikut setia Mahathir, Ummi Hafilda Ali, adik kepada Menteri Besar Selangor sekarang, Azmin Ali, yang turut bersama-sama dengan Khairuddin Abu Hassan dan Rahim Thamby Chik dalam membawa Anwar Ibrahim kepada pertuduhan liwat sepuluh tahun yang lalu sebelum itu pada tahun 1998.


Ummi Hafilda Ali mengumumkan bahawa beliau meninggalkan Umno pada hari Muhyiddin Yassin telah dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 28 Julai 2015.

Ia adalah hampir seperti ulang tahun ke 10 pertemuan mereka yang “menghantar” Anwar ke penjara di atas pertuduhan meliwat selepas pelancaran buku ’50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi PM’.

Saya menghadiri perjumpaan tersebut dengan rasa ingin tahu dan satu perkara yang saya melucukan adalah apabila seorang Pemuda Umno mengambil mikrofon lalu mencadangkan agar Umno mencari jalan untuk berdamai dengan Anwar Ibrahim. Beliau segera dicekup dan diheret luar. Saya sedar beliau dalam keadaan terkejut dan saya minta ‘pengawal peribadi’ saya supaya mengikuti mereka. Pemuda yang malang tersebut ditumbuk dan ditendang oleh hampir sedozen ‘pengawal keselamatan’ Umno dan orang saya berjaya menghalang mereka dari ‘membunuh’ pemuda yang sudah tidak bermaya yang mana kami telah menghantarnya pulang dalam keadaan cedera yang agak teruk dan lebam.

Bagaimanapun, apa yang paling penting mengenai majlis pertemuan tersebut (mengikut pemerhatian saya) ianya bukanlah mengenai serangan terhadap pemuda Umno yang mencadangkan agar berdamai dengan Anwar tetapi ianya mengenai cadangan yang dibuat Mahathir semasa forum tersebut.

Mahathir telah mengumumkan bahawa bakal Perdana Menteri selepas Abdullah Ahmad Badawi akan ‘dipandu’ oleh dan akan menerima arahan daripada Majlis Presiden atau Majlis atau ‘Elders’. Ia akan menjadi seperti sebuah pertubuhan rahsia kerajaan di dalam kerajaan. Majlis ini akan berada di atas Perdana Menteri dan dia seperti ‘kabinet bayangan’.

Kabinet adalah sia-sia, jelas Mahathir, kerana Kabinet dilantik oleh Perdana Menteri jadi sudah tentu, akan berada di bawah Perdana Menteri dan mengambil arahan daripada Perdana Menteri.Apa yang Mahathir mahu adalah sebuah majlis yang bukannya dilantik oleh Perdana Menteri atau yang tunduk kepada Perdana Menteri. Yang jelas Perdana Menteri kena tunduk dan menerima arahan dari (atau seperti yang Mahathir maklumkan, ‘dipandu oleh’) Majlis.

Adakah anda masih ingat British Malaya satu waktu dahulu? Penasihat British akan dilantik untuk menasihati Raja-Raja yang mana telah dikehendaki untuk mengambil ‘nasihat’ darinya. British menamakannya “diplomasi kapal perang” – ‘gunboat diplomacy’. Ianya bermaksud anda halakan meriam dari kapal perang ke arah istana Raja (zaman tersebut istana di bina di tepi sungai kerana alasan yang jelas, belum ada jalanraya lagi) dan Penasihat British akan ‘menasihatkan’ Sultan tentang apa yang perlu dibuat dan apa yang tidak boleh dibuat (yang lebih arif bahawa ianya lebih baik dari berdebat dengan 20 batang meriam yang dihalakan ke arah istana).

Jadi secara teknikal British tidak menjajah atau memerintah Malaya (selain daripada negeri-negeri Selat yang berada di bawah pentadbiran kerajaan India). Sultan adalah bebas dan membuat undang-undang mereka sendiri (sudah tentu, undang-undang Syariah). Tetapi British akan ‘memandu’ Sultan dalam pentadbiran negeri-negeri mereka.

Dan pada dasarnya inilah apa yang Mahathir telah mencadangkan dalam bahawa forum April 2008 di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya. Setelah Abdullah digulingkan (yang Mahathir telah cuba lakukan sejak Jun 2006) bakal Perdana Menteri akan mengambil alih tetapi akan dikawal oleh Majlis Presiden ini atau "Majlis Tetua".

Hampir satu tahun dari hari tersebut, pada 3 April 2009, Abdullah meletakkan jawatan dan Najib Tun Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri. Jadi sekarang Perdana Menteri yang baru telah menggantikan Abdullah yang banyak masalah dan Perdana Menteri baharu ini, Najib, boleh, akhirnya diberitahu apa yang sepatutnya dilakukan (di mana Abdullah tidak mampu diberitahu khasnya mengenai hal menantu lelakinya, Khairy Jamaluddin.

Ini adalah apa yang dilaporkan oleh Time:

Under the prime ministership of his father-in-law (2003–2009), Khairy rose to prominence within UMNO and Malaysian politics generally. He became the deputy chief of UMNO’s youth wing and served as a close personal adviser to Abdullah. Khairy’s perceived influence on Abdullah (Badawi) made both men a target for criticism, including from Abdullah’s predecessor Mahathir Mohamad. On this allegation, Khairy replied that “I am a pretty easy scapegoat. [But] the decisions Dr. Mahathir is unhappy with are entirely made by the Prime Minister and the cabinet.” (Beech, Hannah (30 October 2006). Not the Retiring Type (page three). TIME.)
Jadi, hanya empat bulan selepas Mahathir melancarkan gerakan beliau untuk menggulingkan Abdullah pada Jun 2006, Khairy mendedahkan mengapa Mahathir terlalu kecewa. Mahathir sebenarnya kecewa dengan Khairy dan dia merasakan bahawa satu-satunya cara untuk menjatuhkan Khairy adalah dengan menjatuhkan Abdullah.

Apabila Mahathir menghadiri forum tersebut pada April 2008 di Singgahsana, sebahagian daripada kemarahannya adalah apabila Khairy telah diberikan kerusi untuk bertanding pada pilihan raya umum Mac 2008 (dan memenangi kerusi Rembau Negeri Sembilan melawan Chegubard dari PKR). Ini memberikan Khairy kelebihan.

Pada tahun 2009, Khairy bertanding di peringkat kepimpinan Pemuda Umno dan menang dalam pertandingan tiga penjuru dengan Mukhriz dan Khir Toyo. Dan ini menjadikan Mahathir bertambah marah kerana jika Najib mengarahkan (atau memberi amaran) Khir Toyo untuk tidak bertanding, Mahathir percaya bahawa dalam pertandingan satu lawan satu Mukhriz akan menang.

Dalam erti kata lain, Mahathir percaya bahawa jika ia adalah satu lawan satu antara Khairy dan Mukhriz, semua orang yang mengundi Khir akan mengundi Mukhriz. Keyakinan ini adalah berdasarkan kepada fakta bahawa Khairy mendapat 304 undi, Khir 254 undi manakala Mukhriz mendapat 232 undi. Jadi, jika Khir tidak bertanding, maka Mukhriz akan mendapat 586 undi (Khir 254 undi ditambah kepada 232 undi Mukhriz) terhadap 304 undi Khairy.

Dan ini bermakna Mukhriz dan bukannya Khairy yang akan menjadi Ketua Pemuda Umno pada tahun 2009.

Tetapi ianya tidak berlaku begitu. Anda tidak boleh menganggap bahawa yang mengundi Khir akan mengundi Mukhriz sekiranya berlaku pertandingan satu lawan satu dari asalnya pertandingan tiga penjuru. Sebagai contoh, apabila Tengku Razaleigh Hamzah bertanding melawan Musa Hitam, orang-orang yang mengundi beliau tidak mengundi untuk beliau apabila beliau bertanding menentang Mahathir.

Hanya seorang yang secara peribadi saya kenal, Saad Man, yang penah sekali menjadi Setiausaha Politik Mahathir, mengundi Tengku Razaleigh semasa pertandingan Razaleigh-Musa pada tahun 1981 dan 1984 (walaupun Mahathir menyokong Musa dan bukannya Tengku Razaleigh) beliau mengundi Mahathir ketika Razaleigh bertanding melawan Mahathir pada tahun1987.Jadi menganggap sekiranya Najib mengarahkan Khir jangan bertanding dan jika Mukhriz lawan Khairy maka Mukhriz akan menang namun sebaliknya tersalah langkah (yang menunjukkan bahawa Mahathir sebenarnya tidak realistik terhadap semua itu).

Sudah tentu, walaupun Mahathir begitu kecewa apabila anaknya gagal menjadi pemimpin Pemuda Umno pada tahun 2009, dia berlagak tenang dan tidak menyerang Najib secara terbuka (walaupun di belakang tabir beliau mula menyusun jenteranya untuk berlawan dengan Najib). Mahathir masih perlu kekalkan sedikit ihsan terhadap Najib walaupun bakal berperang dengannya.

Dan pertandingan yang lebih besar adalah pemilihan parti pada tahun 2013 apabila Mukhriz akan bertanding kerusi Naib Presiden Umno. Tetapi enam calon menyertai pertandingan ini dan Mukhriz berada di tempat keempat. Di tempat ketiga ialah Hishammuddin Hussein yang Mahathir percaya jika beliau tidak bertanding maka Mukhriz akan menang sebaliknya.

Sekali lagi, sama seperti pada tahun 2009, Mahathir membuat andaian bahawa jika anda tidak bertanding maka undi anda akan datang kepada saya. Dalam erti kata lain, jika Hishammuddin tidak bertanding maka Mukhriz akan berada di tempat ketiga. Tetapi ia tidak berfungsi cara itu. Jika Hishammuddin tidak bertanding maka orang-orang yang mengundi beliau mungkin mengundi Shafie Apdal atau Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid memperoleh 188 undi manakala Shafie mendapat 177 undi. Hishammuddin mendapat 101 undi berbanding Mukhriz 93. Mohd Ali Rustam dan Mohd Isa Samad mendapat tujuh undi setiap seorang. Mengikut perkiraan Mahathir jika Hishammuddin tidak bertanding, mungkin Mukhriz akan muncul di tempat ketiga atau kedua atau pertama.

Mahathir mungkin betul mengenai nombor tiga tetapi ia tidak mungkin menjadi nombor dua atau nombor satu.

Walaubagaimanapun inilah merupakan penghujung jalannya dan ketika itulah keputusan muktamad telah dibuat bahawa Najib mesti disingkirkan. Mahathir membuat keputusan isu 1MDB akan menjadi senjata digunakan terhadap Najib. Tetapi kita telah bercakap banyak tentang perkara itu sejak dua tahun lalu, jadi mari kita beralih kepada senario semasa.

Bulan lepas, 19-20 September 2016, satu forum telah diadakan di Oxford. anak Mahathir, Marina, dan adik Najib, Nazir, adalah antara mereka yang menghadiri forum itu. Dan tujuan forum ini (seperti dalam forum April 2008 di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya) adalah untuk membincangkan penubuhan sebuah Majlis Presiden atau Council of Elders, yang dikenali sebagai NCC.

Mereka ini adalah anggota Majlis yang dicadangkan.


Sekembalinya dari UK, Nazir berjumpa dengan abangnya, Najib, untuk memaklumkan kepada beliau mengenai pelan ini dan untuk membincangkan penubuhan Majlis. Najib hanya mendengar, agak geli hati tetapi tanpa melakukan apa-apa, mengetahui bahawa adiknya tidak hanya naif tetapi telah dipergunakan oleh Mahathir.

Nazir mungkin tidak menyedari bahawa beliau bukan sahaja alat Mahathir, tetapi Mahathir telah melancarkan ‘rampasan kuasa senyap’ seperti cara yang British lakukan terhadap Sultan. Mahathir menyedari bahawa sejak Disember 2014 beliau telah menyerang Najib tetapi Perdana Menteri masih tidak jatuh. Ada pepatah yang mengatakan: jika anda tidak boleh mengalahkan mereka maka anda menyertai mereka.

Dan ini adalah apa yang Mahathir cuba lakukan. Dia tidak boleh mengalahkan Najib, jadi dia mahu menyertai Najib (dalam mentadbir kerajaan). Tetapi dia mahu menjadi orang yang bertanggungjawab dan mampu untuk memberitahu Najib apa yang perlu dilakukan. Dan cara untuk melakukannya adalah dengan membentuk Majlis dan meletakkan Najib di bawah Majlis ini di mana beliau akan menerima arahan (‘petunjuk’) dari Majlis.

Adakah ini bertepatan dengan bagaimana sebuah negara jiran tertentu melakukannya? (Dan anda tahu siapa yang saya katakan dan apa yang saya maksudkan).

Mahathir berkata, Perdana Menteri harus dipandu oleh Majlis kerana Kabinet adalah tidak berguna. Kabinet dilantik oleh Perdana Menteri, sudah tentu, mereka akan mendengar arahan Najib dan melakukan apa yang dia mahu mereka lakukan. Majlis, bagaimanapun, tidak terdiri dari orang-orang Najib. Jadi Najib tidak akan dapat memberitahu mereka apa yang perlu dilakukan. Sebaliknya, mereka akan memberitahu Najib apa yang perlu dilakukan.

Nazir memberitahu abangnya bahawa ini akan dipanggil Majlis Perundingan Negara atau NCC2. Ia dipanggil NCC2 kerana pada tahun 1969 mereka mempunyai NCC (1). Tetapi  NCC (1), yang diketuai oleh bapa Najib, Tun Razak Hussein, telah ditubuhkan selepas Parlimen digantung. Dalam kes hari ini, Parlimen masih bersidang. Jadi bagaimana Malaysia boleh mempunyai NCC2? Adakah ini bermakna Parlimen kini perlu melaporkan kepada NCC2?

Kua Kia Soong menulis tentang perkara ini semalam di Free Malaysia Today – Adakah Majlis Perundingan Negara 2 terlalu ke hadapan? (BACA DI SINI). Kua adalah anti-Umno dan anti-kerajaan, malah dia juga anti-NCC2.

NCC telah ditubuhkan selepas penggantungan kerajaan awam. Apabila Parlimen digantung maka NCC menggantikan kerajaan awam, sama seperti BMA British ditubuhkan selepas 1945 sehingga pemulihan kerajaan awam Malaya, atau Mageran pada tahun 1969.

Nazir seolah-olah tidak sedar apa yang dicadangkannya. Dia sebenarnya telah mencadangkan pengambil alihan kerajaan di mana kuasa akan beralih dari tangan daripada empat cabang kerajaan (Eksekutif, Perundangan, Kehakiman dan Raja) ke tangan kerajaan dalam kerajaan. Ia adalah hampir sama seperti mempunyai sebuah kerajaan tentera (dan mengulangi semula strategi diplomasi kapal perang pihak British).

Pendek kata, rampasan kuasa telah dirancang di Oxford pada bulan September dan adik Najib, Nazir, telah digunakan untuk membawa kata dua tersebut kepada Perdana Menteri untuk memaklumkan kepada beliau bahawa mereka (Majlis atau NCC2) telah mengambil alih kawalan negara.

Jika anda teliti ‘Rogues’ Gallery’ ‘di atas, anda boleh melihat bahawa tidak ada orang Umno berada dalam NCC2. Mereka terdiri daripada Presiden MCA dan Gerakan sekadar hiasan untuk membuat ia kelihatan seperti NCC adalah pro kerajaan. Adakah Presiden MCA dan Gerakan telah berunding dan mereka telah bersetuju untuk menyertai Majlis ini?

Nazir terlalu bodoh sehingga sanggup bersama-sama dengan mereka ini. Adakah dia tidak tahu yang dia bukan sahaja dipergunakan tetapi merupakan ahli yang aktif dalam rampasan kuasa untuk mengambil kuasa daripada Perdana Menteri, Kabinet dan Parlimen Malaysia? Jika di negara jiran lain pasti Nazir akan berada dalam penjara sekarang.

Ahli-ahli NCC2 dipilih sendiri oleh Mahathir. Najib tidak mempunyai suara dalam perkara itu. Najib hanya akan menerima senarai ini dan membiarkan mereka mengambil alih kerajaan. Selepas itu empat cabang kerajaan (Eksekutif, Perundangan, Kehakiman dan Raja) akan digantikan dengan NCC2.

Semalam, Tunku Abdul Aziz Ibrahim berkata, “NCC2 mungkin idea Dr. M’.” (Lihat dibawah)

Nazir mungkin terasa dan menjawab dakwaan Tunku Aziz seperti berikut:


Nazir sensitif tentang apa yang Tunku Aziz katakan kerana dia tiba-tiba menyedari yang dia tidak betul-betul faham implikasi NCC2. Nazir tidak sedar bahawa apa yang dicadangkan kepada abangnya sebenarnya adalah pengambilalihan kerajaan di mana empat cabang kerajaan (Eksekutif, Perundangan, Kehakiman dan Raja) akan diatasi oleh Majlis Mahathir. Supaya menjadikan dia seorang ahli politik baru yang sepatutnya tidak lagi berpolitik.

Jika wujud sebarang keraguan sebelum ini tentang tahap kepintaran Nazir, hari ini telah mengesahkan bahawa dia agak bodoh. Bagaimana dia boleh pergi kepada abangnya dan mencadangkan idea di mana kerajaan akan diserahkan kepada Majlis Mahathir dan Eksekutif, Perundangan, Kehakiman dan Raja akan diletakkan di bawah kawalan Mahathir?

Masalahnya ialah Nazir menganggap dirinya lebih bijak daripada abangnya. Dia fikir dia dan bukan Najib yang harus menjadi Menteri Kewangan Malaysia. Apabila budak-budak Mahathir mengampu beliau dan mengatakan sayang sekali Najib, dan bukan dia yang menjadi Perdana Menteri, beliau telah termakan umpan. Nazir perlu sedar bahawa mereka hanya mempergunakan beliau untuk menentang abangnya kerana jika adik Najib sendiri menentang beliau, maka konotasinya adalah sesungguhnya Najib memang tidak baik.

(NST) – Aktivis sosial Tunku Abdul Aziz telah menyanggah idea membentuk sebuah majlis perundingan kebangsaan (NCC) yang dikatakan menggalakkan integrasi kaum. Tunku Aziz berkata beliau tidak dapat memahami mengapa terdapat keperluan berlebihan untuk individu yang tidak dipilih penggubal undang-undang untuk menjalankan usaha perundangan.

“Kita sudah ada sistem pentadbiran, ruang untuk perundingan dan penyebaran maklumat dasar dan inisiatif kepentingan awam kerajaan,” katanya.

Tunku Aziz berkata beliau difahamkan bahawa kedua-dua individu di sebalik pembentukan NCC ialah Pengerusi Kumpulan CIMB dan pengarah bukan bebas bukan eksekutif Datuk Seri Nazir Razak dan Pengarah Urusan Kumpulan Star Media Group dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Wong Chun Wai . “Mengapa kita perlu menyediakan satu lagi kumpulan warganegara apabila kita sudah ada perlembagaan kita, satu sistem di mana terdapat badan kehakiman, eksekutif dan perundangan. Dasar ini adalah perkara perundangan, “katanya. 

Tunku Aziz juga berkata jika Nazir dan Wong mahu mengganggu proses perundangan di negara ini, kedua-dua lelaki itu perlu bertanding kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum akan datang. “Saya menggalakkan mereka menjadi ahli politik sepenuh masa untuk terlibat dalam hal-hal politik yang penting, yang berkaitan dengan proses membuat undang-undang,” katanya.

Tunku Aziz juga mendesak agar idea untuk membentuk NCC dikaji dengan teliti jika wujud unsur-unsur subversif. Beliau berkata rakyat Malaysia yang lain juga telah menyatakan kebimbangan bahawa NCC mungkin ilham daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed yang mungkin menjadi daya penggerak di sebalik persediaan majlis yang dicadangkan.

Tunku Aziz berkata, kebimbangan bahawa cadangan “agenda khas” itu untuk melemahkan kerajaan yang memerintah dan juga Perdana Menteri yang dipilih secara demokrasi. Terdapat khabar angin mengatakan bahawa Dr Mahathir adalah individu di belakang plot NCC ini. Sekali lagi, saya tidak terkejut mendengar khabar angin atau plot tersebut. Saya tidak terkejut bahawa nama Tun Mahathir telah dikaitkan dengan cadangan ini, “katanya.


No comments

Post a Comment

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”