Thursday, October 6, 2016

Mukhriz : Satu peluru untuk dua kaki

Mukhriz tidak tahu bahawa Mahathir sedang cuba memuktamadkan perjanjian damai dengan Najib. Jadi... thumbnail 1 summary
Mukhriz tidak tahu bahawa Mahathir sedang cuba memuktamadkan perjanjian damai dengan Najib. Jadi dia membuka mulutnya dan berkata perkara yang salah yang meletakkan rundingan tersebut dalam bahaya. Mukhriz terbukti mengundang bencana maka Mahathir mungkin perlu menaruh harapan kepada Mokhzani bagi menyelamatkan keluarga dan membina dinasti keluarga. #countercoup1msia

Semalam, Mukhriz Mahathir berkata, beliau tidak tahu sama ada mahu ketawa atau menangis ketika mengulas kenyataan Annuar Musa bahawa dia dialu-alukan kembali ke dalam Umno jika dia mahu ‘pulang’.

Saya mengenali Annuar secara peribadi, dimana saya telah mengenali beliau sejak tahun 1980-an ketika dia hanya pegawai dalam SEDC Kelantan. Setiap kali kami bertembung, walaupun amat jarang, kami masih berpeluk, gaya Arab. Kali terakhir saya bertemu beliau di rumah Tengku Razaleigh Hamzah pada tahun 2007.

Bagaimanapun, Annuar, sebagai ahli politik yang bijak dan berpengalaman, hanya membuka pintu untuk Mukhriz mengatakan sesuatu yang positif. (Orang Melayu memanggil ini main sepak raga: anda lambung supaya pemain yang lain boleh menyepak). Sebaliknya, Mukhriz bukan sahaja menembak kakinya sendiri, malahan dia menembak kaki Mahathir juga – satu peluru, untuk dua kaki.

Seorang ahli politik tidak pernah membakar semua jambatan. Malah Tun Dr Mahathir Mohamad tidak berbuat demikian. Dia sentiasa meninggalkan sekurang-kurangnya satu jalan keluar. Anda tidak pernah berarak dengan tidak berpatah balik dan dengan hanya kemenangan atau kematian di hadapan anda. Ini adalah apa yang Napoleon lakukan pada tahun 1812 dan Tsar Alexander I dari Rusia menunjukkan kepada Napoleon kebodohan strategi hidup atau mati beliau.

Jadi apa yang Annuar telah lakukan itu adalah membiarkan pintu terbuka untuk Mukhriz – yang merupakan strategi yang paling berhemah pada masa ini untuk Mukhriz jika tiada apa-apa lagi pilihan yang nyata di hadapan beliau. Dan seorang ahli politik yang baik tidak akan menutup pintu itu dan membakar jambatan mereka.

Pendek kata, orang Melayu akan berkata: jangan cerai talak tiga – bermaksud agar tidak memutuskan kepada jalan yang terakhir. Tetapi ini adalah apa yang Mukhriz lakukan dan apabila Mahathir mendapat tahu dia benar-benar marah dan menjerit agar Mukhriz dibawa ke padanya dalam apa keadaan sekalipun.

Tun Dr Siti Hasmah Ali begitu bimbang yang orang tua itu akan, sekali lagi, masuk IJN maka dia memberi Mukhriz jelingan tajam – dan jika mata boleh membunuh Mukhriz telah dikebumikan pagi ini.

Sebenarnya, saya boleh mengatakan perkara yang sama seperti Mukhriz : Saya tidak tahu sama ada mahu ketawa atau menangis mengenai kebodohan beliau. Dan bapanya, Mahathir, juga terdiam sehingga tidak boleh ketawa atau menangis.

Ini membuktikan Mahathir tidak pernah memberitahu Mukhriz segala-galanya. Boboi ini sungguh mentah dan dia tidak tahu bila untuk menutup mulutnya. Jadi Mahathir hanya berurusan dengan Mukhriz bila perlu sahaja.

Ia adalah kerana Mukhriz tidak tahu bagaimana untuk menjaga mulutnya yang seluruh dunia kini tahu bahawa Mahathir dalang di balik sabotaj IPO 1MDB dan beliau mengunakan Bank Negara untuk mencapai matlamat. Jika tidak, kita tidak akan tahu tentang peranan Mahathir dalam mensabotaj 1MDB dan sebab dia berbuat demikian, seperti yang dinyatakan oleh Haris Che Mat.

Malah, Haris telah mencabar Mukhriz bersumpah dengan Quran bahawa ini tidak begitu (BACA DI SINI).

Kemudian kita ada Jabatan Kehakiman Amerika dan pengumuman Peguam Negara AS pada 20 Julai 2016, yang Mukhriz dan penyokong beliau ‘sambut’ di Bangsar dengan cerut. Tanpa disedari, Mukhriz mendedahkan bahawa dia tahu apa yang akan berlaku sebelum ia berlaku kerana Mahathir adalah dalang di belakangnya, menurut RPK.

Kemudian, pada 26 Julai 2016, apabila mereka telah merancang sidang akhbar mereka, Khairul Azwan Harun membuat laporan polis dan “caught all of them with their pants down.”. (BACA DI SINI).

Bekas Ketua SPRM, Abu Kassim Mohamed, panik dan berlari ke pejabat Perdana Menteri (tetapi gagal untuk bertemu dengannya) manakala Abdul Gani Patail, bekas Peguam Negara, MIA (hilang) kerana dia tahu bahawa permainan telah tamat.

Jadi Mahathir tahu bahawa dia perlu melayan Mukhriz hanya atas dasar “bila ada keperluan untuk tahu” saja. Dengan pasukan geraksaraf Najib yang sering berjaya bertindak balas awal, jelas bahawa seseorang atau beberapa orang telah terlepas cakap, sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja. Walau bagaimanapun, ianya tetap merbahaya jadi sekarang Mahathir perlu lebih berhati-hati pada siapa beliau melepaskan maklumat rancangan.

Saya belum dapat bercakap dengan Annuar Musa lagi, bagaimanapun, mengenali beliau, selain daripada membuka pintu untuk Mukhriz, beliau boleh juga telah menetapkan perangkap untuk Mukhriz mengetahui bahawa Mukhriz akan berjalan terus ke dalamnya. Semestinya Annuar telah menghidu yang Mahathir tidak lagi mempunyai apa-apa pilihan jadi satu-satunya laluan yang terbuka kepada Mahathir adalah dengan membuat perjanjian.

Saya telah menerima beberapa mesej daripada sumber dalaman saya beberapa hari lepas memberitahu saya bahawa Mahathir sedang cuba membuat perjanjian dengan Najib, Mahathir menghantar orang tengah untuk bertemu Najib, Mahathir telah meminta Tengku Razaleigh Hamzah untuk bercakap dengan Najib, dan sebagainya.

Setiap hari saya menerima banyak maklumat, tetapi saya perlu berhati-hati dengan semua maklumat ini. Saya perlu menyemak semula dan periksa maklumat yang saya terima kerana walaupun Tengku Razaleigh Hamzah sendiri memberitahu saya sesuatu dan Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa maklumat itu benar (seperti maklumat mengenai Rosmah Mansor berada di tempat kejadian pembunuhan Altantuya) yang tidak semestinya benar.

Kadang kala kita perlu belajar sesuatu dengan cara yang menyakitkan (seperti yang berlaku pada tahun 2008). Jadi, walaupun beberapa sumber memberitahu saya bahawa ‘Mahathir cuba untuk membuat perjanjian dengan Najib, Mahathir menghantar orang tengah untuk bertemu Najib, Mahathir telah meminta Tengku Razaleigh Hamzah untuk bercakap dengan Najib,’ dan sebagainya, saya mengabaikan dahulu maklumat ini dan anda mungkin perasan bahawa sejak beberapa hari lepas saya tidak pernah menulis apa-apa berkenaan perkara ini.

Sekarang, Annuar Musa sangat rapat dengan rakan-rakan-Kelantan Tengku Razaleigh Hamzah. Jadi, jika maklumat itu benar (dan Saya tidak mengatakan ia adalah benar), yang bermakna Annuar akan tahu apa yang kita tidak tahu. Dengan mengandaikan cerita ini adalah benar, ia akan masuk akal untuk Annuar meletakkan perangkap untuk Mukhriz dengan ‘mengundang’ Mukhriz kembali semula ke dalam Umno (hanya spekulasi saja di sini, okay?).

Mengenali Mukhriz, ego beliau tidak akan membenarkan dia untuk berdiam diri. Beliau akan menjawab dan apa sahaja jawapan balas beliau akan membunuhnya. Jika dia berkata ‘terima kasih tetapi biarlah saya fikirkan’ dia akan mati dan jika dia mengatakan ‘tidak mungkin saya akan kembali ke Umno, dia juga akan mati.

Mukhriz sepatutnya berdiam diri atau pergi bercakap dengan bapanya dahulu dan bertanya apa yang dia katakan. Sekiranya benar yang Mahathir sedang cuba membuat perjanjian dengan Najib maka lebih baik dia tidak berkata apa-apa. Jika anda menutup pintu maka ia akan menjadi janggal kepada Mahathir untuk terus berbincang dengan Najib.

Saya maksudkan ia sama seperti DAP menutup pintu kepada PAS dengan talak tiga dan hari ini Anwar berkata mereka perlu terlebih dahulu berbincang dengan PAS sebelum bercakap mengenai pakatan pembangkang baru yang lebih besar. Jadi, apa yang DAP kini lakukan, mencari Cina buta? Dan sekarang Mukhriz juga perlu mencari sang cina buta selepas berkata, “Kami kekal di sini. masa Umno sudah habis.”

Mukhriz memberitahu dengan jelas bahawa agenda beliau adalah untuk menghancurkan Umno dan Barisan Nasional. Ia adalah misi hidup atau mati. Jadi sama ada memusnahkan Umno dan Barisan Nasional atau mati kerana mencuba. Selepas beliau mengisytiharkan tidak akan berpatah balik, dia tidak mempunyai pilihan tetapi untuk pergi ke hadapan dan menghadapi apa sahaja yang ada di hadapan beliau, walaupun api neraka.

Tetapi itu adalah cakap-cakap "Chico" yang serba mentah, "Boboi" yang bermasalah. Mahathir pada umur 91 tahun hanya tinggal saki baki tahun saja lagi tidak mampu menangani misi bunuh diri ini. Terdapat banyak lagi perkara yang dipertaruhkan di sini. Keegoan tidak meletakkan kuasa di tangan anda atau wang dalam poket anda. Ia hanya memusnahkan kamu dan menghancurkan impian anda. Dan impian Mahathir adalah untuk menyelamatkan kekayaannya (kini di tangan pemegang amanah, proksi, calon-calon dan kroni) dan untuk membina dinasti dengan anaknya sebagai bakal Perdana Menteri.

Mula-mula Mahathir cuba kaedah "terus ke atas" tetapi ia gagal. Dan ia gagal kerana beliau bukanlah Lee Kuan Yew dan anaknya bukan Jeneral Lee Hsien Loong. Tambahan pula, Najib enggan menjadi "Goh Chok Tong" kepada Mahathir dan bertindak sebagai mentor dan pengasuh kepada Mukhriz (yang merupakan ramuan penting bagi menjayakan rancangan tersebut).

BACA SETERUSNYA DI SINI:


** “MAHATHIR TERIMA KEKALAHAN”: MAHATHIR ACCEDES DEFEAT (MAD)

** YANG PASTINYA MAHATHIR BUKAN LEE KUAN YEW

Kesilapan terbesar Mahathir adalah bahawa di kala dia mempunyai banyak isu untuk menyerang Tun Abdullah Ahmad Badawi (sesuatu seperti ‘sepuluh dosa-dosa besar’ atau Sepuluh Dalil), beliau hanya mempunyai satu isu sahaja terhadap Najib, iaitu 1MDB.

Selain daripada memilih 1MDB sebagai alat kerana Mahathir tidak mempunyai apa-apa lagi untuk digunakan jika dia tidak menggunakannya, 1MDB juga merupakan ikon atau simbol Najib. Maksud saya ia adalah seperti sekiranya anda mahu menjatuhkan Mahathir anda perlu serang Proton kerana itu adalah ikon atau simbol untuk Mahathir.

Apabila Tengku Razaleigh membuat langkah beliau untuk menggulingkan Mahathir, beliau tidak menggunakan atau mensabotaj Proton sebagai alat walaupun dia boleh. Dan itu adalah kerana jika dia “menyakiti” Proton maka dia akan “menyakiti” Malaysia juga, walaupun Tengku Razaleigh tahu bahawa Proton adalah satu kesilapan.

Mahathir, sebaliknya, tidak mempunyai keraguan untuk “menyakiti” Malaysia dengan menyerang 1MDB. Dia melakukan dengan seluruh daya usaha mensabotaj 1MDB hanya supaya dia boleh menyakiti Najib walaupun dalam proses tersebut beliau telah merosakkan Malaysia. Ini adalah perbezaan yang amat nyata antara Anak Raja dan pseudo-Melayu atau Melayu palsu. Mahathir akan meletupkan seluruh penumpang jet demi untuk membunuh hanya seorang di dalamnya.

Dan serangan Mahathir mengenai 1MDB bukanlah benar-benar serangan ke atas apa-apa kepentingan strategik. Ia hanya kerana 1MDB membawa nama Najib seperti Proton membawa nama Mahathir. Jadi Mahathir mahu memusnahkan maruah Najib sama seperti jika anda menyerang Proton ia adalah mengenai memusnahkan maruah Mahathir.

Ini adalah satu kesilapan yang sama yang Hitler buat apabila dia menyerang Stalingrad. Bandar itu, adalah tidak ada penting ketenteraan atau ekonomi kepada Rusia. Ia adalah semata-mata kebanggaan Stalin kerana ia membawa nama beliau, satu-satunya perkara penting berkait dengan Stalingrad.

Jadi Hitler mahu menawan kota tersebut atau proses memusnahkannya kerana akan menjadi sama dengan memusnahkan nama dan maruah Stalin. Masalahnya ialah Hitler membuat banyak keputusan berdasarkan maruah dan ego. Dan itu adalah punca kejatuhannya. Mahathir tidak belajar darinya dan dia juga membuat banyak keputusan berdasarkan maruah dan ego.

Mungkin ianya yang paling sesuai untuk mengatakan bahawa 1MDB adalah “Stalingrad Mahathir”. Stalingrad adalah permulaan kepada pengakhiran Hitler dan 1MDB juga permulaan kepada kemusnahan Mahathir.

Jadi Mahathir hanya tinggal dua pilihan sahaja. Berjuang hingga akhir seperti Hitler dan kemudiannya membunuh diri bersama-sama dengan semua orang kepercayaanya (termasuk anak-anaknya) seperti apa yang Hitler lakukan. Atau meminta untuk berdamai dan cuba untuk berunding perjanjian untuk tiga anak lelaki beliau, yang mana inilah apa yang Mahathir sedang lakukan sekarang.

Sudah tentu, Mahathir perlu memberi gambaran bahawa beliau belum selesai lagi dan masih mempunyai sisa perjuangan. Tetapi dia sedar bahawa kemuncak pertempuran adalah pada bulan Julai 2015 dan sejak itu sehingga Disember 2015 dia hanya bertempur seperti pada hari-hari terakhir peperangan “Third Reich”.

Menjelang Januari tahun ini ‘air pasang telah berubah’ dan pemburu menjadi buruan. Akhirnya ‘hukuman maut’ datang pada Februari 2016 apabila Mukhriz dipecat sebagai Menteri Besar untuk kali ketiga Mahathir keluar daripada Umno pada iaitu pada 29hb.

Selepas itu Mahathir tergolek dan tidak berupaya untuk bangkit lagi.



Airmata Siti Hasmah menafsirkan segalanya: Berakhirnya hidup Mukhriz dan runtuhnya empayar Mahathir.
Airmata Siti Hasmah menafsirkan segalanya: Berakhirnya hidup Mukhriz dan runtuhnya empayar Mahathir.
Jadi sekarang Mahathir hanya mempunyai satu pilihan. Adakah beliau mahu duduk di dalam tempat perlindungannya bersama dengan ketiga anak-anaknya dan membunuh diri? Jika tidak, dia perlu menyelamatkan saki baki yang tinggal. Ini bermakna beliau perlu tunduk dan mengaku kalah kepada Najib. Najib bukannya manusia pendendam jadi Mahathir masih mempunyai harapan. Najib tidak memusnahkan keseluruhan keluarga Mahathir sepertimana orang tua itu musnahkan Anwar.

Bola, sebagaimana yang mereka katakan, adalah di kaki Mahathir. Walau bagaimanapun, sebelum Mahathir boleh membuat keputusan tentang di mana beliau mahu menendang bola itu, Mukhriz telah membuka mulutnya dan membiarkan udara keluar dari bola itu. Jadi bola yang kempis mungkin menjadi sudah tidak bernilai.

Jadi Mahathir mungkin menggugurkan Mukhriz sepenuhnya dan sebaliknya mula tumpukan kepada Mokhzani. Mokhzani telah terbukti umpama mentol cerah dalam “lampu chandelier”. Tetapi dalam masa ini SC sedang menyiasat Mokhzani di atas kes “insider trading” dan ada kemungkinan dia boleh ditangkap dan didakwa. Jadi Mahathir perlu untuk menyelesaikan masalah ini terlebih dahulu. Apabila Mokhzani didakwa ia akan menjadi sudah terlambat.

Ketika Hitler berada di tempat perlindungannya sambil menimbang mahu membunuh diri, mengenang enam tahun hidupnya sebelum itu. Tetapi dia sedar sudah terlambat tentang kesilapan yang beliau lakukan dan sudah tidak mampu untuk memperbetulkannya. Mahathir masih belum sampai ke tahap itu lagi namun akan sampai ke tahap itu sekiranya beliau tidak bertindak pantas.

Mahathir gagal untuk belajar dari sejarah bagaimana untuk mengelakkannya dari berlaku. Dan itulah sebabnya Najib dengan senang mematahkan gerakannya serta menghukum kesilapannya. Mahathir suka jalan pintas dan cepat. Beliau fikir bagaimana beliau mampu jadikan anaknya jutawan segera dalam masa dua atau tiga tahun beliau mampu juga menjadikan Mukhriz sebagai Naib Presiden UMNO diikuti dengan Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri dengan kadar segera.

Sekarang Mahathir sedar yang beliau telah kalah di dalam permainan strategi ini. Jadi dia kini perlu mengambil jalan keluar melalui jalan diplomasi – yang mana dia akan menjilat kembali ludahnya sendiri dengan membuat perjanjian dengan Najib.

Perjanjian dengan Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim gagal untuk dilaksanakan. Malah, Anwar juga bercakap tentang membawa PAS kembali ke dalam pakatan pembangkang yang bakal mengecewakan PAN dan DAP. Adakah ini bermakna Anwar mahu membubarkan Pakatan Harapan (Apakah yang bakal berlaku jika Anwar bersetuju untuk “tidur sekatil” dengan PAS)?
Dengan cara ini, sejuta tahun pun Pakatan Harapan tidak akan dapat memerintah Malaysia. Juga bermakna Mukhriz tidak akan menjadi Perdana Menteri melalui pakatan pembangkang. Dengan cara apa lagi Mukhriz boleh jadi Perdana Menteri kalau tidak melalui UMNO dan Barisan Nasional? Dan sekiranya Mukhriz terus membebel seperti orang bodoh, Mahathir akan membiarkannya dan beralih kepada Mokhzani.

Saya rasa pada peringkat ini kita perlu menyanyi, “Sedangkan Syed Akbar dan kesemua badut-badut Mahathir tidak dapat menjadikan Mukhriz PM Malaysia..” (menurut rentak lagu ‘Humpty Dumpty’)

Bagi sesetengah orang masa tidak lagi menyebelahi mereka, terutama untuk membina sebuah dinasti baru dengan anak anda sebagai pemimpin utama.
Malaysia Today - 5 Oktober 2015

No comments

Post a Comment

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”