Saturday, March 29, 2014

MH370 TWIN JET IN TEL AVIV: ROLE OF ISRAEL AND SOROS EXPOSED

TANDA TANYA KONSPIRASI MH370: PERANAN ISRAEL & SOROS DIDEDAH (Akan dikemaskini dari masa ke semasa untuk ulasan) "To ignore e... thumbnail 1 summary

TANDA TANYA KONSPIRASI MH370: PERANAN ISRAEL & SOROS DIDEDAH
(Akan dikemaskini dari masa ke semasa untuk ulasan)

"To ignore evil is to become an accomplice to it." ("Mengabaikan kejahatan itu bermakna bersubahat dengannya..") - Dr. Martin Luther King (1929-1968)

Persoalannya. Mengapakah Israel memiliki sebuah pesawat (kembar) yang menyerupai MH370 di dalam simpanannya? Pesawat yang dipertikaikan itu adalah pesawat Boeing 777 2H6(ER) – 28416/155, yang seiras dengan pesawat MH370 yang "hilang".

Ia sudah berada di Israel sejak bulan November 2013. Apakah yang dilakukan oleh Israel pada pesawat rahsia tersebut di dalam sebuah hangar di Tel Aviv?

Apakah ia sebahagian daripada sebuah plot terorisma yang sedang dirancang?

Di manakah pesawat tersebut sekarang?

Monday, March 17, 2014

AMERIKA SYARIKAT DALANG KONSPIRASI MH370

Actual attack map used by US Army personnel in Kiev embassy MENDEDAHKAN KONSPIRASI JAHAT ZIONIS AMERIKA SYARIKAT & YANG BERSEKUTU ... thumbnail 1 summary
Actual attack map used by US Army personnel in Kiev embassy
MENDEDAHKAN KONSPIRASI JAHAT ZIONIS AMERIKA SYARIKAT & YANG BERSEKUTU DENGANNYA, KEATAS PESAWAT MH370 - AL FAEDAH WORLD WIDE WATCH

Sumber emel perisikan Amerika Syarikat yang telah digodam menunjukkan bahawa Amerika Syarikat secara aktif terlibat dalam merancang serangan terorisma keatas fasiliti ketenteraan di Ukraine untuk mengkambing hitamkan Rusia dengan menggunakan pesawat komersil yang telah dirampas dan kemudiannya diubahsuai menjadi pesawat "peluru berpandu".

Oleh yang demikian nampaknya, pihak Amerika Syarikat sedang menggunakan senjata "serampang dua mata" di mana ia dapat melaksanakan bukan dua, malah tiga agenda serentak

1. Menghuru harakan keadaan yang tegang di Ukraine dengan Rusia

2. Mencipta hura-hara di Malaysia di atas nama "Peperangan keatas Terorisma" yang kononnya melibatkan teroris.

3. Mengeruhkan hubungan 2 hala antara Malaysia dengan China

Namun pada masa yang sama, keselamatan penumpang dan krew pesawat tidaklah boleh dipastikan. Mungkin ia digunakan sebagai tebusan keatas Kerajaan Malaysia.

Sekarang tiada siapa boleh mempertikaikan dakwaan-dakwaan akan wujudnya konspirasi besar-besaran yang dirancang oleh pihak Amerika Syarikat dan sekutu-sekutu baratnya, khususnya keatas Malaysia.

Entri ini akan dikemaskinikan dari masa kesemasa. Saya juga telah menyertakan pautan asal pendedahan konspirasi ini supaya tidak boleh dipertikaikan samasekali.

Saturday, March 15, 2014

US caught planning terror attacks in Ukraine

This map, which was attached to a terror plan email, shows where the plane wreckage of a terror attack is to be found by   Gordon D... thumbnail 1 summary

This map, which was attached to a terror plan email, shows where the plane wreckage of a terror attack is to be found

This map, which was attached to a terror plan email, shows where the plane wreckage of a terror attack is to be found

by  Gordon Duff

In a series of hacked emails received from “Anonymous Ukraine” it is clear that Pentagon officials working in concert with extremist elements in the Ukraine have carried out and are planning more attacks in Ukraine.
What is also clear is that these attacks are to be blamed on Russia including blowing up planes at an airport.  Other attacks may well include mass civilian casualties.
The long series of emails include several that are frighteningly incriminating.  This is first of the “worst,” three “smoking gun” false flag planning documents:

Monday, March 10, 2014

MH370: RED FLAG ATAU FALSE FLAG?

10 March 2014 at 11:44. Artikel ini pertama kali saya siarkan di ruang Facebook Al Faedah .   1. MUQADDIMAH Lihatlah insiden... thumbnail 1 summary




10 March 2014 at 11:44. Artikel ini pertama kali saya siarkan di ruang Facebook Al Faedah. 

1. MUQADDIMAH


Lihatlah insiden MH370 dengan pandangan matahati. Jangan terbuai dengan naratif huru-hara yang sedang disogokkan kepada anda supaya anda tidak melihat percaturan sebenarnya.

Anda sedang berhadapan dengan musuh-musuh yang tersembunyi dan sangat pakar dalam operasi false flag. Saya sudah acapkali menekankan kepentingan Malaysia dan perairannya.

Hari ini kita melihat mereka maju setapak lagi dan dengan mudahnya Malaysia diheret ke persada kacamata dunia atas sebab-sebab yang tidak diingini, bersama pihak-pihak yang berkepentingan.

Imam Tirmidzi meriwayatkan dari Abi Sa'id ra dari Nabi saw bahwa baginda bersabda:

“Takutlah kamu kepada firasat orang mukmin, kerana ia memandang dengan cahaya Allah Azza wa Jalla.” (HR Tirmidzi) 

Kemudian baginda membaca ayat: "Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Kami) bagi ‘mutawassimin’ (orang-orang yang memperhatikan tanda-tanda)." (QS Al-Hijr: 75)


والله أعلمُ بالـصـواب

i. KEPADA SIAPAKAH SAYA TUJUKAN ARTIKEL INI

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”