Featured

Mulai tarikh 01012015, saya tidak lagi aktif di Facebook. Kemaskini entri hanya dilakukan di blog AF. Boleh juga gunakan fungsi Chatroll ini jika ada sebarang maklumbalas. Sebaiknya ada pengenalan diri melalui akaun Facebook atau seperti yang tertera pada fungsi sign-in.


Try Relay: the free SMS and picture text app for iPhone.

Zuckerberg, Hawking dan Yuri Milner labur AS$100 juta untuk projek buru makhluk asing

by 3:00 AM
Dari dulu saya merasakan bahawa fitan kemunculan Dajjal itu akan berhubungkait rapat dengan fenomena "makhluk asing" (baca Jin). Perkembangan terkini semakin jelas menunjukkan bahawa segala propaganda, geraksaraf (psy-op) dan kemajuan teknologi angkasa lepas sekian lama ini mempunyai agenda yang tersirat dan tersendiri. - Alfa

Zuckerberg, Hawking kini buru makhluk asing
26 September 2016

NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Bagi merealisasikan matlamat untuk menjejaki makhluk asing, tiga individu hebat di dunia melabur sebanyak AS$100 juta (RM411.4 juta) dalam projek yang dinamakan Breakthrough Listen bagi memburu makhluk itu di planet Proxima b.

Memetik laporan Mail Online, Mark Zuckerberg, Yuri Milner dan Stephen Hawking berkata, pelaburan itu akan membolehkan mereka melengkapkan misi itu bagi pembelian teleskop tercanggih di dunia bertujuan untuk mendengar isyarat-isyarat dari angkasa lepas.

"Kami mempunyai sasaran tepat yang membuatkan misi ini lebih jelas," ujar Milner.

Planet berbatu Proxima b yang digelar sebagai Earth 2.0 dipercayai mempunyai persekitaran yang boleh menampung kehidupan dan terletak kira-kira 40 trilion kilometer dari bumi.

Kini pasukan Breakthrough Listen telah pun mengumpulkan data dari sistem bintang lain menggunakan teleskop Radio Green Bank di West Virginia dan Pusat Pemerhatian Pencarian Planet Automatik Lick di California.

Projek yang bermula pada Januari lalu ini akan mengumpul data mengenai planet Proxima b dalam tempoh 10 tahun.

Dengan penggunaan kelengkapan tercanggih, kapasiti carian akan menjadi 50 kali lebih sensitif, 10 kali lebih dekat dengan langit, dan dengan kelajuan pencarian 100 kali lebih pantas.

Stephen Hawking, Mark Zuckerberg and Yuri Milner begin £76million search for alien-life

The three billionaires are funding a multi-million pound project
THE hunt for aliens received a major boost as three of the world's richest and most intelligent men are ploughing money to see if there is life on a distant Earth-like planet.

By Vickiie Oliphant

PUBLISHED: 09:40, Sat, Sep 24, 2016 | UPDATED: 09:45, Sat, Sep 24, 2016

Physicist Stephen Hawking, Facebook CEO Mark Zuckerberg and Russian entrepreneur Yuri Milner hope to be the first men to find aliens by looking for signals on a planet four light years away.

Named Proxima b, the rocky planet could have the right conditions to host life - much like our very own Earth.

The £76 million project ($100 million) known as Breakthrough Listen will use the world’s most powerful telescope to listen out for messages from potential extra-terrestrial life.

So it’s only fitting the three billionaires will be helping to fund the costly scientific mission.
Proxima b is four light years away - around 25 trillion miles
Last month, astronomers revealed that our nearest star Proxima Centauri is likely to be the sun to another Earth-like world.

Mr Milner told the Daily Mail: “It came only a few months after Stephen Hawking and I, with Mark Zuckerberg’s support, launched our Breakthrough Starshot project, which aims to launch a tiny spacecraft to Alpha Centauri within a generation.

“At the time, we hoped there was a planet in the Centauri system, but we didn’t know.

“Now we have a definite target. That makes the mission feel more tangible.”
Thousands of new planets have been discovered before but Proxima b - although four light years or 25trillion miles away - is believed to be the closest to our solar system.

Professor Hawking says he is backing the project as he believes we should find aliens before they find us.

Although adding we should be wary of reaching out to extra-terrestrial life if we find it, he said: “As I grow older I am more convinced than ever that we are not alone.”

But Milner has a more celebratory response, saying if he did hear signals from an alien civilisation he would “take a bottle of champagne out of the fridge and start thinking about the message back.”

Hawkings said we should be wary about contacting aliens
Milner said he would crack open the champagne if they found alien life
Next month, the Breakthrough Listen team will begin to look for radio emissions that differ from the normal background noise, using the Parkes Observatory in Australia which received live images of the Apollo 11 moon landing in 1969.

Researchers hope to avoid a false alarm similar to the ‘alien’ signals picked up by the RATAN-6000 telescope in Russia, but they say this could be trickier than it sounds.

Andrew Siemion, Director of Berkeley Search For Extraterrestrial Intelligence Research Centre, said: “Our notion of what types of emission are produced by technology is informed by our own technology...our own technology presents a significant interfering background.”

The Breakthrough Listen team has already collected data on other star systems using the Green Bank Radio Telescope in West Virginia and Lick Observatory's Automated Planet Finder in California.

Mahathir Tembak “Kuda” Sendiri

by 5:38 PM
Hari ini, pada jam 11:00 pagi, Armand Azha Abu Hanifah akan membuat laporan polis terhadap Robin Tan dan Tong Kooi Ong di Balai Polis Dang Wangi. Armand mengeluarkan notis semalam (LIHAT DI SINI) mengenai program tersebut dengan menyebut kedudukannya sebagai seorang ahli EXCO Pemuda Umno. #countercoup1msia #mahathir_kena_pintas_lagi

27 September 2016 - Yang sebenarnya Pemuda Umno tidak terlibat dengan laporan polis ini, malah tidak juga membenarkan pengumuman tersebut atau membuat laporan polis. Armand sebenarnya membuat laporan polis ini bagi pihak Tun Dr Mahathir Mohamad dan hanya menggunakan nama pergerakan Pemuda Umno sebagai penyamaran.

Menurut RPK, Armand sebenarnya memakai dua topi. Satu adalah topi Pemuda Umno dan yang kedua adalah topi Perkasa (Persatuan Pribumi Perkasa), seperti mana yang ditunjukkan di dalam gambar di bawah. Armand boleh menukar topi antara Pemuda Umno dan Perkasa mengikut kesesuaian beliau. Armand bukan benar-benar seorang pemimpin Pemuda Umno yang telah menyertai Perkasa tetapi sebenarnya seorang pemimpin Perkasa yang telah menyusup masuk ke dalam Pemuda Umno.

Ramai yang berfikir bahawa Umno dan Perkasa adalah satu dan sama serta Perkasa bertindak sebagai cabang “militan Umno” – sama seperti Irish Republican Army (IRA) adalah atau pernah menjadi cawangan militan Sinn Fein. Dan itulah sebabnya mengapa ramai orang berpendapat bahawa Umno adalah “parti militan” atau perkauman, yang sebahagian besarnya adalah kerana Perkasa.

Pada bulan September tahun 2010, Ibrahim Ali mendakwa bahawa 60% ahli Perkasa adalah ahli UMNO. Yang sebenarnya Perkasa adalah “kuda Trojan” Tun Dr Mahathir Mohamad. Ia adalah tentera peribadinya, pintu belakang untuk masuk dalam Umno supaya dia boleh mengawal Umno melalui proksinya, sesuatu perkara yang Mahathir begitu gemar melakukan sejak dahulu lagi.

Perkasa ditubuhkan pada tahun 2008 tidak lama selepas pilihan raya umum pada bulan Mac. Alasan yang mereka berikan untuk membentuk Perkasa adalah bahawa mereka memerlukan benteng terhadap orang Cina yang kebanyakannya mengundi pembangkang.

Pada dasarnya ‘‘western belt’ atau “tanahair Cina” Pulau Pinang, Perak dan Selangor (tambah Kedah, sudah tentu) adalah di dalam tangan pembangkang. Gurauan ketika itu adalah anda boleh memandu dari Pulau Pinang ke Selangor (yang mengawal 70% daripada aktiviti ekonomi Malaysia Barat) tanpa menyeberangi negeri Barisan Nasional. Jadi mereka memerlukan Perkasa untuk “menjaga Tsunami Cina” seperti yang mereka laungkan.

Itulah sebenarnya tidak masuk akal. Tsunami Cina telah berlaku dan apa yang perlu dijaga lagi? Ia seperti mengatakan bahawa anda perlu mengunci pintu kandang untuk memastikan kuda tidak terlepas sedangkan pintu kandang tersebut sememangnya selamat.

Sebenarnya, Tsunami Cina dalam pilihan raya umum Mac 2008 adalah hanya alasan untuk menyembunyikan niat sebenar mewujudkan Perkasa. Mahathir mencipta Perkasa bagi memastikan bahawa Mukhriz menang kepimpinan Pemuda Umno – yang beliau telah bertanding pada tahun berikutnya iaitu pada tahun 2009. Dan rangkaian “Mafia Perkasa” atau hubungan Perkasa di dalam Pemuda Umno akan membantu memberikan kemenangan tersebut. Malangnya, sebaliknya Khairy Jamaluddin menang. Jadi “bayangan” Pergerakan Pemuda Umno yang bergerak di dalam Pemuda Umno gagal dalam tugasnya.

Mahathir adalah pengasas, penaung dan pembiaya Perkasa. Beliau mengarahkan Perkasa dari belakang tabir dan memberitahu apa yang perlu dilakukan dan bila untuk melakukannya. Menurut Ibrahim Ali, Mahathir juga yang menyediakan kenyataan-kenyataan sepatutnya bagi pihak Perkasa untuk memastikan bahawa mereka berkata perkara yang sama dengan apa yang Mahathir ingin sesuatu kenyataan disampaikan. Pendek kata, Ibrahim Ali melaporkan terus kepada Mahathir.

Mahathir sedar dia “hilang kuasa” mengawal Umno. Sejak bersara pada November 2003 Perdana Menteri ketika itu tidak lagi mengambil arahan daripada beliau. Jadi beliau memerlukan pintu belakang ke dalam Umno untuk mengawal Umno. Dan ianya adalah Perkasa. Kemudian dia boleh mengarah Perkasa apa yang perlu dilakukan dan tindakan mereka lakukan adalah atas nama Umno. Jadi, melalui Perkasa, Mahathir boleh untuk terus mentadbir Umno.

Umno tidak terlalu gembira akan perkara ini tetapi mereka tidak mahu mengecewakan Mahathir. Jadi Ketua Setiausaha tutup sebelah mata, kadang-kadang beliau tutup kedua-dua matanya. Mereka melihat apa yang Mahathir lakukan kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi apabila beliau enggan mendengar arahan. Jadi ia jalan yang terbaik adalah membiarkan sahaja apa yang Mahathir ingin buat dengan Perkasa – yang mana bertujuan untuk menggunakannya sebagai pintu belakang ke dalam Umno dan melakukan perkara-perkara di atas nama Umno.

Perkasa adalah toksik dan ia menyebabkan Umno menjadi toksik juga. Tetapi siapa yang akan jadi “tikus untuk tarik perhatian kucing” ‘Kematian” Abdullah di tangan Mahathir menyebabkan tiada siapa yang ingin sukarela menjadi “tikus” tersebut. Yang terbaik yang mereka boleh harapkan adalah orang akan tahu bahawa Perkasa dan Umno adalah dua entiti yang berasingan dan Perkasa bukan satu ‘cabang’ Umno.

Jadi laporan polis hari ini yang Armand buat adalah laporan dari pihak Perkasa dan bukannya sebagai laporan polis bagi pihak Umno. Tetapi beliau menggunakan jawatannya sebagai ahli EXCO Pemuda Umno dan bukan jawatannya dalam Perkasa. Kemudian ia akan kelihatan seperti Umno yang bertindak ke atas Robin Tan dan Tong Kooi Ong dan bukannya Perkasa, yang bermaksud Mahathir yang bertindak ke atas mereka sebenarnya, menurut RPK.

Sebab mengapa Mahathir mahu Armand untuk membuat laporan polis pada hari ini adalah untuk menjadi contoh kepada kedua-dua – Robin dan Tong – ditambah ianya untuk menunjukkan kepada pemegang amanah lain, penama, proksi dan kroni apa yang akan berlaku kepada anda jika anda cuba untuk menyeberangi dan meninggalkan ANC (Kempen Anti-Najib).

Mahathir benar-benar kecewa dengan Robin dan Tong dan jika orang tua itu membenarkan tindakan tersebut maka ianya akan menggalakkan pemegang amanah lain, penama, proksi dan kroni untuk melakukan perkara yang sama. Jadi Mahathir berharap sekali kedua-dua dihukum dengan laporan polis ini hari ini, yang lain akan takut dan akan akur dan mendengar apa yang dikatakan kepada mereka.

Tahun lepas, Vincent Tan dan Robin Tan “menghadiahkan” Mahathir sebuah parti hari jadi yang mewah. Tahun ini, mereka tidak mempedulikannya. Kadir Jasin mengadu bahawa Mahathir kini terpaksa untuk menyewa jet peribadi dan tidak lagi dapat menggunakan dengan percuma jet peribadi Vincent Tan, kata RPK lagi.

Kadir mengakui bahawa ramai pemegang amanah, penama, proksi dan kroni tidak lagi melayan Mahathir seperti “Raja”. Malah, mereka kini menjauhkan diri mereka daripada Mahathir apabila mengetahui bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memenangi “pertempuran” ini dan Mahathir bakal dikuburkan – bersama-sama dengan anak lelaki beliau, pemegang amanah, penama, proksi dan kroni yang enggan bertaubat dan minta maaf.

Apa yang Mahathir tidak sedar ialah bahawa semua itu pemegang amanah, penama, proksi dan kroni telah merayu memohon maaf kepada Najib. Mereka telah mengaku bahawa mereka membiayai kempen ANC oleh Mahathir dalam usaha untuk menggulingkan Najib dan menggantikannya dengan seorang “Perdana Menteri proksi”.

Untuk bersihkan ini dan untuk berikrar bahawa mereka tidak lagi akan membiayai Mahathir untuk menjatuhkan beliau, Perdana Menteri telah mengisytiharkan pengampunan. Semua dosa yang telah lalu akan diampuni selagi mereka tidak terus membiayai kempen untuk menggulingkan Perdana Menteri.

Mahathir telah menggunakan The Edge dan The Malaysian Insider dalam usahanya untuk menggulingkan Najib. Apabila Tong telah ‘ditangkap’ menbiayai Xavier Andre Justo sebanyak $ 2 juta untuk mereka-reka ‘bukti’ terhadap 1MDB, Tong telah menutup operasinya dan mengakui peranannya dalam ANC. Dan ini menimbulkan kemarahan Mahathir, kerana itulah maka nama beliau juga termasuk di dalam laporan polis pada hari ini, menurut Malaysia Today.

Laporan polis yang dibuat oleh Armand akan mendedahkan bahawa Robin dan Tong memberikan wang Mahathir untuk membantu membiayai usaha untuk menggulingkan Najib. Baru-baru ini, Ketua Polis Negara mengumumkan bahawa sesiapa yang ingin membuat laporan polis maka perlulah ia sertakan dengan bukti. Ketua Polis Negara tidak mahu laporan polis berdasarkan khabar angin atau tekaan sahaja, menurut Malaysia Today lagi.

Jadi, hari ini, laporan polis Armand mesti disokong oleh bukti yang kukuh. Jika tidak pihak polis mungkin bakal menangkap Armand di atas jenayah melakukan laporan polis palsu. Dan Armand mempunyai bukti bahawa Robin dan Tong telah memberikan wang kepada Mahathir. Dan dengan bukti tersebut ianya mengesahkan “dokumen laporan” yang dibuat oleh Mahathir sendiri.

Dengan kata lain, Mahathir meminta Armand untuk membuat laporan polis terhadap Robin dan Tong. Dan Mahathir menyediakan bukti untuk menyokong laporan polis tersebut. Jadi ianya adalah Mahathir dan bukannya Umno yang ingin “mengajar” Robin dan Tong, dua individu yang dikenali sebagai penyokong tegar, pemegang amanah, penama, proksi dan kroni bagi Mahathir.

Mengapa Mahathir menembak “kuda sendiri”? Jawapannya mudah. Kedua-dua kuda telah “lepas lari”. Dan banyak lagi “kuda” merancang untuk melarikan diri. Jadi sebelum semua kuda lari dan dia tidak lagi mempunyai seekor pun yang tinggal, beliau cuba untuk mengunci pintu kandang dan menyelamatkan mana sahaja kuda yang tinggal dengan menakutkan mereka dengan laporan polis hari ini.

Tetapi laporan polis ini akan menjadi satu usaha yang sia-sia. Najib sudah tahu bahawa Robin dan Tong telah membiayai Mahathir untuk menggulingkan beliau. Najib juga tahu siapa lagi yang lain menjadi pembiaya ANC. Dan Najib telah mengisytiharkan pengampunan dan memberikan mereka imuniti daripada hukuman jika mereka tidak lagi membiayai Mahathir.

Ia seperti kes yang Menteri Besar yang peras ugut oleh Mahathir. Seluruh negara kini tahu siapa dia dan kegemarannya terhadap lelaki muda dan “anak-anak muda yang cantik”. Apabila rahsia sudah menjadi bukan lagi rahsia, memeras ugut menjadi sia-sia.

Satu kelemahan dalam tindakan hari ini adalah bahawa ianya sudah membuktikan apa yang Malaysia Today telah katakan selama hampir dua tahun. Kami berkata, ANC sedang merancang penyingkiran Najib dan beberapa hartawan memberi Mahathir RM3 bilion untuk membiayai operasi. Hari ini, Armand akan memberitahu polis bahawa segala apa yang Malaysia Today kata adalah benar belaka.

Mahathir bimbang jika Robin dan Tong tidak menjadi contoh maka akan berlaku penghijrahan besar-besaran. Jadi ini bukan sahaja mengenai menghukum kedua-dua mereka tetapi juga menakutkan yang lain. Mahathir mahu menakut-nakutkan mereka supaya mereka tidak lagi berfikir untuk meninggalkan ANC. Ia adalah seperti mempunyai hubungan sulit dengan bos anda, dan apabila anda mahu untuk memutuskan hubungan tersebut dan ingin berkahwin, bos anda akan melakukan ugutan terhadap anda dengan gambar-gambar anda di atas katil bagi memaksa anda untuk teruskan hubungan sulit tersebut.

**Terjemahan dari : Malaysia Today

**Aakj: Armand wajar buktikan dakwaan RPK ini tidak benar.

Kenyataan terbaru Armand:

-Kenyatan rasmi-

Assalamulaikum dan salam sehati sejiwa rakan2 media yang dihormati.

Setelah menyemak dan berbincang dengan sumber2 yang  boleh dipercayai, saya dapati segala yang dikatakan terhadap 2 individu yang dikatakan terlibat dalam gerakan menjatuhkan YAB Ds Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia.

Pandangan dan perbincangan dengan pelbagai pihak mengenai dokumen yang diberikan tempoh hari didapati ianya tidak sahih dan saya telah mengambil keputusan utk tidak meneruskan laporan polis terhadap dua individu yang diperkatakan.

Saya juga ingin menegaskan mana2 pihak yang cuba menganggu urus tadbir dan kepimpinan negara melalui cara yang tidak demokrasi , baik melalui demostrasi jalanan mahupun politik kebencian secara tegas meminta Pihak Berkuasa Polis mengambil tindakan tegas mengunakan undang-undang negara. UMNO berpegang pada konsep Demokrasi Berpelembagaan.

Hari ini saya ingin menegaskan secara terbuka dan rasmi , saya berdiri teguh bersama parti UMNO dan pucuk pimpinan UMNO yang diketuai oleh YAB Ds Najib Tun Razak tanpa berbelah bahagi.

Dato' Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
27hb Sept 2016

10.30am

Sekarang, Tolong Ceritakan Kepada Kami Perkara Sebenar Mengenai 1MDB

by 10:23 PM
Isu 1MDB bukan tentang RM42 bilion ‘lesap atas angin’, seperti apa yang dikatakan oleh Mahathir. Ia bertujuan untuk mengurangkan seboleh²nya ‘nilai sekerap’ 1MDB supaya mereka boleh melancarkan satu lagi penipuan ala “MV Agusta” dimana kerugian hampir RM400 juta berlaku kerana beberapa “urusniaga aneh”. Dalam usaha terbaru ini, Malakoff akan dapat mengambil aset RM51 bilion dengan hanya pada harga RM9 bilion dan membuat tambahan RM20 bilion dalam penyenaraian 1MDB.

26 September 2016

#countercoup1msia
kisah sebenar #1mdb #tnb #malakoff #mvaugusta

Sebelum kita bercakap tentang bagaimana Tun Dr Mahathir Mohamad telah merancang untuk menggunakan Malakoff bagi melakukan penipuan “MV Agusta” dan memindahkan RM42 bilion wang kerajaan ke dalam poket kroni beliau merangkap pemegang amanah (termasuk membuat tambahan RM20 bilion pada penyenaraian aset), marilah kita terlebih dahulu memahami isu 25 tahun penjanaan kuasa atau perniagaan IPP di Malaysia,menurut RPK.

Dari tahun 1979 hingga 1989, Samy Vellu menjadi Menteri Kerja Raya. Salah satu ‘pencapaian’ utama beliau adalah menswastakan lebuh raya bertol utama di Malaysia kepada kroni Umno dan syarikat atas perintah Perdana Menteri, Mahathir ketika itu.

Lim Kit Siang pergi ke mahkamah cuba untuk mendapatkan injunksi bagi menyekat apa yang dipanggil “rompakan siang hari” tetapi gagal. Mahkamah menolak permohonan Kit Siang dan penswastaan lebuh raya bertol Malaysia itu berjalan tanpa sebarang halangan. Malah pengundi tidak risau dan memberi Mahathir kemenangan besar dalam pilihan raya umum.

Pada tahun 1989, Samy telah dipindahkan ke Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos di mana beliau berkhidmat sebagai Menteri sehingga tahun 1995, selepas itu beliau telah dipindahkan ke Kementerian Kerja Raya di mana beliau berkhidmat sebagai Menteri sehingga tahun 2008. Ketika beliau menjadi Menteri Tenaga, Telekom dan Pos, penjanaan kuasa diswastakan kerajaan dan pengeluar tenaga bebas atau IPP dicipta.

Samy dikenali sebagai Menteri pelanunan. Selepas penswastaan (atau piratising) semua lebuh raya bertol, Mahathir menghantar beliau ke Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos untuk menswastakan pengeluaran kuasa. Kemudian Mahathir memindahkan Samy kembali ke Kementerian Kerja Raya untuk menghabiskan kerja menswastakan pengeluaran air.

Selepas melantik Samy sebagai Menteri Tenaga, Telekom dan Pos pada tahun 1989, Mahathir melantik Ani Arope Ketua Pegawai Eksekutif baru TNB pada tahun 1990, dan pada tahun 1991 Anwar Ibrahim telah dilantik sebagai Menteri Kewangan yang baru. Tanpa diketahui oleh rakyat Malaysia, Ani Arope dan Anwar telah dilantik sebagai CEO TNB dan Menteri Kewangan masing-masing bagi tujuan yang sangat khusus (melakukan ‘reverse takeover’ TNB dengan menswastakan pengeluaran atau penjanaan elektrik).

Pada 29 September 1992 (semasa Samy menjadi Menteri Tenaga, Telekom dan Pos, Ani Arope sebagai Ketua Pegawai Eksekutif TNB, dan Anwar sebagai Menteri Kewangan) Malaysia mengalami bekalan elektrik terputus dalam masa yang lama di seluruh negara, dimana kerajaan mendakwa ianya disebabkan oleh panahan kilat.

Menurut Ani Arope, bagaimanapun, kejadian itu sebenarnya dirancang dan dilaksanakan hanya untuk membuktikan bahawa Malaysia tidak mempunyai pilihan selain menswastakan pengeluaran kuasa kepada syarikat-syarikat IPP kerana ‘ketidakcekapan’ TNB dan ‘ketidakupayaan menguruskan perniagaan kuasa’.

Seorang rakan sekelas saya yang mengendalikan perkara ini memberitahu saya bahawa ia adalah satu tindakan sabotaj, jelas dan mudah, untuk mewajarkan penswastaan pengeluaran kuasa. Pada tahun 1993, IPP pertama dibina di Paka, Terengganu, membuktikan dakwaan Ani Arope dan rakan sekelas saya adalah betul.

Pada tahun yang sama, iaitu 1993, sebaik sahaja IPP pertama telah dicipta, Malakoff melupuskan aset perladangannya dan beralih aktivitinya kepada sektor kuasa. Pada masa ini, Malakoff adalah IPP yang terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara dari segi kapasiti penjanaan. Ia mempunyai portfolio yang agak besar dari segi aset penjanaan kuasa di Malaysia, MENA (Middle East and North Africa) region dan Australia menurut Frost & Sullivan.

Mahathir bukan sahaja mahu Malakoff menjadi IPP terbesar yang mengawal 50% daripada pengeluaran kuasa, malahan dia juga mahu syarikat itu memonopoli industri dengan memiliki TNB melalui pintu belakang atau secara ‘reverse takeover’.

Tahun lepas, menurut penganalisis, Malakoff memberi peluang yang baik kepada pelabur yang mahu melabur dalam IPP. Mereka berkata ketidaktentuan penyenaraian unit tenaga 1Malaysia Development Bhd(1MDB), Edra Tenaga Global Bhd, yang telah ditangguhkan beberapa kali, juga menjadikan Malakoff calon yang lebih kuat berbanding 1MDB.

Dalam erti kata lain, memandangkan 1MDB tidak mampu meneruskan rancangannya untuk IPO, ia menjadikan Malakoff uno numero pengeluaran kuasa di Malaysia. Oleh itu sabotaj 1MDB atau ‘kegagalan’nya adalah satu kelebihan yang besar kepada sesiapa yang memiliki Malakoff. (Anda boleh membaca seterusnya mengenai ini di bawah pada 21 Mac 2015 laporan oleh The Star: Malakoff set to make a comeback).

Sabotaj 1MDB bukan sahaja tentang memastikan Malakoff tetap unggul dalam pengeluaran kuasa. Ia juga untuk mewujudkan penanda aras bagi nilai 1MDB. Mahathir terus mengatakan bahawa RM42 bilion wang 1MDB telah hilang begitu sahaja. Ini bermakna 1MDB adalah satu lagi MV Agusta – bermakna ia adalah sebuah syarikat yang telah kehilangan RM42 bilion, tidak bernilai apa-apa, dan harus dijual dengan murah.

Ramai daripada anda mungkin tidak tahu tentang apa yang berlaku kepada MV Agusta dan bagaimana RM400 juta telah “lenyap”. Pada Disember 2004, Proton membeli kepentingan 57.75% dalam MV Agusta sebanyak 70 juta euro (RM367.6 juta). Penasihat Proton ketika itu adalah Mahathir.

Mereka kemudian mengumumkan bahawa MV Agusta sebagai syarikat yang bakal "mati". “Sekiranya MV Agusta bankrap, Proton akan tertakluk kepada liabiliti kontigen berjumlah sehingga RM923.1 juta,” kata Proton.

Tidak lama selepas itu, MV Agusta dijual pada harga 1 euro (RM4.00), selepas itu orang yang membelinya menjual syarikat itu kepada Harley Davidson dengan harga US $ 109 juta (RM450 juta). Jadi, Proton kerugian hampir RM370 juta dan kemudian ‘rugi’ lagi RM450 juta apabila ia boleh mendapatkan RM80 juta.

Mahathir merancang untuk melakukan perkara tersebut dengan 1MDB. Tetapi dia tidak boleh berbuat demikian melainkan jika Najib mendengar arahannya atau Mahathir singkirkan Najib dan menggantikan beliau. Mahathir mahu kerajaan mengumumkan bahawa 1MDB berada dalam keadaan teruk dan ia perlu dijual dengan murah seperti yang mereka lakukan kepada MV Agusta. Kemudian Malakoff akan memainkan peranan sebagai ‘white knight’ dan membantu ‘selamatkan’ 1MDB.

Ini akan membolehkan Malakoff memonopoli perniagaan pengeluaran kuasa dan secara tidak langsung mereka akan memiliki TNB dengan ‘reverse takeover’.

Sama seperti dalam industri air, mengedarkan kuasa adalah perniagaan yang melecehkan. Pengeluaran kuasa adalah lebih baik, terutamanya apabila anda menjual semua yang anda menghasilkan secara pukal kepada TNB atas pembelian yang dijamin dan pada harga yang ditetapkan dalam tempoh beberapa dekad, yang TNB perlu membayar sama ada mereka berjaya menjual elektrik atau tidak.

Pada asasnya, ia adalah perniagaan percetakan wang. TNB mesti membeli semua elektrik yang anda menghasilkan pada harga tertentu. Petronas, seterusnya, mesti menjual gas kepada IPP ini pada yang lebih rendah daripada harga pasaran. IPP membuat wang sedangkan TNB uruskan kerja yang runcit elektrik ini. Sama ada TNB untung atau rugi bukan masalah IPP.

Pada tahun 1996 Ani Arope meletakkan TNB. Dia tidak lagi boleh bertolak ansur dengan cara TNB dirosakkan untuk membantu IPP membuat wang, sehingga RM20 bilion setahun mengikut Ani Arope. Apa yang membuat Ani Arope lebih meluat adalah,  jika dia memberikan  masalah kepada mana-mana IPP , dalam beberapa minit sahaja dia akan menerima panggilan telefon dari pejabat Perdana Menteri.

Pendek kata, Ani Arope tidak mahu menjadi tali barut mereka. Beliau meninggalkan TNB. Hari ini, talibarut mereka dalam TNB ialah Ketua Pegawai Eksekutif, Azman Mohd, yang mengambil alih daripada satu lagi tali barut mereka, Che Khalib Mohamad Noh. Jadi, sejak tahun 1990, Mahathir dan kroni beliau mempunyai kawalan mutlak TNB, menurut RPK lagi.

Ini adalah sesuatu yang Mahathir telah rancang sejak 1989 sebelum memindahkan Samy Vellu ke Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos dan dia melantik Ani Arope CEO TNB pada tahun 1990 dan Anwar Menteri Kewangan pada tahun 1991. Kemudian, pada tahun 1992, mereka ‘merancang’ untuk memutuskan sejumlah bekalan elektrik di seluruh negara dan pada tahun 1993 mereka dianugerahkan konsesi IPP yang pertama.

Hari ini, semua IPP dalam tangan pemegang amanah, proksi, penama-penama dan kroni Mahathir. Apabila 1MDB boleh dijual, pemilik baru 1MDB bukan sahaja mengawal sepenuhnya perniagaan kuasa di Malaysia, malah mereka juga mengawal TNB, mereka juga akan membuat RM42 bilion 1MDB lagi memandangkan 1MDB bukan negatif RM42 bilion seperti kata Mahathir, tetapi mempunyai aset melebihi liabiliti sebanyak RM9 bilion.

Jadi rancangan itu adalah sangat mudah. Pertama mereka mensabotaj IPO 1MDB untuk menjadikan syarikat itu rugi. Kemudian Mahathir mengumumkan bahawa 1MDB telah hilang (Rugi, seperti dalam kehilangan keuntungan) RM42 bilion dan RM42 bilion telah hilang begitu sahaja – padahal 1MDB hanya mempunyai hutang sebanyak RM42 bilion tetapi aset RM9 bilion melebihi hutang.

Kemudian, apabila 1MDB tidak dapat diselamatkan, Malakoff bertindak ‘menyelamatkan’ nya dengan membeli ia pada hanya RM9 bilion, iaitu RM51 bilion aset tolak RM42 bilion ‘hilang’. Malakoff kemudian boleh menyenaraikan 1MDB dan membuat untung tambahan RM20 bilion pada senarai selain RM42 bilion atas “bawahnilai” 1MDB, memberi Malakoff keuntungan sebanyak RM62 bilion dan monopoli industri penjanaan kuasa.

Najib tahu tentang perkara ini. Beliau juga tahu bahawa ini adalah sebab utama mengapa Mahathir telah menyerang 1MDB sejak Disember 2014. Ia bukan mengenai ‘Selamatkan Malaysia’, seperti yang didakwa Mahathir. Ia berkenaan merobek Malaysia dan membuat berbilion-bilion seperti apa Laporan Star di bawah.

Najib tahu bahawa sejak 1990, matlamat Mahathir adalah untuk mengawal industri tenaga, yang akan memberikan IPP RM20 bilion setahun, menurut Ani Arope. Pada masa Najib menjadi Perdana Menteri, industri kuasa di tangan  pemegang amanah, proksi, penama-penama dan kroni Mahathir dan TNB juga sepenuhnya di bawah kawalan Mahathir.

Kami telah menulis di awal lagi berhubung perkara ini, kami jelaskan:

Che Khalid Mohamad Noh telah menjawat jawatan Pengarah Urusan Kumpulan kepada MMC Corporation Bhd sejak daripada 1hb Julai 2013.

Che Khalib berkhidmat sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) sejak dari 1hb Julai 2013 sehingg 8hb Disember 2014 dan berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Operasi Di jabatan Kewangan dan Perancangan di DRB-HICOM Berhad sejak 16hb Julai 2012.

Che Khalib berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad dari 1hb Julai hingga 30hb Jun 2012 dan berkhidmat sebagai Presiden TNB sehingga 30 Jun 2012.

Mahathir’s new battleground: TNB (http://www.malaysia-today.net/mahathirs-new-battleground-tnb/)

Pada April 2015, beberapa orang ahli perniagaan cina pergi bertemu dengan Leo Moggie, Pengerusi TNB. Ahli perniagaan cina tersebut membuat satu kesilapan, menyebut nama Perdana Menteri Najib Tun Razak – namun ianya bukan satu isu yang kritikal.

Leo Moggie dengan segera ‘menutup mulut’ ahli perniagaan cina tersebut dan memberi amaran kepadanya tentang penggunaan nama “Najib”. “Najib” merupakan “perkataan jijik” di TNB jelas Leo Moggie. Mahathir berkuasa di TNB dan beliau yang ‘menentukan keadaan’ di sini. Sekiranya kamu dilihat sebagai berpihak kepada Najib maka nasib kamu akan menjadi mayat hidup.

Jadi tidak ada satu pun perubahan selama 26 tahun walaupun Mahathir telah bersara 13 tahun yang lalu. Mahathir kekal mendominasi TNB serta kekal menjadi “ayam tambatan” beliau.

Mahathir’s unseen hands in TNB (http://www.malaysia-today.net/mahathirs-unseen-hands-in-tnb/)

Apa yang telah diswastakan Najib tidak dapat kembalikannya menjadi “syarikat kerajaan”. Jika kerajaan mahu kembali mengawal apa yang dianggap sebagai industri strategik dan kritikal, yang boleh digunakan untuk menjatuhkan negara ini jika ianya berada di tangan yang salah, maka kerajaan akan hendaklah menanganinya dengan kaedah komersial iaitu dengan membeli kembali IPP melalui syarikat milik kerajaan, GLC.

Dan itulah kenapa 1MDB diwujudkan, iaitu untuk mengawal-selia kembali perniagaan tenaga dan bebaskan TNB daripada kawalan Mahathir. Menyedari akan hal tersebutlah maka Najib merancang yang mana sekiranya berjaya maka keputusannya menyebabkan Mahathir akan hilang kuasa di dalam industri tenaga, beliau telah mensabotaj 1MDB – dengan langkah pertama mensabotaj IPO dan menyebarkan berita bahawa 1MDB telah “hilang” RM42 billion yang mana hakikatnya adalah nilai aset melebihi liabiliti dengan jumlah RM9 billion dan angka RM42 billion tersebut sebenarnya bukan hilang tetapi jumlah pinjaman.

Dan apabila Bank Negara menghalang semua pinjaman 1MDB ianya sedikit sebanyak memastikan Malakoff bersedia untuk mengambil alih.

Apabila ini semua berlaku, yang mana Mahathir berusaha ke arah itu, Malakoff menjadi syarikat yang mempunyai nilai yang tinggi dan semuanya menjadi milik Mahathir tetapi atas nama pemegang amanah beliau, proksi, penama dan kroni. Kerajaan akan terima dan menanggung kerugian sebanyak RM42 bilion dan dalam masa yang sama sekiranya 1MDB disenaraikan, Malakoff akan mendapat keuntungan sebanyak RM62 billion.

Akibat dari IPO 1MDB disabotaj kerajaan dinafikan keuntungan sebanyak RM20 billion. Jika tidak 1MDB akan menjadi syarikat yang bernilai lebih daripada RM70 billion dengan kadar hutang hanya sebanyak RM42 billion. Dan aktiviti IPO tersebut akan membolehkan 1MDB melangsaikan hutangnya dan bernilai lebih dari apa yang ada sekarang.

Menurut akhbar The Star:

Malakoff set to make a comeback

(The Star, 21 March 2015) – The country’s largest independent power producer (IPP) Malakoff Corp Bhd is back to delight investors, at least for some who have been waiting for its return. After all, Malakoff will likely be the largest initial public offering (IPO) in Malaysia this year.

Sources say Malakoff has priced its IPO slightly lower than its full value.

According to a circular to shareholders of MMC Corp Bhd, Malakoff’s parent company, the latter is being floated at an indicative price of RM1.80 per share, valuing the company at RM9 billion.

However, insiders say that if market conditions were better, the issuer might have been able to push for a higher value of close to RM10 billion.

“In light of market conditions and the performance of IPOs here and the region, the issuer has opted to leave something on the table for investors,” says a source.

Malakoff is offering a dividend payout ratio of at least 70% of profits and also has a growth story to attract investors.

 

Based on the indicative offer price, Malakoff should be raising some RM3.5bil from its IPO. Its prospectus will be issued in mid-April.

The indicative offer price of RM1.80 works out to financial year 2016 (FY16) enterprise value-to-earnings before interest, taxes, depreciation and amortisation (EV/EBITDA) of 8.5 times, based on an EV of about RM24bil for Malakoff, bankers say.

Affin Hwang Capital Research says the indicative IPO price of RM1.80 per share is similar to the research house’s own initial IPO price estimate of RM1.89, which in turn was based on Malakoff’s draft prospectus released earlier.

“At RM1.80, this translates to a 21.4 times 2015 estimated price-earnings (PE) premised on our forecast of 8.4 sen in 2015 earnings per share (2015 estimated net profit forecast is RM419mil while the enlarged share capital is estimated to be 5 billion shares),” Affin Hwang says in its report.

This suggests that Malakoff’s IPO valuation is an 84% premium to Tenaga Nasional Bhd’s (TNB) 11.6 times 2015 estimated PE, it adds.

In its report, Affin Hwang says unless its earnings estimate for Malakoff is too conservative, this suggests that MMC may be using gas-related companies such as Petronas Gas Bhd (23.6 times 2015 estimated PE) for valuation benchmarking instead of TNB.

One fund manager has put down a market value of RM10 billion for Malakoff, after taking into account the earnings from the soon-to-be commissioned Tanjung Bin 4 power plant in Johor.

 
Baca seterusnya di sini

Malaysia Today

Mahathir Rancang Jumpa Najib Untuk Selamatkan Mukhriz

by 1:07 PM
Saya mohon maaf kepada anda semua kerana meninggalkan kerja selama empat hari. Saya sibuk dengan beberapa perkara yang mengambil masa agak lama. Mari kita selesaikan urusan yang tergendala. (Oleh Raggie Vessy aka The Third Force - Malaysia Today)

24 September 2016

#countercoup1msia

Selasa lalu, saya memberitahu anda semua bagaimana Dr. Mahathir Mohammad dan anaknya, Dato ‘Mokhzani Mahathir, melakukan beberapa akrobatik korporat untuk menutup kebimbangan perniagaan dikaitkan dengan mereka melalui sebuah syarikat “atas angin” yang dilimpahi tunai dalam masa yang singkat. Butiran tersebut dalam satu artikel bertajuk “The story of Mokhzani Mahathir and the biggest coup in Malaysian banking history”, yang anda boleh baca melalui pautan di bawah.

Gandingan bapa dan anak yang melaksanakan gerakan licik telah mendedahkan rahsia rundingan Mahathir dengan Tun Daim Zainuddin sebelum krisis kewangan 1997 melanda rantau ini. Di bawah terma perjanjian itu, Mahathir bersetuju untuk memberikan PhileoAllied Bank, yang ada isu kewangan pada ketika itu bertukar kepada “cash cow”, kepada bidang kuasa kawalan Multi-Purpose Bank (MPB) yang sebelum ini membimbangkan Daim. Walaupun nama Daim tidak disenaraikan di saham roll MPB, dia sentiasa diiktiraf oleh pihak bank.

Sekarang, sebelum kita pergi lebih jauh, sila ambil perhatian bahawa individu yang mengasaskan dan membina Phileo Allied, kumpulan yang memiliki PhileoAllied Bank, adalah Tong Kooi Ong, orang yang sama yang mengasaskan dan memiliki The Edge Media Group dan Malaysian Insider yang sudah tidak berfungsi lagi. Saya pasti saya tidak perlu memberitahu anda semua bagaimana media ini telah digunakan oleh Mahathir untuk melontarkan khabar angin yang tidak berasas dan fitnah berat terhadap Perdana Menteri.

Maksud saya, saya mula tertanya-tanya jika Tong telah bersubahat dengan Mahathir dalam konspirasi sejak sembilan puluhan. Phileo Allied yang bermasalah telah diubah oleh Mokhzani dan Mahathir menjadi sebuah syarikat “atas angin” yang kaya dengan tunai telah menjelaskan banyak perkara berkenaan ‘persahabatan’ antara Tong dengan gandingan bapa dan anak. Kita akan membincangkan perkara ini dalam artikel seterusnya, menurut Raja Petra.

Seterusnya, MPB telah dimiliki oleh Multi-Purpose Holdings (MPHB), sebuah kumpulan yang akhirnya berada di bawah bidang kuasa dan kawalan seorang lelaki bernama Lim Thian Kiat (lebih dikenali di kalangan perbankan sebagai TK Lim), sekutu kuat Daim . Dikatakan bahawa keluarga Lim mengunakan salah satu daripada syarikat-syarikat mereka untuk membeli kumpulan tersebut,semasa kemelesetan 1986. Selepas itu, Lim mula menjalin hubungan rapat dengan Dato Seri Anwar Ibrahim, terutamanya apabila beliau diberikan portfolio Kementerian Kewangan oleh Mahathir, kata Raja Petra lagi.

Menurut sumber, Mahathir dan Daim telah membincangkan isu pertalian Anwar-Lim secara tertutup pada tahun 1996, sebelum Krisis Kewangan Asia. Sumber yang sama mendedahkan bagaimana Mahathir telah memberitahu Daim bahawa Anwar dan Lim “too close for comfort,” dan “something needed to be done.” Oleh itu, Mahathir dan Daim mula membuat rancangan untuk merampas kuasa daripada kumpulan Multi-Purpose Holdings (MPHB) daripada Lim.

Menurut cerita tersebut lagi, Daim telah ditugaskan untuk mendapatkan rakan-rakannya untuk merampas MPHB daripada Lim untuk menyediakan penggabungan MPB dan PhileoAllied Bank, dengan MPB sebagai anchor. Bagi memudahkan penggabungan itu, Mokhzani telah ditugaskan untuk mencetuskan satu siri pengambilalihan saham melalui kepentingan penjagaan kesihatan beliau, Pantai Holdings Berhad, untuk mendapatkan beberapa bentuk kawalan dalam PhilioAllied Bank.

Sebaik sahaja bank pusat Thailand menurunkan nilai mata wangnya pada bulan Julai 1997, Mokhzani terus bertindak mengarahkan Pantai membeli saham dalam Tongkah Holdings Berhad, sebuah kumpulan yang dia kawal, yang banyak berkaitan dengan penama dan pemegang amanah. Pada masa itu, Pantai sudah 21 peratus dimiliki oleh Tongkah dan 35.5 peratus milik Mokzani, menurut RPK.

Dengan sendirinya, anda boleh melihat bagaimana dan mengapa Mokhzani mempunyai pengaruh besar dalam Pantai dalam membuat keputusan berkenaan penjagaan kesihatan. Melalui satu siri pengambilalihan saham Mokhzani cetuskan antara 29 Ogos dan 17 November pada tahun 1997, Pantai mempertaruhkan satu pemilikan 18.6 peratus daripada Avenue Assets, sebuah syarikat yang Tongkah berkepentingan.

Butir-butir yang lebih terperinci berkenaan pengambilalihan dan skim itu terkandung dalam artikel terakhir saya, Kisah Mokhzani Mahathir dan rampasan kuasa terbesar dalam sejarah perbankan Malaysia. Saya berharap anda semua akan membaca artikel tersebut melalui pautan yang saya berikan di bawah. Pembelian oleh Pantai mencetuskan “cross-holdings” yang memberikan anak Mahathir bidang kuasa yang lebih besar dalam hal ehwal Avenue Assets, sebuah entiti “public listed” Pantai dan Tongkah bersama mempertaruhkan kepentingan 28 peratus didalamnya.

Sebagai pemegang saham tunggal terbesar Phileo Allied, Avenue Assets menjadi saluran di mana Mokhzani mempunyai dan menggunakan kawalan kepentingan ke atas PhileoAllied Bank bersama-sama dengan Tong. Apa yang tidak diketahui ramai, bukan sahaja ianya satu pembelian meragukan, malah ia telah dijalankan secara tergesa-gesa dan diam-diam. Sumber mendedahkan bahawa pengambilalihan telah mengikut skrip Mahathir dan Daim pada 1996 apabila kedua-dua mereka membincangkan kebimbangan hubungan Anwar dengan Lim, menurut RPK lagi.

Dengan kawalan Phileo Allied yang dijamin oleh Mokhzani, Daim cuma perlu merampas MPB dari Lim. Tetapi bola berada di tangan Mahathir. Saya diberitahu, keputusan telah pun dibuat pada permulaan krisis kewangan Asia pada tahun 1997 bahawa Anwar akan disingkirkan. Hasilnya, Mahathir meningkatkan usaha untuk profil Anwar atas salah satu sebab sebelum beliau disingkirkan pada tahun 1998 atas tuduhan rasuah dan moral.

Berikutan pemecatan Anwar daripada kerajaan, Daim segera bertindak dan mengarahkan rakan-rakannya secara rakus mendapatkan kumpulan MPHB itu. Ini adalah untuk menyediakan MPB untuk pengambilalihan PhileoAllied Bank atas dasar perjanjian Daim dengan Mahathir. Setelah Lim hilang kawalan MPHB, Mahathir bertemu Daim dan memberi jaminan kepadanya bahawa MPB akan diberikan status anchor.

Walau bagaimanapun, pada jam kesebelas langkah Mahathir dibongkar Daim secara tidak diduga. Daim yang cerdik dan licik, begitu yakin dengan langkahnya, tidak pernah meramalkan bahawa Mahathir akan mengkhianati beliau. Saya diberitahu bahawa kedua-dua mereka dilahirkan di kampung yang sama dan telah dikenali sering melindungi satu sama lain, dalam apa sahaja kesusahan. Tindakan Mahathir seterusnya memberitahu Daim bahawa “laws of human relations” akan sentiasa diutamakan, “blood was always thicker than water.”

Atas alasan “revised consolidation scheme”, Mahathir mendapat kumpulan Malayan Banking (Maybank) untuk menawarkan Avenue Assets perjanjian pertukaran saham untuk mengawal PhileoAllied Bank. Untuk makluman, Maybank berada di bawah bidang kuasa agensi amanah negara, Permodalan Nasional Berhad (PNB), yang berada di bawah bidang kuasa Mahathir selaku ketua kerajaan.

Melihat kepada gelagat sandiwara sepak terajang dunia korporat oleh Mahathir dan Mokhzani, “swap deal” yang bernilai 1.3 bilion ringgit tunai terus masuk ke dalam ‘bilik kebal’ Phileo Allied. Dengan perjanjian itu, PhileoAllied Bank dimiliki sepenuhnya oleh Maybank, manakala Avenue Assets telah menjadi sebuah “syarikat atas angin” yang kaya dengan tunai dalam masa satu malam. Ini, sudah tentu, membuka jalan bagi Mokhzani meraih sebahagian besar daripada hasil melalui pemegang amanah sekiranya itu yang beliau mahukan.

Ianya amat adalah menarik untuk diberi perhatian bahawa skim penggabungan bank keseluruhannya, dikatakan telah diapungkan oleh Daim secara tertutup pada tahun 1994 atau sekitar masa tersebut, berkembang menjadi satu misi yang telah tersusun untuk membunuh dua ekor burung dengan satu batu – untuk melonjakkan nama Mokhzani dari tiada siapa kenali kepada menjadi “kepala”dalam bidang perbankan, dan juga untuk memusnahkan mana-mana yang ada hubungan yang kuat dengan Anwar.

Jika apa yang saya dimaklumkan adalah benar, Daim dan Mahathir sudah mula cuba untuk memutuskan hubungan Anwar dengan jutawan perbankan yang berpengaruh dan kaya dengan “wang tunai” pada tahun 1996. Ia adalah sebahagian daripada program jangka panjang untuk memusnahkan Menteri Kewangan. Jalinan dalam konspirasi itu adalah merancang untuk mengupahkan atau mendapatkan penyiasat bagi menyusup ke dalam urusan Anwar dengan sektor korporat. Penglibatan misi penyamaran Daim yang sejauh itu tidak terjangkau dalam pengetahuan saya.

Hakikatnya, ada sesuatu yang lain saya rasa anda patut tahu.

Selama beberapa minggu ini, saya telah menjelaskan tentang tahun kempen “Selamatkan Malaysia” yang mana seorang ‘Cina Tan Sri’, bernama ‘TSX’ telah timbul ketika mesyuarat yang diadakan pada bulan Ogos tahun lepas. Mesyuarat itu dihadiri juga oleh Mahathir dan dua daripada rakan-rakannya yang mana telah membuat kesimpulan bahawa satu-satunya cara mengundurkan Dato ‘Seri Najib Tun Razak akan melalui peti undi.

Kempen ini adalah sebagai permulaan “lima bulan peperangan yang mana tidak pernah diceritakan” terhadap kerajaan Barisan Nasional, yang dijadualkan untuk dilancarkan pada Oktober ini. Tetapi kerana Malaysia Today telah dedahkan konspirasi ini, Mahathir melangkah ke hadapan dan melancarkan perang bulan lepas.Jelasnya kerana pendedahan dari kamilah maka parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi) telah didaftarkan pada bulan Ogos yang lalu. Kalau berdasarkan ‘skrip asal’, parti tersebut sepatutnya dilancarkan pada bulan ini.

Mahathir takut kepada Malaysia Today. Beliau memberitahu kawan rapatnya bahawa jika apa-apa berlaku, portal berita ini perlu disenyapkan sebelum hasrat Pribumi tercapai. Dia telah mencuba setiap muslihat yang ada untuk menutup kebocoran maklumat yang seolah-olah telah disalurkan kepada RPK. Tetapi sejak kebelakangan ini, dia seolah-olah begitu kecewa dan memberitahu kawan-kawan rapatnya bahawa lelaki itu mungkin adalah “seorang psikik dengan bola kristal”

Tetapi setiap kali dia fikir bahawa dia mempunyai maklumat tersebut, saya buktikan beliau salah. Jadi dia sudah mula mengesyaki sekutu rapat beliau. Iaitu, dia kini percaya bahawa pemberi maklumat saya adalah seseorang berkait rapat dengan Daim Zainuddin. Dan ianya hampir betul. Tetapi percayalah apabila saya mengatakan ini – beliau tidak akan mampu meneka dengan betul sumber sebenar walaupun memakan masa 100 tahun.

Sementara itu, Daim telah perjelaskan apa yang terpendam terhadap Mahathir kepada sekutu rapat beliau. Dia sangat yakin bahawa Najib tidak akan dapat ditumbangkan, walau dalam keadaan apa sekali pun. Rakan sekutunya telah “menghidupkan penggera” kepada beberapa kumpulan, salah satu darinya seolah-olah mempunyai hubungan rapat dengan ‘pembiaya’ Mahathir. Para ”pembiaya” tersebut sudah mula mencari jalan keluar apabila Daim minta hentikannya.

Di bawah terma perjanjian Mahathir dengan mereka, beliau tidak akan memberi komitmen terhadap sebarang kempen di luar amalan demokrasi. Bekas Perdana Menteri itu turut diberitahu dengan tegas bahawa dia hanya akan dibiayai jika misi tersebut adalah untuk memberi tekanan kepada Najib sehingga terjadinya pilihanraya mengejut menjelang Mac tahun depan. Itu sahaja – tidak timbul persoalan menggulingkan Perdana Menteri dengan cara tidak demokrasi atau seumpamanya.

Tetapi secara kebetulan, salah satu daripada pihak pembiaya beliau telah mendapat tahu rahsia Mahathir telah memeterai perjanjian dengan pemimpin sebuah gabungan NGO untuk mencetuskan demostrasi besar-besaran terhadap kerajaan. Pembiaya tersebut mendapat tahu hasil dari informasi yang diberikan oleh orang dalam MCA. Sebaik sahaja mereka pasti tentang komplot tersebut, pembiaya mengambil peluang dan muktamadkannya. Setakat ini, dua pihak pembiaya lain telah ikut serta.

Anda boleh menjejaki butiran konspirasi melalui link yang saya telah sediakan dalam huruf “bold” di bawah artikel ini. Secara ringkas, Mahathir hilang sebahagian besar daripada lima bilion ringgit pihak penajanya yang berjanji untuk menajanya dalam tempoh enam hingga tujuh bulan sejak Disember tahun lepas. Dia, seperti yang kita cakapkan, membuat satu percubaan yang terakhir untuk mendapatkan dana tambahan bagi melancarkan Kuasa Ketiga pada bulan ini seperti yang telah saya beritahu kepada anda sebelumnya. Tetapi pada masa yang sama, beliau mendedahkan kepada Daim dan bersekutunya yang lain bahawa dia boleh menghentikannya.

Seperti yang dijelaskan, saya diberitahu bahawa bekas perdana menteri bercadang untuk mendapatkan pihak ketiga untuk bertemu Najib pada bila-bila masa tidak lama lagi untuk membincangkan gencatan senjata. Dalam pertemuan yang dirancang itu, wakilnya akan membuat tawaran yang bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kembali RM20 bilion atau lebih, yang dipegang oleh beberapa pemegang amanah dan penama yang mana Mahathir akui ianya milik keluarganya. Jumlah ini adalah sebahagian daripada RM100 bilion yang RPK perjelaskan berulangkali.

Walau bagaimanapun, sebaik sahaja “Kisah Mokhzani Mahathir dan rampasan kuasa terbesar dalam sejarah perbankan Malaysia” telah diterbitkan Selasa lalu, Mahathir didapati resah gelisah dan begitu sedih di hari berikutnya serta memberitahu sekutunya, “Mereka datang untuk dapatkan anak saya!” tetapi tidak ada sebab untuk bertindak begitu – dia telah berulang kali telah menitiskan air mata, meluahkan kepada rakan sekutu rapat bahawa beliau takut kerajaan mungkin membuat tindakan khas ke atas Mokhzani

Jangan ke mana-mana. Dua hari dari sekarang, saya akan memberitahu anda bagaimana Mokhzani mungkin menjalankan “insider trading” untuk mengaut keuntungan haram hasil daripada penjualan dan pembelian saham-saham yang dikaitkan dengan Sapurakencana, dan mengapa ianya mungkin lebih daripada sekadar dakwaan yang tidak berasas.

Relevant article by RPK:

http://www.malaysia-today.net/mahathirs-near-heart-attack-in-jakarta/

Relevant article by Raggie Vessy aka The Third Force (Malaysia Today):

http://www.malaysia-today.net/the-story-of-mokhzani-mahathir-and-the-biggest-coup-in-malaysian-banking-history/

http://www.malaysia-today.net/is-this-what-mahathir-needs-rm5-billion-for/

http://www.malaysia-today.net/mahathirs-and-pribumis-secret-agenda-against-multiracialism/

http://www.malaysia-today.net/the-bomb-that-mahathir-will-throw-in-march-2017/

http://www.malaysia-today.net/mahathir-was-just-bitch-slapped/

http://www.malaysia-today.net/mahathir-is-suffering-from-a-bloody-nose/

http://www.malaysia-today.net/mahathir-just-signed-his-death-warrant/

http://www.malaysia-today.net/mahathirs-chalice-of-poisoned-wine/

http://www.malaysia-today.net/dear-malaysians-please-take-time-to-read-this-it-is-important/

http://www.malaysia-today.net/mahathir-is-shitting-in-his-pants/

http://www.malaysia-today.net/im-not-just-another-brick-in-your-wall-mahathir/

http://www.malaysia-today.net/sue-me-if-you-have-the-balls-muhyiddin/

http://www.malaysia-today.net/one-of-mahathirs-funders-slammed-the-door-shut-and-bolted/


http://www.malaysia-today.net/135268-2/

http://www.malaysia-today.net/mahathir-is-going-bonkers-and-may-end-up-in-tanjong-rambutan/

Terjemahan: Malaysia Today

Mahathir Tawar Jalan Perdamaian Pada Najib

by 10:50 AM
Semalam, Mahathir menghantar Najib mesej perdamaian. Ia adalah tawaran perdamaian. Jadikan anak saya Menteri Kewangan yang baru dan kita boleh lakukan gencatan senjata dan bergerak ke hadapan. Mukhriz akan berada di laluan untuk menjadi Perdana Menteri dan Mahathir boleh berhenti menyerang Najib. 1MDB akan menjadi masalah Mukhriz dan tidak lagi Najib.

24 September 2016
#countercoup1msia

Semalam, Mukhriz Mahathir mencadangkan agar semua pembangkang atau pihak bukan Barisan Nasional bersama-sama di bawah satu pakatan, yang mungkin boleh dipanggil Barisan Rakyat, untuk menghadapi Barisan Nasional dengan satu-lawan-satu dalam pilihan raya umum akan datang. Ini sudah tentu turut melibatkan PAS. Tanpa PAS mereka akan melihat berulangnya tragedi Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Pertama sekali, tidak mungkin PAS akan menyertai pakatan yang terdiri daripada PAN. Itu seperti menjemput DAP untuk menyertai pakatan yang melibatkan MCA dan Gerakan. Ia tidak boleh berlaku. Kedua, memandangkan apa yang DAP lakukan dan berkata mengenai PAS, ia adalah mustahil untuk PAS dan DAP yang pernah duduk di meja yang sama sekali lagi (atau tidur di atas katil yang sama).

Seperti apa yang Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, “Kerjasama antara PAS dan DAP tidak mampu menarik undi rakyat di­sebabkan DAP yang gagal untuk menarik undi Melayu.”

Pendek kata, PAS lebih mementingkan undi Melayu manakala DAP lebih mementingkan undi Cina. Itu bukan lagi rahsia. Sejak Pakatan Rakyat berpecah, pengundi Cina telah berjanji mereka tidak akan mengundi PAS lagi, sementara itu, DAP yang berpendirian anti-Islam, tidak akan mendapat banyak undi Melayu.

Pada asasnya, itu merupakan tujuan membentuk Barisan Nasional dan Pakatan Harapan – dan kini Barisan Rakyat pula yang dicadangkan oleh Mukhriz. DAP, bagaimanapun, merasakan bahawa selagi mereka masih bekerjasama dengan PAS, Cina akan menyeksa mereka dan DAP akan kehilangan undi Cina – sementara itu, PAS juga merasakan bahawa jika mereka masih bekerjasama dengan DAP maka orang Melayu juga tidak menyokong mereka dan sebaliknya akan menyokong Umno.

Kesimpulannya, DAP dan PAS merasakan yang pihak lain adalah liabiliti dimana DAP akan mengalami kehilangan undi Cina manakala PAS pula akan mengalami kehilangan undi Melayu.

Oleh itu, PAS juga merasakan bahawa ‘politik kebencian’ yang dimainkan DAP tidak sihat untuk hubungan antara kaum. Nik Abduh berkata, “Malaysia tidak mampu lagi menerima politik benci-membenci dengan fitnah dan saling mencipta provokasi serta sentimen jahat sesama rakyat.”

“Gagal akibat DAP yang menafikan hak PAS untuk meneruskan perjuangannya sendiri sebagaimana janji dalam pakatan pembangkang. Jadi mengapa PAS harus mengulangi jalan yang sama? Gagasan Sejahtera adalah penerokaan kepada politik baharu yang lebih sejahtera dan mudah diterima rakyat,” kata Nik Abduh membuat kesimpulan.

Bukan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak tahu semua ini. Dia juga tahu bahawa keluarga Anwar Ibrahim tidak boleh memaafkan dan melupakan apa yang dia lakukan kepada Anwar walaupun Anwar bersedia untuk memaafkan dan melupakan. Isyarat dari Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Izzah kepada Mahathir  5 September 2016 ketika mereka keluar dari mahkamah cukup jelas – tiada maaf Bagi mu!

Sepuluh hari kemudian, pada 15 September 2016, Mahathir menerima mesej lain pula, kali ini daripada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, dan tidak lama selepas itu satu lagi mesej dari Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor. Jadi banyak tamparan hanya dalam satu bulan – sudah pasti “Black September” untuk Mahathir.

Kita sudah menerangkan perkara tersebut secara panjang lebar. Anda boleh baca di bawah ini:

Mahathir and Anwar regret what they did in March 1993
You know Mahathir is desperate when he licks back his spit
How the Agong outmanoeuvred Mahathir
What Khairuddin did not reveal regarding Mahathir’s meeting with the Agong
Mahathir wants to buy Pakatan Harapan for RM500 million
Why Mahathir paid homage to Anwar on 5th September

Itu adalah semua cerita-cerita tentang apa yang berlaku, khususnya pada bulan “Black September” ini. Apa yang kita perlu perkatakan sekarang ini adalah apa yang berlaku seterusnya? Apakah perancangan Mahathir akan datang? Dan kita juga akan menjelaskan berkenaan tajuk artikel ini, ‘Mahathir sends Najib a peace offering’.

Mahathir tidak bodoh. Seseorang yang bodoh tidak boleh menjadi Perdana Menteri dan bertahan selama 22 tahun. Kita tidak boleh menjadi bodoh dalam melakukan urus niaga melibatkan beratus-ratus bilion atas nama-nama pemegang amanah, proksi, penama-penama dan kroni tanpa meninggalkan sebarang jejak (walaupun Tun Daim Zainuddin lebih pandai apabila mengambil semula segala-galanya daripada pemegang amanah, proksi, penama-penama dan kroni beliau sebelum meninggalkan pejabat pada tahun 1991. Mahathir tidak berbuat demikian sebelum beliau meninggalkan jawatan pada tahun 2003).

Mungkin ramai daripada anda tidak perasan, kini Mahathir memberi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tawaran untuk berdamai. Mahathir memberikan Najib jalan keluar. Mahathir mencadangkan penyelesaian “win win situation” di mana beliau dan Najib boleh menyelamatkan air muka dan tidak akan ada pihak yang dilihat tewas.

Mahathir berkata dalam blognya semalam bahawa Perdana Menteri tidak perlu menjadi Menteri Kewangan. Jadi Najib perlu meletakkan jawatan sebagai Menteri Kewangan dan menyerahkan tugas itu kepada orang lain. Jika Perdana Menteri tidak menjadi Menteri Kewangan maka ini akan membuatkan Mahathir gembira.

Pendek kata, jika Najib mahu membuatkan Mahathir gembira maka beliau perlu menyerahkan tugas Menteri Kewangan kepada orang lain. Najib perlu melantik individu lain sebagai Menteri Kewangan yang baru. Ia bergantung sepenuhnya kepada imaginasi Najib. Anda tidak memerlukan imaginasi yang hebat untuk memahami bahawa Menteri Kewangan baru perlu merupakan individu yang Mahathir suka dan bukan seseorang yang Mahathir benci.

Jika Najib masih tidak mendapat petunjuk maka dia tidak layak untuk kekal sebagai Perdana Menteri dan patut digulingkan. Tidak dinafikan, Mukhriz merupakan individu dalam fikiran Mahathir. Ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan pada tahun 1991, beliau mengambil masa hanya dua tahun untuk menggunakan kedudukan sebagai Menteri Kewangan untuk menjadi Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Menurut Raja Petra lagi, Jawatan Menteri Kewangan lebih berkuasa daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri atau Timbalan Presiden parti. Dan sudah pasti, ianya lebih berkuasa daripada jawatan Naib Presiden Umno. Jika Mukhriz menjadi Menteri Kewangan, walaupun ketika ini beliau tidak memegang sebarang jawatan dalam Umno, beliau akan menjadi lebih berkuasa daripada Naib Presiden Umno Hishammuddin Hussein and Ahmad Zahid Hamidi, termasuk Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Mukhriz akan menjadi orang kedua paling berkuasa dalam parti dan dalam kerajaan. Dia akan mempunyai kelebihan berbanding semua yang sezaman dengannya dan pesaing beliau. Hanya terdapat satu halangan sahaja di hadapan beliau dalam pendakian untuk menjadi Perdana Menteri – iaitu Perdana Menteri sekarang yang telah menjadikan dia Menteri Kewangan.

Tidak syak lagi rancangan asal adalah menjadikan Mukhriz Naib Presiden Umno pada tahun 2013 dan Timbalan Presiden mungkin sekitar 2016/2017, dan kemudian Presiden pada 2019 atau 2020. Kini perkara tersebut terpaksa ditangguhkan. Walau bagaimanapun, pilihan raya parti akan datang akan pada tahun 2018, maka rancangan itu perlu ditangguhkan.

Sebagai Menteri Kewangan, Mukhriz boleh memintas membuat tawaran untuk jawatan Naib Presiden pada 2018 dan kali ini melangkah terus untuk jawatan Timbalan Presiden Umno, yang telah dikosongkan sejak Muhyiddin Yassin dipecat.

Zahid juga mungkin mahu bertanding jawatan itu tetapi, memandangkan jawatan Timbalan Perdana Menteri, Mukhriz boleh selesaikan dengan wang dan kemungkinan besar menang apabila anda mengambil kira Anwar, sebagai Menteri Kewangan, mengalahkan Tun Ghafar Baba yang menjadi Timbalan Perdana Menteri. Ghafar adalah penyandang sedangkan Zahid bukan.

Jadi ini sebenarnya adalah satu rancangan yang sangat baik jika anda bertanya kepada saya. Walaupun ianya lewat beberapa tahun daripada jadual asal tetapi Mukhriz masih muda dan akhirnya dia masih menjadi Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri, oleh itu, beliau di laluan untuk menjadi Perdana Menteri selepas 2020 – hanya beberapa tahun selepas 2020.

Walaupun Mukhriz memutuskan untuk menguji kekuatan dan tidak ‘rock the boat’  terlebih dahulu dengan bertanding jawatan Naib Presiden, dia akan menang kali ini dan tidak mendapat nombor empat seperti pada tahun 2013. Pertama, Zahid tidak akan bertanding jawatan Naib Presiden (yang bermaksud Mukhriz bukan ancaman kepadanya atau sebaliknya) dan demikian juga Shafie Apdal (yang tidak lagi dalam Umno). Hanya tinggal Hishammuddin dan Khairy sebagai pesaing dan itu bermakna Mukhriz bukan sahaja akan menang tetapi kemungkinan besar boleh juga menang tempat pertama. Dan sebagai Naib Presiden tempat pertama akan menjadikan dia dalam laluan untuk jawatan Timbalan Presiden.

Jadi Mukhriz boleh memilih satu langkah atau dua langkah untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri. Satu langkah lebih berisiko tetapi lebih cepat manakala dua langkah lebih selamat tetapi mungkin menambah masa tiga tahun atau lebih untuk mencapai matlamat.

Sebenarnya ini adalah pelan yang bijak. Dengan menjadikan Mukhriz sebagai Menteri Kewangan banyak perkara secara automatik “akan selesai” dan Mahathir akhirnya akan mencapai apa yang dia hajatkan.

Jawatan Menteri Kewangan akan memberikan Mukhriz kuasa untuk mengawal pemegang amanah Mahathir, proksi, ‘nominees’ dan kroni. Mereka tidak lagi boleh “bermain sorok-sorok” dengan Mahathir. RM100 bilion milik Mahathir akan menjadi selamat bilamana pemegang amanah, proksi, “nominees” dan kroni tidak lagi akan berani bermain dengan orang tua tersebut seperti apa yang berlaku sekarang. Dan jika mereka cuba “bermain”, Menteri Kewangan akan “merotan mereka dengan kayu yang besar” seperti apa yang Anwar lakukan semasa beliau menjadi Menteri Kewangan selama tujuh tahun.

Ini sebenarnya adalah satu cara yang sangat bijak untuk mengukuhkan kuasa dan kekayaan anda, permainan politik yang sebenar. Dan jika tiada lagi mana-mana ‘percaturan’ yang lain, dan mempertimbangkan segala-galanya yang Mahathir telah cuba setakat ini telah gagal, ini sebenarnya bukan sahaja pelan yang terbaik tetapi satu-satunya ‘kad’ Mahathir masih tinggal.

Dengan menjadikan Mukhriz sebagai Menteri Kewangan, Najib tidak kehilangan apa-apa. Namun bagi Mahathir, akan dilihat sebagai telah mendapat sedikit kelebihan. Jadi kedua mereka terselamat. Sebagai Menteri Kewangan, tugas menyelesaikan 1MDB akan menjadi tanggungjawab Mukhriz dan tidak lagi menjadi tanggungjawab Najib.

Dan ini bermakna Mahathir perlu berhenti menyerang 1MDB. Jika dia terus menyerang 1MBD dan Menteri Kewangan baharu, anaknya sendiri akan menderita. Mukhriz juga boleh menutup 1MDB dan mengumumkan bahawa masalah telah selesai. Dan adakah Mahathir akan tidak bersetuju dengan keputusan anaknya itu?

Mahathir tahu bahawa anaknya tidak akan boleh menjadi Perdana Menteri dengan menjadi pemimpin Pribumi atau PPBM atau Pakatan Harapan atau Barisan Rakyat atau apa sahaja. Laluan untuk berkuasa di Persekutuan hanyalah melalui Umno dan Barisan Nasional. Tengku Razaleigh Hamzah sedar tentang perkara ini (itulah sebabnya beliau mansuhkan Semangat 46 dan menyertai semula Umno), seperti juga Anwar (yang mengapa dia berjuang selama sepuluh tahun supaya dibenarkan kembali menyertai Umno selepas mendapat dipecat pada 1998).

Jadi Mahathir baru sahaja mencipta satu dimensi baru politik untuk masa depan anaknya. Daripada terus usaha untuk menjatuhkan Najib (yang terbukti mustahil) dan daripada mencuba untuk menjadikan anaknya Perdana Menteri melalui parti pembangkang (yang telah terbukti mustahil), dia meletakkan anaknya kembali ke dalam Umno melalui jawatan Menteri Kewangan.

Ia tidak bermakna Mukhriz tidak mempunyai kelayakan untuk menjadi Menteri Kewangan. Beliau mungkin tidak mampu menjadi seorang Menteri Besar yang bagus tetapi itu tidak bermakna dia tidak boleh membuat Menteri Kewangan yang baik.

Adakah anda membaca artikel di bawah?


Nah, dalam bab tersebut dan beberapa “lelaki cantik” beliau berada di UK dan dikatakan beliau turut berada di sini untuk bertemu Mahathir. Apakah rancangan negeri tersebut untuk ‘menarik diri’ dari Umno masih berjalan atau adakah mereka bertemu untuk membincangkan perubahan strategi sekarang kerana rahsia tersebut tidak lagi menjadi rahsia? Dan jika Najib melantik Mukhriz sebagai Menteri Kewangan yang baharu, apakah Menteri Besar ini akan dibuang menjadi sebagai ‘bonus’ kepada Najib?

Bagaimanapun, ianya akan menjadi satu lagi cerita di hari yang lain- jadi nantikan.
Malaysia Today
 

The two Hillarys: The Clinton Body Double Deception

by 2:30 AM
Hillary Clinton has a #bodydouble: Hillary Clinton was the victim of a dizzy spell during the ceremony for the commemoration of the attacks of 11 September in New York. One hour later, she left her apartment, sporting a pair of dark glasses, to salute the crowd and confirm that she was in good shape.

Examination of these photographs demonstrates that the person who left the apartement is not Mrs. Clinton. While we could engage in a long discussion about the lines on her face - despite the dark glasses – the size of her hips does not correspond at all.



[[ SOURCE ]]

ISU PERGERAKAN ANAK MATA CLINTON YANG ANEH

SS: Sy nk tunjuk gambar clinton ni..pelik la mata dia..ternampk kt post dimi..pasai apa mata dia jd cmni. Ataukah mata dia itu buta yg belah kiri..jd malfunction?

AF: dia mmg teruk sakit tp kena chek sumber yg ni. suspected parkinsons disease tahap 3 tp sy tatau  mata ni simpton PD atau depa buat hoax kena chek. dpt mana?

SS: amik dr post fb dimi. Dimi kata may b overdose dadah.

AF: dia ckp apa

SS: Overdose dadah..may b jadi halusinasi. Overdose dadah psikotik kata dimi..dia pun agak2 kot.






AF: http://redstatewatcher.com/article.asp?id=38765

REDSTATEWATCHER depa ni rightwing media cuma x pasti laporan kena dabel check.

SS: Ada jgk.baca clinton x sihat aritu

AF: sy mmg nk ckp hal dia sikit, tatau bila mls

SS: Calon2 dajjal no. Tapi dajjal.adalah pemuda

AF: Kes madey/dlm negara & syria yg makin tenat. hal AS mmg terlibat tp x larat dh nk ckp semua hal. biar kn ja pon lg bagus. sampai bila pon x abis. madey tgh jolok line johor skang. clinton bagi saya mmg overdosed & highly suspected mengidap parkinson's disease tahap 3. Simptom pergerakan mata termasuk dlm Parkinson's Disease ..

Hillary Clinton cancels event after bizarre eye movementHillary Clinton cancels California campaign event today. Her campaign claims she's suffering from pneumonia -- again. This latest strange episode comes after she experienced a seizure like episode on 9/11. Is it too much to expect our president to be able to focus both eyes in same direction? Surely we can do better. Hillary abnormal eye movement (left eye):


Doctor Explains Why Hillary's 9/11 "Medical Episode" Is More Consistent With Parkinson's Than Pneumonia

http://www.zerohedge.com/news/2016-09-13/medical-doctor-explains-why-hillarys-911-medical-episode-looks-more-parkinsons-pneum




Powered by Blogger.