Saturday, August 24, 2013

JAUHILAH BANYAK SANGAT LAMBANG-LAMBANG TANGAN INI

PESANAN UNTUK UMMAH: Jauhilah samasekali dari musuh² kita dibawah Pakatan Judeo-Kristian (Yahud ... thumbnail 1 summary
PESANAN UNTUK UMMAH: Jauhilah samasekali dari musuh² kita dibawah Pakatan Judeo-Kristian (Yahud & Nasrani) yang sering menggunakan simbolisma² terahsia dari sihir² sigil Iblis & Syaitan dalam agenda perjuangan mereka untuk memesongkan kita.

[ Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2836 ] - Maksudnya :Qutaibah menceritakan kepada kami, Ibnu Lahi'ah menceritakan kepada kami, dari Amr bin Syu'aib dari ayahnya dari datuknya bahawa Rasulullah SAW bersabda :"Tidak termasuk golongan kami orang menyerupai selain kami, janganlah kamu menyerupai orang Yahudi maupun orang Nasara, kerana sesungguhnya ucapan salam orang Yahudi itu memberi isyarat dengan jari-jari, dan ucapan salam orang Nasara itu memberi isyarat dengan tapak tangan."

[Hadis Sunan At-Termizi Jilid 5. Hadis Nombor 3628 ] - Muhammad bin Basysyar menceritakan kepada kami, Sufyan bin Isa memberitahukan kepada kami, Muhammad bin Ajlan memberitahukan kepada kami dari Al Qa'qa' dari Abi Shaleh dari Abi Hurairah "Bahawa seseorang berdoa dengan memberi isyarat kedua jarinya lalu Rasulullah SAW bersabda: "Isyaratlah dengan satu jari, isyaratlah dengan satu jari". Hadis ini adalah hadis hasan gharib. Dan erti hadis ini jika seseorang berisyarat dengan dua jarinya diwaktu berdoa ketika membaca tasyahhud, maka tidak boleh berisyarah selain dengan jari satu.

Dan kalian semua akan ditanya tentangku. maka apa yang akan kalian katakan?" Para sahabat menjawab: "Kami bersaksi, bahawa engkau telah menyampaikan, dan telah melaksanakan, serta telah memberi nasihat".

Lalu beliau mengacungkan jari telunjuknya ke langit, dan mencondongkan telunjuk tersebut ke arah khalayak seraya bersabda: "Ya Allah!. Saksikanlah. Ya Allah saksikanlah." Beliau mengulang ucapannya itu tiga kali.

Kemudian Bilal mengumandangkan adzan, kemudian dia membaca iqamat. Maka beliau solat Zuhur. Kemudian Bilal membaca iqamat, maka beliau solat asar. Dan beliau tidak mengerjakan solat apapun diantara kedua solat itu.. - Ibnu Majjah

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin (mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barang siapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zhalim. (Al Ma'idah: 51)

1. Ini adalah berbagai-bagai hand sign yang dibuat oleh para pemimpin dunia dan para rahib dibawah sistem pakatan Judeo-Kristian yang menunjukkan cara-cara mereka memuja Tuhan mereka, iaitu Lucifer atau Iblis.

2. Sebagai contoh isyarat tangan "V" yang dibuat oleh mereka dimaksudkan kepada Vulcan, iaitu Tuhan Romawi kuno, manakala isyarat tangan bertanduk adalah ditujukan kepada Baphomat, salahsatu syaitan yang dianggap sebagai Tuhan kecil bagi pengamal fahaman yang berteraskan pada Luciferian dan Satanik.

3. Mereka ini kesemuanya adalah ahli di dalam pelbagai pertubuhan dan kabal-kabal rahsia Zionis seperti Jesuit, Freemason, Illuminati, Skull & Bones, Knights of Malta, Shriners, Club of Rome, Bilderberg, Olympian yang kesemuanya amat sukar untuk diketahui dengan jelas, namun mereka kesemuanya berkerjasama di antara satu dengan yang lain mencaturkan geostrategi politik dunia bagi mewujudkan The New World Order (NWO) milik Zionis untuk memerintah dunia dan diakhiri dengan kedatangan al masihud dajjal LaknatuLlah.

4. Sesiapa yang membuat salah satu daripada isyarat tangan ini walaupun tanpa niat ianya bererti dia telah memuja atau menyembah Tuhan Palsu yang bernama Lucifer atau Tuhan-tuhan kecil yang lain seperti Baphomat. Syaitan dan Iblis tidak memerlukan bagi anda memasang niat-niat tertentu. Cukup bagi mereka dengan anda mengikut-ikut telunjuk mereka secara tanpa disedari atau bawah sedar.

5. Ramai dari golongan pelajar, belia dan artis kita yang sangat suka membuat isyarat tangan seperti di atas ini tanpa mengetahui bahawa itu adalah sebenarnya kaedah pemujaan Iblis atau pembantu Iblis yang boleh membawa mereka ini kepada syirik.

6. Ketahuilah bahawa dgn hanya main-main dgn jari-jari anda, itu sudah bererti bahawa anda sudah terlibat dalam permainan dan percaturan mereka kerana ia bukanlah semata-mata isyarat tangan namun disertai oleh mantra-mantra sihir ilmu kabbalah kuno mereka.

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”