Saturday, August 24, 2013

MESIR DALAM KERANGKA HADITS DAN PESANAN SAYYIDINA 'UMAR RA

:: MAAF MESIR, SELAGI KAMU TIDAK MENGENALI MUSUH-MUSUH DI BELAKANG TABIRMU DAN KAMU BERMAIN-MAIN... thumbnail 1 summary
:: MAAF MESIR, SELAGI KAMU TIDAK MENGENALI MUSUH-MUSUH DI BELAKANG TABIRMU DAN KAMU BERMAIN-MAIN BERSAMA MEREKA, SELAGI ITULAH BANTUAN ALLAH SWT TIDAK BERSAMAMU. ::

Ikhwan sekian lama duduk di sebelah Qatar sehingga AS Obama sayap Demokrat menjadi teman tidur, setilam dan sebantalmu. Lalu kamu dibantu CIA dan CFR memenangi pilihanraya umum. General Al Sisi boneka Pentagon sayap kanan pro Israel pro Saudi, bekerjasama dengan El Baridei sebagai penggerak utama Al Tamarroud tajaan International Crisis Group. Marhaen Liberal, Sekularis dan Moderat kena catur oleh kuasa Yakjuj Makjuj yang sama.

Lalu tumbanglah Ikhwan yang disokong sayap kiri US melalui Pakatan sayap kanan Saudi, Pentagon & Israel. Berlainan sayap namun melaporkan kepada "Sang Ketua Pencatur Kerosakan Mukabumi" yang sama.

Inilah hakikat Pakatan Dajjal. Kawan makan kawan. Kiri lawan kanan. Kanan makan kiri. Kesetiaan itu hanya Ilusi sepertimana jua perjuangan, kebebasan dan demokrasi itu hanya Ilusi dan bayangan igauan kamu semata-mata.

Saudi sangat mendendami akan kejatuhan Saddam Hussein dahulu. Apakah kamu sudah lupa? Saudi sangat meragui Ikhwan dan hubungkait kamu dengan Iran. Saudi sangat meragui Qatar dan harus diimbangi dan dihalangi kuasa Qatar dengan Ikhwan Muslimun.

Baridei sangat menginginkan No 1 namun sangat kecewa, kerana dicantas Saudi walaupun kamu ditaja ICG George Soros. Lalu Baridei sudahpun meletakkan jawatan. Kemana agaknya halatuju El Baridei? Tiada kesetiaan dalam sistem percaturan ini. Fahamilah hakikat ini.

Ketika kami menghentam habis-habisan Raja Saudi sebagai pembelot agama yang menyerang bumi Syams, maka suara-suara sumbang inilah menuduh kami sebagai Syiah. Apabila Raja Saud memerangi kamu sendiri, maka gelaran apaa pula yang ingin kamu panggil mereka yang menyalahi pendapat kamu?

Dengan tidak semena-mena maka hangatlah suara-suara sumbang ini menghentam pula Raja Saud sedangkan bukankah kamu dahulu saling bekerjasama di bumi Suriah? Ketahuilah, sesungguhnya ALLAH SWT MAHA BERKUASA dan DIA akan menunjukkan satu persatu tentang kebathilan sistem pakatan Yakjuj Makjuj yang kamu anuti, maka bertaubatlah. Keluarlah segera dari fitan-fitan ini dan bersederhanalah. Sesungguhnya RasuluLlah SAW diutuskan sebagai rahmat bagi sekelian alam.

Golongan Radikalis Islamis inilah yang pertama-tama akan mengkafirkan orang, kemudian di Syiahkan orang yang menegur mereka dengan baik. Pelbagai tuduhan dan tohmahan caci maki akan mereka hamburkan pada mereka yang semata-mata tidak bersependapat dengan mereka. Para 'ulama yang tidak sepakat dengan mereka dituduh pula mengamal politik suku agama suku. Pada hakikatnya mereka yang tiga suku. Para 'ulama ini hanya menyatakan bahawa kamu sedang bergelut dalam suatu sistem yang bathil dan kotor dan ia tidak ada kena mengena dengan Islam kerana ia dinajisi oleh percaturan politik gila kuasa dan gila dunia.

Kepada Ikhwan dan Mesir. Ini alam percaturan anjing makan anjing... Bertaubatlah kamu umat Islam di Mesir dan hayati persanan Sayyidina 'Umar dan RasuluLlah SAW. Tiada bantuan ALLAH SWT selagi kamu menganjingkan diri kamu pada sistem bathil ini..

Sudah lama kamu diberi peringatan demi peringatan, bahawa di kalangan kamu terdapat ramainya kelompok-kelompok pembelot agama Islam dan sering ke sana dan ke mari bersekongkol dengan pencatur-pencatur Zionis dari Kaum Yakjuj Makjuj. Hentikan menyalak kamu mempersalahkan para 'ulama yang benar yang telah berkali-kali menyatakan kamu tersasar dari jalan yang benar. Amaran demi amaran diberi namun kamu tetap memilih jalan ini. Apabila kamu disembelih oleh musuh-musuh yang nyata dan yang bersembunyi, maka menyalaklah kamu sekali lagi menyalahkan para 'ulama ini dan setiap Muslim yang tidak bersependapat dengan kamu sehingga kamu sahajalah pembawa obor-obor kebenaran Islam dalam dunia ini.

Kata Sayyidina 'Umar: "Ketahuilah! Bahawa ada bersama dalam perjalananmu, malaikat-malaikat yang mengawasi, dan para malaikat ini mewakili pihak kerajaan Allah SWT untuk menjagamu."

Sekiranya perjuangan kamu benar nescaya sudah lama ALLAH SWT turunkan bantuan dari langit untuk kamu sehingga terhapuslah segala bathil keatas umat Islam. Namun tahun demi tahun berdekad-dekad lamanya hingga kini, di manakah bantuan keatas kamu?

Di sebelah kiri dan kananmu mereka duduk dalam kelompok kamu sambil mengambil pelbagai rupa bentuk Islam namun mereka hanyalah bertindak sebagai barua-barua Yakjuj Makjuj. Apabila kamu sedar dan kembali kerumah-rumah kamu dalam keadaan insaf bahawa selama ini kamu telah tertipu, maka di situlah akan bermulanya bantuan ALLAH SWT bagi kamu.

:: Pesanan Saidina Umar Al-Khattab kepada Saad bin Abi Waqas, Ketua Turus tentera Muslimin ketika beliau mengutuskannya untuk pembukaan kota Parsi.

Sesungguhnya aku memerintahkan kepadamu wahai Saad ! Dan juga mereka yang bersama-samamu. Supaya bertaqwa kepada Allah SWT dalam apa jua keadaan kerana sesungguhnya taqwa kepada Allah SWT adalah sebaik-baik persiapan untuk mengalahkan pihak musuh dan juga sehebat-hebat strategi dalam peperangan.

Aku memerintahkan kepadamu dan mereka yang bersama-samamu, supaya menjauhkan diri daripada maksiat kerana sesungguhnya dosa-dosa yang dilakukan oleh tentera Islam adalah lebih aku takuti daripada musuh-musuh Islam.

Sesungguhnya orang-orang Islam telah mendapat pertolongan daripada Allah SWT disebabkan oleh kemaksiatan yang telah dilakukan oleh pihak musuh, jika bukan kerana hal itu, nescaya tidak ada lagi bagi orang-orang Islam kekuatan. Bilangan tentera kita tidak sebanyak bilangan tentera mereka. Kelengkapan senjata kita tidak sehebat kelengkapan senjata mereka.

Maka jika amalan maksiat dan tabiat kita sama dengan pihak musuh, nescaya kelebihan kekuatan dan kemenangan akan menyebelahi mereka.

Jika kita tidak mendapat pertolongan daripada Allah SWT keatas musuh-musuh ini dengan kelebihan kita, sudah pasti kita tidak akan dapat mengalahkan mereka.

Ketahuilah!

Bahawa ada bersama dalam perjalananmu, malaikat-malaikat yang mengawasi, dan para malaikat ini mewakili pihak kerajaan Allah SWT untuk menjagamu.

Mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan. Maka malulah terhadap apa yang ingin kamu lakukan.

Janganlah kamu berkata "Sesungguhnya pihak musuh lebih hina dari kita, dan mereka tidak akan dapat menguasai kita walaupun kita turut berbuat kejahatan".

Mana tahu Allah akan mendatangkan satu kaum yang lebih zalim daripada pihak musuh, seperti yang pernah berlaku kepada kaum Bani Israil dahulu yang mana akhirnya mereka telah dikuasai oleh orang-orang kafir Majusi (penyembah api).

Mohonlah dari Allah Taala kemenangan keatas nafsu-nafsu mu, sepertimana kamu memohon kemenangan keatas musuh-musuh mu.

Aku memohon perkara yang sama keatas diriku dan dirimu. - Saidina Umar Al-Khattab ::

:: Dari Ummul Mukminin Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam), beliau berkata: "(Pada suatu hari) Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil bersabda, "La ilaha illallah, celaka (binasa) bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. ::

:: Pada hari ini telah terbuka bagian dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini", dan Baginda menemukan ujung ibu jarinya dengan ujung jari yang sebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyaratkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya, Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa, sedangkan di kalangan kami masih ada orang-orang yang shaleh?" Lalu Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda, Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak." (HR. Bukhari dan Muslim).

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”