Wednesday, April 8, 2015

BHG III: YEMEN - DARIHAL YEMEN, GERHANA DAN KIAMAT

*Entri akan dikemaskini ENTRI ASAL: BHG III YEMEN - DARIHAL YEMEN, GERHANA DAN KIAMAT https://www.facebook.com/groups/antikons/permali... thumbnail 1 summary
*Entri akan dikemaskini

ENTRI ASAL: BHG III YEMEN - DARIHAL YEMEN, GERHANA DAN KIAMAT
https://www.facebook.com/groups/antikons/permalink/1600152256908298/

Salinan pdf:
https://www.facebook.com/download/700830593359527/BHG%20III%20YEMEN.pdf

BHG I: GERHANA AKHIR ZAMAN
DARIHAL YEMEN, GERHANA DAN KIAMAT

https://www.facebook.com/groups/antikons/permalink/1600110746912449/
 

BHG II: MENILAI SEMULA HADITS 3 KHUSUF - API DARI YEMEN
DARIHAL YEMEN, GERHANA DAN KIAMAT

https://www.facebook.com/groups/antikons/permalink/1600998673490323/


Inilah naratif sebenarnya untuk YEMEN secara ringkas. Selain dari itu hanyalah penelitian keatas data mengenai fakta-fakta yang disebutkan tadi. Perebutan Gulf of Aden adalah bagi penguasaan mutlak keatas laluan Lautan Hind. Dengan yang demikian hendaklah kita memahami kemana halatuju sebenarnya pergolakan di Yemen ini. Ia bukanlah perkara kecil dan remeh temeh kerana ia merupakan salah satu "pre-cursor" utama kepada konflik yang akhirnya mencetuskan Perang Dunia sekali lagi.

Admiral Alfred T. Mahan (1840-1914) pakar geostrategik tentera laut AS:
“..whoever attains maritime supremacy in the Indian Ocean [will] be a prominent player on the international scene.”.(Indian Ocean and our Security).
“This ocean is the key to the seven seas in the twenty-first century; the destiny of the world will be decided in these waters.” - AL FAEDAH
Untuk jimat masa saya akan mengulas, kemaskini dan buat rujukan terus di ruang komen. Dah selesai baru saya susun pada entri dan akhirnya di blog. Saya akan ringkaskan ulasan sudut geo politik khususnya berhubungan polemik puak Houthi yang menjadi pertikaian. Mereka yang online dan rasa nak pintas sambil kemaskini dilengkapkan boleh bincang sama di sini dan kalau relevan saya akan terus masuk kepada perkara yang dibangkitkan.

Saya sentuh secara ringkas sahaja polemik HOUTHI kerana bagi saya kebanyakan naratif, komen dan pertanyaan membabitkan YEMEN menjurus kepada polemik HOUTHI dan ini bukan isu sebenarnya samasekali dan merupakan tipudaya yang nyata ditelan mentah2 oleh marhaen.


Yemen bergegar: Escape from Yemen: Refugees tell RT 'the whole city was shaking'
http://rt.com/news/247309-yemen-evacuation-russian-plane/


Sunday, April 5, 2015

Bongkar Konspirasi Pembunuhan Tan Sri Yahya

Ehem ehem... Haaa haaa Chummmmmm!!! Sesi imbas kembali/replay/flashback sebagai susulan posting asal: SAKSI LIHAT HELIKOPTER BERKECAI ... thumbnail 1 summary
Ehem ehem... Haaa haaa Chummmmmm!!!
Sesi imbas kembali/replay/flashback sebagai susulan posting asal:

SAKSI LIHAT HELIKOPTER BERKECAI MELETUP DI UDARA
BILA PAKAR-PAKAR C4 DAN BLACK OPS
SEMBANG KOPI

Ramai beranggapan bahawa kematian bekas pengerusi DRB-Hicom,Tan Sri Yahya Ahmad(TSYA) bersama isteri dan seorang juruterbang dalam nahas membabitkan helikopter yang dinaikinya 15 tahun lalu adalah disebabkan masalah kerosakan helikopter(klik sini untuk berita). Namun, disebalik tragedi menyayat hati itu,terbit pula cerita yang mengatakan semua itu adalah konspirasi yang dirancang oleh pendengki-pendengki beliau.

Berikut merupakan cerita yang Waszap copy dari forum Carigold: “Ingat tak dulu semasa temubual penduduk kampung selepas terhempasnya helikopter Tan Sri Yahya Ahmad yang disiarkan oleh TV3? Kesemuanya menyatakan bahawa terdapat dua letupan ketika kejadian tersebut. Satu di udara dan satu lagi apabila terhempas di tanah.

Pada akal saya seorang Jurutera Aeronautik (BSc Aero Eng. Northrop Univ, USA) ianya adalah letupan BOM yang menyebabkan ianya jatuh. Kalau terdapat permasalahan, helikopter tidak akan meletup diudara. Ianya akan meletup sebaik sahaja berlaku impak.

Saturday, April 4, 2015

DARIHAL YEMEN, GERHANA DAN KIAMAT

Hendaklah memberati akan urusan gerhana ini dan bergegas melaksanakan solat khusuf pada malam ini. Sedangkan Rasulullah sallallahu ... thumbnail 1 summary


Hendaklah memberati akan urusan gerhana ini dan bergegas melaksanakan solat khusuf pada malam ini. Sedangkan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam sendiri berasa takut dan bergegas-gegas melakukannya darihal khawatir akan kiamat, apatah lagi kita umat Baginda sallallahu 'alaihi wasallam yang sudah pun berada di ufuk senja akhir zaman. Lalu hendaklah kita merasakan kehebatan ALLAH ta'ala melaluinya dan berdoa agar ALLAH ta'ala menghilangkan ketakutan kita darinya, memohon keampunanNYA dan agar dijauhi dari segala bala' dan fitan akhir zaman.
Hadits 1:
 
حَدَّثَنَا أَبُو عَامِرٍ الأَشْعَرِيُّ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ بَرَّادٍ، وَمُحَمَّدُ بْنُ الْعَلاَءِ، قَالاَ حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ عَنْ بُرَيْدٍ، عَنْ أَبِي بُرْدَةَ، عَنْ أَبِي مُوسَى، قَالَ خَسَفَتِ الشَّمْسُ فِي زَمَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَقَامَ فَزِعًا يَخْشَى أَنْ تَكُونَ السَّاعَةُ حَتَّى أَتَى الْمَسْجِدَ فَقَامَ يُصَلِّي بِأَطْوَلِ قِيَامٍ وَرُكُوعٍ وَسُجُودٍ مَا رَأَيْتُهُ يَفْعَلُهُ فِي صَلاَةٍ قَطُّ ثُمَّ قَالَ ‏"‏ إِنَّ هَذِهِ الآيَاتِ الَّتِي يُرْسِلُ اللَّهُ لاَ تَكُونُ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ وَلَكِنَّ اللَّهَ يُرْسِلُهَا يُخَوِّفُ بِهَا عِبَادَهُ فَإِذَا رَأَيْتُمْ مِنْهَا شَيْئًا فَافْزَعُوا إِلَى ذِكْرِهِ وَدُعَائِهِ وَاسْتِغْفَارِهِ ‏"‏ ‏.‏ وَفِي رِوَايَةِ ابْنِ الْعَلاَءِ كَسَفَتِ الشَّمْسُ وَقَالَ ‏"‏ يُخَوِّفُ عِبَادَهُ ‏"‏


Dari hadits riwayat Abu Musa radhiallahu 'anhu ia berkata: Tatkala terjadi gerhana matahari di masa Nabi sallallahu 'alaihi wasallam, beliau bangkit terkejut, takut terjadi kiamat sampai beliau menuju mesjid. Beliau melakukan solat dengan rukuk dan sujud yang lama sekali. Tidak pernah aku melihatnya melakukan solat seperti itu. Kemudian beliau bersabda: Sesungguhnya ini adalah tanda-tanda kebesaran yang dikirimkan Allah, gerhana ini terjadi bukan karena kematian atau kelahiran seseorang, tetapi Allah yang mengirimkannya untuk menakut-nakuti hamba-hamba-Nya. Oleh sebab itu, bila kalian melihatnya, maka bersegeralah ingat kepada-Nya, berdoa dan mohon ampunan-Nya. (Sahih Muslim #912, Jilid 10, Hadits #26) 

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”