Wednesday, April 8, 2015

BHG III: YEMEN - DARIHAL YEMEN, GERHANA DAN KIAMAT

*Entri akan dikemaskini ENTRI ASAL: BHG III YEMEN - DARIHAL YEMEN, GERHANA DAN KIAMAT https://... thumbnail 1 summary
*Entri akan dikemaskini

ENTRI ASAL: BHG III YEMEN - DARIHAL YEMEN, GERHANA DAN KIAMAT
https://www.facebook.com/groups/antikons/permalink/1600152256908298/

Salinan pdf:
https://www.facebook.com/download/700830593359527/BHG%20III%20YEMEN.pdf

BHG I: GERHANA AKHIR ZAMAN
DARIHAL YEMEN, GERHANA DAN KIAMAT

https://www.facebook.com/groups/antikons/permalink/1600110746912449/
 

BHG II: MENILAI SEMULA HADITS 3 KHUSUF - API DARI YEMEN
DARIHAL YEMEN, GERHANA DAN KIAMAT

https://www.facebook.com/groups/antikons/permalink/1600998673490323/


Inilah naratif sebenarnya untuk YEMEN secara ringkas. Selain dari itu hanyalah penelitian keatas data mengenai fakta-fakta yang disebutkan tadi. Perebutan Gulf of Aden adalah bagi penguasaan mutlak keatas laluan Lautan Hind. Dengan yang demikian hendaklah kita memahami kemana halatuju sebenarnya pergolakan di Yemen ini. Ia bukanlah perkara kecil dan remeh temeh kerana ia merupakan salah satu "pre-cursor" utama kepada konflik yang akhirnya mencetuskan Perang Dunia sekali lagi.

Admiral Alfred T. Mahan (1840-1914) pakar geostrategik tentera laut AS:
“..whoever attains maritime supremacy in the Indian Ocean [will] be a prominent player on the international scene.”.(Indian Ocean and our Security).
“This ocean is the key to the seven seas in the twenty-first century; the destiny of the world will be decided in these waters.” - AL FAEDAH
Untuk jimat masa saya akan mengulas, kemaskini dan buat rujukan terus di ruang komen. Dah selesai baru saya susun pada entri dan akhirnya di blog. Saya akan ringkaskan ulasan sudut geo politik khususnya berhubungan polemik puak Houthi yang menjadi pertikaian. Mereka yang online dan rasa nak pintas sambil kemaskini dilengkapkan boleh bincang sama di sini dan kalau relevan saya akan terus masuk kepada perkara yang dibangkitkan.

Saya sentuh secara ringkas sahaja polemik HOUTHI kerana bagi saya kebanyakan naratif, komen dan pertanyaan membabitkan YEMEN menjurus kepada polemik HOUTHI dan ini bukan isu sebenarnya samasekali dan merupakan tipudaya yang nyata ditelan mentah2 oleh marhaen.


Yemen bergegar: Escape from Yemen: Refugees tell RT 'the whole city was shaking'
http://rt.com/news/247309-yemen-evacuation-russian-plane/



Perkara pertama yang kita bangkitkan di sini adalah berkaitan pembabitan Malaysia ke dalam kancah pergolakan campurtangan asing di Yemen. Dari laporan terkini nampaknya ATM dan kerajaan Malaysia sudah pada dasarnya bersetuju untuk menyertai Operasi Saudi dan sekutu-sekutunya walaupun besar kemungkinan kita belum turun padang lagi.

Bagi kita penglibatan negara dalam operasi ini menunjukkan bahawa Malaysia sudah terpalit di dalam kemelut geopolitik dajjal. Sekiranya YEMEN menjadi "pre cursor" - permulaan bagi siri peperangan yang bakal meledak menjadi lebih besar dan luar kawalan maka saya langsung tidak nampak bagaimana Malaysia mampu keluar dari fitan ini.



MALAYSIA HANTAR TENTERA SERANG YAMAN?: Malaysia Bakal Sertai Misi “Operation Decisive Storm”

http://dailyrakyat.com/malaysia-hantar-tentera-serang-yaman-malaysia-bakal-sertai-misi-operation-decisive-storm/347

Saya meminta majma' di sini memerhatikan dengan teliti visual kepala berita/"headline" (SUMBER: GLOBAL RESEARCH) yang berikut kerana ia merupakan suatu rumusan yang sangat tepat mengenai pergolakan yang sedang berlaku melibatkan YEMEN pada hari ini dan saya akan mengulas secara spesifik apakah relevannya kepala berita yang dipaparkan tersebut.



RAHSIA DI BALIK KEPALA BERITA YEMEN: Mungkin tidak ramai yang perasan jadi boleh fikirkan apa sebenarnya yang sedang saya cuba halakan mengenai kepala berita tersebut. Saya bercakap khusus dan secara spesifik merujuk kepada tajuk berita tersebut bukan pengisiannya.

Orang-orang awam mungkin tidak faham, bila ditanya mengenai pergolakan di Yemen mereka akan kata Yemen. Kebanyakan tidak mampu menyusun lebih dari itu tetapi semua para penganalisis geopolitik dunia faham bila dirujuk mengenai kes di Yemen maka mereka akan berkata ini sebenarnya melibatkan 3 front iaitu YEMEN, SYRIA, IRAQ.

Dalam 2 bahagian yang terdahulu saya sudah pun membentuk argumen yang menghubungkaitkan kejadian-kejadian gerhana dengan YEMEN dan akhir zaman/kiamat. Untuk memahami perbincangan seterusnya, pastikan anda sudah memahami konteks dan latarbelakang yang telah kita sampaikan pada kedua-dua bahagian tersebut.

Saya memberi amaran kepada majma' supaya meneliti pergolakan di YEMEN dengan penuh perhatian.

DARIHAL YEMEN DAN PERGOLAKAN DI AKHIR ZAMAN: RASULULLAH SAW MENYEBUT SUSUNAN YEMEN, SYRIA DAN IRAQ SECARA SPESIFIK DI DALAM HADITS SAHIH


كتاب فضائل المدينة
باب مَنْ رَغِبَ عَنِ الْمَدِينَةِ

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ، أَخْبَرَنَا مَالِكٌ، عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الزُّبَيْرِ، عَنْ سُفْيَانَ بْنِ أَبِي زُهَيْرٍ ـ رضى الله عنه ـ أَنَّهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ " تُفْتَحُ الْيَمَنُ فَيَأْتِي قَوْمٌ يُبِسُّونَ، فَيَتَحَمَّلُونَ بِأَهْلِيهِمْ وَمَنْ أَطَاعَهُمْ، وَالْمَدِينَةُ خَيْرٌ لَهُمْ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ، وَتُفْتَحُ الشَّأْمُ، فَيَأْتِي قَوْمٌ يُبِسُّونَ فَيَتَحَمَّلُونَ بِأَهْلِيهِمْ وَمَنْ أَطَاعَهُمْ، وَالْمَدِينَةُ خَيْرٌ لَهُمْ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ، وَتُفْتَحُ الْعِرَاقُ، فَيَأْتِي قَوْمٌ يُبِسُّونَ فَيَتَحَمَّلُونَ بِأَهْلِيهِمْ وَمَنْ أَطَاعَهُمْ. وَالْمَدِينَةُ خَيْرٌ لَهُمْ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ ".

Sahih al-Bukhari #1875, Jilid #29, Hadits #9

Telah menceritakan kepada kami 'Abdullah bin Yusuf telah mengabarkan kepada kami Malik dari Hisyam bin 'Urwah dari bapaknya dari 'Abdullah bin Az Zubair dari Sufyan bin Abu Zuhair radhiallahu 'anhu bahwa dia berkata; aku mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

"Nanti negeri Yaman akan ditaklukkkan lalu akan datang suatu kaum yang menggiring hewan tunggangan mereka secara perlahan-lahan menuju lokasi tersebut dengan membawa keluarga dan orang-orang yang menta'ati mereka. Dan Madinah lebih baik bagi mereka seandainya mereka mengetahui.

Kemudian negeri Syam akan ditaklukkan, lalu akan datang suatu kaum yang menggiring hewan tunggangan mereka secara perlahan-lahan menuju negeri tersebut dengan membawa keluarga dan orang-orang yang mentaati mereka. Padahal Madinah lebih baik bagi mereka seandainya mereka mengetahui.

Kemudian negeri 'Iraq akan ditaklukkan lalu akan datang suatu kaum yang menggiring hewan tunggangan mereka secara perlahan-lahan menuju negeri tersebut dengan membawa keluarga dan orang-orang yang mentaati mereka. Padahal Madinah lebih baik bagi mereka seandainya mereka mengetahui".

حَدَّثَنَا أَبُو خَيْثَمَةَ، زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ وَإِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ وَابْنُ أَبِي عُمَرَ الْمَكِّيُّ - وَاللَّفْظُ لِزُهَيْرٍ - قَالَ إِسْحَاقُ أَخْبَرَنَا وَقَالَ الآخَرَانِ، حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ، عَنْ فُرَاتٍ، الْقَزَّازِ عَنْ أَبِي الطُّفَيْلِ، عَنْ حُذَيْفَةَ بْنِ أَسِيدٍ الْغِفَارِيِّ، قَالَ اطَّلَعَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم عَلَيْنَا وَنَحْنُ نَتَذَاكَرُ فَقَالَ " مَا تَذَاكَرُونَ " . قَالُوا نَذْكُرُ السَّاعَةَ . قَالَ " إِنَّهَا لَنْ تَقُومَ حَتَّى تَرَوْنَ قَبْلَهَا عَشْرَ آيَاتٍ " . فَذَكَرَ الدُّخَانَ وَالدَّجَّالَ وَالدَّابَّةَ وَطُلُوعَ الشَّمْسِ مِنْ مَغْرِبِهَا وَنُزُولَ عِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ صلى الله عليه وسلم وَيَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ وَثَلاَثَةَ خُسُوفٍ خَسْفٌ بِالْمَشْرِقِ وَخَسْفٌ بِالْمَغْرِبِ وَخَسْفٌ بِجَزِيرَةِ الْعَرَبِ وَآخِرُ ذَلِكَ نَارٌ تَخْرُجُ مِنَ الْيَمَنِ تَطْرُدُ النَّاسَ إِلَى مَحْشَرِهِمْ .

Diriwayatkan oleh Hudhaifa b. Usaid al-Ghifari. Nabi saw muncul ketika kami sedang berbincang, lalu baginda bertanya: Apa yang kalian bicarakan? Mereka berkata: “Kita berbicara berkaitan Qiamat, baginda bersabda: Qiamat tidak akan berlaku sehingga kamu lihat sepuluh tanda iaitu; [1] keluar asap, [2]muncul Dajjal, [3] keluar binatang Dabbah, [4] matahari terbit dari barat, [5] turunnya Nabi Isa Ibni Mariam, [6] muncul Ya’juj Makjuj, berlaku tiga khusuf (redaksi pengulas: penenggelaman bumi atau gerhana?) iaitu: [7] satu khusuf di timur, [8] satu di barat [9] dan satu lagi di Semenanjung jazirah Arab [10] dan lain yang adalah api keluar dari Yaman lalu menghalau manusia ke tempat berkumpul. (Sahih Muslim #2901, Jilid #54, Hadits #51)


Laporan semalam Saudi menggesa Pakistan untuk bantuan ketenteraan. Pakistan dah goyang kerana bimbang akan menular huru hara dalam negaranya sendiri. Kalau coalition Saudi gagal berterusan besar kemungkinan AS dan UK akan turun padang. Boots on the ground.

Pakistan says Saudi-led coalition in Yemen wants troops
http://america.aljazeera.com/articles/2015/4/6/pakistan-says-saudi-led-coalition-in-yemen-wants-troops.html

Kebanyakan orang awam tidak faham betapa bahayanya ledakan peperangan di YEMEN yang melibatkan koalisi negara-negara yang bersekutu dengan AS dan ZIONIS. Mereka tak faham apa yang ada di YEMEN dan mereka digula-gulakan dengan ayat SUNNI-SYIAH. Ruanglingkup dan impaknya jauh lebih besar dari itu.

Pemberontakan di Yemen oleh majoriti Houthi sudah berlangsung lebih 10 tahun dan mereka mewakili ramai suara-suara Sunni dan segenap lapisan strata masyarakat Yemen. Houthi bukan hardcore Syiah malah majoriti Houthi adalah Zaidiyyah yang merupakan sekte Syiah yang paling menghampiri Ahlus Sunnah wal Jama'ah. IRAN bukan merupakan penyokong utama Houthi dan bantuan IRAN hanya baru-baru ini saja di mana HOUTHI akibat desakan sekutu-sekutu AS terpaksa mencari perlindungan kepada pakatan CHINA-RUSSIA-IRAN. Ia merupakan langkah strategik yang manasabah dalam apa situasi sekalipun dalam menghadapi tekanan tersebut.

Pemberontakan puak HOUTHI yang sudah memakan masa lebih 10 tahun itu bermula sejak Presiden Ali Abdullah Saleh lagi dan timbalan Presiden ketika itu adalah Presiden Abd Rabbuh Mansur Hadi. Kedua-dua mereka ini terkenal sebagai pemimpin-pemimpin dalam acuan diktator Timur Tengah dan merupakan proksi kuat Amerika Syarikat dan kuasa-kuasa Zionis. Di dalam perundingan-perundingan yang berlangsung terus menerus selepas tumbangnya Presiden Ali Abdullah Saleh, Presiden Abd Rabbuh Mansur Hadi telah menjanjikan pelbagai tindakan rekonsiliasasi kepada puak-puak pemberontak yang akhirnya dicabuli sendiri satu persatu sehingga akhirnya membawa kepada penggulingan Presiden Abd Rabbuh Mansur Hadi. Maka bermulalah huru hara dari pihak Amerika Syarikat kerana penggulingan proksi mereka ini bermakna pegangan mereka keatas YEMEN bakal terlepas.

Apakah bermakna saya menyokong HOUTHI? Tidak. Kerana pendirian kita ialah tidak akan memihak kepada sesiapa saja yang meletakkan diri mereka ke dalam kancah fitan geopolitik sistem dajjal. Persoalannya di sini ialah apakah yang sebenarnya menjadi rebutan di YEMEN?


Apa sebenarnya menjadi rebutan di YEMEN yang nampaknya terkeluar dari naratif2 utama yang berlegar mengenai pergolakan terbaru. Kita akan ulas khususnya melibatkan 2 perkara. Pertama laluan emas Teluk Adan/GULF OF ADEN dan PULAU SOCOTRA. Pulau yang sangat masyhur kerana keanehannya dan ada di antara para pemantau akhir zaman mengsyakinya sebagai pulau dajjal di perairan YEMEN. Ini dua sebab utama perebutan dan pergolakan berlaku yang mana negara-negara sekutu AS sedang didorong untuk melancarkan peperangan bagi pihak AS dan ZIONIS.
 

Mohd Sabri Haji Husain: Lokasi yang strategik.. kalau US dah dapat Yemen, Diego Garcia depa buang terus ke laut.. Lokasi Yemen hampir menyamai Semenanjung Tanah Melayu.. Masing2 mengidam untuk dimiliki..

AL FAEDAH: Exactly tetapi tidak. Yemen untuk memperkukuhkan Diego Garcia dan pegangan keatas Lautan Hind. DG samasekali tidak akan dibuang. Kuncinya ialah Gulf of Aden.

Perjanjian yang dimeterai sejak tahun 2010 antara AS dengan Presiden Ali Abdullah Salleh adalah melibatkan perjanjian untuk menjadikan Pulau SOCOTRA sebagai (1) pengkalan tentera (Socotra Military Base) AS untuk mengawal sepenuhnya laluan antara Gulf of Aden dengan Lautan Merah (Red Sea). Kelengkapan masakini sebagai pengkalan udara dirancang oleh AS untuk dikembangkan kepada pengkalan laut bagi mereka.



Socotra US Military Base: Existing runway and airport 

Mohd Sabri Haji Husain: Ada yang mengatakan disitu tempat nya dajjal dirantai.. Wallahualam

AL FAEDAH: Ya masyhur pendapat tersebut seperti yang saya kata dan memang tidak mustahil melihat kepada kepentingan Amerika Syarikat di sana yang sedang cuba habis-habisan untuk dikekal serta diperkukuhkan. Melihat kepada Nubuwwat hadits saya berpendapat lambat laun Yemen, Syria dan Iraq akan tumbang.

Apa yang merumitkan keadaan sekarang bila dilihat Gulf of Aden dan Pulau Socotra dalam konteks "theatre of war"? Rusia mempunyai kepentingan di Pulau Socotra semasa Perang Dingin dan kini meningkatkan usaha untuk turut mempunyai pengkalan tentera di sana dan sedang berunding dengan kerajaan Yemen. Amerika Syarikat tidak boleh membenarkan samasekali puak HOUTHI berkuasa kerana ini bermakna mereka akan kehilangan kedua-dua kepentingan ini. Apakah IRAN, CHINA dan RUSIA akan membenarkan perkara ini dilaksanakan dengan mudah dan tanpa "check and balance"? Apakah mereka akan membenarkan laluan ini dikuasai sepenuhnya oleh Amerika Syarikat dan seterusnya LAUTAN HINDI? Oleh kerana itulah kita berpendapat pergolakan terkini di YEMEN ini tersangat bahaya dan tidak akan berakhir begitu saja tanpa membentuk suatu rentetan siri peperangan di kawasan rebutan tersebut.



PERANG SULIT AMERIKA SYARIKAT DI YEMEN: PEREBUTAN LALUAN GULF OF ADEN DAN PULAU SOCOTRA 

Among Washington’s strategic objectives is the militarization of major sea ways. This strategic waterway links the Mediterranean to South Asia and the Far East, through the Suez Canal, the Red Sea and the Gulf of Aden.

It is a major transit route for oil tankers. A large share of China’s industrial exports to Western Europe transits through this strategic waterway. Maritime trade from East and Southern Africa to Western Europe also transits within proximity of Socotra (Suqutra), through the Gulf of Aden and the Red Sea. (see map below). A military base in Socotra could be used to oversee the movement of vessels including war ships in an out of the Gulf of Aden.

“The [Indian] Ocean is a major sea lane connecting the Middle East, East Asia and Africa with Europe and the Americas. It has four crucial access waterways facilitating international maritime trade, that is the Suez Canal in Egypt, Bab-el-Mandeb (bordering Djibouti and Yemen), Straits of Hormuz (bordering Iran and Oman), and Straits of Malacca (bordering Indonesia and Malaysia). These ‘chokepoints’ are critical to world oil trade as huge amounts of oil pass through them.” (Amjed Jaaved, A new hot-spot of rivalry, Pakistan Observer, July 1, 2009)

Inilah naratif sebenarnya untuk YEMEN secara ringkas. Selain dari itu hanyalah penelitian keatas data mengenai fakta-fakta yang disebutkan tadi. Perebutan Gulf of Aden adalah bagi penguasaan mutlak keatas laluan Lautan Hind. Dengan yang demikian hendaklah kita memahami kemana halatuju sebenarnya pergolakan di Yemen ini. Ia bukanlah perkara kecil dan remeh temeh kerana ia merupakan salah satu "pre-cursor" utama kepada konflik yang akhirnya mencetuskan Perang Dunia sekali lagi.

Admiral Alfred T. Mahan (1840-1914) pakar geostrategik tentera laut AS:

“whoever attains maritime supremacy in the Indian Ocean [will] be a prominent player on the international scene.”.(Indian Ocean and our Security).

“This ocean is the key to the seven seas in the twenty-first century; the destiny of the world will be decided in these waters.”



Mohd Sabri Haji Husain: Siapa yang masih ingat kisah penculikan kapal MISC oleh lanun Somalia di laluan Gulf of Eden beberapa tahun lepas ? Kenapakah kapal MISC yang membawa bendera Malaysia yang menjadi mangsa rampasan.. atau adakah kerana kebodohan kesilapan mereka meneka bendera yang silap.. maklum la bendera M'sia dgn US hampir sama.. Pujian harus diberikan keatas pasukan perunding dan TLDM kita diatas pembebasan dan mengiringi pulang dengan selamat.. US Navy pun sebenarnya agak cuak berdepan dengan lanun Somalia ni

AL FAEDAH: Ya lupa dan saya akan letak dalam salinan akhir ulasan saya mengenai lanun2 Somalia. AL QAEDA dan lanun-lanun itu hanyalah preteks yang dibentuk oleh AS supaya mengaburi maksud sebenar mereka untuk menubuhkan pengkalan tentera di Pulau Socotra. Malah lanun-lanun ini ada yang menerima bantuan terus menerus dari AS sendiri. Bila negara-negara seperti Malaysia diserang, AS sebenarnya hanya senyum dan goyang kaki. Yang jadi bendulnya kita.

Several reports, however, confirmed that the Saleh-Petraeus meetings were intent upon redefining US military involvement in Yemen including the establishment of a full-fledged military base on the island of Socotra. Yemen’s president Ali Abdullah Saleh was reported to have “surrendered Socotra for Americans who would set up a military base, pointing out that U.S. officials and the Yemeni government agreed to set up a military base in Socotra to counter pirates and al-Qaeda.” (Fars News. January 19, 2010)

AL FAEDAH: AS ini sangat halus mainan dia bhai. Sebab itu habis semua join coalition Saud kena getah.

Armanusantara Rahmat: Adakah lanun2 di nusantara ni dibaiya us jg tn Muhammad Bin Ismail??

Muhd Luqman Hakim: lanun dlm malaysia pun ramai....hmmm...

Armanusantara Rahmat Pendapat 3 suku 5 duit sy...seandainya us menguasai laluan selat melaka ni...lanun2 dikepulauan nusantara ni akan berkeliaran blk..huhu..

AL FAEDAH: Bagi saya samada secara langsung atau tidak mereka memang sengaja dibiarkan bebas berkeliaran sepertimana sindiket-sindiket jenayah/organized crime juga. Semua berpunca dari kabal-kabal rahsia pakatan Zio.

Armanusantara Rahmat: Kemungkinan.. asbabnya yg sebenarnya mereka dilindungi namun patuh pd perintah diraja.

AL FAEDAH: pi mai pi mai tang tu lah lebih kurang. sambung tanya raja patuh kat sapa. sindiri jawablah saya tidak mengetahukan jawapannya. pusinlah kot mana pun. saya tider mahu tahu.

Oleh kerana polemik YEMEN ini melibatkan kembali PULAU SOCOTRA, maka wajar diteliti dan diambilkira hipotesis tersebut. Buat masa ini saya masih KIV. 


Keanehan Socotra - Pulau Dajjal?
http://abatasa2.blogspot.com/2011/06/keanehan-socotra_7870.html





حكمة المؤمن : Selat Melaka termasuk di dlm rangkaian laluan emas@ sutera tersebut. Tanah Melayu dan Yemen sudah lama berhubungan sejak berabad lamanya melalui jalan perdagangan ini. Malaysia dan Yaman ibarat adik-beradik yg kaya dgn khazanah, fitnah yg berlaku di sana, mungkin bersambung episod di negara kita. WaLLAHualam. Koalisi Arab Saudi menyerang habis2an bandar Aden. Sehingga saat ni, tak pasti mcmane usaha utk membawa keluar 68 org pelajar2 Msia & 3 org pelajar Thailand di sana, terus ke Teluk Aden, menaiki kapal laut yg dah bbrapa hari berlabuh di Pelabuhan Aden dan menuju ke Oman. Berita ATM ingin menyertai koalisi Arab tersebar meluas dlm media Arab, menambahkan kesukaran anak2 ini bergerak ke pelabuhan dgn selamat. Anak saya, antara pelajar2 yg terpaksa melupakan sementara pengajiannya , bertungkus lumus di dlm bilik gerakan Permaya(Persatuan Pelajar Msia Yaman) Hadramawt, dlm usaha mengkoordinasikan evakuasi pelajar2 di Aden dan Hadramawt. Mohon sudi doakan mereka.


AL FAEDAH: Insyaa Allahu tabaroka wa ta'ala setiap yang sampai perkhabaran ini agar mendoakan kebaikan & keselamatan bagi mereka yang tersangkut dalam fitan ini di Yemen.

Lontong Laksa Smlm berita tb habaq najib dgn yaqinnya berkata malaysia sedang menuju ke negara islam pertama dlm dunia (ntah lupa lak pointnya)..emmm

AL FAEDAH: Jangan dia kena sembelih dulu sudahlah. Elok dia pikiaq nasib badan sendiri dulu.

Lontong Laksa Pasal POTA tu kot..gua dengaq sambil lalu je mlm tadi

AL FAEDAH: POTA menghalakan Msia kearah Police State supaya mirip pada polisi anti terorisma AS dan memberi laluan bagi mereka melaksanakan agenda "boots on the ground"/menurunkan bala tentera ke negara asing atas preteks ISIS dan terorisma di Malaysia kelak yang mana draf resolusi permohonan kelulusan Kongres itu telah pun diserah pada Kongres Amerika Syarikat untuk kelulusan tahun ini. Perhatikan bahawa mereka memohon kebenaran Kongres tersebut bermain dengan jalurmasa selama 3 tahun hingga ke 2018. Isyarat dan petunjuk besar bahawa sesuatu akan cuba dilakukan dalam jalurmasa berkenaan. Harap maklum. Masih ramai yang sangka kita buat lawak jenaka di sini. 


Obama asks for ‘3yrs, no territorial limits’ formal war authority to target ISIS
http://rt.com/usa/231415-obama-war-authorization-islamic-state/

Lontong Laksa Sementara itu dimalaysia Peralihan kuasa terancang dari umno ke pas..haji hadi PM on the making bwh TDM..kot ler..


AL FAEDAH: Katakunci adalah "NO TERRITORIAL LIMITS" dan "3 TAHUN" bermakna bertepatan dengan hipotesis jalurmasa kita mengenai IM. Masih ramai yang goyang kaki sesuka hati dengan sangkaan bahawa pergolakan politik tempatan dan dunia semua ini adalah perkara "biasa-biasa" sebab mereka sudah dilali dan dilalaikan dengan konflik demi konflik, keganasan demi keganasan sehingga semua perkembangan mutakhir ini tidak langsung membawa kesedaran pada hati-hati mereka.

No comments

Post a Comment

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”