Tuesday, January 27, 2015

KEMATIAN RAJA ABDULLAH PEMICU HADITS TSAUBAN

**Makluman: Entri ini belum lengkap dan sedang dikemaskini** #trigger #jaminan #2016 #pemicu - Al Faedah, Grup Anti Konspirasi (Akhir... thumbnail 1 summary

**Makluman: Entri ini belum lengkap dan sedang dikemaskini**

#trigger #jaminan #2016 #pemicu

- Al Faedah, Grup Anti Konspirasi (Akhir Zaman) - 

FORUM KEMATIAN RAJA ABDULLAH DLM KONTEKS HADITS TSAUBAN 
https://www.facebook.com/groups/antikons/permalink/1566407070282817/ 

MENGAPA PANTAU MUSIM HAJJ 
https://www.facebook.com/groups/antikons/permalink/1509130906010434/ 

ANTARA KHAIRUL KURUN PERTAMA DAN KHAIRAL QURUN AKHIR ZAMAN 
https://www.facebook.com/notes/alfaedah-ibn-ishaq/antara-khairul-kurun-pertama-dan-khairal-qurun-akhir-zaman/686704508132175

Tiada kepastian bagi kami akan tahun 2016, maka hendaklah kita semua mempersiapkan diri, keluarga dan seluruh ummah dalam menghadapi gelombang-gelombang fitan akhir zaman yang bakal memuncak. 

Darihal memantau pergerakan peristiwa semasa di Arab Saudi dalam konteks Hadits Al 'Alamatus Sa'ah, Riwayat Hadhrat Tsauban Radhiallahu 'anhu berkenaan perebutan khilafat bumi Haramain, lalu mengemaskini pengamatan lalu, berdasarkan fakta-fakta kontekstual, latarbelakang dan pergolakan semasa. 

Seterusnya kita menanti tumbangnya kerajaan boneka pakatan Yahud-Nasrani Zionis Arab Saudi seperti yang sudah diNubuwwatkan dan setelah sekian lama mereka melakukan pengkhianatan keatas seluruh umat Islam dan RasuluLlah Sallallahu'alaihi wa sallam serta Para Sohabah Ridwanullahu 'ajmain.

Saya mula memperhatikan dengan penuh ihtimam akan hadits 'alamatus sa'ah, Nubuwwat Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam riwayat Tsauban ini sekitar tahun 2011 dan mula memantau & mendokumentasikan secara spesifik pergolakan geopolitik kerajaan Saudi ketika itu.  - Al Faedah

||||||||||||||  ||||||||||||||

"Aku tidak menjamin tentang tahun itu.." 
- Hadrat Maulana Sa'ad damat barakatuh 

Secebis pesanan dari Hadratji Maulana Sa'ad Sahab. Karguzari dari seorang sahabat: 

"Keluarlah kalian secepat-cepat yang mungkin.. 2013.. 2014 ... 2015.."

 Kemudian Hadrat diam. Kami berkata, "2016 Insyaa Allah kami keluar.."

Lalu Hadrat mengangkat tangan dan berkata, "Aku tidak menjamin tentang tahun itu..".

Kemudian Hadrat tunduk murung, (kelihatan) sedih dan diam. 

Apa maksudnya? Pandangan mata kasyaf ulama-i-kiram. Membuatkan aku terduduk. Demi Allah. Saat itu, seluruh anggotaku menggeletar, sejuk, dan meremang. Allah. Menakutkan. 
- Hafiz Bhai  8.30 pg 16-10-2014, Teluk Mas, Melaka.

Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ يَحْيَى وَأَحْمَدُ بْنُ يُوسُفَ قَالَا حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ عَنْ سُفْيَانَ الثَّوْرِيِّ عَنْ خَالِدٍ الْحَذَّاءِ عَنْ أَبِي قِلَابَةَ عَنْ أَبِي أَسْمَاءَ الرَّحَبِيِّ عَنْ ثَوْبَانَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْتَتِلُ عِنْدَ كَنْزِكُمْ ثَلَاثَةٌ كُلُّهُمْ ابْنُ خَلِيفَةٍ ثُمَّ لَا يَصِيرُ إِلَى وَاحِدٍ مِنْهُمْ ثُمَّ تَطْلُعُ الرَّايَاتُ السُّودُ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ فَيَقْتُلُونَكُمْ قَتْلًا لَمْ يُقْتَلْهُ قَوْمٌ ثُمَّ ذَكَرَ شَيْئًا لَا أَحْفَظُهُ فَقَالَ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُ فَبَايِعُوهُ وَلَوْ حَبْوًا عَلَى الثَّلْجِ فَإِنَّهُ خَلِيفَةُ اللَّهِ الْمَهْدِيُّ

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Yahya dan Ahmad bin Yusuf keduanya berkata; telah menceritakan kepada kami Abdurrazaq dari Sufyan At Tsauri dari Khalid bin Al Khadza dari Abu Qilabah dari Abu Asma Ar Rahabi dari Tsauban dia berkata, "Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Kelak tiga orang akan berperang di perbendaharaan kalian ini (iaitu Ka'bah), dan kesemuanya adalah anak khalifah. Dan tidak ada yang menang melainkan satu orang, lalu muncullah bendera-bendera hitam dari wilayah timur, lantas mereka memerangi kamu (orang Arab) dengan suatu peperangan yang belum pernah dialami oleh kaum sebelummu. Jika kalian melihatnya, maka berbaiatlah kepadanya walaupun sambil merangkak di atas salji, karena sesungguhnya dia adalah khalifah Allah Al Mahdi."

Beberapa catatan sebagai peringatan dan rujukan:

Perkara 1. Mereka yang melihat perkara ini dengan pengamatan terhadap fakta-fakta kontekstual dan latarbelakang akan mampu memahami senario yang sedang dilakonlayarkan tanpa perlu menganalisis setiap peristiwa dan percaturan geopolitikal yang bakal memuncak selepas ini. Untuk mengawal entri supaya tidak menjadi terlalu panjang, maka data-data kontekstual dan latarbelakang ini disentuh secara sederhana dan akan dikemaskinikan kemudian dalam bentuk nota-nota pada entri yang berasingan. 

Perkara 2. Mereka yang berterusan cuba memahami peristiwa kemangkatan Raja Abdullah ini dalam kerangka percaturan konflik geostrategi politik dunia yang berselirat akan terus terbuai dan terjebak dalam jerangkap-jerangkap samar para pemain dan pelakon pentas geopolitik dunia yang tidak lebih merupakan agentur dan buah-buah bidak kuasa-kuasa satanik yang tersembunyi di balik tabir.

Sebarang kesilapan yang dilakukan seperti memihak kepada kepentingan-kepentingan tertentu dalam susunan konflik yang berselirat itu bakal menghasilkan lebih banyak kekeliruan dan membawa padah sehingga tidak mengenali oleh mereka ini akan pendokong-pendokong kebenaran yang hakiki. Dengan yang demikian saya tidak akan menyentuh banyak mengenai rentetan konflik yang bersifat geopolitikal yang bakal menyusul di Arab Saudi kerana ia merupakan hijab untuk menambah pada kesesatan, kekeliruan dan fitan atas ummah. 

Perkara 3. Manakala mereka yang melihat dengan pandangan matahati yang tembus dan basiroh, maka mereka samasekali tidak berkeperluan kepada sebarang analisis kontekstual maupun latarbelakang kerana mereka mengenal ciri-ciri pendokong kebenaran secara otomatis. 

Perkara 4. Oleh itu maksud dari artikel ini ialah memperjelaskan naratif pada kadar manasabah supaya sealiran dan muafakat dengan naratif basiroh agar kita mengenal ciri-ciri perjuangan yang sebenarnya dan berada pada jalan penyelesaian yang tepat, lalu segera keluar dari percaturan konflik-konflik yang kesemuanya disusun berteraskan pada kepentingan-kepentingan geopolitik sistem mufsidun sebagai persediaan bagi kedatangan dajjal laknatullah.

Perkara 5. Nota #1: Nama Arab Saudi berasal dari dinasti Al-Saud
http://www.bharian.com.my/node/31058

Perkara 6. Nota #2: Mengapakah seorang Raja yang digelar sebagai Penjaga Dua Tanah Suci tidak disolatkan & dikuburkan janazahnya di Haramain?

Memahami rasional di balik mengapa tradisi keluarga Al Saud sememangnya menjadikan Riyadh sebagai pusat pengkebumian Raja-Raja Saudi melalui konspirasi kuasa Barat Mufsidun menghancurkan Islam dari dalam akar umbinya (bumi Haramain) sendiri melalui Arab Saudi sebagai kuda tunggangan utama mereka:

(i) Pendedahan & dakwaan keluarga Al Saud berketurunan Yahudi.

Asal Usul Yahudi Dinasti Saudi–Wahabi
http://al-faedah.blogspot.com/2012/01/asal-usul-yahudi-dinasti-saudiwahabi.html

Muat turun teks asal dari sebuah naskah berbahasa Arab berjudul “Aly Sa’ud, Min Aina? Wa Ilaina?” oleh Muhammad Sakher terbitan 3 Rabi’ul Awal 1401 H (1981 M)
https://app.box.com/s/7jqtek5ay2w5ph16dw0hdpei76zcenr9

(ii) Pendedahan data perisikan yang menghubungkaitkan Muhammad ibn Abdul Wahhab, pengasas fahaman Wahhabi (yang dijadikan doktrin utama Dinasti Al Saud) mempunyai pertalian kekeluargaan dengan Yahud Donmeh. 

Perkara 7. Nota #3: Sistem perlantikan dan penggantian Raja Saudi


Perkara 8. Perebutan kuasa antara keluarga-keluarga dinasti Al Saud:
Konfigurasi 3 pemain utama (berebut jawatan Putera Mahkota atau posisi pengganti de fakto Raja) sudah lama bermula. 


Sadaqa Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam. Sesungguhnya benarlah akan kata-kata Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam.

Dari As-Sudayriyyun as-Sabah (Pakatan 7 bersaudara As Sudayri) kepada "Al-Thaluth" (3 bersaudara), menentang yang selainnya. Buat seketika pakatan keluarga As Sudayri merupakan antara pakatan yang paling kukuh dalam jalinan keluarga diRaja Al Saud.

Pakatan 7 Bersaudara As-Sudayriyyūn as-Sabʿah [السديريون السبعة]:


  1. Raja Fahd (1921–2005), Raja Arab Saudi kelima (13 Jun 1982 - 1 Ogos 2005)
  2. Putera Sultan (1929–2011), Menteri Pertahanan (1962-22 Oktober 2011) dan Putera Mahkota (2005-22 Oktober 2011)
  3. Putera Abdul Rahman (lahir 1931), Timbalan Menteri Pertahanan (1978-November 2011)
  4. Putera Nayef (1934–2012), Menteri Dalam Negeri (1975-2012), Timbalan Perdana Menteri I dan Putera Mahkota (27 October 2011-16 June 2012)
  5. Putera Turki (lahir 1934), Timbalan Menteri Pertahanan (1968-78)
  6. Raja Salman (lahir 1935), Gabenur Riyadh (1963-5 November 2011), Menteri Pertahanan (5 November 2011-22 Januari 2015), Putera Mahkota (18 Jun 2012-22 Januari 2015), Raja Arab Saudi ketujuh.
  7. Putera Ahmed (lahir 1942), Timbalan Menteri Dalam Negeri (1975-18 Jun 2012), Menteri Dalam Negeri (18 Jun 2012-5 November 2012)

Teks biru merupakan pakatan 3 bersaudara As Sudayri yang utama yang digelar sebagai As-Sudayriyyun Al Thaluth (yang dikepalai oleh Putera Mahkota Nayef) selepas kematian Raja Fahd pada tahun 2005; Sultan, Nayef dan Salman. Dua dari mereka meninggal dunia dan Salman akhirnya berjaya menjadi Raja menggantikan Raja Abdullah. Baki saudara As Sudayri ini tinggal empat orang sekarang termasuk Raja Salman.

i. Era pemerintahan Raja Fahd menjadi pelengkap kepada penguasaan kelompok As Sudayri. Kaum kerabat mereka memegang jawatan-jawatan penting dan yang melibatkan keselamatan negara. Berbanding dengan kerabat diRaja lain yang berpecah kepada kecenderungan perniagaan, kebanyakan dari kerabat As Sudayri sangat aktif hanya dalam bidang politik.

ii. KONFIGURASI 3: TEAM KELUARGA FAISAL + KELUARGA SUDAYRI LWN KELUARGA SAUD (AQAB)

Pada masa yang sama, sebenarnya Raja Faisal merupakan penyumbang dan penyebab utama kepada kejayaan kelompok As Sudayri beroleh kedudukan yang strategik dan penguasaan kukuh dalam percaturan Istana dan Kerajaan Saudi. Di dalam usahanya untuk menaiki takhta dan merampas kuasa dari Raja Saud, beliau telah menjalin pakatan dengan kelompok 7 bersaudara As Sudayri dan kebergantungannya kepada mereka telah memberi begitu banyak ruang bagi mereka mengorak langkah demi langkah. 

iii. KONFIGURASI 3: TEAM KELUARGA ABDULLAH + KELUARGA FAISAL LWN KELUARGA SUDAYRI

Menjelang penghujung era pemerintahan Raja Fahd, tentangan terhadap status quo As Sudayri diterima dari pakatan antara team Raja Abdullah dengan anak-anak Raja Faisal. Keberhasilan dari pakatan-pakatan ini, Raja Abdullah akhirnya berjaya menaiki takhta dengan kemangkatan Raja Fahd, setelah hampir 1 dekad menjalankan peranan sebagai Raja de fakto sejak Raja Fahd diserang strok tahun 1995.

iv. Walaupun Raja Abdullah telah berjaya mengurangkan pengaruh dan kuasa kelompok As Sudayri, namun beliau tidak berjaya sepenuhnya. Pengaruh As Sudayri ini boleh dilihat pada barisan tiga orang Putera Mahkota As Sudayri utama yang dilantik sendiri oleh Raja Abdullah secara silih berganti. Pertama Putera Mahkota Sultan yang kemudiannya meninggal dunia dan digantikan oleh Putera Mahkota Nayef. Nayef juga meninggal dunia dan digantikan akhirnya dengan Salman.

Pada hakikatnya dinasti Al Saud ini sudah berpecah-belah, usang dan lesu serta banyak dipengaruhi oleh agentur percaturan kuasa dan kepentingan dunia luar sehingga perlu diingatkan bahawa konfigurasi 3 pemain utama ini bukan saja boleh dilihat dari aspek kelompok pakatan keluarga utama yang akan berentap untuk menguasai takhta, malah ia juga kelihatan jelas dalam sesuatu pakatan itu sendiri. Walaupun Sultan, Nayef dan Salman merupakan 3 bersaudara dalam pakatan As Sudayri, namun mereka lebih kelihatan seolah-olah mentadbir kerajaan-kerajaan mereka tersendiri dan  melaksanakan agenda yang saling bertentangan. 

"The aging of the Saudi rulers, and their division, weakens governmental rule, as it seems at times that Abdullah runs one government, and Sultan, Nayef, and Salman, run another-- or even other governments. This diffusion of power is inefficient, and it pits centers of power against each other, resulting in the government's failure to respond well to crisis." (Tony Khater - THE UNITED STATES AS UNWANTED BROKER IN ROYAL SECESSION; IT WANTS BANDAR BIN SULTAN AS CROWN PRINCE (2004) 

Setelah menaiki takhta secara rasmi, Raja Abdullah membentuk Majlis Bai'ah kononnya sebagai wadah perlantikan pengganti diRaja berteraskan "demokrasi". Sayangnya dibawah tekanan kelompok As Sudayri, Raja Abdullah sendiri melanggar kuasa Majlis Bai'ah yang diciptanya. Maka apakah jaminan bahawa Raja Salman yang kini sudah pun menggantikan beliau perlu mengikat diri kepada Majlis Bai'ah yang dibentuk oleh Raja Abdullah? Dengan pembentukan Majlis Bai'ah Keluarga DiRaja Saud ini, hanya 1/5 kerusi Majlis diperuntukkan kepada As Sudayri, yang secara perbandingan jauh lebih rendah dengan nisbah penguasaan keluarga mereka (As Sudayri) terhadap struktur kerajaan Al Saud.

v. Secara teknikal kenaikan Raja Salman sudah boleh dianggap sebagai suatu rampasan kuasa yang terancang 

Bagi mengimbangi kuasa Raja Salman dan penguasaan As Sudayri selepas kemangkatannya, Raja Abdullah telah melantik dan menyusun agar Putera Muqrin secara otomatis berhak keatas jawatan Putera Mahkota. Perhatikan di sini bahawa Muqrin merupakan putera dari keluarga Yamaniah dan merupakan anak didik Raja Abdullah dalam percaturan takhta Al Saud.

Secara teknikalnya ketika Raja Abdullah berada dalam keadaan kritikal, Putera Muqrin masih mempunyai peluang untuk mengatasi perlantikan Raja Salman walaupun Salman merupakan Putera Mahkota yang sah, namun atas sebab keuzuran-keuzuran beliau yang dilaporkan pada tahap kronik, kedudukan beliau boleh terancam dengan sedikit percaturan politik dalaman. Namun kem Sudayri bergegas mengawal situasi pada saat-saat akhir hayat Raja Abdullah. Perpecahan kedua kem ini jelas kelihatan sewaktu kekeliruan dan kelewatan dalam pengisytiharan kemangkatan Raja Abdullah di mana satu pihak ingin seberapa segera menyelesaikan urusan peralihan kuasa, manakala satu kem lagi dalam istana yang berusaha untuk menangguhkan prosedur peralihan takhta.

Namun lihat sekali lagi percaturan kuasa berlaku dengan pantasnya semasa team As Sudayri yang dikepalai oleh Raja Salman bertindak memegang kuasa keRajaan dengan perlantikan keluarga As Sudayri iaitu Putera Muhammad anak kepada Nayef sebagai Timbalan Putera Mahkota sebagai 'counter move' keatas Muqrin, yang walaupun bukan dari kelompok keluarga Abdullah tetapi merupakan orang harapan Raja Abdullah.

Pada masa yang sama, umum mengetahui bahawa Raja Abdullah mengkehendaki agar anaknya, Putera Miteb menjadi Timbalan Putera Mahkota untuk digandingkan bersama Muqrin, namun Miteb telah dicantas dengan cepat melalui perlantikan Muhammad bin Nayef.

Seterusnya Raja Salman menyerahkan jawatan Menteri Pertahanan kepada anak beliau sendiri iaitu Putera Mohammad bin Salman Al Saud. Namun jawatan kedua yang disandang oleh Mohammad bin Salman adalah terlebih penting iaitu Setiausaha Agung Istana. Jawatan berpengaruh ini yang diibaratkan pintu gerbang yang memberi laluan akses kepada Raja Saudi disandang secara turun temurun oleh keluarga al Tuwaijiri.

Namun dengan sekelip mata, ia kini sudah beralih kepada puak As Sudayri dengan pemecatan Khalid al-Tuwaijri, "gatekeeper" Raja Abdullah. Kesemua perlantikan ini diisytiharkan secara tergesa-gesa, malah sebelum Raja Abdullah sempat dikebumikan lagi. Dengan ini melalui tindakan pelan strategik yang pantas, kem As Sudayri telah berjaya mencapai matlamat mereka buat masa ini.

Soalnya, apakah pemerintahan Raja Salman begitu mantap dan stabil sehingga boleh mengekang sebarang serangan destabilisasi musuh yang bersepadu dari dalam dan luar negara dalam masa terdekat ini?

A Saudi Palace Coup (David Hearst - 23 Januari 2015)
https://www.middleeastmonitor.com/articles/middle-east/16528-a-saudi-palace-coup 

vi. Jika kemangkatan Raja Abdullah bukan pemicu, sejauh manakah pula Salman mampu bertahan?


MEMADANKAN HADITS TSAUBAN RA DALAM KERANGKA PEREBUTAN KUASA KELUARGA AL SAUD

Kami merujuk secara khususnya kepada Hadits Riwayat Tsauban Radhiallahu 'anhu bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ يَحْيَى وَأَحْمَدُ بْنُ يُوسُفَ قَالَا حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ عَنْ سُفْيَانَ الثَّوْرِيِّ عَنْ خَالِدٍ الْحَذَّاءِ عَنْ أَبِي قِلَابَةَ عَنْ أَبِي أَسْمَاءَ الرَّحَبِيِّ عَنْ ثَوْبَانَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْتَتِلُ عِنْدَ كَنْزِكُمْ ثَلَاثَةٌ كُلُّهُمْ ابْنُ خَلِيفَةٍ ثُمَّ لَا يَصِيرُ إِلَى وَاحِدٍ مِنْهُمْ ثُمَّ تَطْلُعُ الرَّايَاتُ السُّودُ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ فَيَقْتُلُونَكُمْ قَتْلًا لَمْ يُقْتَلْهُ قَوْمٌ ثُمَّ ذَكَرَ شَيْئًا لَا أَحْفَظُهُ فَقَالَ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُ فَبَايِعُوهُ وَلَوْ حَبْوًا عَلَى الثَّلْجِ فَإِنَّهُ خَلِيفَةُ اللَّهِ الْمَهْدِيُّ

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Yahya dan Ahmad bin Yusuf keduanya berkata; telah menceritakan kepada kami Abdurrazaq dari Sufyan At Tsauri dari Khalid bin Al Khadza dari Abu Qilabah dari Abu Asma Ar Rahabi dari Tsauban dia berkata, "Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Kelak tiga orang akan berperang di perbendaharaan kalian ini (iaitu Ka'bah), dan kesemuanya adalah anak khalifah. Dan tidak ada yang menang melainkan satu orang, lalu muncullah bendera-bendera hitam dari wilayah timur, lantas mereka memerangi kamu (orang Arab) dengan suatu peperangan yang belum pernah dialami oleh kaum sebelummu. Jika kalian melihatnya, maka berbaiatlah kepadanya walaupun sambil merangkak di atas salji, karena sesungguhnya dia adalah khalifah Allah Al Mahdi."

Sunan Ibnu Majah, Kitabul Fitan Bab Khurujul Mahdi 5:4074: Mustadrak Al-Hakim 4:463-464.

Dan dia berkata, “Ini adalah hadits sahih menurut syarat Syaikhain."

Perkataan Hakim ini juga disetujui oleh adz-Dzahabi, Ibnu Katsir berkata, “Ini adalah isnad yang kuat lagi sahih.” (Kitab Nihayah fil fitan wal malahim 1:26 dengan tahqiq Dr. Thana Zaini. Fitnah & Petaka Akhir Zaman, Abu Fatiah Al -Adnani, Penerbit GMT hal. 150. Cetakan 1. Januari 2007. Edisi Revisi. Solo.

Atas semakan semula kepada hadits yang berkenaan, saya lihat kebanyakan perbahasan mengenai hadits dan hal yang sama tidak menterjemahkan matan hadits dengan betul serta meninggalkan sebutan "..melainkan satu orang." (Dan tidak ada yang menang melainkan satu orang..)

Tentang maksud perbendaharaan dalam riwayat tersebut Ibnu Katsir berkata, “Yang dimaksud dengan perbendaharaan di dalam hadits ini ialah perbendaharaan Ka’bah." 

Akan ada tiga orang putera khalifah yang berperang di sisinya untuk memperebutkannya hingga datangnya akhir zaman, lalu keluarlah Al-Mahdi yang akan muncul dari negeri Timur. 

Riwayat Tsauban di atas juga mengisyaratkan bahwa kemunculan tentera Imam ini terjadi dalam jalurmasa persengketaan & perebutan takhta Khilafah/Raja (pemerintahan Haramain-Ka’bah) antara 3 orang putera khalifah yang kita nisbatkan terjadi sewaktu atau dengan matinya seorang Raja Saudi lalu seorang daripada mereka itu akhirnya berjaya merebut kuasa (menaiki takhta).

Selain dari meneliti ketepatan naratif pergolakan keluarga Al Saud untuk dipadankan kepada hadits Tsauban Radhiallahu 'anhu, saya bincangkan yang berikut;

1. Bendera hitam dari wilayah Timur?
2. Takrifan perang sengit dan memerangi kalian bagaimanakah?
3. Isyarat salji?

[Bersambung..]

No comments

Post a Comment

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”