Tuesday, January 20, 2015

AKSES GRUP ANTI KONSPIRASI DIBUKA KEPADA UMUM

Pautan grup: https://www.facebook.com/groups/antikons/ 1. Kemaskini tetapan grup Anti Konspirasi telah diselesaikan pada hari Isnin, 19 ... thumbnail 1 summary

Pautan grup: https://www.facebook.com/groups/antikons/

1. Kemaskini tetapan grup Anti Konspirasi telah diselesaikan pada hari Isnin, 19 Januari 2015, jam 02:34am.

2. Prosedur melibatkan hampir 6,000 ahli dikeluarkan terlebih dahulu secara berkelompok ("mass removal") untuk membolehkan tetapan diubah kepada 'terbuka untuk umum'. Pada masa ini, keahlian sedang meningkat kembali pada bilangan 1,157. [1,157 members(931 new)]

3. Ahli grup yang terlibat dalam prosedur mass removal ini boleh menyertai semula grup dengan mudah melalui pautan asal.

4. Oleh kerana kebanyakan ahli grup ingin aktiviti grup diteruskan, maka prosedur ini telah dilaksanakan supaya grup dapat berjalan dengan penyeliaan minima. Dengan ini kebanyakan sekatan keatas grup diangkat untuk kemudahan akses.

5. Arkib boleh diakses oleh bukan ahli, tetapi untuk tujuan komentar dan 'posting', masih perlu menjadi ahli grup.

6. Ahli yang sedia ada boleh meluluskan keahlian ahli baru, tanpa pentadbir/admin.

7. Ahli yang sedia ada boleh menambah/'add' ahli baru masuk tanpa pentadbir/admin.

8. Posting dibenarkan kepada semua ahli tanpa sekatan.

9. Pemantauan keatas grup tetap dijalankan dari masa ke semasa, dan posting/entri/komen/ahli yang didapati tidak mematuhi garispanduan grup akan terus dikenakan tindakan tanpa sebarang notis.
 

No comments

Post a Comment

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”