Kronologi permulaan Ijtima Dunia Tongi
Pada tahun 1926 Masehi bersamaan tahun Hijri 1344, Maulana Muhammad Ilyas al-Kandhlawi memulakan apa yang umumnya dikenali sebagai pergerakan dakwah dan tabligh dari sebuah daerah bernama Mewat di bahagian Uttar Pradesh Utara India.
Manakala Ijtima Dunia di Bangladesh bermula kira-kira 60 tahun lalu, sekitar tahun 1946 di Masjid Kakrail berhampiran Ramna Park, Dhaka. Pada tahun 1948 medan ijtima beralih menjadi Ijtima (Dunia) Chittagong di Kem Haji. Kemudian pada tahun 1958 di Narayangang Siddirganh dengan gelaran Ijtima Muslim. Pada tahun 1966 bermulanya Ijtima' Dunia Tongi di medan perkampungan Tagar, Turag Tonggi, daerah Gagpur.
Malam tadi dalam bayan Maghrib Maulana Saad Daamat Barkatuhu mengatakan; "Sains mengajar manusia dengan mengatakan apa yang terjadi dalam kaainaat(alam) ini adalah berpunca dari fenomena alam juga. Terjadinya gempa bumi dan sebagainya adalah disebabkan perubahan ekosistem alam ini. Sedangkan pemilik alam ini (ALLAH) telah mengatakan segalanya berlaku dengan kehendak Allah. Allah lah yang telah melakukan segalanya.1. Bayan Maulana Saad mengenai musibah banjir & ribut sebagai rujukan soalan Saudara Akoo Trueme kepada saya tempohari. - Al Faedah
Dalam pengajian sains tidak pernah diberitahu apabila orang Islam tidak membayar zakat maka akan berlakunya kemarau, apabila penzinaan berleluasa maka akan berlakunya banjir dan ribut. Tapi sains memberitahu gempa bumi disebabkan pergeseran dan sebagainya.
Inilah pemikiran "Dehriyat" (Orang yang tidak bertuhan).
Manusia kena dikembalikan kepada keyaqinan yang sebenar. Meyaqini setiap apa yang terjadi dalam alam ini adalah daripada Allah yang memiliki alam ini. Dan Allah akan bertindak berpandukan amalan ummat manusia atas mukabumi ini.
Apabila baiknya amalan manusia, maka baiklah keputusan Aĺlah dan apabila buruknya amalan manusia maka buruklah jugalah keputusan Allah.
Maka tanggungjawab kita sebagai khalifah Allah ialah mengusahakan supaya perintah2 Allah dapat dihidupkan di atas mukabumi ini. - Mutarjim/Penterjemah: Ustaz 'Usamah, Khidmat Nizamuddin/Tongi, 10 Januari 2015
Akoo Trueme: Assalamualaikum.. Tuan, bagaimanakah seharusnya seorg hamba Allah spt kita melihat bencana alam mutakhir ini? Bolehkah kita melihatnya sebagai ujian dr Allah swt terhadap keimanan kita kepdNya atau apakah boleh pula kita melihatnya sebagai bala atas kedurjanaan dan kederhakaan kita atas muka bumiNya.. ataukah peringatn agar mensyukuri ni'mat yg 5 sebelum dtg 5 lima juga..atau ianya perlu dilihat sebagai bencana alam yg mmg lumrah terjd setiap tahun hanyanya kali ini ianya lebih hebat..? mohon maaf jika soalan kedengaran agak lawak atau bodoh..Semoga Allah mengampunkn sy..Mohon panduan sekali lg tuan..
2. Teguran terdahulu Maulana Sa'ad mengenai banjir: Soalnya di sini mesti diusahakan untuk ubah keyakinan dari keyakinan terhadap asbab kepada ALLAH ta'ala. ALLAH ta'ala yang turunkan hujan bila mana yang IA Kehendaki dan pada kadar mana yang IA Kehendaki. Maka apabila ditimpa kesusahan dan kemudaratan, hendaklah kembali kepada jalan Sunnah dengan memeriksa semula amalan-amalan kita dan berdoa seperti yang dianjurkan dalam sunnah Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam. ALLAH ta'ala yang turunkan hujan dan ALLAH ta'ala yang tahankan hujan. Tiada siapa yang boleh meramalkan dan apabila ramalan mereka bertepatan pada peristiwa maka itu sebagai ujian, dan mereka yang meyakini ramalan-ramalan manusia sehingga melupakan Qudrat dan Iradat ALLAH ta'ala maka jatuh syirik. Pertingkatkan doa dan perbetulkan amalan, apabila amalan betul maka doa makbul dan ALLAH ta'ala akan selesaikan permaslahan melalui jalan amalan bukan jalan asbab.
26 December 2014 at 22:21
Hadratji Maulana Sa'ad damat barakatuhum memberi peringatan yang keras supaya mengeluarkan diri dari keyakinan2 yang palsu ini dan beliau secara khusus menyentuh bab hujan dan ramalan cuaca dalam bayan subuh beliau di Nizamuddin pada 24 Disember 2014. Sila hayati dengan penuh ihtimam mengenai pesanan Maulana Sa'ad dalam hal ini. Dengar berulang-ulang kali hingga jazam. Janji-janji ALLAH ta'ala adalah bersama iman & amal yang sahih maka bersangka baiklah dengan ALLAH ta'ala ketika ditimpa musibah.
KLIP1-BAYAN SUBUH MAULANA SAAD 24 DISEMBER 2014
Mutarjim (BM) Ustaz Usamah
https://soundcloud.com/a-faedah/klip1-bayan-subuh-maulana-saad-24-disember-2014
Point-point bayan:
1.Tanpa doktor x boleh lahirkan anak…kebodohan manusia-
2. Jangan keluar perkataan yg duniawi ni melalui kebendaan akan
selesaikan masalah.-semua ALLAH yg buat ikut amalan.
3.Setiap perkara yg belaku adalah kehendak ALLAH Taala..melalui
amal dan tarbiyah dan pendekatan diri dgn ALLAH.
4.manusia menuju kepada asbab..kerugian pada diri dan harta
menuduh pemerintah x adil sbb tu tejdi kesedihan..perlu taubat
5. Kejadian alam tak ada kaitan dgn pemerintah walaupun
sebesar zarah..perbuatan pemerintah tidak akan beri kesan pada alam..sebaliknya
Ahkam..org yg meletakkan harapan pada pemerintah, ALLAH akan datangkan
pemerintah yg zalim.
6.Syukur ialah kaitkan semua nikmat hanya pada ALLAH Taala
7.Syirik ialah kaitkan nikmat selain ALLAH Taala.
- Rasullullah saw menyuruh kita bepaling dari asbab duniawi.
8.Orang yg ckp kerana hujan datang kerana awan adalah kafir…(hujan datang dari ALLAH) contoh org kafir yg kaji cuaca
tentang meramal turunnya hujan..kluarkan keyakinan kita dari asbab duniawi.
9.kisah sahabat sanggup sabar tahan dahaga kumpul kan air beberapa hari dari minum utk menghimpun air bg mandi
wajib sbb Nk menunaikan perintah ALLAH.(solat). Dan kemudian ALLAH perintahkan
awan turun ke dalam penjara dan turunkan hujan.
Dunia adalah asbab..pelu letakkan harapan kepada ALLAH
10.bagi diri utk amal
11.Perlu usaha atas amal
12. Masalah manusia..amal kita rosak sbb asbab duniawi
13. Perkara paling besar..perlu sangka baik dgn ALLAH.
14. Yakin dalam hati..tempat utk bina keyakinan dalm hati adalah
masjid
Bayan Subuh Maulana Sa'ad damat barakatuhum 24 Disember 2014
http://youtu.be/-Ckafu89KA0
PERINGKAT 1: Bishwa Ijtema (Tongi) Bangladesh 2015 berakhir
Jutaan umat Islam mencapai Gazipur di Tongi tepi Sungai Turag Bangladesh sekitar 25 km sebelah utara dari ibukota Dhaka. untuk menghadiri doa bersama Masyaikh. Ini adalah jemaat Muslim terbesar kedua di dunia setelah ibadah haji dan diadakan di musim dingin setiap tahun.
Diakhiri dengan Munajat doa hidayah untuk perdamaian dunia oleh Ulama India Maulana Saad al kandahlawi pada hari Minggu 11 jan 2015.
Tampak hadir Presiden Bangladesh Abdul Hamid, Perdana Menteri Sheikh Hasina, Pemimpin Oposisi Raushan Irsyad dan mantan Perdana Menteri Khaleda Zia. dan para undangan alim ulama beserta ummat islam dari 55 negara asing termasuk negara2 Arab, Indonesia, Brunei dll
Sekolah, pejabat dan kilang-kilang di sekitar kawasan ijtima' tersebut diberi cuti umum. Ribuan orang terlihat berkumpul di lorong-lorong dan jalanraya, sementara ramai yang menaiki perahu ke arah sungai Turag untuk bergabung dengan majlis "Akhiri Munajat". Lalu lintas di jalan raya Dhaka yang menghala ke Tongi, telah dihentikan sejak Sabtu tengah malam.
PERINGKAT 2: Ijtema Tongi Qudama akan dimulai 16 Jan 2015 – 18 Jan 2015
Ijtima Tongi 2015. Ijtima Dunia pertama kali diselenggarakan di Masjid Kakrail pada tahun 1946.
Sejak 2011, Ijtima' diadakan dalam dua peringkat untuk menampung ramainya umat Islam yang hadir. Karena jumlah peserta terus meningkat tiap tahunnya, medan Ijtima telah dipindahkan ke Tongi Bangladesh. 160 hektar tanah disiapkan untuk keperluan ini.
Untuk menjamin keselamatan dan keamanan dan ketertiban, 12.000 polisi tentara Bangladesh dikerahkan dengan jaring keamanan 5 (lima) lapis. Menara observasi didirikan di titik-titik strategik. Kem-kem kesihatan secara percuma telah dibuka di tempat tersebut untuk memberikan rawatan kepada umat yang jatuh sakit.
Ijtima Tongi 2015. Dilaporkan 10 orang telah syahid di medan Ijtima' karena penyakit usia tua, kedinginan dan sebab lainnya. Semoga Allah ta'ala terima semua pengorbanan mereka dan kita untuk agama yang sedikit ini.
'Ulama i kiram dari Markaz Dunia, Nizamuddin, Hind:
Maulana Saad Kandhalvi Sahab
Maulana Zuhair Ul Hasan Sahab
Maulana Ahmed Laad Sahab
Maulana Ismael Sahab
Maulana Showkat Sahab
Maulana Shamim Sahab
Maulana Jamshad Sahab
Maulana Yaseen Sahab
Bhai Farooq Sahab
Prof Khalid Sahab
'Ulama i kiram dari Markaz Raiwind Pakistan ke Tongi Bangladesh:
Haji Abdul Wahab Sahab
Maulana Ehsan Sahab
Maulana Faheem Sahab
Maulana Jamal Ahmed Sahab
Maulana Abdul Hadi Sahab
Maulana Fareed Sahab
Hafiz Abdur Rasheed Surti Sahab
Dr Nushad Sahab
Haji Bakht Munir Sahab..
ALLAH HAMARE EN BAJURGON KI BARKAT SAY HONE WALE HAR IJTIMAH KO KABOOL WA MANZOR FARMA. Aamiin.
Berita Bangla TV, Doa Hidayah Ijtima Tongi 11 Januari 2015 Maulana Sa'ad al Kandahlawi menangis. Doa dalam bahasa Arab dan Urdu, pengeluaran rombongan2 dakwah ke seluruh penjuru dunia.
Masya Allah sulit dipercaya kesungguhan warga tempatan, sumber Video Youtube dua tahun lalu 2013 deck atas kereta api penuh dengan muatan manusia menyeberangi jembatan menuju medan Ijtima Tongi berharap keberkatan doa Masyaikh melanjutkan usaha Dakwah Rasulullah.
"Wajib kita bersyukur selagi ada orang mahu buat DAKWAH." - Almarhum KH Uzairon Rahimahullah
Sumber:
https://dzikir20.wordpress.com/2015/01/11/bishwa-ijtima-tongi-2015-doa-hidayah-maulana-saad/
No comments
Post a Comment