Friday, January 2, 2015

MUZAKKARAH MENUTUP TIRAI BANI TAMIM 12/13 RABI'UL AWWAL 1436

Entri ini adalah merujuk kepada forum entri di grup ANTI KONSPIRASI yang bertajuk: TENTERA AKHIR ZAMAN (BAHAGIAN 3A): MENUTUP TIRAI PEMUDA B... thumbnail 1 summary
Entri ini adalah merujuk kepada forum entri di grup ANTI KONSPIRASI yang bertajuk:

TENTERA AKHIR ZAMAN (BAHAGIAN 3A): MENUTUP TIRAI PEMUDA BANI TAMIM

https://www.facebook.com/groups/antikons/permalink/1552830958307095/

Muaturun Forum "Menutup Tirai Pemuda Bani Tamim" dalam bentuk PDF

[Paparan terbaik ialah melalui pc/laptop bukan smartfon]:

https://app.box.com/s/jdgya8b3fprrbjn7avdk

Segmen/bahagian akhir dalam bentuk teks bagi tajuk ini akan menyusul dalam masa terdekat dan akan dikemaskini di blog ini, Insyaa Allah tabaroka wa ta'ala.

(I) Saya ditanya mengenai perjumpaan AK di Masjid Sri Petaling, 12 Rabiul Awwal 1436 H bersamaan Sabtu 3/1/15. Insyaa Allah tabaroka wa ta'ala kita akan buat pembacaan ringkas mengenai bahagian akhir/khulasah pada entri akhir saya di  AK yaqni "Menutup Tirai Bani Tamim" dan muzakkarah dalam kerangka yang berikut:

1. Katakunci Hidayah, Penyatuan/Jama'ah & Nusratullah.
2. HADITS Khairal Qurun - tertib susunan graf khairal qurun awal zaman dengan akhir zaman
3. HADITS 5 zaman dalam kerangka 4 amalan ummah yang dicerai-beraikan.
4. HADITS [ أن تلد الأمة ربتها ] talidu al-amatu rabbatahaa, "budak hamba yang melahirkan tuannya".
5. HADITS 12 Khalifah/Amir.
6. HADITS Asoib Timur.

Maka mereka yang bersungguh-sungguh ingin meletakkan diri pada jalan Nusratullah hendaklah berazam dengan kuat dan menghadirkan diri memandangkan  masa yang semakin suntuk. Ada yang hubungi saya dan program malam markaz pun agak ketat dan bersamaan pula dengan Maulid Nabi  sallallahu 'alaihi wa sallam, mungkin ada antara kita yang terlibat dengan program lain yang berjalan serentak.

Jadi munasibnya selepas bayan Maghrib dan bacaan kitab  Hayatus Sohabah, kita hanya akan menumpukan pada mengeratkan silatur rahim & ikram-ul-muslimin sesama kita yang dapat  hadhir, lalu terus i'tikaf & bermalam di Masjid Sri Petaling, 3 Januari 2015.

Selepas sarapan pagi hari Ahad, kita akan buat:

1. Pembacaan ringkas mengenai bab "Rumusan Menutup Tirai Bani Tamim

2. Ulasan dan Muzakkarah darihalnya

3. AirAsia QZ8501. Kerana ada yang bertanya mengenai AirAsia QZ8501, maka saya akan ulas ringkas saja dan beri sedikit  rujukan. Saya tidak akan membuat sebarang entri khusus mengenainya kerana jangkaan kita bahawa akan ada 3 serangan keatas  kepentingan pesawat Malaysia pada tahun 2014 dan serangan ketiga ketika itu dijangka akan dilakukan antara tanggal 25-28 Ogos 2014.

Nampaknya dengan beberapa perubahan pada pelan, konspirasi mereka ini sudah pun dilaksanakan pada 28 Disember 2014, dan oleh kerana bantuan ALLAH tidak bersama ummah  maka perkara ini tidak akan dapat diselesaikan melainkan dengan cara yang sudah kita nasihatkan berkali-kali di grup ANTI KONSPIRASI & Facebook AL FAEDAH. Maka sebarang  usaha untuk menyibukkan diri berkenaannya adalah kebodohan yang nyata dan sia-sia menurut pendapat kami.

Syed Muzafar Shah: Assalamualaikum... Apabila kejadian kapal terbang air asia di katakan terhempas,terus saya memikirkan  Al-Faedah..rasanya seakan pernah membaca di entry Al-Faedah yg terdahulu berkenaan kejadian yg dirancang sepertimana  kejadian MH17 dahulu. Mohon Tuan Al-Faedah boleh memberi saya link berkenaan konspirasi tersebut agar saya memahami  situasi yg sedang berlaku..persoalan yg keluar diminda saya adalah..mengapa..apakah..

4. Saya ditanya lagi mengenai Syarifah Sofea Syed Rashid dan ulasannya mengenai AirAsia QZ8501. Saya katakan hanya orang yang bodoh saja akan mengikut seseorang yang lebih bodoh darinya.

(II) Kepentingan 'Azam/'Azimah

 Sabda Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam dalam sebuah hadits:

حَدَّثَنَا الْحُمَيْدِيُّ عَبْدُاللَّهِ بْنُ الزُّبَيْرِ قَالَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ قَالَ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ الأَنْصَارِيُّ قَالَ أَخْبَرَنِي مُحَمَّدُ ابْنُ إِبْرَاهِيمَ التَّيْمِيُّ أَنَّهُ سَمِعَ عَلْقَمَةَ بْنَ وَقَّاصٍ اللَّيْثِيَّ يَقُولُ سَمِعْتُ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ رضي الله عَنْهم عَلَى الْمِنْبَرِ قَالَ {سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى دُنْيَا يُصِيبُهَا أَوْ إِلَى امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ }

Al-Humaidi Abdullah bin az-Zubair telah menceritakan kepada kami, katanya: “Sufyan telah menceritakan kepada kami, katanya: “Yahya bin Said al-Anshari telah menceritakan kepada kami, katanya: “Muhammad bin Ibrahim al-Taimi telah memberitahu kepada saya bahawa dia telah mendengar `Alqamah bin Waqqash al-Laitsi berkata: “Saya telah mendengar Umar bin al-Khatthab berkata di atas mimbar: “Saya telah mendengar Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: “ Sesungguhnya segala amalan dikira dengan niat dan sesungguhnya setiap orang mendapat apa yang diniatnya. Oleh itu sesiapa yang hijrahnya adalah untuk mendapat dunia atau untuk berkahwin dengan seseorang wanita maka hijrahnya dikira untuk tujuannya.” [Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim]


Hadits ini adalah antara hadits yang paling masyhur berkaitan dengan niat bahkan ada diriwayatkan daripada Imam as-Syafi`e bahawa beliau berkata: “Termasuk dalam hadits ini 70 bab fiqh.” Sekumpulan ulama` pula mengatakan hadits ini adalah sepertiga agama.

Ulama-i-kiram sangat memberatkan urusan niat dalam bentuk 'Azam sehinggakan tiada majlis ditinggalkan sebelum dituntut menzahirkan 'Azam seseorang. Maka hendaklah berazam dengan sungguh-sungguh untuk menyertai majlis.

Demikian pentingnya niat ini sehinggakan para 'Ulama silam begitu prihatin mengenai soal niat dan gerakhati ini sehingga mereka membahagi-bahagikannya kepada 4 bahagian (atau 5) dan adalah menjadi suatu prinsip usul fiqh bahawa setiap urusan itu adalah ditetapkan oleh niat di sebaliknya.

Darihal niat/gerak hati ini, adalah dengan Rahmat ALLAH ta'ala diberikan kita ruksah sehinggakan hanya 'Azhimah/'Azam sahaja yang diambil kira/hisab.

Maka sekali seseorang itu berazam untuk melakukan sesuatu, maka ia sudah dimasukkan dalam catatan amalan/hisab, walaupun ia belum atau tidak sempat melakukan.

Demikian juga sekiranya seseorang itu berazam untuk membunuh tanpa sebarang hak atau melakukan rompakan, lalu ia mati maka ia akan dikira sebagai berdosa melakukan amalan tersebut kerana sekiranya ia tidak mati atas panggilan 'ajalnya, maka ia tetap akan melakukan perbuatan dosa tersebut.

Lebih lanjut lagi maka persoalannya lintasan hati yang bagaimanakah yang dikira oleh Allah Jalla Jalaaluhu?

Untuk menjawab persoalan ini, ulama` membahagikan darjat lintasan hati manusia kepada 4 bahagian:

1. Hajiz (حاجز ) - Lintasan yang timbul dalam hati (sama ada baik atau jahat) dan kemudian berlalu pergi ya`ni hanya timbul dan tidak melekat di dalam hati
 

2. Khatir (خاطر ) - Lintasan yang timbul dalam hati (sama ada baik atau jahat) dan kekal agak lama di dalam hati tetapi tidak timbul sama ada mahu melakukannya tau tidak
 

 3. Ham (هم ) – Lintasan yang timbul dalam hati (sama ada baik atau jahat) dan kekal lama dalam hati, lebih berat untuk melakukannya tetapi tidak melakukannya. Tahap ini dan 3 tahap sebelum ini tidak dikira oleh Allah kerana tidak termasuk dalam daya dan upaya manusia menolaknya
 

4) `Azam (عزم ) – Lintasan yang timbul dalam hati (sama ada baik atau jahat) dan kekal lama dan membuat keputusan untuk melakukan dan kuat pula dorongannya dan inilah lintasan hati yang dikira oleh Allah s.w.t kerana pada tahap ini manusia sudah mampu berfikir dan mampu untuk menerima atau menolaknya. `Azam terbahagi kepada 2:

i. Azam yang berkaitan dengan anggota badan, juga terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu:
a) Yang berkait dengan qauli (ucapan)- Apabila dia berazam dan kemudian dia ucapkan.
b) Yang berkait dengan `amali (perbuatan)- Apabila dia berazam dan melakukan dengan anggota tubuhnya.

ii. Azam yang berkaitan dengan hati, ianya juga terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu:
a) Yang membawa kepada kekufuran seperti azam untuk menafikan keEsaan Allah atau menafikan Allah sebagai Tuhan maka orang yang berazam ini jadi kafir walaupun tidak mengucapkannya. Begitu juga dengan orang yang menafikan hukum-hukum Allah yg sudah seperti menafikan kewajipan sembahyang lima waktu , menafikan adanya solat sunnat rawatib dan sebagainya

b) Yang tidak membawa kepada kekufuran tetapi tetap berdosa seperti dengki dan buruk sangka kepada orang, kagum dengan diri sendiri dan sebagainya maka tetaplah berdosa.

Sufyan as-Tsauri, Ibnu al-Mubarak berpendapat bahawa azam juga dikira sebagai satu kejahatan dan inilah pendapat kebanyakan ulama`, dalilnya:

وَلَكِنْ يُؤَاخِذُكُمْ بِمَا كَسَبَتْ قُلُوبُكُمْ
Tetapi Allah mengira kamu tentang apa yang dilakukan oleh hati kamu.. [ Al-Baqarah : 225 ]

Imam as-Syafi`i pula berpendapat bahawa azam tidak dikira selagi mana tidak melakukannya.

Maka bersesuaianlah dengan hadits sahih Imam Muslim mengenai kisah seorang pembunuh yang telah membunuh 99 orang tetapi berazam untuk bertaubat lalu mati dalam perjalanannya.

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى وَمُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ وَاللَّفْظُ لِابْنِ الْمُثَنَّى قَالَا حَدَّثَنَا مُعَاذُ بْنُ هِشَامٍ حَدَّثَنِي أَبِي عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَبِي الصِّدِّيقِ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ
أَنَّ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كَانَ فِيمَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ رَجُلٌ قَتَلَ تِسْعَةً وَتِسْعِينَ نَفْسًا فَسَأَلَ عَنْ أَعْلَمِ أَهْلِ الْأَرْضِ فَدُلَّ عَلَى رَاهِبٍ فَأَتَاهُ فَقَالَ إِنَّهُ قَتَلَ تِسْعَةً وَتِسْعِينَ نَفْسًا فَهَلْ لَهُ مِنْ تَوْبَةٍ فَقَالَ لَا فَقَتَلَهُ فَكَمَّلَ بِهِ مِائَةً ثُمَّ سَأَلَ عَنْ أَعْلَمِ أَهْلِ الْأَرْضِ فَدُلَّ عَلَى رَجُلٍ عَالِمٍ فَقَالَ إِنَّهُ قَتَلَ مِائَةَ نَفْسٍ فَهَلْ لَهُ مِنْ تَوْبَةٍ فَقَالَ نَعَمْ وَمَنْ يَحُولُ بَيْنَهُ وَبَيْنَ التَّوْبَةِ انْطَلِقْ إِلَى أَرْضِ كَذَا وَكَذَا فَإِنَّ بِهَا أُنَاسًا يَعْبُدُونَ اللَّهَ فَاعْبُدْ اللَّهَ مَعَهُمْ وَلَا تَرْجِعْ إِلَى أَرْضِكَ فَإِنَّهَا أَرْضُ سَوْءٍ فَانْطَلَقَ حَتَّى إِذَا نَصَفَ الطَّرِيقَ أَتَاهُ الْمَوْتُ فَاخْتَصَمَتْ فِيهِ مَلَائِكَةُ الرَّحْمَةِ وَمَلَائِكَةُ الْعَذَابِ فَقَالَتْ مَلَائِكَةُ الرَّحْمَةِ جَاءَ تَائِبًا مُقْبِلًا بِقَلْبِهِ إِلَى اللَّهِ وَقَالَتْ مَلَائِكَةُ الْعَذَابِ إِنَّهُ لَمْ يَعْمَلْ خَيْرًا قَطُّ فَأَتَاهُمْ مَلَكٌ فِي صُورَةِ آدَمِيٍّ فَجَعَلُوهُ بَيْنَهُمْ فَقَالَ قِيسُوا مَا بَيْنَ الْأَرْضَيْنِ فَإِلَى أَيَّتِهِمَا كَانَ أَدْنَى فَهُوَ لَهُ فَقَاسُوهُ فَوَجَدُوهُ أَدْنَى إِلَى الْأَرْضِ الَّتِي أَرَادَ فَقَبَضَتْهُ مَلَائِكَةُ الرَّحْمَةِ قَالَ قَتَادَةُ فَقَالَ الْحَسَنُ ذُكِرَ لَنَا أَنَّهُ لَمَّا أَتَاهُ الْمَوْتُ نَأَى بِصَدْرِهِ

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al Mutsanna dan Muhammad bin Basysyar -dan lafadh ini miliki Ibnul Mutsanna- mereka berdua berkata; telah menceritakan kepada kami Mu'adz bin Hisyam telah menceritakan kepadaku bapakku dari Qatadah dari Abu Ash Shiddiq dari Abu Sa'id Al Khudri bahwasanya Nabiyullah sallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda:

"Pada zaman dahulu ada seorang laki-laki yang telah membunuh sembilan puluh sembilan orang. Kemudian orang tersebut mencari orang 'alim yang banyak ilmunya. Lalu ditunjukan kepada seorang 'abid (ahli 'ibadah) dan ia pun langsung mendatanginya.

Kepada 'abid tersebut ia berterus terang bahwasanya ia telah membunuh sembilan puluh sembilan orang dan apakah taubatnya itu akan diterima? Ternyata 'abid itu malahan menjawab; 'Tidak. Taubatmu tidak akan diterima.'

Akhirnya laki-laki itu langsung membunuh sang 'abid hingga genaplah kini seratus orang yang telah dibunuhnya. Kemudian laki-laki itu mencari orang lain lagi yang paling banyak ilmunya. Lalu ditunjukan kepadanya seorang 'alim yang mempunyai ilmu yang banyak.

Kepada orang alim tersebut, laki-laki itu berkata; 'Saya telah membunuh seratus orang dan apakah taubat saya akan diterima? ' Orang 'alim itu menjawab; 'Ya. Tidak ada penghalang antara taubatmu dan dirimu. Pergilah ke daerah ini dan itu, karena di sana banyak orang yang beribadah kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Setelah itu, beribadahlah kamu kepada Allah bersama mereka dan janganlah kamu kembali ke daerahmu, karena daerahmu itu termasuk lingkungan yang buruk.'

Maka berangkatlah laki-laki itu ke daerah yang telah ditunjukan tersebut. Di tengah perjalanan menuju ke sana laki-laki itu meninggal dunia.

Lalu malaikat Rahmat dan Azab saling berbantahan. Malaikat Rahmat berkata; 'Orang laki-laki ini telah berniat pergi ke suatu wilayah untuk bertaubat dan beribadah kepada Allah dengan sepenuh hati.'

Malaikat Azab membantah; 'Tetapi, bukankah ia belum berbuat baik sama sekali.' Akhirnya datanglah seorang malaikat yang berwujud manusia menemui kedua malaikat yang sedang berbantahan itu. Maka keduanya meminta keputusan kepada malaikat yang berwujud manusia dengan cara yang terbaik.

Orang tersebut berkata; 'Ukurlah jarak yang terdekat dengan orang yang meninggal dunia ini dari tempat berangkatnya hingga ke tempat tujuannya. Mana yang terdekat, maka itulah keputusannya.'

Ternyata dari hasil pengukuran mereka itu terbukti bahwa orang laki-laki tersebut meninggal dunia lebih dekat ke tempat tujuannya. Dengan demikian orang tersebut berada dalam genggaman malaikat Rahmat.'

Qatadah berkata; 'Al Hasan berkata; 'Seseorang telah berkata pada kami bahwasanya laki-laki itu meninggal dunia dalam kondisi jatuh terlungkup.' [Hadits Riwayat Sahih Muslim Hadits No. 4967]

Hadits 2: Riwayat Sunan Ibn Majah



حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ أَنْبَأَنَا هَمَّامُ بْنُ يَحْيَى عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَبِي الصِّدِّيقِ النَّاجِيِّ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ
أَلَا أُخْبِرُكُمْ بِمَا سَمِعْتُ مِنْ فِي رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَمِعَتْهُ أُذُنَايَ وَوَعَاهُ قَلْبِي إِنَّ عَبْدًا قَتَلَ تِسْعَةً وَتِسْعِينَ نَفْسًا ثُمَّ عَرَضَتْ لَهُ التَّوْبَةُ فَسَأَلَ عَنْ أَعْلَمِ أَهْلِ الْأَرْضِ فَدُلَّ عَلَى رَجُلٍ فَأَتَاهُ فَقَالَ إِنِّي قَتَلْتُ تِسْعَةً وَتِسْعِينَ نَفْسًا فَهَلْ لِي مِنْ تَوْبَةٍ قَالَ بَعْدَ تِسْعَةٍ وَتِسْعِينَ نَفْسًا قَالَ فَانْتَضَى سَيْفَهُ فَقَتَلَهُ فَأَكْمَلَ بِهِ الْمِائَةَ ثُمَّ عَرَضَتْ لَهُ التَّوْبَةُ فَسَأَلَ عَنْ أَعْلَمِ أَهْلِ الْأَرْضِ فَدُلَّ عَلَى رَجُلٍ فَأَتَاهُ فَقَالَ إِنِّي قَتَلْتُ مِائَةَ نَفْسٍ فَهَلْ لِي مِنْ تَوْبَةٍ فَقَالَ وَيْحَكَ وَمَنْ يَحُولُ بَيْنَكَ وَبَيْنَ التَّوْبَةِ اخْرُجْ مِنْ الْقَرْيَةِ الْخَبِيثَةِ الَّتِي أَنْتَ فِيهَا إِلَى الْقَرْيَةِ الصَّالِحَةِ قَرْيَةِ كَذَا وَكَذَا فَاعْبُدْ رَبَّكَ فِيهَا فَخَرَجَ يُرِيدُ الْقَرْيَةَ الصَّالِحَةَ فَعَرَضَ لَهُ أَجَلُهُ فِي الطَّرِيقِ فَاخْتَصَمَتْ فِيهِ مَلَائِكَةُ الرَّحْمَةِ وَمَلَائِكَةُ الْعَذَابِ قَالَ إِبْلِيسُ أَنَا أَوْلَى بِهِ إِنَّهُ لَمْ يَعْصِنِي سَاعَةً قَطُّ قَالَ فَقَالَتْ مَلَائِكَةُ الرَّحْمَةِ إِنَّهُ خَرَجَ تَائِبًا
قَالَ هَمَّامٌ فَحَدَّثَنِي حُمَيْدٌ الطَّوِيلُ عَنْ بَكْرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ أَبِي رَافِعٍ قَالَ فَبَعَثَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ مَلَكًا فَاخْتَصَمُوا إِلَيْهِ ثُمَّ رَجَعُوا فَقَالَ انْظُرُوا أَيَّ الْقَرْيَتَيْنِ كَانَتْ أَقْرَبَ فَأَلْحِقُوهُ بِأَهْلِهَا قَالَ قَتَادَةُ فَحَدَّثَنَا الْحَسَنُ قَالَ لَمَّا حَضَرَهُ الْمَوْتُ احْتَفَزَ بِنَفْسِهِ فَقَرُبَ مِنْ الْقَرْيَةِ الصَّالِحَةِ وَبَاعَدَ مِنْهُ الْقَرْيَةَ الْخَبِيثَةَ فَأَلْحَقُوهُ بِأَهْلِ الْقَرْيَةِ الصَّالِحَةِ حَدَّثَنَا أَبُو الْعَبَّاسِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ إِسْمَعِيلَ الْبَغْدَادِيُّ حَدَّثَنَا عَفَّانُ حَدَّثَنَا هَمَّامٌ فَذَكَرَ نَحْوَهُ

Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah, telah menceritakan kepada kami Yazid bin Harun, telah memberitakan kepada kami Hammam bin Yahya dari Qatadah dari Abu Shiddiq An Naji dari Abu Sa'id Al Khudri, ia berkata; "Tidakkah ingin aku beritahukan kepada kalian sesuatu yang keluar dari mulut Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam?

Aku mendengar dengan kedua telingaku dan hatiku menyimaknya, beliau bersabda: "Sesungguhnya terdapat seseorang yang telah membunuh sembilan puluh sembilan orang, kemudian ia ingin bertaubat, lalu ia bertanya tentang seseorang yang paling alim di muka bumi ini.

Kemudian ia ditunjukkan kepada seseorang. Ia pun mendatanginya dan berkata; "Aku telah membunuh sembilan puluh sembilan orang, apakah masih ada taubat untukku?

Orang tersebut berkata dengan nada terkejut, "Apa? Telah membunuh sembilan puluh sembilan orang?" Beliau melanjutkan; "Akhimya pembunuh itu mengeluarkan pedangnya dan membunuh orang tersebut. Dengan demikian genaplah seratus orang yang dia bunuh. Dia pun masih berkeinginan taubat dan bertanya tentang orang paling alim di muka bumi.

Kemudian ia ditunjukkan kepada seseorang dan ia pun mendatanginya. la bertanya; "Aku telah membunuh seratus orang, maka apakah masih ada taubat untukku?" Orang alim itu menjawab; "Celakalah kau! Siapakah yang dapat menghalangimu untuk bertaubat? Keluarlah dari perkampungan yang buruk yang engkau telah diami dan pindahlah ke perkampungan yang baik, yaitu di kampung ini dan ini. Beribadahlah kepada Tuhanmu di sana.

" Lalu pembunuh itu pun keluar menuju perkampungan yang baik tersebut, namun ajal menjeputnya di tengah perjalanan. Kemudian malaikat rahmat dan malaikat azab saling berselisih. Iblis berkata; "Akulah yang lebih berhak terhadap orang ini, ia tidak pernah menentang perintahku sama sekali. Malaikat rahmat menjawab, "la telah keluar dalam rangka taubat."

Hammam berkata; telah menceritakan kepadaku Humaid At Thawil, telah menceritakan kepadaku dari Bakar bin Abdullah dari Abu Rafi', ia meriwayatkan; "Allah subhanahu wata'ala mengutus para malaikat, mereka berseteru mengenai hal ini lalu mereka kembali. Allah subhanahu wata'ala lalu berfirman, "Lihatlah, mana dintara dua perkampungan itu yang lebih dekat padanya (kampung maksiat atau kampung yang baik)?" lalu golongkanlah ia pada penghuni kampung tersebut."

Qatadah berkata; telah menceritakan kepada kami Al Hasan, ia berkata, "Saat ajal menjemputnya, ia melompat hingga lebih dekat kepada perkampungan yang baik, dan perkampungan yang buruk lebih jauh. Kemudian ia dianggap sebagai penduduk kampung yang baik."

Telah menceritakan kepada kami Abu Al Abbas bin Abdullah bin Isma'il Al Baghdadi, telah menceritakan kepada kami 'Affan, telah menceritakan kepada kami Hammam, ia menyebutkan yang semisalnya. [Riwayat Sunan Ibn Majah- Hadits no. 2612]

Al Faqir Ilallah, Al Faedah

No comments

Post a Comment

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”