Thursday, January 29, 2015

"IMAM MAHDI" NUSANTARA

Mai dah Imam Mahdi (Nusantara).. Nampaknya sebaik saja kes kemangkatan Raja Saudi, sudah pun timbul "Imam Mahdi Nusantara"... thumbnail 1 summary
Mai dah Imam Mahdi (Nusantara)..


Nampaknya sebaik saja kes kemangkatan Raja Saudi, sudah pun timbul "Imam Mahdi Nusantara" (Medan, Indonesia) seorang.. Ini baru permulaan. Ada sahabat² dah mula buat statemen yang menarik mengenai ini jadi saya akan ulas sedikit nanti. 
http://www.al-jaabir.com/
Petikan naratif dari situs IMN:

"INNALILLAHIWAINNALILLAHIROZIUN .. KAMI SEGENAP KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG TELAH BERIMAN AKAN KEDATANGAN PEMIMPIN SILAM, ZUBIR AMIR BIN AMIR ABDULLAH DENGAN KUNIAYAH AL JAABIR MENGUCAPKAN BELASUNGKAWA YANG MENDALAM .. SEMOGA AMAL IBADAH RAJA  SAUDI ARABIYAH DITERIMA DISISI ALLAH SWT DAN DIMASUKAN KEDALAM GOLONGAN HAMBA YANG SHOLEH.

Berhubung dengan wafatnya Raja Saudi Arabiyah, hari Jum'at tgl 23 January 2015, maka keberangkatan Pemimpin Islam Al Jaabir, namanya Muhammad Zubir Amir bin Amir Addulah, maka Pemimpin Islam Al Jaabir yang berencana akan melakukan perjalan ke tanah suci MeKkah tanggal 24 janury 2015 kemaren, mengundurkan keberangkatannya sampai 7 hari kedepan masa berkabungnya pemerintahan Arab Saudi. Perjalanan Pemimpin Islam Al Jaabir ke Tanah Suci Mekkah akan dilaksanakan pada tanggal 30 january 2015 atas ke inginan Allah SWT. Untuk itu dihimbau kepada seluruh muslimin dan muslimat untuk beriman kepadanya dan membantu perjuangannya agar kita semua selamat dunia maupun akhirat dan terlepas dari tipu daya iblis, dajjal dan setan dan selamat dari azab Allah SWT."

║▌║▌║█│▌alfaedah ║▌║▌║█│▌

Muhammad 'Ali Shahwalnizaminhat nampaknya dlm bulan 2 akn ada pengistiharan al Mahdi di Makkah! Tapi Tuan ini pasti dan pasti bukan yg sebenarnya.....

Mohd Izzat: Lagi agenda false flag yang melibatkan isu Imam Mahdi, dan kini agenda itu tidak mustahil sampai mengheret kepimpinan Arab Saudi di Makkah?

Matsu Mas: Salmi Saidin ya, nampak jalan depa sama ja.. kuasa harta dan takhta.. dunia oh dunia.. Tuan Lontong Laksa hehee.. makin ramai dok mengaku.. makin lama nusantara jadi sasaran.. sebab militan so called Islamic..

Hariz Zhafri Hanifah: Hanya Allah yg tahu siapa itu Al Mahdi....

Matsu Mas: IM hanya Allah Taala yg tahu, IM sendiri pun tak mahu jadi IM, ni tak.. pakat semua nak jadi hero.. dunia oh dunia.. nikmat apakah yg terindah di dunia ini selain sujud padaMu ya Allah..sungguh tiada yg lain, melainkan hati ini yg sujud padaMu.. Allah Hu Haq

Mohd Izzat: Saya fikir, isu mengaku secara palsu dalam hal yang berkaitan dengan figur Imam Mahdi ini, bukan suatu yang baru. Sebelum ini pun sudah banyak kes yang berkait dengan isu tersebut. Cuma persoalan saya, setakat mana kemampuan kumpulan yang mengaku sebagai Imam Mahdi Nusantara dan pengikutnya itu bakal mengadakan operasi "false flag" sehingga membabitkan kepimpinan Arab Saudi, pada saya potensinya adalah kecil. Mereka cuma kelompok yang berusaha meraih perhatian dan sengaja mencetuskan kegemparan. Tetapi, apa yang lebih baik, memantau dan memerhati dengan kadar yang munsabah itu yang sepatutnya kita buat.

ULASAN AF: 

Saya tertarik dengan apa yang Mohd Izzat katakan. Sememangnya mereka ini kelompok yang kecil, malah telah dan akan ada puak-puak yang lebih besar lagi, atau lebih kecil lagi tampil ke depan. 

Persoalannya bukan sahaja kemampuan melaksanakan operasi false flag, meraih perhatian, ataupun mencetus kegemparan.

Secara kolektif dari dulu hingga kini, samada kelompok kecil yang tidak signifikan maupun yang besar, impak yang paling besar keatas ummah keseluruhannya melalui propaganda terancang sebegini adalah mencipta keraguan pada majoriti ummah sehingga bila Imam yang sebenarnya muncul sekalipun, maka ia akan dipertikaikan, malah akan sampai tahap ditolak mentah-mentah hasil dari perang saraf yang sudah dilaksanakan sekian lama.

Oleh itu jangan memandang ringan kepada mereka ini, kerana bagi saya samada secara sedar atau bawah sedar, agentur yang berperanan dalam geraksaraf sebegini adalah samada dipengaruhi oleh para operatif sistem dajjal itu sendiri secara tidak langsung, ataupun sememangnya disusun untuk berperanan sedemikian secara langsung. Geraksaraf sebegini sebenarnya sangatlah merbahaya.

Oleh itu, apakah sebenarnya yang cuba saya sampaikan? Bahawa sanya kerja mereka ini sememangnya bukanlah untuk orang mempercayai mereka Imam Mahdi, tetapi supaya majoriti ummah meragui kehadiran Imam Mahdi yang benar itu sendiri bila sudah sampai masanya kelak.

Dan sesungguhnya, untuk mencapai objektif yang kedua adalah jauh lebih mudah dari yang pertama. Dan inilah yang dinamakan Khutuwwat asy syaithan, ia bersumber dari Iblis, turun ke Dajjal dan para operatif/agentur mereka.

No comments

Post a Comment

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”