Thursday, January 15, 2015

KPOP SUDAH LAMA DIKENALPASTI SEBAGAI AGENTUR PEMBUDAYAAN MATASATU YANG MASONIK & SATANIK

Darihal sihir 'uyun (mata) dan sihir sigil (simbolisma) ritual pentas hiburan Korea : Saya... thumbnail 1 summary

Darihal sihir 'uyun (mata) dan sihir sigil (simbolisma) ritual pentas hiburan Korea:

Saya hanya memerhatikan saja kontroversi yang tercetus melibatkan prilaku sumbang atas pentas gadis-gadis Melayu/Islam peminat KPOP dipeluk cium kumpulan artis KPOP "B1A4"(BANAs). Bagi mereka yang sudah lama memantau perkembangan pembudayaan matasatu yang satanik melalui industi hiburan dan drama Korea Selatan, perkembangan terbaru ini tidaklah memeranjatkan samasekali dan sudah terlalu banyak sumber-sumber rujukan mengenai perkara ini buat sekian lama.

Segala kekuatan jentera agentur satanik melalui ritual pentas hiburan sudah lama ditumpukan kepada industri muzik dan hiburan Korea Selatan pasca Hollywood dan Bollywood dan pada skala yang lebih kecil sedikit industi J-Pop (Jepun). Begitu ramai kalangan anak-anak remaja Malaysia yang Islam, tidak terkecuali mereka yang bertudung dan berhijab semakin terpengaruh dengan pembudayaan ini dan golongan dewasa Islam di Malaysia pula setelah sekian lama dipengaruhi oleh produksi-produksi tele-drama, tele-movie dan filem-filem Korea yang semakin ketara pembudayaan dan simbolisma sataniknya setelah berjaya berakar umbi secara peringkat demi peringkat hingga ke tahap yang kita lihat dengan terang dan nyata di masakini.

Seruan kita ialah supaya masyarakat harus cepat sedar dan bertaubat dan keluar dari arus fitan pembudayaan satanik ini sebelum terlambat dan mengundang lebih banyak bala' bencana dari Allah ta'ala. - AL FAEDAH

Narsha and SHINee: Illuminati Infiltration of K-Pop
http://vigilantcitizen.com/musicbusiness/narsha-and-shinee-illuminati-infiltration-of-k-pop/


K-Pop and J-Pop Into Illuminati Symbolism: New Kyary Pamyu Pamyu and SuperJunior Videos
http://vigilantcitizen.com/latestnews/k-pop-and-j-pop-into-illuminati-symbolism-new-kyary-pamyu-pamyu-and-superjunior-videos/

Post by Kpop Star illuminati & Satanism.








No comments

Post a Comment

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”