Wednesday, December 7, 2016

Acheh Menangis Lagi

Masih ingat tragedi paling menyayat hati yang berlaku pada tarikh 26 Disember 2004 dimana negeri Serambi Mekah, Acheh, dilanda gempa bum... thumbnail 1 summary
Masih ingat tragedi paling menyayat hati yang berlaku pada tarikh 26 Disember 2004 dimana negeri Serambi Mekah, Acheh, dilanda gempa bumi dahsyat berukuran 9.1 skala richter serta tsunami yang bukan sahaja membunuh lebih 200 ribu orang di Acheh, malah angkanya jauh lebih besar apabila impak tsunami membadai beberapa buah negara di sepanjang Lautan Hindi dan Selat Melaka serta Teluk Andaman.

Di saat Acheh baru sahaja menemui momentum untuk kembali bangkit, hari ini, bumi Acheh yang terkenal melahirkan ramai ilmuwan agama Islam sekali lagi diuji apabila satu gempa bumi berukuran 6.4 skala Richter melanda Pidie Jaya, Acheh. Impak gempa bumi ini turut dirasai di Banda Acheh, lokasi dimana kejadian tsunami paling teruk dalam sejarah Asia berlaku, 12 tahun yang lalu.


Sehingga kini, menurut laporan media di Indonesia, angka korban dalam tragedi gempa bumi terbaharu ini telah mencecah angka 52 orang dengan besar kemungkinan, angka ini akan terus meningkat berikutan usaha mencari dan menyelamat sedang giat dilakukan di lokasi yang teruk terjejas.

Dalam perkembangan yang sama, Kementerian Luar Negeri mengesahkan 428 pelajar Malaysia di Banda Aceh, Indonesia berada dalam keadaan selamat. Kementerian itu dalam satu kenyataan turut memaklumkan warga Malaysia memerlukan bantuan boleh berbuat demikian dengan menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Medan.

Dalam pada itu, sejumlah 15 orang pelajar Malaysia dari Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam yang kini mengikuti Program Mobiliti Pelajar, ‘Meaningful Academic Visit to Banda Aceh’, dilaporkan berada dalam keadaan selamat.

Mereka yang mengikuti rombongan, diketuai penasihat program Timbalan Dekan PJI & Alumni, Prof Dr Azizah Hanom Ahmad, berada dalam jarak selamat daripada kawasan gempa bumi.


 SUMBER

No comments

Post a Comment